Sunday, January 17, 2010

Yang Mulia . . . (apa nama ?)



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Pentingnya Nama

Apa ada pada nama kata sesetengah orang.

Bagi diriku nama itu teramat pentingnya. Manusia mati meninggalkan nama! Jika manusia tiada nama ... apa lagi yang hendak ditinggalkannya apabila berakhir hayat atau tamat riwayatnya kelak?

Dalam keadaan sebegini maka disebutlah nanti oleh orang yang bercerita tentang mereka itu dengan sebutan nama-nama yang ganjil yang kadangkala berbunyi seperti tidak menghormati individu yang sudah tiada itu. Contohnya dia tu "Taranama", nama dia "Apasajala", tak kiralah apa nama dia "Janjiadala", nama dia tak "Takisahla" dan macam-macam lagi.

Manusia yang hidup pula memang memerlukan nama. Jika tidak, bagaimana orang hendak memanggil mereka atau hendak memperkenalkan mereka kepada khalayak. Contohnya, "Yang mulia Tuan/Puan . . . (?)" Takkanlah asyik nak sebut 'si polan', 'si suami', 'si isteri', 'si lelaki', 'si perempuan', 'tuan rumah', 'tuan tanah' dsb.

Apapun keadaannya, aku amat bangga dengan nama yang diberikan oleh ibu bapaku kepadaku. Terima kasih. Aku juga tahu melalui orang tua-tua dalam keluarga Tok Shariff dan Opah Aishah bahawa namaku bersumberkan nama datuk saudaraku Abdul Majid bin Long (adik opah Aishah bt Long).






[Tok Abdul Majid bin Long dan isteri Opah Puteh Hawa bt Osman]


Tok Majid itu seorang 'Dresser' di hospital. Sekarang jawatan itu lebih dikenali dengan nama 'Hospital Assistant'. Bayangkan pada waktu itu (sekitar tahun-tahun 1930an) Tok Majid sudah memegang jawatan yang begitu penting dan berstatus! Apa nak dihairankan . . . Aku diberitahu bahawa beliau telah mendapat pendidikan yang tinggi pada waktu itu melalui dorongan dan bantuan seseorang yang bernama Hj Osman.Tok Majid akhirnya berkahwin dengan anak Hj Osman yang bernama Puteh Hawa. Beliau dikurniakan seorang anak lelaki tunggal. Namanya Abdul Wahid bin Abdul Majid. Malangnya Abdul Wahid (yang aku panggil 'Pak Unggal' . . . orang Perak sebut . . . 'Pak Ungge') tidak pernah sempat mengenali ayahnya ... kerana Tok Majid meninggal dunia pada hari kelahiran Pak Ungge Wahid. Sudah suratannya begitu.

Foto yang tertera di bawah ini ada memaparkan wajah Tok Majid (walaupun kurang jelas kerana gambar dah 'laih'). Foto ini juga sungguh bermakna kepada aku sebab ada juga dipaparkan wajah Fatimah bt Naina Mohd ('opah Chor Timah' atau yang aku panggil 'opah bidan'). Beliaulah orang pertama yang telah menyambut kedatangan aku ke muka dunia ini. 'Opah bidan' inilah yang telah membidankan ibuku Zainab bt Mohd Taib waktu ibuku melahirkan aku pada tahun 1946. Terima kasih.


[Dari kiri : Opah Aishah bt Long (mendukung Lokman bin Mohd Shariff) dan Fatimah bt Naina Mohd @ 'Opah Chor' @ 'Opah Bidan']


{Klik pada foto utk imej lebih besar}
{Foto dirakam di Jalan Temoh, Tapah, Perak pada tahun 1936}
{Pangkat dalam hirarki keluarga disesuaikan dengan kedudukan penulis}
[Berdiri di barisan belakang sekali dari kiri : Najang{abang saudara Pak Anjang Lokman}, Mohd Shariff bin Ismail (Tok Shariff), Abdullah bin Abdul Rahman (Tok Lah, Kg Datok {anak Datok Tandewa Sakti})
[Berdiri di barisan 3 : Mohd Said bin Abu Bakar (Tok Achik Said, mantan Senator, Kawasan Parlimen Kuala Kangsar), Hamid bin Sidek (Tok Chor), Hj Osman (anak Mat Terengganu), Idris bin Din (Tok Angah Tan), Abdul Aziz bin Abu Bakar ({Onyang C Highlands} dukung anak Abdul Rahman), Md Shah bin Abu Bakar (suami onyang Mah dodol), Onyang Mah (onyang dodol --> emak opah Long Mahyah), Zaidah bt Long (opah ulu Kg Datok ), Mahyah bt Md Shah (opah Long), (isteri Pak Tua Tahir), Aishah bt Long (opah Aisyah Tapah {dukung Lokman bin Mohd Shariff}), Fatimah bt Naina Mohd (opah Chor Timah/ opah bidan)
[Berdiri di depan: Halijah bt Md Yusuf (Mak Abon), Salmah bt Naina Mohd (adik opah Chor Timah), Lon (kakak Tok Enda Zakaria), (?), Anja (emak Pak Ngah Man)]
[Duduk dari kiri: Zabedah bt Hj Bakar (onyang gerotak emak Tok Chor Hamid), Abdul Majid bin Long (Tok Majid adik opah Aishah), Puteh Hawa bt Hj Osman (anak Hj Osman yang berkahwin dgn Tok Majid), Hj Abu bakar (Rembau), Zaharah (isteri Hj Abu Bakar --{pangku Abdul Ghani bin Abdul aziz}), Rashidah bt Orang Kaya Menin (opah Alang Che Nor Yanis {pangku Che Nor bt Yanis}), Fatimah bt Abdul Aziz (Onyang ibu Che Mi {riba Abdul Manaf bin Abdul Aziz) orang luar, Khusaini Mohd Shariff (Pak Andak), Aziah Yanis (Wan Long -- kakak Alang Che Nor)]
[Duduk: (?), (?), Abdul Karim bin Manas (Tok Alang Karim -- engineer), Mohd Nadzar bin Mohd Shariff (Pak Uda), Maimon bt Abdullah (Wan Nyah), Ramlah bt Yusof (opah busu), Saleh bin Md Shah (Tok Alang Saleh --> {bapa Nuar}), Zainal Abidin bin Mohd Shariff (Pak Lang), Mundan (Makcik bomoh), Anak Pak Tua Tahir, Zainudin bin Ibrahim (bapa Razak, S Alam), Roslan bin Mohd Shah (adik opah Long Mahayah), Abdul Kamal (Pak Ngah)]

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Hj Lokman bin Mohd Shariff dan Tuan Hj Mohd Nadzar bin Mohd Shariff yang banyak membantu dalam menyediakan bahan dan fakta untuk menjayakan penulisan blog berkait dengan tajuk ini. Terima kasih Pak Anjang dan Pak Uda.


Blog : dsuarang.blogspot.com