Assalamualaikum n Selamat Sejahtera
Segalanya Ketentuan Ilahi
Alhamdulillah . . . rumah bertuah ini menyaksikan lagi peristiwa mempereratkan hubungan silaturahim antara para sahabat.
Pada hari Sabtu 23 April 2016 sahabat-sahabat lama penulis dari tahun-tahun 1970-an telah sudi dan berkesempatan datang berkunjung ke d' SUARANG.
Setelah kira-kira 36 tahun tidak pernah berjumpa antara satu sama lain Hashim Yahaya (kini bergelar Dato'), isteri beliau Halijah Harun (kini Datin), YM Tengku Aziz dan isteri Mahanum Ali tiba di rumah penulis pada kira-kira jam 12:45 ptg.
Kami saling bertanyakan khabar satu dengan lain dan berbual-bual ringkas . . . sangat teruja dan penuh dengan perasaan mesra.
Penulis mengenali Hashim Yahaya ketika beliau masih berkhidmat sebagai seorang pegawai tentera berpangkat Kapten dalam Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
[Hashim kini seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia dengan pangkat Mej Jeneral (orang kampung teman kata 'dua bintang' le weh)]
[Halijah kini telah bersara daripada jawatannya sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat dalam perkhidmatan awam.]
Kami saling bertanyakan khabar satu dengan lain dan berbual-bual ringkas . . . sangat teruja dan penuh dengan perasaan mesra.
Sebentar kemudian . . . apa lagi . . . kami pun beragenda makan-makanlah.
Makan tengah hari yang simple sahaja.
"Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"
Haah . . . kena hormati maksud tersirat
seloka dan gurindam orang tua-tua kita . . .
Penulis mengenali Hashim Yahaya ketika beliau masih berkhidmat sebagai seorang pegawai tentera berpangkat Kapten dalam Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
[Hashim kini seorang pesara Angkatan Tentera Malaysia dengan pangkat Mej Jeneral (orang kampung teman kata 'dua bintang' le weh)]
Ketika itu Hashim 'berkawan' rapat dengan Halijah Harun dan sering singgah di pejabat Jemaah Nadzir Sekolah (JNS) Kuala Lumpur setiap kali ingin bertemu Halijah . . . dan Alhamdulillah . . . Halijah kemudiannya ditentukan Allah swt menjadi isteri beliau.
Bagaimana penulis tahu akan hal ini? Mudah kisahnya. Penulis pada waktu itu berkhidmat di JNS dan Halijah seorang rakan sepejabat yang akrab dengan penulis. Maka hmm tahulah ceritanya sikit-sikit.
[Halijah kini telah bersara daripada jawatannya sebagai Pegawai Kebajikan Masyarakat dalam perkhidmatan awam.]
Macam mana pula tentang perkenalan penulis dengan Tengku Aziz dan Mahanum Ali?
Kisahnya lebih kurang serupa . . . tetapi tidak sama. Tengku Aziz bukan pegawai tentera. Beliau mantan Pegawai Tabung Haji di Kuala Lumpur.
Pada tahun-tahun 70-an Mahanum juga berkhidmat di JNS Kuala Lumpur . . . sepejabat dengan Halijah dan penulis sendiri.
Maka sebagai rakan sepejabat kami karib satu sama lain. Adalah cerita-cerita ringan peribadi yang kami kongsikan bersama.
Sekali sekala andai timbul keperluan . . . kami akan memohon atau memberi pandangan . . . kawan-kawan le katakan!

Pendekkan cerita . . . Tengku Aziz sering juga datang dan pergi bertemu Mahanum di pejabat JNS ketika itu.
Maka penulis pun sempat mengenali beliau sebagai boy friend Mahanum dan dengan demikian kami juga bersahabat baik.
Alhamdulillah . . . Tengku Aziz dan Mahanum juga tiada berhalangan mendirikan rumah tangga. Mereka berbahagia menjadi suami isteri yang sah.
[Mahanum kini telah bersara daripada jawatannya sebagai Pegawai Kewangan di Kementerian Kewangan Malaysia].
Kini kedua-dua pasangan Hashim - Halijah dan Tengku Aziz - Mahanum telah pun dikurniakan Allah swt zuriat / keturunan anak cucu yang baik-baik.
Mudah-mudahan mereka serta keluarga masing-masing kekal sihat walafiat dan aman makmur.
Kami makan sambil bersembang santai. Berbagai-bagai topik kami sembangkan. Hal ringan-ringan sahaja. Tiada kongkongan hukum komunikasi yang ketat atau kekangan kosa kata yang tepat!
Perbualan antara para sahabat lama berlaku bebas dan jelas . . . telus dan mulus.

