Saturday, February 27, 2010

At Home With Atuk



Assalamualaikum and Greetings


Action Speaks Louder Than Words . . .



. . . and photographs tell a clearer tale. Just for the eyes . . .


Photo Gallery


Ahmad Iman Iskandar in action . . .






AII: Home is where the heart is. My heart is right here at d'SUARANG. I felt very welcomed here . . . . right from the start. Well, in short I feel at home with you nice people around. But . . .







AII: . . . I just want a little time to unwind. Now is the right time . . . with Atuk Majid at home.






AII: Sometimes I get rather annoyed . . . yeah with those who don't care whether I'm tired or not in the mood to be 'mauled'. Excuse me . . . I'm not trying to be rude or to 'king it' (act the king) but please give me some breathing space . . . sometimes. That aside I love you all.







AII: Yes , I'm more relaxed now, Atuk. No one to 'maul' me. I hope this can last for quite some time. I'm not too sure it will though.





AII: Ah . . . That's Savvy. He wants to be in the limelight too. He is a good cat and I guess we can be good friends. But . . . of course there will be people who feel otherwise . . . for reasons best known to them. Whatever lah . . .





AII
: Ok Atuk, I really feel at home with all of you at d' SUARANG. Thank you so much. Bye.











dsuarang.blogspot.com

Friday, February 26, 2010

Akrab ala MBH KL



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Doa Keakraban

Ya Allah Ya Tuhan Kami . . .
Kekalkanlah rasa kasih sayang antara kami semua.
Tetapkanlah pendirian kami dalam ikatan
kesetiakawanan yang tulus lagi bererti.
Semarakkanlah semangat persaudaraan kami
hingga ke tahap yang paling murni . . .

Demikian doa kami ketika menziarahi saudara seasrama (MBH KL) kami dahulu, Ghazali Kamaruddin. Kami ke rumah Ghazali (lebih tepat rumah emaknya, Cikgu Zaharah) di Gombak pada hari Ahad 21 Februari 2010. Segala rancangan hendak ke situ kami rahsiakan daripada pengetahuan Ghazali. Kami berpakat hendak mengadakan majlis perjumpaan kawan-kawan lama itu sesama sendiri. Kami mendapat kerjasama rapat dan bantuan yang kental daripada Faizah (isteri Ghazali) dan juga para anak menantunya. Makcik Zaharah juga ada bersama.

Galeri Foto {Klik pada foto utk imej lebih besar}

[Ghazali menguji keberkesanan kerusi rodanya yang baru. Amat ringan dan canggih. Bila nak try kat litar lumba Li?]

[Aziz masih dikelilingi wanita lagi. Macam zaman dulu-dulu ya Frankie. Jangan mare ... Sebelah Aziz tu Jamilah, Alimah, Mariam --> hujung sekali tu Faridah]

[Oh sedang berbual dengan Big Boss Ghazali rupanya. Itu 'bouncer-bouncer' ... bincang apa?]

[Amin berusaha menafikan segala 'tuduhan' yang dilemparkan terhadapnya oleh budak-budak MBH KL tu. Dia sebenarnya sedang cuba mendapatkan simpati golongan yang boleh 'menggoncang' dunia. Pandai kau ya!]

[Barisan Nasyid ke Ghazal . . . sedondon biru ... diketuai Faizah kiri sekali dan di sebelahnya Jamilah, Alimah, Mariam dan Faridah. Foto sebelah ... Ghazali mendapat bantuan daripada Missy Faizah sambil diperhatikan Harun dan Amin]


Harun Saeran dan isterinya Madznah Adnan masing-masingnya menjadi perancang menu dan 'Chef' yang menyediakan makanan untuk hari yang istimewa itu. Madznah (dengan bantuan Harun?) berusaha memasak sendiri lauk pauk yang dihidangkan pada hari itu. Dengarnya tangan Harun sampai terkena minyak panas ketika menyediakan masakan ikan sembilang pada jam 10 malam hari sebelum majlis. Kasihan dia . . . melecur agaknya. Sapu-sapulah minyak gamat, Run! Menurut Harun menu hari itu adalah berdasarkan permintaan Ghazali lama sebelum majlis diadakan. Alhamdulillah diizinkan juga permintaan kau itu, Ghazali.

