Monday, March 24, 2014

3 dalam 1






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Mencari Barakah



3 dalam 1. Tiga cucu penulis dimasyhurkan nama dan dicukur 'jambul' masing-masing sekali gus dalam suatu majlis bersama. 

Peserta pertama dalam majlis ini ialah Aish Muqry Basrie bin Royhai'zam (di kalangan keluarga popular dengan panggilan Aish) anak kedua pasangan suami isteri Royhai'zam Basri dan Mazlyna Hanum Abdul Majid.

Aish kini berusia 20 bulan dan adalah cucu ke-5 penulis. 














Peserta kedua pula bernama Kasih Camelia Majid binti Halmy Zahari (dipanggil Kasih sahaja) anak kedua kepada pasangan suami isteri Halmy Zahari Abdul Majid dan Nurliza Zainuddin.

Kasih, berusia 9 bulan sekarang, merupakan cucu ke-6 penulis. 















Seterusnya peserta ketiga, Nia Airyn Sofea, anak kedua daripada pasangan suami isteri Halim Zaharyn Abdul Majid dan Noor Shafini Abdul Hamid.

Airyn (panggilan kami untuknya) adalah cucu ke-7 penulis dan kini berusia 6 bulan. 





















Tiga pengertian utama tersirat di hati kami berkaitan majlis ini . . . 'aqiqah', 'sedekah' dan 'barakah'.



































Majlis berlangsung pada hari Sabtu 8 Mac 2014 bersamaan 6 Jamadil Awal 1435H di d'SUARANG . . . bermula pada kira-kira jam 10:45 pagi dan berlanjutan hingga pukul 5:00 petang.






















Kenduri 'aqiqah' yang diadakan ini merangkumi upacara bacaan ayat-ayat  suci al-Quran, pemasyhuran nama, berzanji dan marhaban, pemotongan 'jambul', tahlil arwah serta bacaan doa selamat.

Majlis bermula dengan bacaan al-Quran oleh Tuan Hj Mohd Isa, Imam Surau al-Raudah.

















Selesai bacaan ayat-ayat suci al-Quran itu, upacara pemasyhuran nama tiga cucu penulis pun dilakukan oleh Ustaz Hj Hassan yang juga memimpin keseluruhan perjalanan majlis pada hari ini. 


Aish diberi giliran awal kerana merupakan cucu tertua yang berkaitan dengan upacara pemasyhuran nama ini.  






































Selepas itu Kasih pula dimasyhurkan namanya. Kasih menduduki taraf kekananan kedua antara cucu-cucu penulis yang turut dalam upacara ini.


































Cucu penulis yang ketiga dalam susunan upacara pemasyhuran nama ini ialah Airyn. 



































Alhamdulillah ketiga-tiga cucu penulis ini selesai menjalani detik-detik istimewa mereka dengan tertib dan teratur walaupun ada juga disulami situasi 'kelakar' dan 'luar jangkaan' yang mencuit hati berlaku di mana-mana. 























































Doa memohon keberkatan daripada Allah SWT dibacakan Ustaz Hassan pada akhir upacara pemasyhuran nama. 




























Baarakallah. Semoga kita semua terhindar daripada segala bentuk perlakuan fitnah dan maksiat. Amin.


Selesai pemasyhuran nama Aish, Kasih dan Airyn . . . tibalah pula giliran kumpulan berzanji dari Surau al-Raudah dan Masjid al-Khairiah mengambil ruang dan waktu untuk berzanji.  


































Para hadirin yang terdiri daripada ahli-ahli kariah Surau al-Raudah dan Masjid al-Khairiah kemudiannya bermarhaban setelah selesai acara berzanji. 




















Aktiviti cukur 'jambul' ketiga-tiga orang cucu penulis oleh para hadirin yang tidak henti-henti berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW menyusul selepas itu. 
  









































































































































































































































`















































Penulis bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengizinkan majlis berlangsung dengan lancar dan sempurna.