Sedang kami berbual-bual dan makan-makan . . . kedengaran bunyi injin kereta lagi di hadapan rumah penulis.
Memang tepat pada waktunya . . . seperti yang dijanjikan. Sahabat zaman persekolahan penulis dulu . . . Hj Ghazali Kamaruddin dan isteri beliau Hjh Faizah Mohd Nor serta ahli-ahli keluarganya sudah tiba.
Penulis lantas menjemput mereka yang baru tiba itu ke meja makan untuk terus bersama makan dengan para sahabat yang lain.

Sesudah makan kami bersantai duduk-duduk dan bersembang-sembang semula di anjung ruang tamu.
Kesian para sahabat duduk di atas lantai saja . . . tidak di kerusi . . .
Tengok apa tu kawan-kawan semua?
Jangan ada kebocoran cukuplah . . . hairan gak
. . . tapi sekarang bukan musim hujan . . . ???
Oh mengaminkan doa yang tergantung di beam itu . . . rupanya
" Ya Allah, Berkatilah Keluarga Kami "
Amin Amin Amin ya Rabbulalamin
Tidak dinafikan setiap sesuatu itu terjadi dengan ketentuan Ilahi. Peristiwa pertemuan kami sahabat-sahabat lama ini juga berlaku atas kehendak-NYA.
Namun . . . setiap yang berlaku itu boleh juga berlaku apabila Allah swt menggerakkan hati mana-mana insan yang terlibat untuk memulakan perlaksanaannya.
Alhamdulillah . . . pertemuan kami semua hari ini menjadi kenyataan . . . berpunca daripada tindakan Mahanum yang bertanyakan kepada Faizah tentang duduk perkara suatu foto majlis perkahwinan di facebook Faizah.
Foto berkenaan dirakamkan di majlis perkahwinan anak lelaki penulis yang telah berlangsung baru-baru ini . . . dan terdapat gambar penulis dengan Faizah dan Ghazali sekeluarga di situ!
Common friends rupanya!

[Mahanum dan Faizah sahabat lama sepersekolahan di Convent Kajang dahulu . . . manakala Ghazali suami Faizah pula sahabat seasrama dengan penulis ketika zaman persekolahan kami di KL pada tahun-tahun 50-an dan 60-an]
Begitu kehendak-NYA . . . dan kami dipertemukan semula melalui Facebook . . . bayangkan!
Jangan kita cuma pandai mengutuk mereka yang ber-Facebook . . . tanpa berfikiran atau berpandangan cukup rasional terhadap mereka terlebih dahulu.
Maksud yang tersirat cukup jelas. Jangan kita pandang negatif sahaja terhadap penggunaan Facebook.
Banyak terselit nilai-nilai positifnya juga . . . bergantung kepada kebijaksanaan kita sendiri apabila menggunakannya.
Terpulang kepada pengguna Facebook sebenarnya!
Time to say goodbye for now . . . see you later bro . . .
. . . ha ni jenis rumah kat kampung I . . .
. . . kampung U kat mana ha? . . .
. . . bukan rumah gadang . . . sekadar tempat menumpang . . .
Terima kasih daripada penghuni d' SUARANG buat semua sahabat yang sudi melapangkan waktu mengunjungi kami di sini.
. . . wah jaga-jaga Dato' kita dah bukak langkah . . .
TQVM my friends . . .
Hingga kita berjumpa lagi dalam waktu yang terdekat . . . in shaa Allah.
bamuda
dsuarang.blogspot.com