Tuesday, April 8, 2014

Kerenah Birokrasi Asing Tambah Kesedihan






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Secebis Nota Dukacita


Aku tersentak sebaik terbaca status fb Lokman Muhammad pada petang Jumaat 4 April 2014. Hatiku berdebar bimbang.



Assalam.
Nama hospital The University of Hong Kong-Shenzhen Hospital. Pak Anjang Lokman telah terjatuh di bilik air n telah dimasukan kedlm wad... mohon semua doakan beliau agar dikurniakan kesembuhan kembali...
Like · 






Pak Anjang terjatuh di bilik air (tempat beliau dan rombongannya menginap) di Shenzhen, China. 








Beliau dikhuatiri tercedera lalu segera dibawa ke Shenzhen Hospital of Hongkong University untuk mendapatkan rawatan. 

Lokman Muhammad (Mohd Ashraff Lokman) memohon semua ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai mendoakan keselamatan dan kesihatan bapanya, Pak Anjang. 

Semoga Pak Anjang sembuh . . . pulih seperti sedia kala. 


Aku berdoa agar Pak Anjang tidak mengalami kecederaan yang parah. Biarlah beliau cuma luka sedikit atau terseliuh tangan atau kaki. 


Belum sempat lama aku berfikir-fikir dan mencongak-congak akan bagaimana agaknya keadaan sebenar Pak Anjang ketika itu . . . aku segera pula disampaikan info yang sungguh menyayat hati.


Adik saudara pupuku . . . Md Noor Idris . . . menelefon aku memaklumlkan Pak Anjang sudah tiada. Beliau diberi tahu demikian oleh Muhammad Hafiz, anak bongsu Pak Anjang.

Berita ini disahkan pula melalui status fb Sham Lokman sebentar kemudian.



Assalam. Dimaklumkan ayahanda saya Pak anjang lokman telah kembali ke rahmatullah jam 6.20 petang di shenzen, china. Urusan jenazah sedang dibuat oleh pihak sana. Mohon doa dr semua kaum keluarga. Alfatihah.
Like · 



Pak Anjang telah kembali ke Rahmatullah. Pak Anjang telah pergi menyahut seruan Ilahi.

Allah SWT penciptanya lebih menyayangi Pak Anjang dan telah menyeru beliau kembali ke pangkuan-NYA mendahului kita semua. Semoga Pak Anjang tenang di sana.

Urusan pengendalian jenazah kemudiannya mula diusahakan oleh ahli-ahli keluarga Pak Anjang.



Berita terkini dimaklumkan, jenazah akan dibawa kembali ke malaysia memandangkan tidak mendapat kelulusan kerajaan china untuk dikebumikan di sana. Mungkin mengambil masa dalam 3-6 hari untuk tujuan urusan bawa balik jenazah. Pihak konsulet di guanzhou akan bantu urusan ini. Mohon doa semua ahli.keluarga agar ianya dipermudahkan.
Like · 


Namun begitu tidak dapat dielakkan kerenah birokrasi dan hal-hal protokol atau rasmi-rasmian dalam urusan sebegini dengan pihak berkuasa China. 

Jenazah Allahyarham Pak Anjang tidak dapat segera dibawa pulang ke tanah air bersama isterinya Mak Anjang yang tiba di KLIA pada hari Isnin 7 April kelmarin.



Terkini...
Like · 


Like · 


Kita semua diharapkan terus bersabar dan tabah hati menghadapi rintangan-rintangan yang sudah dijangkakan ini.



Terimakasih semua atas doa untuk arwah abah saya. Insyallah jenazah sedang diuruskan untuk di bawa pulang dalam minggu ini. Urusan tidak boleh dipercepatkan kerana sekarang china cuti festival hingga hari isnin. Insyallah waris akan pergi ke china pada selasa mlm untuk urusan mengiringi jenazah pulang. Doakan agar usaha kami ini allah permudahkan. Aamiin!
Like · 


Penghalang tetap ada dalam usaha kita yang bertujuan membawa pulang jenazah dengan sesegera mungkin!

Tidak mengapa. Ahli-ahli keluarga harus terus sabar bertindak dan kita semua harus terus sabar menunggu. 



Assalam.
Untuk makluman, visa tidak dpt dikeluarkan hari ini kerana embassy di china tutup.
Visa hanya akan dpt dikeluarkan selewat lewatnya 3 ptg esok dan shariffudin n ashraff akan fly pada selasa mlm.
Kita doakan semua dipermudahkan.
Like · 




Mudah-mudahan setiap kerenah birokrasi asing yang menjadi rintangan ini dapat jua diatasi akhirnya.


Mudah-mudahan semua urusan membawa balik jenazah Allahyarham Pak Anjang akan selesai dengan sempurnanya dalam masa sehari dua lagi. Kabulkanlah doa kami ini ya Allah.







