Saturday, April 20, 2013

Best Day x ke-3 Amad





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Gambar . . . Pencerita Terbaik Peristiwa  




Ahmad Iman Iskandar @ Aii @ Amad menyambut hari Ulang Tahun kelahirannya pada setiap 21 haribulan Januari. Kali ini ialah Ulang Tahun Kelahiran ke-3 baginya.





































Alhamdulillah . . . dengan izin Allah SWT . . . dapat diadakan suatu majlis sambutan HUTK ala kadar untuk Amad bagi tujuan meraikan hari berkenaan di d'SUARANG.










































Majlis diadakan pada Hari Ahad Mac 10, 2013 dan dihadiri ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai rapat.




































































































Bacaan doa selamat dan kesyukuran telah diadakan pada awal majlis . . . dipimpin moyang Amad . . . Tuan Hj Lokman Mohd Shariff (bapa saudara penulis).
















































Sesudah itu barulah sambutan hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-3 Amad dilaksanakan dalam suasana penuh warna-warni.

















































































































































Alhamdulillah . . . meriah juga jadinya majlis yang telah diadakan. Para tetamu disajikan berbagai jenis makanan dan minuman . . . dengan secukupnya.































































Bagi penulis perkara yang paling menyeronokkan ialah ketika dapat bertemu sanak saudara dan sahabat handai . . . dan bertanyakan khabar satu sama lain . . . serta bersembang santai dan panjang!





































Suasana dan Tema Majlis


"Lautan Dalam" menjadi tema sambutan HUTK Amad tahun ini. Para hadirin sempat merakamkan foto masing-masing bersempena tema ini . . . lantas memeriahkan suasana majlis. 

Wajah keriangan terlihat di mana-mana . . . khasnya di kalangan kanak-kanak yang hadir. Alhamdulillah.














































































































Aksi Buzzday Boy dan Geng pada HUTK























































Hadiah dan Cenderahati Untuk Amad


























































Terima kasih kepada semua hadirin yang sudi meramaikan majlis untuk menyambut best day cucu sulung penulis  ini.

Kehadiran semua amat dialu-alukan.























































































Penghargaan juga ditujukan kepada semua ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai yang telah membantu dalam menjayakan keberlangsungan majlis HUTK x 3 Amad. 




Fokus Keluarga






































































































































Terima Kasih
daripada
Buzzday Kid





Ahmad Iman Iskandar @ Aii @ Amad ternyata  gembira menyambut hari istimewanya . . . dan . . . dengan cara dan gaya yang tersendiri Amad menyampaikan penghargaan ikhlas kepada semua yang telah bersusah payah menjayakan keberlangsungan majlis HUTK untuknya itu. 

Keluarga Amad pula menambah . . . "Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik semua".




Bamuda
dsuarang.blogspot.com