Alhamdulillah ramai jemputan yang diundang ke majlis ini sudi memenuhi undangan kami. 














































Melalui siaran blog ini penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai serta rakan dan taulan yang telah sudi hadir memeriahkan majlis.



Pada akhir majlis Ustaz Hassan memimpin acara tahlil arwah dan kemudiannya bacaan doa selamat. Terima kasih kami ucapkan kepada YBhg Ustaz.



































Menutup majlis penulis menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua yang hadir . . . ahli-ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan dan taulan, jiran-jiran serta sudah tentu tidak ketinggalan ahli-ahli surau dan masjid di kariah ini.


































Kemudian para tetamu yang hadir dipersilakan ke meja makan di ruang bawah khemah yang tersedia untuk mereka menjamu selera. Silakan semua.



































































































































































































































































































































































































Seperkara yang ingin penulis nyatakan di sini ialah selain daripada mensyukuri nikmat yang dilimpahi Allah SWT kepada hamba-hamba-NYA . . . majlis yang diadakan atas persetujuan dan kerjasama semua ahli keluarga penulis ini telah mendatangkan banyak manfaat terhadap perhubungan dan silaturahim antara insan.









































































































Setamatnya majlis . . . banyak perkara bermain di fikiran penulis. Perkara-perkara yang melucukan, yang menginsafkan dan ada juga yang menyentuh perasaan.


Lucu tentunya kerana telatah cucu-cucu penulis . . .  baik yang menjadi peserta dalam majlis pada hari ini mahu pun mereka yang lebih 'senior' yang mempamerkan bermacam-macam aksi dan kerenah tersendiri.

Insaf kerana kesepakatan keluarga dapat dikekalkan dalam menjayakan kelangsungan majlis ini . . . dan, yang menyentuh perasaan kerana kehadiran kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Alhamdulillah.

















Antara peristiwa yang paling menyentuh hati penulis ialah kehadiran sahabat-sahabat yang seangkatan mengerjakan ibadah haji dengan penulis ketika musim HAJI 2011 di Mekah.

Tuan Hj Mohd Hakim dan isteri beliau Pn Hjh Serifah Yusof merupakan sahabat-sahabat yang serombongan pesawat haji dengan penulis dan kedua-dua mereka juga menginap di hotel yang sama dengan penulis baik di Mekah mahu pun di Madinah.  




Tuan Hj Mohd Hakim




Pn Hjh Serifah Yusof




Tuan Hj Mohd Hakim dan Pn Hjh Serifah



Seterusnya, penulis bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan kesemua tiga sahabat sebilik hotel penulis ketika di Mekah dulu juga dapat hadir memeriahkan majlis kami yang tidak sepertinya ini.

Mereka ialah Tuan Hj Salleh Ibrahim, Dato' Hj Muhammad Hatta Abdul Aziz, dan YM Hj Raja Aman Shah Raja Shahruzz Aman.





Ketiga-tiga sahabat sebilik hotel isteri penulis (terdiri daripada para isteri masing-masing tiga sahabat penulis tersebut di atas) juga turut hadir.

Mereka ialah Pn Hjh Juliah Partono, Datin Hjh Zabedah Idris, dan Pn Hjh Che Zainah Abdul Wahid.









Dari kiri:
Hj Muhammad Hatta, Hj Salleh, Hj Raja Aman Shah, Hjh Zainah, Hjh Juliah, Hjh Zabedah, Hjh Alimah, penulis





Dari kiri:
Penulis, Hatta, Salleh, Raja, Zainah, Juliah, Zabedah, Alimah


Alhamdulillah semuanya atas kehendak dan izin Allah SWT jua.   


Semoga majlis kami yang tidak sepertinya di bawah pimpinan YBhg Ustaz Haji Hassan dan disertai ahli-ahli kariah Surau al-Raudah dan Masjid al-Khairiah ini mendapat keberkatan yang wajar. 

Mudah-mudahan Allah SWT memberkati niat dan tindakan kita semua. Amin. 








Terima Kasih Semua







bamuda
dsuarang.blogspot.com