Galeri Foto {Klik pada foto utk imej lebih besar}

[Nordin dan Jamil gembira bersua semula setelah begitu lama 'berjejak kasih'. Ha, itu pula Nordin dan Kamarudin kagum dengan dandan kepala gaya 'Yul Bryner' Jamil]


[Harun dan Ghazali pakat ke pakai baju macam serupa aje . . . Oh, tanda sehati sekawan! Amin tu engkau orang tak bagi tau suruh pakai baju sedondon?]


[Zali ... engkau pakai 'body guard' sekarang? Aziz tu berdiri macam SS Polis aje kat belakang ... Penulis saja 'buat' kecoh sikit. Nak cari bahan le! Madznah tu terperangkap dalam 'kekecohan' kawan-kawan lama.]


[Apa lagi yang engkau orang buat tu. Jamil tak kisah ... janji aku join Zali dan Amin makan. Harun tak makan buat apa menebeng kat situ?]



[Aku tak ingat apa yang terjadi di sini. Tapi mesti ada yang menggelikan hati Faizah dan anak-anak. Sebenarnya aku takut ... si Ghazali ni serius aje ... Li, sorry le aku tak bawa mee yang engkau miss tu. Lain kali saja k]

Terima kasih Run kerana menjadi penaja utama majlis ini. Terima kasih juga kepada kawan-kawan lain yang tidak ketinggalan turut serta membawa berbagai jenis minuman, buah-buahan dan juadah lain ke majlis tersebut. Hebat semangat kesetiakawanan yang ditunjukkan. Tidak lupa terima kasih kepada tuan rumah kerana menyediakan juga dessert yang enak untuk para tetamu yang menebeng kat
situ.


Galeri Foto {Klik pada foto utk imej lebih besar}

[Kalau nak tahu ... inilah Trio Retro yang menyanyikan lagu 'Tiga Dara' dulu ...
dari kiri Madznah, Azizah dan Alimah]


[Tulis buku hutang
ke Kamarudin?]


[Ghazali mendapat perhatian penuh daripada Missy peribadi . . .
mahal tu Li]



[ ...orang tak kenal mesti takut nak tegur mereka ni . . . aksi 'brutal' Jamil dan Nordin siapa berani dekat. Ramli di sebelah memang berwajah 'good boy' macam kat asrama dulu.Tapi 'towkay' Kamarudin kat belakang tu tak kan tak habis-habis cari nama orang yang belum bayar hutang. Relaks le Bro]


[Dah Abang Bond ni pula dikelilingi para artis retro wanita Malaysia. Kiri ke kanan: Jamal, Jamilah, Madznah, Azizah, 'Kerusi Kosong', Faridah. Mudah-mudahan 'Kerusi Kosong' itu nanti segera akan diduduki 'artis' pilihan hati Abang Bond kita. Ini satu doa, Mal.]



[Faridah (kiri) dan Zahidah baru nak makan. Tak aman agaknya dengan 'kekecohan' budak-budak tua MBH KL ni. Budak-budak tua tu pula tak kisah ... makan tetap makan . . . pakai meja lagi selesa. Kiri ke kanan: Ramli, Harun, Ghazali, Amin.]


Menu hari itu termasuklah ikan sembilang masak tempoyak, sambal udang tempoyak, pucuk paku masak lemak kuning (favourite aku), sambal tumis petai dengan ikan bilis (favourite aku juga), kerabu pegaga dan daun selon, telur asin dan ikan sepat goreng . . . (ah semua favourite . . . dan semua lazatlah kawan). Aku dengar juga ada member tak perasan bahawa masakan ikan sembilang seperti yang diminta Ghazali ada tersedia . . . kena perabun agaknya brother kita James Bond ni . . . Sorry Bang Jamal . . . usik-usik cara MBH KL dulu. Bagaimana geng-geng lain? Setuju tak kita semua enjoy? Sebulat suara . . . aku yakin daripada feedback yang aku dapat. Malah ada antara member yang mencadangkan pertemuan sebegini lebih kerap diadakan. Mungkin tiga atau empat bulan sekali. Aku tiada masalah kalau diminta kelolakan (organize) pertemuan sedemikian . . . (bayar aje expertise charg
es) . . . sonang baitu!

