Saturday, December 17, 2011

Khutbah Arafah ... Mabit Muzdalifah



 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Semalam di Arafah



"Haji itu Arafah". "Wukuf itu Haji". Begitu yang lumrah dan banyak diperkatakan para ilmuan agama dan alim ulama Islam apabila berkisah tentang kerja haji. Maka para Jemaah Haji KT 70 (Geng Bas 06 khususnya) pun dimestikan berada di khemah-khemah di Arafah pada 9 Zulhijah 1432H (Sabtu Nov 2011) untuk wukuf di Arafah. Sementelahan wukuf salah satu daripada rukun haji.

Sejurus tiba dari Makkah. Kiri: YM Hj Raja Aman Shah; Hj Wan Abu Bakar
Kanan: Hj Wan Abu Bakar; penulis



Kiri: YM Hj Raja Aman Shah; penulis   Kanan: penulis; Datuk Hj Khalid


Berehat di luar perkhemahan di Arafah
Kiri: Hj Hedzir   Kanan: Hj Wan Abu Bakar; penulis



Kami bersyukur dapat berwukuf di Arafah dengan kehendak Allah SWT. Kami bersyukur dapat beribadah sepanjang waktu berada di Arafah baik di dalam khemah mahupun di luar. Beberapa ceramah agama atau tazkirah keagamaan dapat kami ikuti di surau yang tersedia di pekarangan perkhemahan tempat kami menumpang sehari di Arafah.

Di hadapan surau . . . pekarangan khemah-khemah di Arafah


Kiri: YM Hj Raja Aman Shah sibuk mengambil gambar Kanan: Hjh Alimah sibuk bergambar?



Paling menyentuh perasaan, para jemaah haji dapat mendengar khutbah pagi hari wukuf, selepas subuh di surau Arafah, yang amat menyegarkan naluri lagi menginsafkan diri sesiapa sahaja yang mendengarnya. Istimewanya, khutbah disampaikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. (Teman masih ingat . . . hampir suma para jemaah haji mengalirkan ayor mata
bila mendengo khutbah tu. Jiran teman si omputih Islam tu lak berkata," Hope it's not crocodile tears . . . Bro!" Teman pun harap bior jangan gitu le.)



Depan dari kiri: Datin Hjh Zabedah; Dato' Hj Muhammad Hatta
Belakang dari kiri: Hjh Juliah; Hj Salleh; Hjh Alimah; penulis


Kami seterusnya berkesempatan berdoa kepada Allah SWT dan memohon segala kebaikan serta kebahagiaan untuk ahli-ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Alhamdulillah segalanya dapat dilaksanakan berkat tunjuk ajar para ustaz dan ustazah yang mahir dalam selok belok kerja haji dan hukum keagamaan. 


Geng se KT 70, sebilik di Makkah, dan sebas 06 berdoa di pekarangan khemah



Hjh Juliah dan Hjh Alimah mendoakan segala yg terbaik
untuk ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai . . .


Menjelang malam selepas bersolat Maghrib dan Isyak, kami diarahkan bersiap sedia untuk menaiki bas ke Muzdalifah. Para jemaah haji akan mabit di Muzdalifah. Kutip anak-anak batu di sana untuk melontar di 3 jamrah di Mina sepanjang 3 hari tasyrik berikutnya.



Menunggu bas ke Muzdalifah : Kiri - Hjh Alimah; Datin Hjh Zabedah
Kanan - Hjh Juliah; Hjh Alimah


Apabila bas tiba maka para jemaah haji pun mengucapkan selamat tinggal kepada Arafah. Kenangan indah di Arafah kami bawa bersama. Harapan kami . . . segala apa yang didengari dalam ceramah dan tazkirah siang tadi dapat menjadi pedoman dan seterusnya pegangan kami dalam menempuh hidup di masa muka. Insya Allah.



Mabit di Muzdalifah

Kiri: Hjh Alimah dan Hjh Juliah Kanan: Dato' Hj Muhammad Hatta mengutip batu



Berehat di atas bukit batu
dari kiri: Hjh Alimah; Hjh Juliah; Hj Muhammad; Hj Salleh

Hjh Alimah dan para jemaah haji mabit di Muzdalifah


Pemandangan dari atas bukit di Muzdalifah. Jauh ke sana kelihatan jam besar Makkah


Para penghuni hotel seribu bintang . . . Dah subuh Hjh Alimah!


Suasana fajar di Muzdalifah
Hjh Alimah dan Hjh Saripah



Anak batu sudah dipungut,
Tugasan menunggu tiga hari berturut;
Ke Mina kini destinasi tujuan,
Melontar jamrah melempar syaitan!


Mina . . . kami datang . . .


dsuarang.blogspot.com