Alhamdullilah visa telah dapat dan waris akan ke guangzhao malam ini. Insyallah, nanti saya update bila jenazah dijangka sampai.
Like · 





Kita sanak saudara dan sahabat handai di sini tetap menanti dengan penuh keyakinan. Insha Allah.

Sebelumnya, pada hari Rabu 2 April 2014, Pak Anjang berserta rombongannya dari KL telah berlepas dengan pesawat ke Guangzhou (Canton), China.

Dengar-dengarnya untuk melawat perkampungan Islam di beberapa daerah di sana selain daripada melakukan kunjungan muhibah sebagaimana yang lazim dilakukan para pelancong ke tempat-tempat menarik di negara orang.


Pak Anjang difahamkan berlepas ke sana dalam keadaan yang sihat walafiat. Maka itulah sebabnya aku amat tersentak apabila mendapat berita secara tiba-tiba bahawa beliau telah meninggal dunia. 

Apa pun, aku tetap menerima kejadian ini sebagai suatu ketentuan Allah SWT dan tiada sesiapa pun yang lebih berkuasa daripada-NYA untuk menghalang ketentuan tersebut. 

Aku dapat membayangkan betapa hampa dan sedihnya perasaan ahli-ahli keluarga Pak Anjang yang ditinggalkannya. Maklum mereka kehilangan tonggak keluarga yang amat dihormati dan dikasihi. 

Pak Anjang meninggalkan seorang isteri Pn Hjh Mariam Yaakub, 7 orang anak (Mohd Raziff 47, Shamsidar 46, Asmidar 42, Mohd Shariffudin 40, Mohd Ashraff 39, Irdawati 37, Mohd Haffiz 33), 6 menantu serta 24 orang cucu*.

* [statistik pada waktu penulisan]


Pak Anjang yang disebut-sebut dalam siaran blog aku ini ialah Tuan Hj Lokman bin Mohd Shariff. Beliau anak kepada atuk Mohd Shariff bin Ismai dan opah Aishah bt Long.

Allahyarham  berlapan beradik seibu seayah (6 lelaki 2 perempuan), dan ada 2 orang kakak lagi, Halimatus Saadiah dan Norani   daripada perkahwinan pertama ayahandanya Mohd Shariff dengan isteri di Indonesia. Jadi kesemuanya Allahyarham Pak Anjang mempunyai 10 orang adik beradik.  


Aku, anak saudara Allahyarham Pak Anjang (nasab bapa). Allahyarham adalah adik kandung kepada ayahandaku Baharom Mohd Shariff. Aku turut merasai kehilangan yang amat sangat dengan pemergian Allahyarham ini. 

Allahyarham Pak Anjang bukan sahaja bapa saudaraku tetapi juga seorang sahabat yang aku hormati dan kasihi. 

Aku mempunyai hubungan yang amat akrab dengan Allahyarham Pak Anjang sejak lama. Insha Allah akan aku ceritakan dalam siaran blog selepas ini . . . selepas agak reda kesedihan yang aku alami sekarang.

Sementara itu aku hanya mampu menunggu jenazah Pak Anjang Allahyarham Hj Lokman Shariff dikembalikan dengan selamat ke tanah air dan seterusnya dikebumikan dengan sempurna, insha Allah, di tanah tumpah darahnya sendiri. 

Kepada ahli-ahli keluarga Pak Anjang . . . aku ingin menyatakan betapa aku juga amat bersimpati atas pemergiannya ini dan turut berdukacita dengan kalian sebagai sebuah keluarga.



Assalamualaikum semua

Dengan penuh rasa dukacita dan terharu saya ingin memanjangkan berita kembalinya ke rahmatullah Allahyarham Hj Lokman bin Mohd Shariff (Pak Anjang) pada jam 6:20 ptg tadi (4 April 2014) di Shenzen, China.

Allahyarham diberitakan cirit-birit dan tergelincir di bilik air sebelum dimasukkan ke hospital di sana dan kemudiannya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Allahyarham ...
See more
2Like ·  · Promote · 


Kita doakan yang terbaik sahaja buat roh Allahyarham Hj Lokman bin Mohd Shariff, insan yang sama-sama kita kasihi ini. 

Al-Fatihah . . . Aamin.




bamuda
dsuarang.blogspot.com



STOP PRESS



Assalamualaikum wr. Wbt,
Bersyukur pada Allah swt, akhirnya jenazah Allahyarham Tok/Pak Anjang Lokman Mohd Shariff akan sampai di KLIA, jumaat 11hb April, 2014 jam 12.25 tengahari.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur dan tentatively dijangka sampai jam 3-4 petang.
 — at Masjid Al Qurtubi,sri segambut
Like · 




AlFatihah Ayahanda kami, kepulangan mu kami nanti hari ini bagi menyempurnakan kepulanganmu semula kepada Allah swt.

Jenazah akan disholatkan di Masjid Al-Qurtubi, Taman Sri Segambut Kuala Lumpur dan dikebumikan selepas sholat asar.
1Like ·  ·