Galeri Foto {Klik pada foto utk imej lebih besar}

[Jamilah (kiri) dan Madznah. Ini group duet pula ke? Tapi tadi nampak Madznah ada group trio. Tak langgar kontrak ke?]


[Makanlah selagi terdaya. Tak payah catat nama kali ini. Biar orang tak mudah kenal. Kalau tidak ada lak yang segan nanti . . . asyik makan le konon.]


[Teruskan makan. Baru aku nampak towkay tu makan. Sejak tadi asyik kira hutang orang aje.]


[Eh, aku pun makan rupanya. Diam-diam saja le.]


[Makan dan minum lagi. Perjumpaan begini memang membuka selera makan para peserta.]



[Aziz: "Dia orang masih makan ke?" Nordin: " Biarlah. Asalkan mereka bahagia." ]


Oh ya, aku bagi pihak semua ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah Ghazali dan Faizah sekeluarga sekali lagi kerana telah membenarkan 'budak-budak tua' MBH KL datang ke rumah mereka untuk membising dan mengecohkan keadaan . . . terutama dak Amin tu ... Sibuk buat cerita Wak tau ... aku pun tau . . . semua orang tau lah . . . KA di akhir tu . . . Jangan marah Ji .
You have been my brother for those very many years and . . . you will forever be! You are the livewire of the party man! Sorry Zarina kerana Pakcik 'terdedahkan' cerita karut tentang kawan baik Pakcik ni ya. . . Sahabat kariblah katakan. Aku sampai terlupa nak ceritakan kepada member semua . . . kisah aku mengikut Amin dan pasukan bola sepak MBS Sentul pergi ke suatu estet (kat mana hah?) untuk satu perlawanan . . . Aku satu-satunya budak VI (sebutan lama (Y ai) dalam bas rombongan tajaan MBS Sentul. Mereka terima aku ... kerana aku jadi penyokong kuat pasukan geng Amin tu lah. Si Amin 'Garrincha' ni (nama seorang pemain bola sepak tersohor Brazil --> Brazil's Master of The Dribble) memang jadi 'hero' pasukan MBS Sentul.Tapi but tu aku tak tahu dia sarung siapa punya. Abang Bond punya kot (Aku nak tanya Jamal for confirmation). Min masih ingat tak episode tu?

Galeri Foto {Klik pada foto utk imej lebih besar}


[Para peserta membincangkan siapa nak taja majlis seperti ini lagi pada masa depan. Mereka yang terlibat ialah kiri ke kanan dalam 2 gambar sebaris ini: Idris, Jamal, Kamarudin, Zahidah, Ramli --> Azizah, Alimah, Faridah, Mariam, Zarina. Kalau semua nak taja sekali gus . . . kita panggil saja PM rasmikan . . . amacam?]

[3 Juri ... Amin, Ghazali & Aku . . . ada problem nak menentukan siapa pemenang lawan makan atau minum paling banyak ... nampak macam Idris dan Ramli ada peluang ...]

