Monday, November 18, 2013

Facebook oh Facebook






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Buruk Sahajakah Facebook?



Ahad November 17 2013 bersamaan 13 Muharram 1435H penulis dan isteri berada di Kg Sesapan Batu Rembau, Beranang, Selangor.


Kami pergi ke kampung tersebut kerana memenuhi undangan Tuan Faizal Hassan dan Puan Norlayly Mat Noor, sepasang suami isteri yang pada hemat penulis masih tergolong muda.


Mereka berhajat mengadakan kenduri kesyukuran berpindah ke rumah baru (sambil menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20? . . . penulis mendapat tahu kemudiannya. Maka ucapan selamat juga untuk pasangan ini  daripada penulis.) 


Pasangan ini adalah ibu dan bapa saudara (Mak Chu n Pak Chu) kepada Mohd Rashidi Ali (menantu penulis).








Pasangan Empunya Rumah

Tuan Faizal Hassan dan Puan Norlayly Mat Noor




Istimewanya . . . Norlayly dan Faizal menjemput kami melalui facebook (fb) sahaja. 


Mudah dan cepat . . . tapi paling ketara . . . ikhlas!




  • Conversation started Tuesday
  • Norlayly Mat Noor
    Norlayly Mat Noor

    Assalammualaikum tuan dgn sukacitanya saya ingin menjrmput tuan seisi keluarga ke majlis kenduri kesyukuran masuk rmh,pada 17hb ahad ini..majlis bacaan yassin ytahlil akn diadskn sblm zohor (12tghri)..dikg sesapan batu rembau,beranang sel.moga kehadiran tuan seisi keluarga betambah serilh majlis kami..
  • Abdul Majid Baharom
    Abdul Majid Baharom

    Waalaikumsalam Pn Norlayly Mat Noor . . . Terima kasih sudi menjemput kami sekeluarga ke majlis puan pada Ahad 17 Nov ini. In Shaa Allah . . . andai tiada aral dan paling penting . . . diizinkan jua olehNYA . . . dptlah kami cuba sama-sama memeriahkan majlis puan kelak.
  • Norlayly Mat Noor
    Norlayly Mat Noor

    Semua seisi rmh dijemput ye tuan...rmh saya bkn rmh kak long kt broga....kg sesapan batu rembau....


Maka dengan berbesar hati dan atas semangat ingin mewujudkan tali persaudaraan yang lebih erat . . . kami* tiba di rumah Faizal dan Norlayly pada kira-kira jam 11:30 pagi.


*(Penulis, isteri, ibu mertua dan seorang cucu sebenarnya dipandu sampai ke situ oleh Mazlyn, anak penulis, yang juga isteri kepada Mohd Rashidi. Rashidi sedang menjalani peperiksaan di UM ketika itu dan akan menyusul ke situ kemudian kelak.)


Setiba di perkarangan rumah baru Norlayly dan Faizal . . . penulis lantas masuk ke ruang tamu rumah yang berkenaan kerana ingin turut sama dalam acara membaca surah Yassin yang sudah pun bermula. 


Selesai bacaan surah Yassin . . . bacaan tahlil dan doa selamat pula dilakukan. 


Alhamdulillah . . . segala acara terlaksana dengan baik.


Kami kemudiannya dipersilakan menjamu selera (makan tengah hari) oleh tuan rumah di bawah lindungan khemah yang terdiri di hadapan rumah itu. 






Berbual Santai  

Penulis dengan Tuan Hj Zohari sesudah makan tengah hari 







Menjamu Selera

Dari kiri:
Hjh Alimah, Mazlyn (pangku Ahmad), Hjh Maimunah 








Kenalan Baru

Tuan Hj Ibrahim dan para jemputan lain








Trio Lama

Dari kiri:
Tuan Hj Zohari, Tuan Hj Ibrahim, Penulis



Akhirnya . . . pada kira-kira jam 2:30 petang penulis 'terpaksa' memohon diri untuk pulang . . . kerana ada lagi acara lain yang menanti dipenuhi penulis di KL.


Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang telah sudi mengundang kami ke majlis yang penuh keceriaan dan keikhlasan bersilaturahim ini. 


Panjang umur ada rezeki . . . in shaa Allah kita berjumpa lagi.





Pasangan Berbahagia

Tuan Faizal dan Puan Norlayly




Kenangan Mesra

Dari kiri:
Puan Norlayly, Tuan Faizal, Penulis



Inti cerita siaran blog penulis kali ini jelas memfokus kepada usaha insan saling mengeratkan silaturahim.


Akan tetapi . . . ada sesuatu perkara lain yang ingin penulis paparkan di sini. Polemik penggunaan facebook


Ramai yang menghukum facebook sebagai sesuatu yang mendatangkan banyak buruk daripada baiknya.


Ada yang berpendapat kemudahan facebook kurang sesuai untuk orang tua kerana menurut mereka golongan remaja sahaja yang gemar menggunakannya bagi tujuan mencari couple masing-masing dan seterusnya memadu asmara!  


Ada pula yang berpandangan bahawa penggunaan facebook hanya perbuatan mensia-siakan waktu tanpa mendatangkan sedikit manfaat pun . . . konon nanti melekakan dan mengkhayalkan pengguna di alam maya!


Dan . . . banyaklah lagi yang diperkatakan oleh mereka yang " bijak-bijak sendirian berhad."


Ironinya ada di antara individu-individu begini yang tidak pernah menggunakan facebook atau tidak tahu atau tidak mahu tahu bagaimana menggunakan kemudahan facebook yang tersedia . . . dengan cara berdisiplin dan memanfaatkan!







Ikatan Persaudaraan 

Dari kiri:
 Tuan Hj Zohari, Puan Norlayly, Tuan Faizal, penulis



Alangkah ceteknya pandangan dan pemikiran "end user" yang sedemikian tentang teknologi moden ini! 


Sebenarnya facebook kalau digunakan dengan bijak dan berhemah dapat mendatangkan banyak faedah kepada setiap lapisan anggota masyarakat atau ahli sesebuah komuniti. 


Contohnya, dalam usaha mencegah jenayah, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan negara, bangsa dan agama, menimbulkan keprihatinan terhadap usaha memperbaiki taraf hidup, kesihatan dan ekonomi rakyat, seterusnya meningkatkan status kemajuan warga Malaysia di mata masyarakat antara bangsa . . . dll. 


Elakkan penggunaan songsang facebook untuk mendokong kerja-kerja maksiat dan untuk menyebarkan gosip liar dan khabar angin yang tidak berasas atau untuk fitnah memfitnah satu sama lain. 


Jauhkan diri daripada beraktiviti facebook andai semata-mata bertujuan untuk menimbulkan prasangka atau mewujudkan kebencian terhadap pihak lain.


Janganlah jadikan facebook alat yang memudahkan segala kerja berniat jahat atau kerja mengaibkan mana-mana individu atau perkumpulan. 


Gunakanlah facebook dengan cara betul dan sebaik mungkin. Facebook pasti dapat memudahkan urusan harian seseorang dan telah terbukti membantu dalam usaha yang memerlukan kederasan tindakan. 







Kita Bersaudara

Dari kiri:
Tuan Razali, Tuan Rahim, Penulis, Tuan Mat Zain, Tuan Faizal, Tuan Hj Zohari







Keceriaan Jadi Kenangan 

Dari kiri: 
Tuan Mohd Rashidi, Tuan Razali, Tuan Rahim, Penulis, Tuan Mat Zain, Tuan Faizal, Tuan Hj Zohari




Dan, seperti dalam situasi santai yang penulis alami di atas . . . perhubungan melalui aktiviti "berteman di fb" mampu mengeratkan tali silaturahim hanya dengan memberi respons yang positif terhadap catatan (dalam kes ini, 'undangan') yang di buat . . . walau pun perantaraannya hanya melalui teknologi moden yang bergelar . . . . facebook!


Sekian . . . wallahuaklam.

     




Alhamdulillah


bamuda
dsuarang.blogspot.com