Sunday, October 23, 2016

Ngopi Boleh








Assalamualaikum
 n 
Selamat Sejahtera




 Kisah Secawan Kopi!




Ceritanya begini. Para tetamu meninggalkan d'SUARANG setelah selesai suatu majlis tahlil dan doa selamat yang berlangsung pada petang Sabtu 29 Mei 2010. 

Ada yang sudah lama pulang. Ada yang baru pulang. Ada pula yang baru hendak pulang. 

Kategori tetamu yang terakhir ini termasuklah Pak Uda dan Mak Uda penulis ... Tuan Hj Mohd Nadzar & Puan Hjh Zaleha.













"Secawan Kopi"


Puisi AMB tertulis pada tahun 2005
ttg tipu muslihat "belanja minum kopi"













Pasangan Bahagia


Pak Uda Hj Mohd Nadzar & Mak Uda Hjh Zaleha














Penulis & Bapa Saudara









Cakap omputih sikit . . . hmm 
Uncle & Nephew 




Apabila mengetahui Pak Uda Nadzar & Mak Uda Zaleha hendak pulang ke rumah mereka di Petaling Jaya, Penulis dan Alimah (isteri) meminta mereka tunggu sekejap untuk bergambar kenangan.

Pak Uda & Mak Uda dengan sikap penuh 'sporting' menunaikan permintaan kami itu. 

Selesai gambar diambil mereka berdua terus ke pintu pagar rumah menuju ke kereta untuk pulang.









Keturunan Keluarga Tok Shariff


Dari kiri:
Penulis, Hjh Zaleha, Hj Mohd Nadzar & Alimah












Posing Sekejap

Hj Mohd Nadzar & AMB



Sebelum mereka masuk ke kereta, penulis sempat mengingatkan Pak Uda Nadzar bahawa ketika hendak meminum air sarsi selepas makan tadi . . . Pak Uda ada menyatakan begini: 

"Pak Uda ingatkan air kopi ..." 

"Kopi ada Pak Uda . . . tunggu sekejap ..." jawab penulis.

"Tapi, aku boleh ke minum kopi, gamaknya?"

Pak Uda berkata demikian sambil menoleh kepada Mak Uda Zaleha. Seolah-olah memohon sokongan isterinya itu.

Penulis perasan situasi itu lalu meminta pengesahan daripada Mak Uda.

"Boleh ke Pak Uda minum kopi?"














Mak Uda Zaleha hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Penulis terus menerima isyarat itu sebagai kelulusan yang membenarkan Pak Uda Nadzar meminum kopi. 























Maka penulis pun mempelawa Pak Uda Nadzar menikmati secawan kopi . . . pastinya yang panas dan menyegarkan.


Pak Uda Nadzar berbisik kepadaku:  

"Ha ah, teringat pula kata orang tua-tua kita. Rezeki jangan ditolak. Musuh jangan dicari."


Pak Uda masih ketara seorang Guru Bahasa yang hebat. Fikirannya masih intact. Pengetahuannya masih luas. Pertuturannya cermat dan teratur. Beliau pandai menggunakan peribahasa dan perumpamaan dsb dengan tepat dan sesuai.

Gaya bahasanya juga cantik dan halus. Tetapi, loghat Peraknya tak boleh buang langsung. Begitu tebal dan mendalam! 

Mungkin jati dirinya sebagai anak Perak begitu teguh walaupun sudah berpuluh tahun bermastautin di Selangor khususnya Petaling Jaya!








Pak Uda Nadzar lantas mengiakan kata-kata penulis mengakui bahawa kadang-kala timbul keinginan mendadak untuk meminum kopi. 

Maka katanya lagi, "Kalau dah jeki (rezeki) tu tak ke mana le."


Penulis mempelawa Mak Uda Zaleha bersekali ngopi. Mak Uda pun dengan 'sporting' menerima pelawaan itu.

Penulis senang dengan sikap kedua-dua ibu dan bapa saudara ini yang jelas menunjukkan mereka pandai menjaga hati dan perasaan orang lain.

Paling penting . . . penulis mempelawa Pak Uda Nadzar dan Mak Uda Zaleha dengan hati yang tulus ikhlas dan niat baik. 

Tiada sebarang lencongan niat seperti berbagai situasi yang terdapat dalam hal pelawaan minum kopi yang cuba dihuraikan penulis melalui puisi "Secawan Kopi" di atas.

Yang Tua Dihormati,Yang Muda Disayangi.


Thanks for making my day! 










bamuda
dsuarang.blogspot.com

A Day To Remember







Assalamualaikum 
dan 
Selamat Sejahtera






ATM PERKASA 
KEDAULATAN TERPELIHARA

2015 ATM achieved 82 years of maturity 
(Edited edition of original version)






A day to remember an occasion to cherish. That was one lasting impression which lingered on my mind in respect of that particular visit on Thursday, September 17, 2015 to the Kem Perdana Sungai Besi.



Quoting Virginia Woolf . . . "Nothing has really happened until it has been recorded" . . . I thought it would be incomplete should I missed to put this on paper . . . after that interesting visit of mine. So here goes . . .











Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Hj. Zulkifeli Bin Mohd Zin


Jeneral
Panglima Angkatan Tentera , Malaysia




Izinkan saya memetik kata-kata YBhg Tan Sri Jeneral, Panglima Angkatan Tentera, Malaysia seperti tertera dalam risalah istiadat peristiwa Perbarisan Hari ATM Ke-82 ini. Antara kata-kata beliau:




" Mengimbau detik-detik setahun yang lalu, banyak cabaran keselamatan sama ada berbentuk tradisional mahupun bukan tradisional terpaksa dihadapi oleh Negara kita. Keadaan ini mewujudkan suasana Kelemahan (Vulnerability), Ketidaktentuan (Uncertainty), Kompleks (Complexity) dan Kekaburan (Ambiguity) yang turut mencorakkan landskap geo-strategik global dan serantau. Sungguhpun demikian, kita bersyukur kerana ATM telah membuktikan kecemerlangannya sebagai angkatan yang kredibel dalam mengekalkan kedaulatan Negara sama ada di daratan, di samudera raya mahupun di angkasa raya. Keunggulan ini turut diperkasakan dengan keupayaan kita mewujudkan rangkaian diplomasi dengan angkatan tentera negara-negara ASEAN dan sahabat telah membuahkan hasil dan meredakan ketegangan keselamatan, khususnya di rantau ini."

- Tan Sri Hj. Zulkifeli Mohd Zin




Sebagai rakyat jelata (yang bukan anggota tentera), saya tetap sedar dan menghargai tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan terus dinikmati semua di negara tercinta ini.


Saya teringat akan kata-kata hikmat Aristotle yang berbunyi: "If you would understand anything, observe its beginning and its development" yang ada kaitannya dengan hal ini.


Memang dapat diperhatikan ada banyak perubahan positif dan peningkatan efektif yang berlaku di dalam angkatan tentera kita khususnya dari segi struktur dan prasarana organisasi, fasilitas, sebaran tenaga manusia dan kepakaran kerja.


Tidak syak lagi fasilitas yang tersedia dan / atau disediakan oleh pihak Kerajaan akan dan / atau telah memudahkan pihak berwajib ATM melaksanakan tugas dengan cara amat cemerlang hingga mencapai tahap profesionalisme yang tinggi.


Namun demikian pihak ATM harus bijaksana mengatur strategi dalam usaha memastikan tujuan dan matlamat ini dapat dijadikan kenyataan sebagaimana diharapkan.



Winston Churchill ada menyebut ... "However beautiful the strategy, you should occasionally look at the results." 

Ini penulis kaitkan sebagai kata-kata ingatan.

Seperkara lagi yang menarik pendengaran penulis (kalau tidak silap) . . . dalam ucapan Panglima Angkatan Tentera (PAT) pada penghujung Perbarisan pagi itu ada disebut sesuatu tentang hal yang menyentuh semangat, dedikasi, konsistensi dan kelestarian peranan dan tanggung jawab sebagai perisai negara berhubung selok-belok khidmat ketenteraan.


Penulis sekali lagi bersetuju dengan nasihat dan pesanan PAT buat semua anggota dan pegawai ATM itu.




Sekali gus ingin penulis landaskan keadaan ini selaras dengan kata-kata:

"Firmness of purpose is one of the most necessary sinews of character, and one of the best instruments of success. Without it genius wastes its efforts in a maze of inconsistencies" 

- Lord Chesterfield.




Apa pun . . . (walaupun seorang awam), penulis tetap sentiasa mengikuti perkembangan ATM dan percaya golongan terbesar rakyat Malaysia juga berpendirian sedemikian.


Kami percaya ATM telah menyumbangkan jasa dan bakti dengan penuh berdedikasi dan cemerlang . . . baik pada musim-musim aman . . . mahupun pada waktu-waktu yang mendesak dengan berbagai-bagai ancaman dan kecemasan.


Ini sudah terbukti dalam banyak kejadian dan ujian di dalam mahu pun di luar negara. Salute you and your boys . . . and of course (mujur teringat) the girls too . . . Sir





QUOTABLE QUOTES



"Heroes are people who rise to the occasion
 and slip quietly away."

-Tom Brokaw



" A hero is no braver than an ordinary man, 
but he is braver five minutes longer." 

- Ralph Waldo Emerson


"A hero is an ordinary individual who finds the strength to persevere and endure 
in spite of overwhelming obstacles."

- Christopher Reeves



"Those who can win a war well can rarely make a good peace, and those who could make a good peace would never have won the war." 

- Winston Churchill


" History is the only laboratory we have in which to test the consequences of thought."

- Etienne Gilson










PAT Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Mohd Zin
membalas tabik hormat perbarisan sambil diperhatikan
PTD Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor ,
PTL Tan Sri Abdul Aziz Haji Jaafar,
PTU Tan Sri Dato' Sri Roslan Saad










Penulis sempat juga merakam kenangan bersama
Kolonel Wan Ghazali, Komandan Maktab Tentera Diraja









Penulis berfoto kenangan dengan Timbalan Panglima Tentera Udara










Penulis bersama Dato' Kapt Hamid SP (Bersara)
dan anakanda beliau




It must be noted that the day's do by ATM went on without a hitch (even though it rained heavily just before lunch!).

The fact that 'Mr. Haze' was still prevalent since taking centre stage here over the past few weeks . . . ATM's spirit one and all was never hazy or dampened at any time.


That is only a small example / indication of d spirit of our ATM . . . d fighting spirit that is! Kudos all. Till we meet again. In sha Allah.

Special thanks to Tuan PAT for making this day a day to remember . . .










ALHAMDULILLAH




bamuda
dsuarang.blogspot .com