Sunday, January 5, 2014

Daripada-NYA Kita Datang Kepada-NYA Kita Kembali




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Noktah Kehidupan Puan Salmah Hj Ali



. . . al- Fatihah . . . Amiin.

Sebentar tadi penulis mendapat suatu berita yang menyedihkan melalui sms adinda Lt Kolonel Hj Basri Omar PGB (Bersara) yang infonya jelas seperti dalam paparan hp berikut:





























Flashback: Rentetan Kisah 'jejak kasih' yang tersiar dalam blog ini beberapa waktu dahulu . . . 




TUESDAY, DECEMBER 11, 2012





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Di Sini Jua Akhirnya










Dengan bacaan doa di atas kami melangkah masuk ke kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Selandar, Melaka.





  


Lt Kol Hj Basri Omar PGB Bersara mendahului rombongan. Beliau diiringi Shaiful Izwan satu-satunya anakanda Allahyarham LKpl Abdullah Majid bersama balunya Pn Hjh Salmah Hj Ali. Shaiful yang menunjukkan jalan ke mari tadi. 

Perjalanan dari rumah keluarga Allahyarham ke sini mengambil masa 10 minit sahaja.  





Basri dan Shaiful melangkah masuk
ke kawasan tanah perkuburan





Penulis menyusuli bersama
ahli-ahli keluarga Allahyarham





Tanah perkuburan di tempat ini luas dan kelihatan terjaga juga . . . 




Saujana mata memandang . . . 






Setiba di pusara Allahyarham Abdullah Majid  kami sama-sama membaca doa dan ada yang sempat bertahlil ringkas di situ. 

Alhamdulillah . . . walaupun tiada tercatat tulisan untuk seorang pahlawan atau terukir kata-kata buat seorang wira . . . pusara Allahyarham kelihatan hening sahaja pada petang itu. 






Basri di pusara Allahyarham Abdullah Majid bersama ahli-ahli keluarga Allahyarham . . . 




Basri menerangkan sesuatu kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham . . . 




Begini . . . 









dan begitu  . . . 




dan . . .




penulis . . . 




Sempat Bertanya




 Sebelum Melangkah Keluar



Ketika hendak meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu untuk pulang ke KL . . . penulis sempat mengajukan pertanyaan kepada Shaiful  tentang apa yang kini istimewa dirasakannya  sebagai anak seorang pahlawan negara.

" B-A-N-G-G-A "

Demikan jawapan Shaiful dengan satu perkataan ringkas . . . perkataan yang membawa seribu makna!

Menurut Shaiful selama ini beliau tidak merasakan apa-apa pun. Malah beliau tidak pernah mengalami apa yang diperkatakan tentang kehebatan pahlawan atau sifat kepahlawanan.

Kini setelah hadir dalam pertemuan ini dan  beramah mesra dengan Basri dan rombongan barulah Shaiful benar-banar dapat merasakan betapa mulianya sifat kepahlawanan dan betapa pahlawan itu layak menerima penghormatan jika pun tidak disanjung!     

Shaiful baru sedar Allahyarham ayahandanya seorang wira yang telah menabur bakti mulia kepada negara dengan kesanggupan mempertaruhkan nyawanya sekali pun!

Selepas itu kami bergambar ramai untuk kenang-kenangan . . . sebagai ingatan telah melawat pusara Allahyarham . . . bersama ahli-ahli keluarga beliau.
  






Salam Perpisahan 


Surah al-Fatihah . . .  tidak jemu-jemu kami bacakan sambil berjalan keluar meninggalkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Selandar, Melaka . . . tempat bersemadi jasad Allahyarham Abdullah Majid yang gugur dalam tragedi Ops Gubir II pada 25 April 1976.



Hari ini genaplah 36 tahun 7 bulan dan 5 hari     berlakunya peristiwa yang menyayat hati ramai warga Malaysia ketika itu . . . dan pastinya juga mereka yang ada perhubungan darah daging atau persamaan tanggung jawab dengan Allahyarham!








Dari kiri: 
Zawyah, Basri, Shaiful
berwajah ceria setelah terlaksana hasrat
 yang terpendam cukup lama 


Basri dan Shaiful serta keluarga ternyata amat puas dengan pertemuan ini . . . dari mula hingga akhir. Nyata terpancar kepuasan perasaan itu melalui seri wajah mereka setelah segalanya berlangsung.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat-NYA ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau sebaris para syuhadah . . . dan mereka yang gugur syahid . . .  demi mempertahankan tanah air tercinta. 




