Assalamualaikum
Mudah-mudahan kita semua akan diizinkan Allah swt untuk bertemu lagi dengan Ramadan. Semoga kita seterusnya berkesempatan menyempurnakan ibadah puasa sepanjang bulan yang mulia ini pada waktu-waktu mendatang.
Sebenarnya setiap kali Ramadan tiba aku sering terfikirkan sesuatu. Aku terfikir alangkah baik andainya selepas Ramadan pun keadaannya terus begini! Para jemaah begitu ramai beramal ibadat di surau-surau mahu pun di masjid-masjid. Umat Islam berlumba-lumba ke tempat-tempat ibadat yang suci itu. Maka penuh sesaklah surau-surau dan masjid-masjid di seluruh ceruk dan pelosok negara. Maka semaraklah semangat umat Islam memakmurkan surau-surau dan masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan.
Hampir setiap pagi selepas waktu subuh aku sempat menonton berbagai rancangan dalam slot-slot keagamaan di stesen-stesen TV tempatan yang memaparkan tindakan meluas umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan tahun demi tahun.
Sambutannya meriah. Sungguh meriah! Suasana di surau-surau dan di masjid-masjid kelihatan ceria dan segar dengan kehadiran begitu ramai para jemaah yang bersolat fardu dan berbagai-bagai jenis solat sunat. Paling ketara bersolat sunat Tarawih dan berzikir, bertadarus . . . amalan lazim sepanjang bulan pussa. Alhamdulillah.

Namun apa yang sering tanda tanya di benak aku ialah tentang keadaan yang wujud setiap kali setelah Ramadan berlalu. Para jemaah regular di surau-surau dan masjid-masjid yang berkenaan kebanyakannya bersetuju bahawa kehadiran para jemaah Ramadan di surau-surau dan masjid-masjid pasti berkurangan menjelang pertengahan Ramadan . . . dan merosot teruk pada penghujungnya.
Aku sendiri mengamati bahawa lazimnya selepas berakhir Ramadan pada sesuatu tahun surau-surau dan masjid-masjid akan menjadi 'lengang'. Para jemaah tidak lagi ramai. Tidak seperti sepanjang bulan Ramadan!
Kadangkala hendak memenuhkan dua saf para jemaah bersolat pada waktu-waktu sembahyang fardu pun susah. Waktu subuh lebih teruk keadaannya!
Antara beberapa persoalan yang selalu bermain di benak aku:
1. Ke mana hilangnya para jemaah yang begitu ramai mengunjungi surau-surau dan masjid-masjid pada setiap bulan Ramadan?
2. Adakah para jemaah itu bukan orang dari kalangan penduduk kariah surau-surau atau masjid-masjid yang berkenaan itu sendiri?
3. Apakah para jemaah Ramadan cenderung mengamalkan ibadah "bermusim".
Allah swt sahaja yang maha mengetahui!
Bamuda