Tuesday, May 20, 2014

Ops Risikan Mira






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Hasrat Kesampaian


Cepatnya waktu berlalu! Demikian yang terlintas di fikiranku ketika memulakan catatan peristiwa yang berlangsung pada hari ini.

Dua puluh tiga tahun yang lalu Fara Amira Roslan diserahkan ibu bapanya Roslan Muhiddin dan Foziah Yassin untuk dijaga isteriku Alimah semasa kedua-dua mereka berada di tempat kerja masing-masing. Isteriku ibu saudara Mira (kami memanggil Fara Amira begitu) kakak kepada Foziah Yassin.







Tuan Roslan Muhiddin






Puan Foziah Yassin




Ketika itu Mira baru berusia 60 hari. Mira tinggal di rumahku sehingga dia bersekolah rendah dalam tahun dua / tiga.








Fara Amira Roslan



Mira hanya tinggal sepenuh masa bersama ibu dan ayahnya setelah mereka mendapat khidmat seorang pembantu rumah.


Dan . . . hari ini . . . Selasa 13 Mei 2014 bayi 60 hari dan anak sekolah rendah yang masih segar dalam ingatanku itu telah dirisik . . . dirisik oleh keluarga Faisal Khalid untuk dijadikan permaisuri Faisal.








Faisal Khalid



Alhamdulillah penulis dan ahli-ahli keluarga dapat meyaksikan awalan peristiwa yang menjanjikan permulaan suatu episod baru dalam kehidupan pasangan muda . . . Fara Amira dan Faisal.


Rombongan keluarga Faisal dari Putrajaya yang diketuai ayahanda dan bondanya sendiri . . .  Tuan Hj Khalid dan Puan Hjh Siti . . . tiba di rumah keluarga Mira di AU 4 Keramat kira-kira pada jam 11:41 pagi.





Tuan Hj Khalid




Puan Hjh Siti



Rombongan ini terdiri daripada keluarga terdekat Faisal yakni adik beradik, ipar lamai dan anak-anak buahnya.























Ketibaan mereka disambut dengan penuh muhibah oleh ahli-ahli keluarga Mira. 

Semua tetamu dipersilakan duduk di ruang tamu dan acara suai kenal pun bermula.














































Cepat kelihatan dan terasa akan wujudnya kemesraan di antara kedua-dua pihak . . . bagaikan sudah lama kenal . . . yang datang ramah dan yang menunggu pula berhemah. 


'Risikan' dalam bentuk bersoal jawab, membuat permintaan dan saranan terus sahaja  berlaku tanpa banyak masa yang terbuang.

Pertukaran info kekeluargaan juga berlaku dengan ikhlas dan lancar.

Kemuncaknya, cincin tanda risikan pun diserahkan ibu Faisal kepada ibu Mira. Semua yang hadir mengharapkan segala urusan ikatan silaturahim yang baru terjalin antara dua keluarga ini akan terus kekal berpanjangan.  




















































































Doa kesyukuran dan doa mohon keselamatan pun dibaca dan diaminkan oleh para hadirin setelah selesai acara yang 'rasmi-rasmian'. 




















Amin ya Rabbulalamin . . . mudah-mudahan Allah SWT mengabulkan segala doa kita ini.






















Selesai sudah segala urusan risik merisik. Semua yang hadir kemudiannya dijemput ke ruang makan untuk menjamu selera dengan hidangan makan tengah hari yang disediakan oleh tuan rumah.

Alhamdulillah dan terima kasih  daun keladi.


























Bersembang lagi selepas makan. Perbualan yang terhenti antara kedua-dua pihak tadi bereterusan selepas makan.

Banyak perkara manusiawi dan nilai hidup diperbincangkan . . . sepanjang suasana yang tenang lagi santai.











































Tepat jam 1:34 ptg rombongan pihak lelaki dari Putrajaya ini memohon diri untuk pulang. 

Maka berpisahlah buat sementara dua keluarga ini setelah mula mesra antara satu sama lain.






































Sama-samalah kita nantikan tarikh 14 Jun 2014 buat meneruskan hasrat menyatukan dua keluarga ini . . . keluarga Roslan dan Foziah dengan keluarga Khalid dan Siti ini melalui ikatan pertunangan . . .


. . .  dan kemudian disusuli majlis pernikahan dan perkahwinan antara Mira dengan Faisal.

Insya-Allah kira-kira setahun dari tarikh Mira dan Faisal bertunang. 


Mudah-mudahan dimakbulkan Allah SWT doa dan hasrat kita semua. Amin.












bamuda
dsuarang.blogspot.com