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

SATURDAY, DECEMBER 8, 2012

Niat Mulia Terkabul Jua





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Penantian Berbaloi  




"Hari ini Sabtu 1 Disember 2012 bersamaan 17 Muharram 1434H genaplah 36 tahun 7bulan dan 5 hari . . . "



Hari apa ha . . . aku bertanya kepada diriku sendiri apabila aku terdengar . . . antara jelas dengan tidak . . . suara Lt Kol Hj Basri Omar PGB Bersara memperkatakan sesuatu di rumah mantan PW 1 (U) Nor Azmy Md Jadi sebentar tadi . . . sebaik sahaja kami serombongan mahu bergerak keluar ke rumah balu dan keluarga Allahyarham LKpl Abdullah Majid.

Aku sebenarnya sibuk memikirkan betapa keadaannya nanti apabila Basri dapat menemui Salmah Ali balu Allahyarham dan anak pasangan suami isteri itu, Shaiful Izwan . . . hingga tidak mengaitkan kata-kata Basri itu dengan perjalanan waktu yang telah lebih 36 tahun berlalu . . .  sejak Basri tercedera parah manakala Allahyarham Abdullah  terbunuh dalam tragedi di Gubir 1976.


Mungkin kerana lebih tertumpu kepada kesan kepiluan yang tercetus daripada peristiwa itu . . .  aku tidak menghiraukan tarikh berlakunya tragedi yang berkenaan iaitu 25 April 1976. Itulah jeda waktu yang dikenang-kenangkan semula oleh Basri! 


Sesungguhnya Basri atau Lt Muda Basri pada ketika tragedi itu berlaku sudah begitu lama berhajat menemui balu dan keluarga Allahyarham. Namun belum diizinkan Allah swt selama 36 tahun 7 bulan dan 5 hari.


Kini pada hari ini . . . barulah terbit bibit harapan untuk Basri bertemu dengan ahli-ahli keluarga rakan seperjuangannya . . . rakan yang telah hilang daripada pandangan buat selama-lamanya! 


Kalau hendak difikir-fikirkan . . . pertemuan ini sepatutnya sudah lama berlaku. Sudah 'berzaman' bak kata orang tua-tua di kampungku! Dahulu ketika masih dalam perkhidmatan tentera . . . Basri kerap ke Asahan, Melaka. Ke lapang sasar menembak. Namun sudah ketentuan Tuhan . . . pertemuan belum ditakdirkan terjadi.


Kami serombongan meninggalkan rumah Nor Azmy, arkitek pertemuan ini, pada kira-kira jam 3:40 ptg. Nor Azmy membawa kami ke rumah yang hendak dituju.




Nor Azmy Md Jadi
Arkitek Pertemuan



Jam 4:00 petang kami sudah berada di halaman rumah balu dan keluarga Allahyarham.





Tiba di perkarangan rumah di Asahan 









Rumah Tua






Basri Omar
Ketua Rombongan


Hatiku berdebar-debar. Bayangkan . . . kalau aku yang cuma seorang peserta 'bidan terjun' dalam rombongan ini pun sudah begitu . . . bagaimana pula perasaan pelaku utama? Tuhan sahaja yang maha mengetahui!  

Kedatangan kami disambut oleh ahli-ahli keluarga Allahyarham. Kami tidak mengenali mereka. Basri sendiri pun demikian kerana belum pernah bertemu mereka sebelum ini.  


Apa pun . . . aku merasakan mereka yang menyambut kedatangan kami itu ikhlas dan bersungguh-sungguh mengharapkan pertemuan ini berlangsung dalam keadaan dan suasana penuh muhibah dan bererti . . . seperti juga yang diingini Basri. 


Aku dapat memerhatikan beberapa babak yang amat menyentuh perasaan . . .







Basri dan Shaiful berdakapan





Anakanda Shaiful Izwan





Anakanda dan Bonda
Shaiful Izwan bersama ibunya Salmah Hj Ali


Awal-awal lagi . . . ketika kami sampai dan dijemput masuk ke rumah balu Allahyarham dan keluarga . . . aku tersentuh dengan perlakuan Basri dan anak tunggal Allahyarham  Abdullah . . . kini berusia lebih 36 tahun . . .  yang saling berdakapan sambil bertanyakan khabar. Nyata pertemuan awal itu penuh emosi.

