Tuesday, July 12, 2011

Ini Baru Keroncong Eksklusif


 

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Bukan Mudah Nak Indah


Aku ke Irama Studios milik komposer Mahzan Manan pada hari Ahad 10 Julai 2011 atas undangan beliau yang juga penerbit sebuah album keroncong terbaru (bakal terbit dalam masa terdekat).

Komposer tersohor ini meminta aku mendengar semula beberapa buah lagu yang sedang dalam rakaman . . . termasuklah khusus dua buah lagu yang tertulis liriknya olehku.

Album keroncong yang dicadangkan berjudul Ini Baru Keroncong Eksklusif mengandungi 12 lagu keroncong . . . lagu-lagu original Melayu.

Proses rakaman sudah berjalan hampir setahun kini. Namun atas sifat dan sikap Mahzan Manan yang sentiasa cermat dan hati-hati dalam kerjanya . . . maka rakaman dibaiki dan terus dibaiki dari masa ke masa . . . apabila saja terdapat sebarang kecacatan atau kelemahan di sana sini . . . walaupun kecil . . . dalam pembikinan album ini.

Setibanya aku di lounge studio tersebut aku dapati keadaan sekitarnya agak sesak dan sibuk dengan aktiviti persolekan yang disusuli aktiviti pengambilan foto.






Aku terlihat penyanyi album keroncong ini . . . Jamilah Abu Bakar . . . sedang disolek rapi oleh seorang juru solek (makeover artist). Jamilah kelihatan begitu anggun dengan caranya yang tersendiri.










Turut bersama dalam suasana kesibukan yang meriah ini ialah pendokong kuat Jamilah iaitu ibu dan bapanya sendiri . . . Tuan Abu Bakar Ismail dan Puan Kamariah Che Soh. Mereka memang aku sudah kenali dan mereka seperti lazimnya memang memberikan sokongan melebihi 100 persen kepada Jamilah dalam perkembangan seni nyanyiannya.

Aku dapati Sdr Azahar Mahzan (adik kepada Sound Engineer Saiful Ekramm) juga berada di Irama Studios ketika itu. Azahar seorang pelukis berbakat besar dan memang juga seorang designer serta graphic artist yang berkebolehan.


Sdr Azahar Mahzan (kiri) & Sdr Fahizal Ismail (kanan)


Sdr Aiman (kiri) & Sdr Firdaus (kanan)


Aku juga diperkenalkan dengan Sdr Fahizal Ismail, Make-up Consultant (iS makeover), Sdr Aiman Ridhwan, Principal Photographer dan Sdr Firdaus, Graphic Artist.

Aku diberitahu bahawa aktiviti persolekan dan pengambilan foto Jamilah telah bermula sejak jam 9:00 pagi tadi. Patutlah aku perhatikan Jamilah nampak keletihan selepas selesai sesi photoshoot pada jam lebih kurang 4:30 petang itu.

Mahzan Manan selaku penerbit projek kemudiannya menangguhkan aktiviti sebelah petang hari itu. Aku terfikir elok benar demikian. Jamilah telah penat beraktiviti sejak pagi. Esok pagi dia akan bersekolah pula!

Setelah Jamilah dan rombongan memohon diri berlalu dari situ . . . Mahzan, Saiful dan aku sendiri terus ke bilik kawalan rakaman (konti) bagi mendengar lagu-lagu yang telah dirakamkan untuk album ini.

Selesai mendengar lagu-lagu itu dengan teliti . . . dan membuat kritikan dengan cara aku sendiri (dari sudut pendengaran hasil seni lagu dan nyanyian) setakat termampu olehku . . . maka aku berani membuat kesimpulan bahawa . . . lagu-lagu yang termuat dalam album keroncong ini bukan sebarang lagu . . . bukan lagu-lagu yang dibuat secara suka-suka (tangkap muat).

Album ini mementingkan persembahan yang berkualiti daripada segenap sudut pembikinan sebuah album.

Penyanyinya Jamilah, walaupun masih muda dan baru dalam seni rakaman album . . . dapat menghasilkan nyanyian yang mantap lagi menepati citarasa lagu keroncong . Suara Jamilah merdu dan mampu menyentuh perasaan orang yang mendengar nyanyiannya.

Aku bukan nak katakan Jamilah sudah perfect sebagai penyanyi. Aku nak katakan dia close to perfect sebagai penyanyi . . . khasnya penyanyi yang seangkatan atau seusia dengannya.

Dan . . . dengan bimbingan yang betul dan usaha yang gigih . . . memetik kata jiran omputihku: {This budding singer could easily be a diva in the making.}

Persembahan muzik pada keseluruhannya profesional. Amat mengasyikkan. Gubahan muzik yang berkualiti tinggi di dalam album ini tidaklah menghairankan. Gubahan muzik ditangani sendiri oleh seorang komposer/penggubah lagu yang berkaliber . . . dalam bentuk diri Mahzan Manan sendiri.

Mudah kata bicara . . . keseluruhannya . . . BEST!








Para pembaca yang budiman . . . dapatkanlah album ini apabila siap nanti. Setelah mendengar lagu-lagu yang termuat di dalam album ini kelak . . . pasti anda bersetuju . . . "Ha ah . . . ini barulah lagu-lagu keroncong namanya!"


Bergambar ramai setelah selesai photoshoot Jamilah










dsuarang.blogspot.com