Tuesday, October 25, 2016

Suratan atau Kebetulan








Assalamualaikum 

dan
Selamat Sejahtera





Serampang Dua Mata
(diperbarui drpd versi asal July 15, 2010)





Setelah menghadiri majlis perkahwinan anak saudara di Shah Alam pada hari Ahad yang lalu, aku membelek-belek koleksi foto beberapa minggu lepas . . . dan ternampak beberapa keping gambar yang menarik perhatianku. 

Gambar-gambar yang menarik hati itu aku telitikan baik-baik. Ada semacam (rasa) deja vu (an illusory feeling of having already experienced a present situation / a feeling of something tediously familiar.)










Pasangan Pengantin Baru
Shahidan & Nor Azlina


Sebenarnya foto-foto yang berkenaan diambil dalam majlis perkahwinan Shahidan bin Dato' Shahran Laili dengan pasangannya Nor Azlina bt Ramli. 

Shahidan adalah anak lelaki Dato' Shahran Laili bin Abdul Munid dan Datin Halimatolhanin bt Mohd Khalid.

Majlis diadakan pada Ahad 20 Jun 2010. Temanya bunga mawar (ros).











Pelamin simple tapi indah . 










Katil pengantin ... tilam dan bantal bertekat (tradisional).











Mazlyna Hanum & Datin Halimatolhanin
mengabadikan kemeriahan majlis ini










Mazlyna Hanum & Datin Halimatolhanin 
bergambar di bilik pengantin.











Mazlyna Hanum di depan pelamin.












Syaliza di hadapan pelamin.










Syaliza duduk di katil pengantin ... 
Acah aje . . . jangan marah he, he.




Aku sekeluarga diundang ke majlis tersebut melalui anak perempuanku Mazlyna Hanum bt Abdul Majid.

Anum (nama panggilannya di rumah) berkhidmat di bawah team Datin Halimatolhanin di Open University Kuala Lumpur. 

Kebetulan pula suami Datin Halimatolhanin iaitu Dato' Shahran Laili berkawan dengan adik saudaraku Mohammad Razif bin Abdul Malik. (Kami hanya tahu akan perkara ini ketika Dato' dan Datin datang ke majlis perkahwinan anak lelaki kami Halim Zaharyn dengan pasangannya Noor Shafini beberapa bulan dahulu dan kebetulan bertemu dengan Razif). 

Dato' Shahran Laili dan Razif khabarnya sering bermain golf bersama-sama. Razif pernah bertugas sebagai Head of Golf and Sports di Templer Park Golf & Resort Berhad.








 Penulis & Isteri.








Afzan Shafinaz & Marlyana Haniz di meja makan.









 Dari kiri:
 Punitha, Rosaini, Adik (Myzatul's sis), Myzatul & Manggai 
berhenti makan sekejap untuk tunjuk gaya (pose).











 Ceria: Mazlyna Hanum & Syaliza.









Penulis bertanyakan sesuatu kepada Dato' Shahran Laili. 









Oh, pertanyaan tentang Kek Pengantin ke? 

Dari kiri: 
Dato' Shahran Laili, Datin Halimatolhanin, Mazlyna Hanum, Royhai'zam, Abdul Majid (Penulis), Marlyana Haniz.










Dari kiri: 
Royha'izam, Datin Halimatolhanin, Mazlyna Hanum, Dato' Shahran Laili, 
Alimah, Penulis, Marlyana Haniz & Afzan Shafinaz.



Kebetulan lagi, apabila aku terlihat alamat si empunya majlis dalam kad undangan yang diunjukkan Anum kepadaku, aku terus sahaja terfikir sesuatu.

Aku rasakan ada sesuatu yang amat familiar tentang alamat rumah Dato' Shahran Laili dan Datin Halimatolhanin ini.

Rumah mereka beralamat di No.16, Jalan Pejal, Taman Melewar.

Aku macam teringat pernah sampai ke daerah sekitar taman perumahan yang sama. Baru sahaja beberapa bulan dahulu. Sah, sebenarnya aku pergi ke rumah kawanku di situ!










Penulis dengan Ramli Mohd Rabi. 








Marlyana, Abdul Majid, Ramli & Royhai'zam











Dari kiri: 
Marlyana, Penulis & Royhai'zam


Aku pergi ke rumah Ramli bin Mohd Rabi kawan lamaku. Kami sudah hampir 47 tahun terpisah hubungan. 

Ramli kawan seasrama aku ketika bersekolah dahulu. Ketika itu kami para pelajar sekolah-sekolah di Kuala Lumpur tinggal di Asrama Putera Kuala Lumpur (one common hostel)

Tiada asrama khas atau berasingan disediakan untuk setiap sekolah. (Jadi sebenarnya kami telah terlatih menganut fahaman 1 Malaysia sejak lama dulu . . . he, he). 

Asrama Putera itu terletak di Jalan Suleiman, Kuala Lumpur (berhadapan Stesen Keretapi KL yang dahulu).










Dari kiri: 
Alimah, Marlyana Haniz, Penulis, Ramli, Royhai'zam & Mazlyna Hanum



Ya, kebetulannya rumah Ramli bin Mohd Rabi beralamat di No. 8, Jalan Pejal. 

Rupa-rupanya rumah 'boss' anak aku itu berselang empat pintu sahaja daripada rumah 'kawan lamaku' yang makan nasi kawah bersama ketika zaman persekolahan dulu. 

What a coincidence. What a small world . . . alah macam tu le kawan-kawan aku yang pandai bahasa omputih tu . . . selalu cakap!










Dari kiri: 
Afzan, Marlyana, Majid, Alimah, Mazlyna, Royhai'zam




Kebetulan, kebetulan . . . atau apa? 

Aku terfikir ini lebih condong kepada sesuatu yang sudah tersurat. 

Suatu suratan pasti! 

Dalam situasi apa pun, aku bersyukur atas pengalaman ini. Tak kiralah "Kebetulan atau Suratan". 

Pokoknya ini merupakan sesuatu yang amat menyenangkan. Kebetulan lagi aku dapat memenuhi undangan ke suatu majlis perkahwinan yang indah berseri.

Sambil itu dapat pula aku kunjungi kawan lamaku di rumahnya bersekali.

Pelaksanaan kerja serampang dua mata yang berhasil!

Terima kasih 'daun keladi' kepada Dato' Shahran Laili dan Datin Halimatolhanin atas kesudian mengundang kami sekeluarga. 

Mudah-mudahan Dato' dan Datin segera dianugerahkan cucu-cucu yang comel-comel serta soleh dan solehah. Amin.

Terima kasih juga diucapkan kepada member lama aku Ramli. Semoga anda sekeluarga sentiasa diberi keberkatan oleh-NYA. Sampaikan salam kami kepada Zabidah Ismail juga yang tidak sempat kami temui pada hari itu.







bamuda
dsuarang.blogspot.com