Basri kelihatan sebak setelah diperkenalkan dengan Shaiful Izwan . . .  Maklumlah ini kali pertama beliau berjumpa dengan anak rakan seperjuangan yang sama-sama bertugas dengannya pada waktu itu . . . dan sama-sama pula tercedera akibat terkena ledakan jerangkap samar. 

Bezanya . . . rakan itu dijemput awal kembali ke sisi Allah swt . . . manakala Basri masih diizinkan-Nya meneruskan hidup di dunia ini . . . pasti untuk membuat sebanyak-banyak kebajikan. Inilah antara jalan hidup yang diamalkan Basri. Menjalin dan mengeratkan silaturahim.

Sebentar kemudian Basri dan kami semua di perkenalkan dengan Pn Hjh Salmah Hj Ali balu Allahyarham Abdullah dan paling menarik juga dengan suami Pn Hjh Salmah yang baru iaitu Tuan Hj Mohd Yusof.





Kiri: Tuan Hj Mohd Yusof   Kanan: Pn Hjh Salmah Hj Ali



Tuan Hj Mohd Yusof adalah salah seorang daripada ahli keluarga tuan rumah yang mengalu-alukan kedatangan kami tadi. Alhamdulillah dapat juga kami bertemu beliau yang nyata seorang berhemah tinggi dan memahami tujuan kami datang berkunjung itu.






Dari kiri: Penulis, Nor Azmy, Pn Hjh Salmah





Dari kiri: Shaiful, Penulis, Nor Azmy















Dari kiri: Pn Hjh Alimah Yasin, Pn Sholehah Ismail


Seterusnya kami diperkenalkan pula dengan semua ahli keluarga Allahyarham yang lain . . . yang hadir di situ pada ketika itu.

Kami juga beruntung dapat berkenalan dengan beberapa orang ahli Persatuan Bekas Anggota  Tentera Malaysia, Cawangan Selandar, Melaka yang turut hadir memeriahkan majlis perjumpaan ala 'jejak kasih' yang julung kali diadakan ini. Mereka terdiri daripada Tuan Hj Selamat Md Sap (Pengerusi), Tuan Hj Mohd Yasin Abu Hassan, Tuan Hj Sabtu Abdul Ghani dan Tuan Hj Zaharin Mohd Yusuf.







Ketibaan para Veteran




Kiri: Tn Hj Selamat Md Sap     Kanan: Tn Hj Zaharin Mohd Yusuf





Kiri: Tn Hj Sabtu Abdul Ghani   Kanan: Tn Hj Mohd Yasin Abu Hassan



Setelah selesai kedua-dua pihak saling berkenalan, Basri membaca doa ringkas mensyukuri pertemuan yang akhirnya dapat juga diadakan. Beliau kemudiannya menjelaskan maksud kedatangan beliau serta rombongan ke situ. 

Belum pun habis mukadimahnya itu, Basri tiba-tiba kehilangan kata-kata . . . tidak dapat meneruskan ucapan selama beberapa minit. Perjalanan waktu seolah-olah terhenti. Hentinya itu lebih daripada kelaziman orang bertafakur satu minit apabila menghormati atau mengenang kembali sesuatu kematian!














Mukadimah
Basri mula berucap 




 Sebak 
Basri tidak dapat menahan perasaan pilu 






Tenang
Tuan Hj Abdul Rahman
mententeramkan Basri





Pn Hjh Salmah (kiri), 
Pn Hjh Siti Zawyah Abd Aziz





Shaiful bersama penulis





Shaiful bersama Basri
















Dari kiri: Nor Azmy, Pn Hjh Salmah


Suasana hening. Semua yang hadir turut merasakan semacam kepiluan yang tercetus daripada pertemuan yang amat mengharukan itu. Keadaan sepi berlanjutan selama beberapa ketika lagi. 

Air mata kelihatan menitis daripada beberapa pasang mata para hadirin pada petang itu. Air mata yang pada hematku disebabkan perasaan pilu kerana terkenangkan kisah tragedi yang menimpa . . . dan air mata kegembiraan kerana pertemuan ini berlaku jua.    

Hati kecilku berkata," Segagah-gagah pahlawan seperti Basri ini . . . masih tertewas oleh  ketebalan emosi yang berbangkit daripada semangat kesetiakawanan yang tulen dan jitu!"  


  



Basri menyatakan sesuatu . . . 




. . . sesuatu yang menarik perhatian semua . . . 





Dari kiri: Tn Hj Mohd Yasin, Penulis, Nor Azmy



Setelah suasana tenang kembali Basri menyambung kata-katanya dengan memfokus kepada harapan beliau agar pertemuan itu kelak menjadi kunci yang membuka luas lagi pintu harapan untuk memastikan suatu kehidupan yang lebih sejahtera bagi mereka yang mengalami nasib seperti Pn Hjh Salmah.    





