Saturday, July 5, 2014

Barbecue n Birthday Santai






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Berkumpul di Melawati  



Pulang setelah seharian berpergian ke Melaka pada Sabtu 24 Mei 2014 . . . penulis bersama anak-anak buah dan cucu-cucu dari Indonesia yang sedang 'berlibur' di Malaysia tiba di rumah Halim / Shafini pada kira-kira waktu Maghrib. 


Sesudah selesai waktu Maghrib dan segala yang patut dikerjakan . . . para tetamu dari seberang pun dipersilakan turun untuk menyertai acara barbeku yang diadakan di laman belakang rumah. 








































































































































Sambil itu terselit juga satu acara surprise menyambut hari ulangtahun kelahiran Makcu / Lola. 

Sambutan berkenaan . . . walaupun dengan persediaan yang amat sederhana . . . namun cukup meriah diwarnai kehadiran para tetamu terdiri daripada ahli keluarga sekaliannya. 

Alhamdulillah bertambah lagi usia Makcu / Lola. Mudah-mudahan bertambah luas pula rezeki beliau. Amin.



































































































Tentulah perasaan seronok dapat berkumpul ramai bersama ahli-ahli keluarga besar . . . Ada antara mereka yang baru buat pertama kali ketemu antara satu sama lain.

Alhamdulillah . . . semoga kita sering dapat mengeratkan silaturahim sebegini rupa.

Terima kasih Nanee, Intan, Ayi, Icha, Faris, Alif kerana sudi hadir dalam majlis kami yang tidak sepertinya.

Last but not least . . . penghargaan kepada tuan rumah pada malam ini . . . Halim dan Shafini.





bamuda
dsuarang.blogspot.com