Monday, September 1, 2014

Janji Tertunai Kasih Termeterai






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Resepsi Perkahwinan Noreen n Iman


Alhamdulillah. Di sini lahirnya sebuah cinta. Ogos 31 yang merupakan tarikh penuh bersejarah bagi negara kita yang tercinta ini . . . juga menjadi tarikh keramat dalam sejarah hidup Noreen dan Iman yang kini sah bergelar suami isteri . . . melalui acara pernikahan mereka di Bukit Indah, Ampang semalam.







Mohd Daud Razak Imannudin bin Abu dari Limbang, Sarawak . . . yang lebih selesa dipanggil Iman sahaja . . . sekarang menjadi suami kepada Noreen Ruszalin Rusilan dari KL . . . yang biasa kami panggil Noreen atau nama timangannya 'kembar'.






















Resepsi perkahwinan mereka telah diadakan di Dewan Seri Delima, Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya, Selangor bermula jam 8:00 malam.









Selain daripada kedua-dua pengantin yang pasti paling berbahagia pada ketika itu . . . ibu bapa mereka masing-masing sudah tentu juga menjadi orang yang amat bergembira menyambut kemasukan ahli keluarga terbaru ke dalam famili masing-masing.
























Ramai ahli keluarga terdekat, sanak saudara, sahabat handai, rakan dan taulan telah sudi melapangkan waktu . . . turut hadir di dewan tersebut . . . bagi memeriahkan lagi majlis yang gilang gemilang lengkap dengan pencahayaan lampu bergemerlapan mewarnai suasana yang cukup ceria.





























































































































Majlis bermula dengan gema selawat ke atas Nabi mengisi keheningan dewan pada malam itu. Ini disusuli bacaan doa majlis.


Bacaan selawat dilakukan oleh Mohd Abdul Khaliq bin Abdul Khalim (sepupu pengantin perempuan) . . . 










. . . manakala doa majlis dibaca oleh Tuan Hj Ahmad Fairuz bin Ahmad Seth (bapa saudara pengantin perempuan).










Kedua-dua* pelaku tersebut telah melaksanakan tugas mereka masing-masing dengan cemerlang. 



*Foto kedua-dua mereka ini dgn ihsan Haleza Khusaini


Syabas diucapkan kepada keluarga ini. A great show of togetherness in an 'all in d family' effort


Selepas itu pasangan pengantin baru ini duduk di atas pelamin untuk acara merenjis. Mereka direnjis air mawar oleh ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Kemesraan di kalangan ahli-ahli kedua-dua keluarga ketara amat dalam acara ini.















































Selesai acara renjis merenjis . . . pasangan pengantin pun berjalan beriringan menuju ke meja 'makan beradab'. 

Meja ini merupakan meja utama yang 'mengadatkan' pasangan pengantin baru makan bersama secara 'rasmi' dalam majlis kenduri perkahwinan orang Melayu.

Penulis dan isteri menghargai penghormatan yang diberikan tuan rumah untuk menemani pasangan pengantin menjamu selera di meja 'makan beradab' dalam majlis ini. 

































Pada malam yang meriah ini . . . kedapatan beberapa acara 'kejutan' dilakukan tuan rumah dan pengantin lelaki. 

Rusilan dan Haleza berpadu suara menghiburkan para tetamu yang hadir . . . termasuk penulis dan isteri yang sedang enak makan di meja utama . . . dengan mendendangkan sebuah lagu malar hijau. Hebat mereka ini!






















Menantu mereka . . . Iman . . . mendendangkan lagu kontemporari dengan suara yang merdu sekali . . . hingga berjaya mencairkan hati isterinya . . . Noreen . . . yang naik ke pentas untuk memotong 'pulut kuning' majlis perkahwinan mereka! 












Begitu keseronokan yang dialami para tetamu pada ketika itu. Cucu penulis . . . Dian Seri Aishah . . . tidak terkecuali. Untaian foto berikut diterakan sebagai bukti . . . 
























Menjelang babak penghujung majlis . . . All good things will still have to come to an end!


Sesudah menjamu selera sepuas hati . . . para tetamu bergerak ke arah luar dewan untuk menemui pasangan pengantin dan ahli-ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan dan taulan . . . sebelum pulang ke rumah masing-masing. 








































































































































































































Penulis dan isteri juga sempat bertemu ahli-ahli keluarga serta sanak saudara dan mengabadikan gambar-gambar kenangan bersama mereka.

















































































































































Alhamdulillah . . . before we say goodbye . . . sebelum berangkat pulang kami masih berkesempatan bergambar dengan 'Raja Sehari' . . . Noreen dan Iman.





























Maka dengan ini . . . kami mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baru yang telah berjaya membina masjid mereka.


Kami semua berharap Noreen dan Iman semakin lama nanti semakin matang dalam selok-belok kehidupan dan bijak mengendalikan hidup berkelamin dan berkeluarga. 









dan . . . ini doa ahli-ahli keluarga senior . . . yang raut wajah comel masing-masing tertera di atas . . . juga . . . di bawah:


Noreen n Iman  
Selamat Berjaya Menempuh Hidup Baru  










Terima kasih daun keladi daripada penulis suami isteri . . . 








kami mohon diri . . . in sha Allah . . . kita bersua lagi . . . 









 oh ada apa lagi . . . di luar menanti  

















Wassalam







bamuda
dsuarang.blogspot.com