Geng yang hadir pada hari itu :


1 Jamaluddin Abdullah

{James Bond ... Mr Solo 24 7
. Mula-mula dia minta tolong carikan . . . bila kita semua dah excited Abang Bond kita ni beri isyarat dia lebih selesa seperti keadaannya sekarang ... Dah 7 tahun katanya ... suka hatilah bang.}



[Jamaluddin Abdullah]

2 Idris Yaakop

{Mr Act Solo . . . supaya boleh ikut James Bond.
Ini member kamcheng aku ... khasnya waktu hujung tahun persekolahan dulu. Aku selalu dapat beli buku Teks daripadanya jauh lebih rendah daripada harga 'pasaran second hand'. Kurang daripada 50% kawan! Terima kasihlah Ris ... Tengok aku dah pandai mengeja dan buat ayat sekarang. Kalau tidak . . . buta huruf agaknya aku ni !}


[Idris]

3 Amin Aziz dan isteri Zarina (yang sering tersenyum) serta 2 anak

{PT* Puchong . . . baru. Dia ni pendengar radio ERES tegar dan terhebat di MBH KL. Nak dengar station Omputih aje. Station Melayu tak main. Apa kelas Malay Madeham ha! Orang lain jangan cuba rapat kalau tak boleh 'buka' radio dengan kaki! Yang boleh lawan sikit dalam hal ini ialah sorang member lagi --> Zainal 'Siam'. Korang ingat tak dia?}


[Mohd Amin Aziz]

4 Kamarudin Ali dan isteri Mariam. (Aku sering salah sebut namanya. Sorry Yam)

{PT* Puchong . . . lama dah. Sekarang tinggal di Shah Alam. Nak cerita sikit. Aku pernah telefon rumah Kamarudin dan isterinya yang jawab.

Aku tanya, " Itu Puan Azizah ke?"

"Ha . . . ha . . ." Orang sebelah sana jawab putus-putus.

Aku hairan juga. Kemudian bila aku dapat bercakap dengan Kamarudin baru aku tahu nama isterinya bukan Azizah tapi Mariam. Patutlah "ha . . . ha . . . " Azizah tu isteri Jamil. Eh Din maaf ye ... Kau kena soal ke lepas tu? Padan le muka hampa . . . Kamarudin bekas Hostel Captain. Dulu ketika setiap hari berbasikal pergi balik sekolah, Hostel Captain inilah yang melanggar peraturan laluan basikal kat asrama. Dia keluar masuk ikut ruang belajar dan dewan makan asrama. Cikgu AB tangkap menggelabah. Tapi pandai pula melepaskan diri tu. Satu lagi ... diam-diam kau buat business dengan Ghazali Kamaruddin ha! Cermin mata hitam dalam gambar member 'tiga orang' kat depan Asrama itu rupanya engkau yang punya. Wah mentang-mentang nama kau sama dengan nama bapa Ghazali kau jual spects tu dgn harga 7 atau 8 ringgit ya. Dan, paling teruk engkau tak belanja aku pun pada masa kau telah jadi kaya sekejap tu! Lantaklah Din kerana kau kawan baik aku. Kamarudin bersekolah rendah sama dengan aku di Pasar Road English School pada tahun-tahun 1950-an.

Din, terima kasih kerana telah membawa Aziz dan isteri bersama ke Gombak. Maklum saja keadaan Aziz waktu ini tidak mengizinkan dia memandu jauh. }

* PT : Penduduk Tetap

[Kamarudin Ali]

5 Aziz Hamid dan isteri Jamilah (Pendidik. Aku harap aku tak lupa pula nama ini.)

{Frankie nama gelarnya. Terkenal sebagai seorang Peminat Setia Artis Zaman Pop Yeh Yeh (Tak betul? Suka hati akulah Ziz ... aku yang tulis blog ni) berasal dari Kg 'Langsing' Perak (Slim Village le cakap Omputihnya). Aziz berkerjaya sebagai Pendidik sehingga bersara. Terima kasih Cikgu. Dalam majlis itu aku asyik diberi ingat oleh Jamilah akan namanya. "Nama saya Jamilah bukan Faridah." Ia tak ia le ... Faridah tu nama isteri Nordin Manaf! Baiklah 'Jamilah' aku tak kan lupa lagi namamu ... 'Faridah'.

