Sunday, December 15, 2013

Big Bad Wolf






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Berbaloi


Big Bad Wolf . . . (diterjemahkan ke bahasa Malaysia membawa erti lebih kurang . . . "Serigala besar yang garang.")

Sejak awal minggu dahulu lagi Afzan sudah mengesyorkan kepada penulis begini:

"Abah . . . weekend nanti kita pi tengok Big Bad Wolf  . . . best bah. Afzan dah pi itu hari. Best sangat!"


"Kat mana?"



"Mines"


Mendengar kata-kata Afzan itu penulis bercega-cega di dalam hati:

'Alahai . . . malasnya. Tak kuasa nak pergi tengok wayang tu! Budak Afzan ni nak buat apa pula ajak abah! Macam le aku ni kaki wayang!'

But first thing first  . . .  Big Bad Wolf tu cerita apa sebenarnya ha?

"Abah nak tau . . . ada banyak sangat buku kat tempat jualan tu. Murah-murah. Kalau abah pi tengok sure suka punya!"

"Buku apa pulak? Bukan ke cerita wayang?"

"Bukan bah. Ini book sale yang terbesar di rantau ini. Mungkin terbesar di dunia juga!".







Baru penulis faham. Big Bad Wolf itu rupanya organisasi perbukuan yang menganjurkan jualan berbagai-bagai jenis buku . . . dalam volume yang banyak!

Maka pagi-pagi lagi hari Sabtu 14 Disember 2013 penulis pun berangkat ke The Mines bersama-sama Afzan. Kami tiba di situ pada kira-kira jam 8:00 pagi .

Sudah ramai orang berada di tempat itu . . . walaupun hari masih pagi.











Wah memang banyak sekali buku-buku yang dipamerkan untuk jualan di sana.









Penulis terus saja melihat-lihat buku-buku yang dipamerkan itu. Membelek buku-buku memang kegemaran penulis. Hobi sejak lama.














Sudah puas berlegar-legar di ruang pameran buku . . . penulis dan Afzan pun memilih dan seterusnya membeli buku-buku yang telah dipilih itu. Buku-buku yang berkenan di hati kami!














Akhirnya, menjelang tengah hari . . . kami bergerak keluar dari situ . . . ketika semakin ramai orang datang membanjiri tempat itu . . . khusus untuk mendapatkan buku-buku kegemaran mereka dengan harga yang paling minimal


Penulis kagum dengan penganjuran pameran dan penjualan buku secara amat besar-besaran ini. 

Bayangkan jualan buku yang terbesar di dunia ini berjaya dilangsungkan selama 10 hari . . . 24 jam sehari di negara kita!


Penjualan buku setahun sekali ini berjaya menarik begitu ramai penggemar buku dan mereka yang mahu mendapatkan buku-buku berkualiti dengan harga yang cukup mampu ditanggung 'kocek' masing-masing.














Bagi penulis . . . aktiviti ini suatu usaha yang baik. Usaha yang membawa banyak manfaat kepada rakyat negara ini . . . dapat berjimat apabila membeli buku-buku.


Kepada penulis lagi . . . usaha ini juga menampakkan semangat gemar membaca di kalangan warga Malaysia tak kira usia tua atau muda.


Alhamdulillah . . . suatu usaha serampang berbilang mata.













Oh ini hasilnya . . . banyaknya buku yang dapat dibeli . . . rendahnya harga yang perlu dibayar . . .









Wah . . . BERBALOI! Memang . . . BERBALOI!





bamuda
dsuarang.blogspot.com