Friday, September 3, 2010

Uim: Lawatan 'Geng Pejabat' Mama




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Apa Khabar Umar?


Jumaat 3 September 2010. Sekumpulan para pelawat mengunjungi d'SUARANG pada kira-kira jam 4:30 ptg. Umar Ilham Majid (Uim) sedang berihat . . . Sebenarnya Uim tidur nyenyak sejak tadi dan ketika para pelawat tiba dia masih tidur lagi.


Uim yang sedang lena tidor.
Tidak menyedari ada ramai pelawat di keliling ...

Para pelawat yang datang sempat mengambil foto kenangan. Umar tetap dengan tidornya. Lihat saja foto-foto yang tertera berikut ini. Sorry ya Tuan, Puan, Encik dan Cik sekalian. Dan, kakak (sis) serta makcik (aunties) semua included. Saya ngantuk sangat le . . . Syif 'jaga' saya hanya start pada kira-kira jam 10:00 atau 11:00 malam setiap hari dan berakhir pada jam 3:00 atau 4:00 pagi. Alahai, pening juga kepala Mama saya gitu kan? Kesian dia . . . Apa boleh buat 'kontrak' dah sign.



Foto kiri: "We come in peace." Begitu agaknya yang diisyaratkan Cik Maznita Jaibic (gadis Red Indian Amerika ke dak ni?) . . . Jangan mare ye . . . Umar usik-usik je akak ni. Di kanannya bertudung hitam Puan Zuraini Mamat tersenyum riang dan di kirinya pula Cik Rosita Mohd Karim juga sedang memperkatakan sesuatu. Foto kanan: "Hey, u all. Jom pegi sana. Kita cari si Uim!" kata Rosita dengan beria-ia.


Foto kiri: "Alah tak payah pegi jauh-jauh. Si Uim ada kat depan mata ni . . . tapi asyik tidor aje plak", kata Cik Azlina Aiman (Shhh . . . khabarnya boss Liza le tu)". "Ha, dah kena hadap dan kerumun pun si Uim ni!" tambah Puan Nur Shaiza Abdul Ghani. Foto kanan: Yang mengelilingi Uim tu dari kiri: Puan Zuraini Mamat, Cik Maznita Jaibic, Cik Rosita Mohd Karim, Liza (terlindung), Cik Azlina Aiman & Puan Nur Shaiza Abd Ghani.



Foto Kiri: Cik Rosita mengeluh," Dah le tak dapat minum . . . orang yang kita nak temui pun asyik lena aje!" Pn Zuraini dan Cik Maznita relaks saja. Foto kanan: Cik Maznita (sign language expert?) yang cool sangat dengan sign peace atau victory? Jangan mare ya . . . Tak ngapa, ase kan mike tak tersalah tunjuk sign . . . udah le! Puan Zuraini masih nampak relaks lagi. Ha, sapa plak yang baru enter frame tu? Encik . . .?


Aksi seorang pendandan rambut? Bukan le. Cik Azlina menyarankan kepada Puan Nur Shaiza supaya . . . eh entahlah . . . tanya le kat dia sendiri. Cik Maznita dan Cik Rosita tahu ke apa yang disarankan Cik Azlina tu?


Oh begitu rupanya. Patut le Liza dan Cik Azlina ketawa berdekah-dekah! Baru le ku tahu . . . Ishh, entah le. Sebenonya penulis pun serkap jarang aje. Pakai bante aje kata orang. Wallahualam!



Foto kiri: Puan Nur Shaiza memerhatikan sesuatu. Foto kanan: Puan Zuraini dengan Uim lena di pangkuannya.


Dan, akhirnya setelah terbangun pada jam 10:00 malam Uim melihat ke sekelilingnya . . . tak ada orang. Akan tetapi, Uim ternampak akan beberapa kotak hadiah yang tersusun berderetan di sebelah sebuah kerusi. Eh, sungguh menarik kotak-kotak itu pada pandangan si Uim. Lalu Uim pun bertanya. . . .








Cenderahati daripada rakan-rakan sepejabat Nurliza untuk Umar Ilham Majid. Terima kasih daun keladi . . .


Uim: "Siapa punya ni Mama?"

Mama Liza: "Oh, Umar punyalah."