Bantuan Kerajaan





Menarik Perhatian
Basri tertarik melihat foto lama . . . 





Mencatat Maklumat 
 Penulis bersama Tn Hj Mohd Yasin



Kami dapat melihat beberapa kemajuan di pihak Pn Hjh Salmah dalam mengharungi kehidupan selepas mengalami peristiwa yang memilukan itu. Dengan bantuan Tuan Hj Mohd Yusof yang tampil ke hadapan memberikan segala galakan dan pertolongan yang perlu . . .  maka terbela jua kehidupan Pn Hjh Salmah kini.

Namun demikian, apalah kiranya dapat pihak berwajib mempertimbangkan kenaikan pensiun Pn Hjh Salmah daripada RM500 sebulan kepada suatu  jumlah yang lebih realistik. Sementelahan jumlah sebanyak itu telah berlaku terlalu lama tempohnya . . . sudah lebih daripada 36 tahun sekarang! 





 Aktiviti Sosial
 Pn Hjh Salmah menerima penghargaan 
daripada pihak berwajib 






Kiri: Tuan Hj Mohd Yusof berucap mengalu-alukan kedatangan Basri dan rombongan.  Kanan: Pn Hjh Salmah menjelaskan beberapa persoalan yang dibangkitkan Basri.






Sebelum Berpisah
menjamu selera dan menyampaikan cenderahati







Mengakhiri upacara dalam pertemuan yang berlaku secara amat sederhana bagi majlis yang penuh bersejarah pada petang itu, bacaan doa penutup telah dipimpin oleh Tuan Hj    Mohd Yasin Abu Hassan. 

Mudah-mudahan Allah swt memberkati segala usaha yang dijalankan mereka yang berhati mulia ini. Semoga silaturahim yang terjalin kekal berpanjangan.   






Basri mengaminkan doa dibaca Tn Hj Mohd Yasin





Penulis juga berbuat demikian . . . 





Ya Allah 
berkatilah pertemuan kami ini . . . 


Selesai majlis di petang yang redup ini . . . kami serombongan ditemani anak dan balu Allahyarham . . .  meninggalkan perkarangan rumah Pn Hjh Salmah sekeluarga bermohon diri untuk menziarahi tanah perkuburan* . . . tempat Allahyarham disemadikan. . . tidak berapa jauh dari Kampung Bukit Senggeh, Asahan, Melaka.











Terima kasih . . . 




Terima kasih . . . 




Terima kasih . . . 


Kami sempat bergambar beramai-ramai di perkarangan rumah bertuah yang menjadi tempat pertemuan bersejarah selepas lebih 36 tahun mereka yang berkenaan  terpisah . . . Alhamdulillah.





Semoga berjumpa lagi . . . 


Alhamdulillah . . . aku pasti Lt Kol Hj Basri Omar PGB Bersara kini boleh menarik nafas lega . . . setelah melaksanakan semacam 'amanah' daripada  kata-kata akhir yang diucapkan Allahyarham LKpl Abdullah Majid kepadanya . . . "Tuan! Saya kena . . . Tuan!" . . . sebagai isyarat supaya beliau menemui dan mengenali keluargan Allahyarham itu.





Surau yang terbina atas nama Allahyarham ayahanda 
Puan Hjh Salmah di perkarangan rumah keluarganya




Pahlawan Muda


Gugurmu tak sia-sia
dalam diam-diam
engkau masih disanjung
kaum keluarga, sanak saudara
orang sekampung 
masih dikenang
teman yang pernah sama berjuang

Gugurmu tak sia-sia
dalam diam-diam
engkau dicari jua
walaupun di buru waktu
atau bertempoh waktu yang panjang 
masih dirindu
masih disayang

Pastinya 
Allah swt yang maha tahu
mengangkat kedudukanmu 
seorang manusia biasa
meningkat ke martabat
seorang adiwira
maka kerana-NYA
sahih 
engkau pahlawan muda!



Ditulis oleh Bamuda
khas untuk mengenang jasa Allahyarham LKpl Abdullah Majid
yang kembali menghadap Ilahi pada 25 April 1976 
dalam usia semuda 26 tahun 





Amin, Ya Rabbulalamin!




*[Episod terakhir: Di Tanah Perkuburan]


Bamuda
dsuarang.blogspot.com