Sunday, February 16, 2014

Pameran Seni Lukis - Reflections






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Mahzan Juga Pelukis


Penulis sepatutnya ke Universiti Malaya semalam Sabtu 15 Februari 2014. Ada undangan daripada seorang kawan baik . . . Tuan Hj Mahzan Manan atau lebih dikenali sebagai komposer Mahzan Manan di kalangan teman-teman dalam bidang muzik tanah air. 


Undangan kepada penulis kali ini bukan untuk menghadiri sebarang acara yang bersangkutan dengan bidang muzik.

Penulis dipelawa hadir dalam suatu upacara perasmian pameran seni lukis - Reflections - di Galeri Seni Lukis, Bangunan Canseleri, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.


Mahzan Manan salah seorang daripada 8 pelukis yang mempamerkan karya lukisan mereka masing-masing dalam pameran seni lukis yang berkenaan.


Wah . . . mungkin ramai yang tidak tahu. Mahzan Manan juga seorang pelukis yang amat berbakat selain daripada memang sudah tersohor dalam bidang muzik sebagai pemuzik, pencipta / penggubah lagu, komposer / konduktor .














Seperkara yang ingin penulis sampaikan di sini . . . ketentuan Allah mengatasi segalanya. Pada ketika yang penulis sepatutnya ke Universiti Malaya itu . . . timbul hal-hal kekeluargaan lainnya yang perlu diberikan lebih keutamaan. 


Penulis terpaksa membatalkan hasrat menyaksikan pameran lukisan tersebut pada hari ini. Penulis telahpun memaklumkan akan hal ini kepada Mahzan. Mudah-mudahan beliau memahami.


In sha Allah . . . penulis bercadang ke pameran seni lukis - Reflections - dalam masa dua tiga hari lagi. Semoga tiada aral melintang. 






bamuda
dsuarang.blogspot.com