Uim: " Macam mana boleh ada kat sini?"

Mama Liza: "Para pelawat tadilah yang bawa."
Uim: "Oh, ada orang datang ke tadi Mama? Umar tak sedar pun. Mengapa Mama tak kejut Umar?"

Mama Liza: [Bercakap kepada diri sendiri] "Macam
real aje dak mamak ni. Dapat lena tadi tak sedar dunia pun."

Uim: "Siapa yang datang tadi, Mama?" . . .


Tadi seramai tujuh orang rakan sepejabat Nurliza Zainuddin datang ke d'SUARANG. Mereka berhajat nak tengok Umar Ilham Majid (Uim) yang baru dianugerahkan Allah kepada keluarga Halmy Zahari Abdul Majid & Nurliza Zainuddin sebagai cahaya mata mereka yang pertama. Mereka itu Cik Azlina Aiman, Cik Noraidah Md Zamri, Encik Safri Mohd Ali, Cik Rosita Karim, Puan Zuraini Mamat, Puan Nur Shaiza Abd Ghani dan Cik Maznita Jaibic.


Kumpulan Pelawat Uim di d'SUARANG



Cik Azlina Aiman berusaha mendekati Umar Ilham Majid yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu berjaga sebelum masuk waktu 'syif' biasanya.


Foto kiri-- Pn Zuraini: "Pegang jugalah . . . Si Umar ni. Tak jaga pun tak jagalah!" Foto kanan -- Pn Noraidah Md Zamri ( I was told) baru dapat enter frame ni. Tadi sibuk ambil gambar diorang aje. Enter frame lak terus berganding dengan 'boss' . . . asyik oh asyik.


Foto kiri: Puan Zuraini memangku Umar sambil memberi beberapa tip kepada siapa yang enter frame tadi . . . ha . . . Encik Safri Mohd Ali. Tip apa tak tahu le. Tapi teka-teka boleh saja. Mungkin tentang cara terbaik memangku anak kecil . . . OK le tu Encik Safri. Belajar daripada yang lebih berpengalaman. Puan Nur Shaiza pun boleh bantu, ya tak. Foto kanan: Cik Azlina, Puan Noraidah dan Cik Rosita memerhati saja dari jauh.


Masih bercerita tentang gelagat anak kecil? Tajuk ini memang menarik. Kadangkala melucukan.


Marilah kita yang dah bergelar ibu ni berbincang terus tentang good parenting. Mereka yang belum ready tu biarkan saja. Sampai masa tahulah mereka nanti . . .


Begitulah suasana yang terdapat di d'SUARANG pada hari yang berkenaan. Sambil itu Liza secara bersahaja dapat menanamkan sedikit sebanyak semangat tentang 'persahabatan' kepada Uim.

Uim: "Mama, kawan-kawan Mama tu . . . Memang nak tengok Umar le kalau gitu. Baiknya mereka tu."

Mama Liza: "Nak tengok Umar le. Nak tahu Umar Ilham Majid (Uim) ni sihat ke, berat ke, ringan ke, kuat menagis ke, suka ketawa ke, hitam ke, putih ke, gemuk ke, slim ke dan teratas handsome ke . . . dan dah ada makwe [ooops] ke?"

Maka setelah mendengar huraian terperinci ibunya itu, Uim ketawa berdekah-dekah . . . Mungkin kerana si mamak ni telah mendengar sebutan perkataan handsome dan makwe daripada mulut Mama Liza tadi. Hairan, hairan. Budak-budak sekarang agaknya! Dah advance (cakap omputih lagi le). Suka hati le!

"Eh, perasan pulak aku ni! Biarlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya," fikir Uim secara jujur . . .

Umar Ilham Majid (Uim) sekeluarga ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelawat yang sudi mengunjungi kami di d'SUARANG. Secara peribadi Uim mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelawat yang bermurah hati pula membawakan cenderahati dan buah tangan untuk Uim.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin.
Thank you all.



Berbendang padi kerja biasa,
Padi kunca amalan tradisi,
Benda zahir kelihatan senang;
Orang berbudi kita berbahasa,
Budi bahasa tak jual beli,
Hingga ke akhir akan dikenang.













dsuarang.blogspot.com