Monday, May 20, 2013

Belawan Kurang Melawan





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Lengangnya Bandar Pelabuhan 


Ketika berkunjung ke Belawan, sebuah bandar pelabuhan di utara Medan, Sumatera Utara . . . penulis merasakan seolah-olah berada di mana-mana pekan sempadan Malaysia-Thailand pada tahun-tahun 1970-an.





























Penulis berperasaan sedemikian kerana bandar pelabuhan itu semacam sepi dan kurang dikunjungi orang . . . (atau cuma pada waktunya penulis ke sana?) 


















Penulis pernah mendengar ahli-ahli keluarga tua-tua penulis yang berasal dari Medan bercerita tentang kehebatan Belawan sebagai bandar pelabuhan suatu masa dahulu.


















































Penulis berasa pelik sedikit (kurang selesa lebih tepat) melihat dan mengalami keadaan yang hampir lengang di bandar pelabuhan itu . . . lantas bertanya kepada juru pandu mengapa demikian suasananya.




























































Juru pandu yang membawa kami ke sana menerangkan bahawa dulunya memang amat ramai orang ke Belawan. 


"Mereka ke sana untuk membeli bermacam-macam barangan bebas cukai. Sekarang barangan bebas cukai sudah tidak banyak di sana . . . maka Belawan kurang menjadi tempat tumpuan pelancong lagi," jawab si juru pandu . . . dengan nada yang lesu.


"Tak megapalah. Kita pusing-pusing aje di sini," kata penulis.


"Jangan gitu dong pak . . . kalau pusing . . . kita ke . . . hospital aja."

Penulis faham 'lawak' yang hendak disampaikan juru pandu itu. Terhibur juga hati ini. 

Setelah sejam dua di situ dan di daerah sekitarnya . . . kami meninggalkan Belawan. Kami mau meronda-ronda di bandaraya (kedua terbesar di Indonesia?) Medan pula.

Penulis berharap dapat datang lagi berkunjung ke Belawan . . . suatu waktu nanti . . . dan, apabila tiba ketika itu . . . penulis juga berharap dapat melihat Belawan berwajah baru . . . cergas, ceria dan membangun. 

























Mudah-mudahan dengan demikian akan ramai semula para pelancong yang berkunjungan ke bandar pelabuhan ini. Akan pulih semangat tinggi Belawan . . . seperti pada suatu waktu dahulu.

Barulah Belawan melawan!





Bamuda
dsuarang.blogspot.com