Terima kasih Ziz. Engkau dan isteri dapat juga hadir walaupun pada mulanya kau katakan belum pasti kerana tiada siapa yang boleh membawa kau ke Gombak. Nyatalah semangat kesetiakawanan dapat mengatasi segala rintangan. Syukur kepada Allah.}

[Aziz Abdul Hamid]

6 Nordin Manaf dan isteri Faridah (baik budi tetapi 'berprotokol'?)

{Asal Pendidik kemudian jadi 'Banker'. Kini menjadi Financial Consultant kepada sesebuah syarikat (bukan untuk buka bank sendirikah?) Dulu berangan-angan nak jadi Elvis. Rambut dan sideburn dia kalau lihat dulu memang mirip Elvis the Pelvis. Pinggul dan pinggang aku tak tahulah. Apapun gaya bila dapat petik gitar pinjam memang ada tokoh baskers zaman sekarang! Bayangkan dulu lagi Nordin dah advance setanding mereka pada zaman ini! Ha . . . ya . Aku baru dapat bertemu isteri Nordin bernama Faridah (yang aku dimaklumkan rajin nak terima tetamu . . . dengan syarat 'beri tahu dahulu supaya mudah tumbangkan kambing atau lembu' ... kata perbidalan orang lama yang aku reka sendiri. Ok le tu Faridah.) Nordin bersekolah rendah Melayu dan Inggeris bersama aku di Pasar Road, Kuala Lumpur. Ingat tak Din?

Terima kasih Din kerana minta Kamarudin ambil Aziz di Shah Alam dan bawa ke Gombak.}

[Nordin Abd Manaf]

7 Ramli Rabi dan isteri Zahidah Ismail (bekas guru besar yang nampak cool )

{ Kerana dia yang paling muda dalam kelompok 'keluarga' kami di MBH KL dahulu maka Ramli le selalu jadi 'mangsa buli abang adik' di Asrama Putera. Siapa yang buli tahu-tahulah sendiri. RR kena pergi beli tose melalui bukit rumah warden Cikgu Abas pada waktu prep malam. Kalau Cikgu tangkap habisssss kau Ramli. RR kena ambil bola bawa turun ke padang hostel setiap kali utk bermain bola sepak yang kadangkala bertukar menjadi permainan ragbi bila hujan turun dengan lebatnya. Yang bagusnya Ramli ni 'happy-go-lucky' aje. Seniors banyak yang suka dia. Pendek kata Ramli ni seorang gentleman yang popular di kalangan penghuni Asrama Putera. Janganlah terangkat melambung lak Li. Tapi engkau memang OK le.

Sekarang baru terbongkar rahsia. Dulu hairan juga kenapa dan bagaimana Ramli selalu dapat pinjam basikal Zakaria Ahmad. Orang lain tak kan merasa. Rupa-rupanya member kita Ramli ni seorang yang berdiplomasi. Ramli pakai diplomasi duit! Sekali pinjam basikal Zakaria tu dia bayar 20 sen. Budak kaya boleh le.

Terima kasih pada Ramli dan isteri kerana sudi datang meraikan bro kita Ghazali. Lambat tu tak apa . . . asalkan tiba Li.}


[Ramli Mohd Rabi]

8 Jamil Saeran dan isteri Azizah ('supportive wife' kata Jamil berbahasa Omputih.)

{Jamil ni aku panggil (gelar) Jamil Voc (bunyi macam Vogue). Aku ternampak kat time table sekolah Jamil dulu . . . hampir setiap waktu belajar dia mesti ada catatan Voc, Voc dan Voc.

Aku tanya dia," Apa tu 'Voc' Mil."

Dia jawab," Vocational (mata pelajaran kemahiran di sekolah) la Jid ... Tu lah engkau ni tak pandai-pandai bahasa dan budaya Omputih Jid"

Oh baru aku terfikir sebabnya sahabat aku ni pakai nama glamour 'Jamil' . . . Style Omputih dia ni . Apapun nama Mat Sani (n) tu jangan buang Mil . . . Banyak tuahnya nama tu.

