Wednesday, January 12, 2011

Terbukti Sejati (1)





  Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Alhamdulillah . . .




Rabu 12 Januari 2011 bersamaan 7 Safar 1432 H. Hari ini genaplah 37 tahun usia perkahwinanku dengan Alimah Yasin. Alhamdulillah . . . aku bersyukur.


Mungkin kepada sesetengah pihak tiadalah sangat hebatnya menyatakan kepada umum peristiwa yang sedemikian. Mungkin bagi mereka itu . . . perkara begini juga di alami oleh orang lain.

Biarlah mereka dengan pendirian masing-masing. Cuma bagi diriku . . . pengumuman ini merupakan yang pertama kali seumpamanya pernah aku lakukan.

Sebelum peristiwa ini . . . aku tidak pernah mengingati langsung tarikh-tarikh penting peribadi seperti ini yang seharusnya aku ingat.

Entah kenapa. Bukan aku tak bersyukur kepada-NYA. Bukan aku tak mengasihi mereka yang paling dekat denganku. Bukan, bukan dan bukan.













kadangkala . . . manusia alpa . . . 
dan . . . aku kan manusia . . .



Aku kurang prihatin mungkin dalam hal begitu!

Agaknya kerana aku memang sejak dulu kurang gemar akan mata pelajaran Tawarikh . . . (sekarang Sejarah). 

Apatah lagi hendak mengingati banyak tarikh berbagai peristiwa. 


Berkenaan peristiwa hari ini . . . isteriku yang memperingatkan aku. Baguslah juga. Sekurang-kurangnya dapat aku menyatakan rasa kesyukuran dengan jelas dalam ruangan ini. Dapat aku berdoa . . . 








antara penghargaanku yg tak sepertinya





"Ya Allah . . . peliharakanlah seterusnya ikatan perkahwinan kami ini. Kurniakanlah kebahagiaan yang berpanjangan kepada kami sekeluarga. 

Berikanlah kami kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan dugaan pada masa depan . . . dan kekalkanlah kami sebagai keluarga yang baik dan bersyukur." 


Si omputih jiranku ni . . . sibuk betul. Nak tau juga biji butir isi tulisanku ini. Itulah dulu suruh belajar bahasa Melayu . . . buat tak kisah. Sekarang siapa yang terhidu-hidu.


Apapun sebagai jiran yang baik dan untuk memelihara suasana kejiranan yang harmonis, aku turunkan jugalah sedikit petunjuk kepada si omputih jiranku ini supaya dia tahu juga apa yang sedang diperkatakan . . .



"On this auspicious occasion . . . my most sincere thoughts and warmest feelings of appreciation go to my beloved wife Pn Alimah Yasin for all that she had strive to make happiness possible and d art of ensuring an undisturbed comfortable life for me and that of my whole family. Thank you many times over, dear."





Semoga Allah swt melindungi kita semua. Amin.





bamuda
dsuarang.blogspot.com








8 comments:

mazlyna hanum said...

salam abah,

Tahniah atas ulangtahun perkahwinan yg ke 37...semoga kebahagiaan hari ini akan dipanjangkan selamanya....

walaupun abah "dibuli & membuli" emak, i always admire your style... i am always proud and thankful to be your product.... :)

P/S: Habib Jewel dah menunggu abah..heheheeh



Bamuda d' SUARANG said...

Salam Anum,

Terima kasih aje le bila anak mengingati kita . . . khasnya pada ketika yang istimewa.

Mengagumi cara dan gaya seseorang seperti yours sincerely perkara biasa le . . . he, he (perasan bagus aje tak apa . . . jangan perasan tiada tandingan langsung udah le!)

Si omputih jiran abah tu masuk campur lagi. Dia kata,"That Habib Jewels part should be censored off."

Yeah, for once I quite agree with that omputih for being a very considerate neighbour!

PS: Abah tak pernah membuli le . . . Abah yang dibuli alahai . . .



basri bin omar said...

Salam Uda!

Syukur Alhamdulillah...kerana Allah sampaikan Uda dan Kak Limah ke saat ni..walaupun kita dah di ambang SENJA...!apa pun segala nikmat terus di syukuri dan Insyaallah Allah akan tambah lagi ....!

Kami sekeluarga tumpang syukur,seronok dan gembira pada Hari Ulang Tahun(HUT)ni...! ttg ungkapan " Buli & Membuli " tu teringat depa dulu dok kata masa dalam Service " SUAMI takut kat bini & BINI pula tak takut kat SUAMI atau CC???...Wallahuaqlam!

Doa dan harapan kami kita akan sentiasa di BERKATI Allah..AMIN!

@zim MUqry Basrie said...

GOOD Morning..oops..Salamelekom,
selamat ulang tahun Atok dan Opah.........walaupun dibuli & membuli", saling faham dan memahami menjadi kunci....@jim berjanji "terbukti sejati" menjadi panduan.



Bamuda d' SUARANG said...

Salam Adinda Basri,

Terima kasih atas doa dan harapan untuk golongan yang dah masuk kategori 'senja' ni!

Apapun bersyukur tetaplah bersyukur. Apatah lagi kerana kita masih dipinjamkan waktu oleh-NYA.

Aduhai . . . ada dua kategori QC.

1. Yang dapat title kena QC (Queen Control) tu adalah "mereka yang tak berani dengan bini dan yang bini tak takut dengan mereka."

Dan . . .

2. Yang dapat title QC (Queen Counsel)tu pula bukan calang-calang orang. Bijak berhujah . . .
Malangnya si bijak pun sering kali terjebak dalam kancah pakai tag QC 1 . . . sebab tak berapa cerdik le tu!

Apa nak dikato . . . Bukan salah ibu mengandung!



Bamuda d' SUARANG said...

Salam Ajim,

Wah cucu Atuk dah pandai cakap omputih . . . Mesti dalam 'shut up! shut up!' dah belajar dengan si omputih jiran Atuk tu.Tahniah . . .

Atuk & Opah ucap terima kasih atas ucapan Ajim tu.

Mai sini . . . Atuk nak bisik:

"Dah pakai initials Atuk tu kenalah ada pegangan yang baik. Janji pun kena tepati."

Bak kata si omputih jiran Atuk tu:

"Walk d talk, man"

Baru terbukti sejati!



basri bin omar said...

Salam Uda!

Maaf silap Taip bukan CC ..QC tapi apapun dulu dlm Service...Isteri CO(Commanding Officer-Pegawai Memerintah) kadangakala di pggl SO..sebab beliau yang memerintah..Wallahu Aqlam!



Bamuda d' SUARANG said...

Salam Adinda Basri,

Itu dalam service (ketenteraan) . . . melibatkan pemimpin tentera . . . dalam civilian life ada yang lagi teruk . . . melibatkan pemimpin negara . . . he, he!
Nuffnang Ads