Saturday, August 3, 2013

" Maen " ke KL






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Tetamu dari Banda Aceh




Sahabat-sahabat kami dari Banda Aceh sudah tiba di Kuala Lumpur. Mereka tiba pada petang Rabu 26 Jun 2013 bersamaan 17 Sya'aban 1434H.


Kali ini Bapak Hj Zamhur yang ditemani isteri beliau Nyonya Hjh Sri Aria Satiani datang bersama adiknya Bapak Zarmidi dan isteri serta 3 orang anak mereka.









Tujuan utama mereka ke Kuala Lumpur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan rutin. Selainnya untuk berlibur. 

Penulis sempat menemui Pak Zamhur, Ibu Satiani dan Pak Zarmidi pada petang itu juga di de Palma Inn, Ampang. 


Apabila tiba di Inn itu . . . penulis diberikan "ole-ole" dari Aceh. Kuih "titipan" yang dibuat sendiri oleh Ibu Satiani. Kuih ini yang berbentuk dan berbungkus daun pisang seakan-akan kuih lepat tempatan berintikan hirisan nangka. Enak sekali!

Keesokan harinya . . . Khamis 27 Jun 2013 . . . Selesai pemeriksaan kesihatan di Ampang Puteri KL . . . Pak Zamhur dan rombongan sudah mahu berjalan-jalan di KL. 

"Maen" ke mana-mana aja  kata mereka. Istilah "maen" dalam budaya pemahaman bahasa Indonesia membawa erti seperti "lepak" (jargon popular di KL dan daerah-daerah sekitarnya). 


Pada Jumaat 29 Jun 2013 malam penulis bersama Jamil (Pak Hj Sani) dan ahli keluarga kami masing-masing pergi ke The Royale Bintang, Kuala Lumpur untuk menemui mereka.
















































Pak Zamhur dan isteri beliau Ibu Satiani sudah sering datang "maen-maen" ke banyak tempat di Malaysia termasuklah ke bandaraya ini. Mereka sudah amat lancar tentang banyak perkara di KL.


Pak Zamhur lebih-lebih lagi amat memahami dan mengetahui arah jalan serta selok belok pengangkutan yang terbaik dan paling sesuai di Kuala Lumpur . . . [ kadang-kadang lebih berpengetahuan daripada kami sendiri dalam hal ini . . . hmm!]

Apabila ditanya mengapa beliau gemar menginap di daerah tengah bandar KL yang sesibuk ini, Pak Zamhur menjawab mudah:

"Saya senang dengan suasana riang begini."  



























































Destinasi teratas dalam senarai kunjungan mereka ke sini kali ini ialah ke Genting Highlands pada siang Sabtu 22 Jun 2013. 

Kami difahamkan bahawa Pak Zamhur mahu membawa adiknya Pak Zarmidi sekeluarga berkunjung ke Genting Highlands.












Pak Zarmidi yang bertugas sebagai Manager PLN (Perusahaan Listrik Negara) Area Banda Aceh memang pernah ke Malaysia atas urusan rasmi tetapi ini merupakan kali pertama beliau akan berlibur di Kuala Lumpur bersama-sama keluarganya. 














Jadi sepanjang hari Sabtu itu program perjalanan rombongan Pak Zamhur tidaklah kami "ganggui".

Ketika bertemu dengan rombongan Pak Zamhur di Royale Bintang pada malam hari Jumaat itu . . . kami telah membuat perancangan untuk bersarapan dengan Pak Zamhur serombongan. 








Maka esoknya . . . pada pagi Ahad 30 Jun 2013 kami ke hotel tempat penginapan mereka untuk membawa para tetamu kami dari seberang itu bersarapan bersama-sama. 

Edisi bergambar siaran blog kali ini memaparkan peristiwa tersebut.

Kami ke Restoran Nagas di Brickfields, Kuala Lumpur untuk bersarapan.

























Hidangan sarapannya . . . berbagai jenis makanan India yang begitu popular di kalangan berbagai komuniti di Kuala Lumpur.

Antara menu yang sering dipesan pelanggan di outlet makan layan diri ini termasuklah berbagai jenis tose, nan, roti canai, roti prata, itli, karipap vege, apom, mee/meehon/mee maggi goreng, vadae, masalode . . . dsb.


















































































































Rasanya belum puas kami melayan sahabat-sahabat kami dari Banda Aceh ini. Mereka esok petangnya sudah mahu pulang.










Aku dan famili pula sudah membuat perancangan hendak ke Cameron Highlands selepas bersarapan itu. Sangkaku mungkin mereka boleh turut serta "maen-maen" ke sana . . .

Tidak mengapa . . . panjang umur ada rezeki . . . lain kali kita ke Cameron Highlands pula ya Pak.

Terima kasih kerana sudi bertemu dengan kami di Kuala Lumpur.

Salam mesra daripada kami sekeluarga . . . hingga kita dapat berkumpul lagi.



Catatan kenangan:

Foto-foto berikut diambil di rumah penulis ketika kunjungan Pak Zamhur dan Ibu Satiani ke sini (sebelum ini) pada Selasa, November 13, 2012 bersamaan 28 Zulhijjah 1433H.






















bamuda
dsuarang.blogspot.com