Jamil sekarang jauh lebih berjaya daripada zaman dia bersekolah dulu (dah duduk atas duit bak kata kawan-kawan lain di luar yang aku kenal!) Alhamdulillah. Tapi Zizah ... tak checking ke sekali sekala kawan aku yang sering melancong (bukan melencong ya) ke luar negara ... takut jadi macam karakter 'Jamil' dalam sebuah filem lama P. Ramlee. Ha . . . apa namanya? Biak pi lah. Aku ni pun acah aje . . . Zizah. Jangan korang 'berentap' lak for no reason. Aku tahu bro Jamil seorang yang tulus (dan lurus) sejak lama dahulu. Cakap Omputihnya ,"Don't worry Jamil is reliable and trustworthy." Mil . . . buli orang lagi ke?

Terima kasih juga aku ucapkan kepada anda berdua kerana kehadiran ini.}


[Jamil Saeran]


9. Harun Saeran dan isteri Madznah Adnan (terbukti 'Chef' yang baik)

{ Terima kasih daun keladi kepada anda berdua. Semoga Allah sahaja yang membalas budi baik kalian. Hei Run ... kenapa tak teringat nak sewakan radio transistor kau dahulu? Macam si Zakaria buat pada Ramli. Kalau radio kau tu aku rasa Amin le orang yang paling layak menyewanya. Tapi . . . pada masa tu Amin tu ada duit ke? Dia pun miskin macam aku juga. Sekarang dia dah kaya . . . aku dengar sampai berani suruh anak orang (anak Ghazali le) makan sebanyak mungkin apa-apa saja . . . Quote: "Makanlah, makan banyak mana pun . . . Pakcik dah kaya sekarang ..." Unquote. Jangan mare semua. Aku amat gembira berceloteh dengan korang semua.}



[Harun Saeran]


10 Aku dan isteriku Alimah Yasin (dulu sekolah kat S'pore . . . )

{Biar kami berdua nyatakan betapa gembiranya kami dapat bersama dengan ahli keluarga MBH KL semua pada hari yang mulia itu. Aku harap kita semua dapat teruskan acara sebegini dari semasa ke semasa.

Tentang isteriku yang bersekolah di S'pore tu ... tak usah hairan ... kita pelajar kat MBH KL lagi hebat le. Di S'pore mana ada Wak Tau . . . mana ada Cikgu Abas (apa ha?), mana ada tose Jalan Scott, mana ada Lido Brickfields tempat tengok filem Hindustan atau Madras tempat tengok filem cheap matinee 40 sen. Carilah kat kota singa tu kalau ada stok macam Jamal (Bond), Idris, Harun, Jamil, Amin, Nordin, Kamarudin, Aziz, Ramli, Majid atau tuan rumah kita Ghazali. Carilah . . . sure tak jumpa punya.

Paling penting . . . tengok le kawan-kawan . . . orang S'pore konon ni sudah sangkut dengan budak MBH KL juga! Hidup MBH KL . . . Hidup sesiapa yang bersuamikan orang MBH KL. Insya Allah.


[Abdul Majid Baharom]

Penyudah kata aku bagi pihak semua menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ghazali dan Faizah sekeluarga atas kemeriahan yang kami semua alami dalam majlis di rumah bertuah kalian. Kami semua yakin dan akan terus mendoakan kesejahteraan kalian sekeluarga khasnya buat Ghazali. Cepat-cepat sembuh Bro. Tahu tak Ghazali ada pantun favourite . . . bunyinya begini:

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Memang kena pada tempatnya . . . Ghazali . . . you're in that category.




Aku secara peribadi memohon maaf yang tidak terhingga sekiranya ada kata-kataku yang menyinggung perasaan sesiapa sepanjang majlis berlangsung pada hari itu. Seterusnya aku juga memohon maaf andainya ada bahan yang aku tulis ini 'mencederakan' imej mana-mana pihak. Sesungguhnya apa yang aku terakan di sini adalah kesan daripada rasa kasih sayangku terhadap kalian semua. Apapun . . .

Segala yang baik itu terbit daripada Allah, yang buruk pula datangnya daripada aku.

Wallahualam.

STOP PRESS



















dsuarang.blogspot.com