Saturday, November 30, 2013

Rambutan Rumanissa






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Tak Kenal Maka Tak Cinta



Amad kelihatan resah setelah agak lama berehat dan 'bermalas-malas' di atas kerusi rotan jumpelang atau rattan rocker atau rattan rocking chair..


Majlis pertemuan sahabat di rumah Atuk Harun pada 23 November 2013 itu mungkin boring bagi Amad.

Maklum majlis dimonopoli oleh orang dewasa keseluruhannya!


Saat demi saat berlalu. Amad menjadi semakin boring.

Dia melihat-lihat sekeliling. Dia memandang ke arah laluan keluar masuk di perkarangan Rumanissa.







Tiba-tiba Amad turun daripada kerusi. Dia meluru ke halaman berumput yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan kecil dan besar.






















Penulis berasa hairan memerhatikan telatah Amad. Mengapa dia berlari menuju ke daerah itu?

Ibu Amad, Mazlyn Hanim juga kehairanan.


Seketika kemudian . . . perasaan hairan yang bermain di benak kami sebentar tadi terurai.


Di hujung halaman sana terlihat kelibat seseorang 'berbaju biru'.




















Dia sedang melayan kerenah Amad. Amad pasti bertanyakan macam-macam kepadanya.

Rupa-rupanya Nadim yang berbaju biru itu. Nadim yang berada di situ. Nadim yang melayani ragam Amad. 

Nadim ialah anak sulung Harun sahabat penulis.

Penulis kemudiannya mendapat tahu bahawa Nadim  di rujuk Amad  sebagai 'orang biru'. 

Kelakar sungguh kelakar! 

Gaya pertuturan Amad siap dengan pelatnya sekali tentulah melucukan. Memang keliru jadinya sesiapa yang sanggup mendengar celotehnya.  

Entah macam mana komunikasi berlangsung . . . wallahuaklam!


Puas kami memberi tahu Amad bahawa dia harus memanggil 'orang biru' itu uncle atau pakcik Nadim.


Amad tetap bersahaja. Tetap dengan cara panggilannya yang tersendiri . . . 'oyang biyu'!








Tak mengapalah Nadim . . . dapat title baru buat sementara waktu.

Panggilan mesra 'persahabatan' daripada si Amad tu!








Amad terus sahaja merapati 'orang birunya'. 

Bila tiada rakan sebaya . . . orang dewasa pun jadilah dibuat kawan. Begitu agaknya yang terfikir oleh Amad . . . anak kecil yang sedang memasuki gerbang usia 4 tahun.


Maklum . . . bagi kanak-kanak semuda usia si Amad segalanya mungkin. Tambahan pula Nadim rajin melayan kerenahnya!


Terima kasih Nadim.

















Kisah selanjutnya . . . Amad pun terus-terusan bertanyakan itu dan ini kepada Nadim. 

Sesi ini berlanjutan . . . sehinggalah ibu dan bapa Amad mengambil alih tugas memberi info kepada Amad tentang susur galur rambutan . . . dan sejarah akar umbinya.

















Antara inti bicaranya . . . (penulis diberitahu kemudian) . . . membawa pengertian lebih kurang begini:



Ini rambutan empunya cerita, 
Belum kenal aku tak cinta;
Buah rambutan buah tempatan, 
Mudah ku beli di merata pasaran; 
Kini ku tahu rupa pokoknya, 
Tinggi berdiri rimbun daunnya;
Rambutan merah rambutan kuning,
Rambutan longkah rambutan gading;
Manis isinya enak dimakan,
Biji yang keras jangan ditelan;
Kulit rambutan tidak berduri,
Lembut terasa ku sentuh tadi;
Rambutan kecil digelar putik, 
Mudah gugur tersalah petik;  
Akan ku ingat pesanan Atuk,
 Makan rambutan . . . 
 jangan sampai batuk!   

























Alhamdulillah . . . buah rambutan yang masih bergayutan di pohonnya di perkarangan Rumanissa dapat dilihat dari dekat oleh Amad.

Situasi ini membolehkan Amad mengetahui bagaimana sebenarnya buah rambutan tumbuh dan subur di dahan/ranting pokoknya.  


Sekurang-kurangnya Amad mulai mengenali beberapa ciri khas yang berkaitan dengan 'rambutan'.



Paling penting . . . Amad dapat memetik sendiri dan kemudian terus merasai keenakan buah rambutan yang dipetiknya itu!


















Mudah-mudahan Amad akan sentiasa mensyukuri segala nikmat anugerah Allah SWT dan menginsafi betapa besar dan hebatnya ciptaan Ilahi buat sekalian hamba-NYA di alam yang fana ini.   








bamuda
dsuarang.blogspot.com