Thursday, January 6, 2011

Atuk Sarjan





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Title Kategori C


Sambutan Tahun Baru 2011 Masihi baru sahaja beberapa hari berlalu. Rasanya masih belum terlewat bagi teman mencatatkan sesuatu di ruangan ini. Sesuatu yang menggembirakan hati teman le. Sesuatu yang dahulunya tidak terlintas pada fikiran teman pun selama ini!
Mana tidaknya . . . peristiwa gembira yang datang berturut-turut waktu . . . sepanjang tahun 2010 lepas.

Allah swt . . . Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang . . . telah menganugerahkan kehadiran tiga orang bayi lelaki dalam keluarga teman secara berturut-turut . . . seorang pada bulan Januari dan dua lagi pada bulan Ogos.

Alhamdulillah. Tiba-tiba teman dah dapat title datuk. Tiga kali datuk pulak tu! Atuk sarjan le . . . Bukan senang tu weh. Bukan alang-alang orang yang dapat tiga title berturut-turut dalam jangkamasa yang singkat! From zero to hero le kononnya . . . mengikut budaya omputih !


ATUK SARJAN & 3C


Dari kiri: *Puteri Ain Anisa (pangku C2 Azim Muqry Basrie [AMB] ),
Penulis, Opah Alimah (pangku C1 Ahmad Iman Iskandar [AII]),
*Puteri Nur Najwa (pangku C3 Umar Ilham Majid [UIM] )


*Dua Puteri di atas bukan le cucu Atuk . . . tetapi cucu Tok Wan . . . alahai panjang cerita


Ikut 'budaya' dan 'faham' teman pulak . . . nak dianugerahkan selori ahli keturunan pun teman terima. Biar bertambah kukuh title 'datuk' teman yang pasti ori ni! Bak kata seorang kawan teman . . .

"Aku amat percaya dan yakin dengan title yang kau dapat ni. Ini anugerah kategori ketiga. Dah pasti authentic dan genuine," katanya. "Tak macam anugerah kategori pertama atau kedua . . .", tambahnya.

"Apa lak macam tu . . .", respons teman terhadap kata-kata kawan teman tadi.

"Ya lah . . . Kau untung dapat title datuk . . . kategori ketiga tu," kawan teman tu berkata lagi selamba.


"Memang le aku dah dapat cucu tiga orang . . . dah dapat pangkat sarjan kata orang . . .", jawab teman.


"Bukanlah! Aku maksudkan kau dapat title datuk kategori C. Kategori A & Kategori B lain lagi," jelas kawanku itu.

Teman masih belum faham apa yang hendak disampaikan oleh kawan teman yang suka bercakap dengan rima dan ritmanya yang tersendiri tu!


Melihat teman terpinga-pinga dengan kata-katanya tadi, kawan teman tu lantas berkata . . .

" Alahai . . . begini aje . . . Title datuk tu ada dalam 3 kategori . . . A, B & C. Title datuk A = Anugerah. Title datuk B = Beli . . ."


Teman hilang sabo . . . " Ha title datuk C apa lak?"


"Title datuk C = Cucu le . . ."


Suka hati le wahai kawan. Asalkan Opah cucu-cucu teman ni bahagia udah. Bila Opah budak-budak ni bahagia . . . teman pun pasti sentiasa turut bahagia aje . . . he,he.








dsuarang.blogspot.com

2 comments:

basri bin omar said...
Salam Uda!

Tahniah kerana mendapat title Datuk. Ori pula tu(tak boleh di beli) ..Syabas!

Doa dan harap Cucu semua menjadi Insan berguna,Insyaallah!
Bamuda d' SUARANG said...
Salam Basri,

Terima kasih atas doa dan harapan yang adinda utarakan itu . . .

Demikian jua Uda sekeluarga . . . pasti mengharapkan yang terbaik daripada anugerah Allah ini!

Mudah-mudahan terkabul. Amin.
Nuffnang Ads