Sunday, August 31, 2014

Pernikahan Noreen n Iman






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Memang Sudah Jodoh


Ikan di laut, asam di darat . . . dalam periuk mungkin muafakat . . . 

Demikian antara kata-kata yang terdapat dalam seloka popular orang lama-lama kita. 

Kata-kata ini sudah sering menjadi kenyataan dalam kehidupan moden masyarakat kita sekarang . . . lebih tepat dalam hal pertemuan jodoh atau perolehan pasangan hidup buat mereka yang  tinggal bejauhan tempat satu sama lain! 



















































Peristiwa 'ikan di laut asam di darat' ini berlaku di rumah Tuan Rusilan bin Hj Mohd Yunus dan Puan Haleza bt Khusaini (adik sepupu penulis) pada pagi Sabtu  30 Ogos 2014 bersamaan 4 Zulkaedah 1435H.




Tuan Rumah

Tuan Rusilan Hj Mohd Yunus n Puan Haleza Khusaini






Di sini berlangsung majlis pernikahan anak perempuan mereka . . . 'orang KL' dengan pasangannya 'orang Limbang'.

Maka tepat sekali erti kata-kata di atas tadi. Yang jauh didekatkan . . . yang dekat dimesrakan . . . yang mesra disatukan. 












































































Noreen, anak perempuan Rusilan dan Haleza lahir dan menetap di Kuala Lumpur manakala Iman, anak lelaki Tuan Hj Abu bin Hj Tinggal dan Pn Hjh Dayang Jamaiyah berasal dari Limbang, Sarawak. 

Ramai sanak saudara dan sahabat handai dari jauh dan dekat turut hadir untuk memeriahkan majlis.









Penulis diberikan kepercayaan oleh tuan rumah untuk memimpin perjalanan majlis pada pagi yang cukup indah itu. 





































Sebagai jurucakap majlis, penulis sekadar cuba memberikan sedikit suntikan warna semangat melalui kata-kata peringatan kepada pasangan pengantin baru:


"Perkahwinan boleh diibaratkan sebagai pembinaan sebuah masjid. Usaha membina masjid bukan sesuatu yang mudah!

Tapak dan tanah jangan sembarangan. Biar kukuh biar teguh. Arkitek mesti ada kemahiran. Jurutera mesti ada kepakaran. Juru ukur bahan (QS) mesti ada ilmu,tahu apa bahan yang perlu.

Kubah masjid mesti tegap. Menara biar tinggi. Pembesar suara biar lantang. Mimbar biar terang. Baris saf biar lurus. Khatib biar cukup hafal. Bilal mesti pandai jaga waktu. Alunan azan biar merdu.

Imam biar sabar dan berpengalaman. Makmum biar tertib dan siuman.

Paling penting . . . perlaksanaan ibadah biar teratur . . . jangan simpang siur!"



Untuk tujuan rekod . . . pihak pengantin lelaki telah menyediakan buat pihak pengantin perempuan . . . wang hantaran perkahwinan sebanyak RM 10 000, mas kahwin gelang emas, sebentuk cincin perkahwinan dan tujuh dulang hadiah sampingan.









































Pihak Noreen pula membalas pemberian Iman dengan menghadiahkan sebentuk cincin perkahwinan, seutas jam tangan, jubah dan sembilan dulang hantaran sampingan.








































































Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah perkasa singgah di para;
Bukan madah sebarang madah,
Madah pembuka wadah bicara.

Yang ditunggu sudah pun tiba,
Yang menunggu sudah pun sedia;
Kerana semua sudah menanti,
Eloklah dimulakan acara ini .













































Alhamdulillah segala urusan pernikahan Noreen n Iman telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Untuk majlis pernikahan ini . . . Ustaz Shahrul Nizam, jurunikah bertauliah bagi kariah taman perumahan sini dan para pegawai agama mewakili pihak Jabatan Agama Islam, Selangor D.E.
























































































Noreen Ruszalin bt Rusilan (Noreen) selamat diijabkabulkan oleh ayahandanya sendiri dengan pilihan hatinya Mohamad Daud Razak Imannudin bin Abu (Iman) pada kira-kira jam 11:00 pagi.



















































































Selesai pasangan pengantin diijabkabulkan . . . segala hal dan keperluan lain yang bersangkutan dengan acara pernikahan yang baru berlangsung sebentar tadi pula dibereskan satu persatu dengan tertib dan lancar oleh jurunikah serta para pegawainya. 


























































Semua ini disaksikan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai rakan dan taulan serta jiran dan masyarakat setempat. Mereka semua menjadi saksi mata dan telinga dalam majlis ini.











































































Beliau juga telah membacakan doa buat acara pernikahan ini . . . di samping memimpin bacaan tahlil selepas itu. Terima kasih yang berbahagia Ustaz.




















































Majlis berakhir dengan bacaan beberapa rangkap pantun oleh penulis. Antaranya:


Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Hidup ini dikandung adat,
Mati nanti berkalang tanah;
Tinggi budi tinggilah darjat,
Jelas tanda orang berhemah.

Cenderawasih tinggi di awan,
Akhirnya jemu turun sendiri;
Terima kasih kami ucapkan, 
Hadirnya tetamu kami hargai.

Yang tersirat sudah tersurat,
Yang tersurat semakin nyata;
Yang diikat biarlah erat,
Yang bermuafakat biarlah sekata.

Nama lagu Si Paku Geylang,
Geylang bertempat di Singapura;
Para tetamu apabila pulang,
Pulanglah dengan penuh gembira. 



Semua tetamu kemudiannya dijemput ke khemah-khemah di perkarangan hadapan rumah untuk menjamu selera. 




































Alhamdulillah. Sama-sama kita nantikan pula resepsi perkahwinan Noreen n Iman esok malam . . . in sha Allah.

   

  

bamuda
dsuarang.blogspot.com