Monday, May 21, 2012

Ke Daerah Kulaijaya




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Bertemu Tuan DO


Hari Isnin 7 Mei 2012. Kira-kira jam 2:45 petang. Dalam perjalanan pulang ke KL dari Kota Singa. Berhajat singgah sebentar di Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya, Johor. Ingin bertemu Tuan DO.
 




Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya



Aku ingin bertemu DO (Pegawai Daerah) bukan untuk memohon sebarang kelulusan bagi mendapatkan apa-apa projek berkaitan hal tanah atau perumahan atau sebarang kemudahan urusan hartanah . . . bisnes kecil-kecilan maupun besar-besaran . . . 
Aku hanya hendak berjumpa sahabatku ketika sama-sama di Tanah Suci dahulu! Aku teringat mahu menemui Tuan Hj Kamaruddin Abdullah untuk bertanyakan khabar dan bersembang sebentar.



Di dalam bilik pejabat DO




Alhamdulillah . . . apabila aku menelefon beliau pagi itu untuk mengetahui sama ada beliau punya sedikit masa untuk bertemu . . . Kamaruddin menyatakan beliau tidak keberatan . . . cuma beliau juga menyatakan bahawa beliau akan ke Kluang pada jam 3:00 petang tersebut.



Tuan Hj Kamaruddin Abdullah (kiri) dan Penulis


Peretemuan kami [ahli-ahli keluargaku juga ada bersama] berjalan lancar. Simple and cordial but most meaningful . . . Satu pertemuan dua sahabat Haj yang rigkas tetapi sungguh bermakna.


Aku sempat menyampaikan kepada Kamaruddin undangan daripada salah seorang sahabat Haj aku lagi . . . iaitu Tuan Haji Mohd Hakim . . . yang mengundang sahabat-sahabat Haj ke majlis aqiqah cucunya di Rembau pada 12 Mei 2012.






Di pekarangan
Bangunan Pejabat Kerajaan Daerah Kulaijaya




Kamaruddin terus sahaja memohon maaf tidak dapat menyertai majlis tersebut kerana beliau mesti memastikan segala persiapan  dan persediaan untuk acara Kembara Mahkota Johor yang bermula pada 13 Mei 2012 di daerahnya . . . Kulaijaya . . . berjalan dengan lancar.
 




Parkir kat sini senang aje . . . ya
kat seberang sana tu . . .  Tuhan saja yang tau . . .



Aku faham akan hal begitu. Sudah menjadi tugas seseorang DO atau Pegawai Daerah . . . memastikan segala peristiwa keramaian awam yang berlaku di daerahnya . . . atau yang di bawah bidang tugasnya . . . terurus dengan sebaik-baik mungkin . . . apatah lagi sesuatu yang berkaitan dengan sebarang urusan Diraja!





Tuan DO (kiri) dan Penulis 


Kami bersembang buat seketika. Sebentar kemudian aku memohon  diri untuk berangkat pulang.


Tuan Hj Kamaruddin . . . [sahabatku cum Tuan DO . . . dan baru-baru ini bergelar Kolonel Kehormat RELA) . . . dengan caranya yang amat humble . . . mengiringi aku ke parkir.





Datanglah lagi . . . Ok Haji . . .






Itulah budi bahasa namanya. Kalau memang berhemah tinggi . . . akan terus terserlah budi yang tinggi secara automatis.

Aku doakan agar sahabatku ini beroleh anugerah-anugerah yang lebih mulia lagi  . . . insya-Allah.





Terima kasih sudi menerima kedatangan kami



Bamuda
dsuarang.blogspot.com