Wednesday, January 6, 2010

Happy Birthday Ghaz



Assalamualaikum


Wish U Well @ 64








Tuesd
ay 5 January 2010 brought me much meaningful joy. Harun Saeran and his younger brother Jamil Saeran dropped in at my place in the morning. Both came all the way from Sungai Kantan and Sungai Sikamat, Kajang respectively. Harun brought along his wife Madznah Adnan while Jamil brought Azizah Abdullah (his wife also lah ... who else.)

Jamil and I had planned just that Monday before to visit Ghazali Kamaruddin (Ghaz) at his mother's house in Gombak. Remember that 'boxer kid'? (as Ghaz was referred to quite recently by my other ex-hostelite friend Nordin Abdul Manaf.) The latter has had the misadventure of being bashed up by Ghaz with that infamous MBH hook in unofficial 'not so golden gloves' bouts. According to Nordin he still 'cherished' the hiding he got then! Yeah that kid is none other than the same kid who missed the MBH Gang's camping trip cum recreation do at Pangkor Island in 1964. And, yeah he is also that guy who successfully made his way to Baldwin Hill, Tapah 4 years later!


Well to cut a long story short (not too sure I can do that now...) that Tuesday 5 morning at about 10.30 am after having a simple home made 'kuih koci and Sarawak's kek lapis' breakfast (plus some very significant MBH styled nostalgic 'tose' treat which Jamil & Co brought in for the occasion in my house) my two 'bro' and their spouses and Alimah Yasin and I made our journey to Gombak. I was the chauffeur driving Jamil's Naza Ria. Jamil entrusted me with the driving as he was not that familiar with the route. Perhaps he wanted to 'relax' a little bit or get the feeling of being a big boss (which he is) . . . ha, ha. Indeed it turned out to be more than a 'relaxing' drive as I took a longer 'time' to cover that extra stretch of 'distance' (because of the 'misses'...) along the way to Ghaz's place!

Yes, we were all talking very earnestly and I missed many a junction along the Duke Highway and the road leading to 6 3/4 ms Gombak. We were however safely at Ghazali's by 11.18 am (after 48 minutes of travel ... when in fact I usually will make the journey in under 20 minutes!) No one is to be blamed ... as Harun Saeran puts it ... quote and unquote, "It was a memorable ride for three ex-KL MBH inmates (of the late 50s & early 60s) that can only occur after more than 4 decades!" 'Padan muka' he says ...

Again, now let's cut the long story short. Yeah, I will. I will cut short the story (I mean from being written in English to continue with it in Malay). OK with you Senor Ghaz? (I wrote in English in the first place because Ghazali said to me," Jid, you just write in any language ... Malay or English ... By the way what makes you think I cannot understand English huh?") So now let's see whether our friend is equally good in Malay ... he, he.

Jadi, kita sambung cerita kita ini dalam bahasa Melayu pula . . . dan dengan demikian bermakna cerita kita belum cukup panjang lagi. Pengertian mudahnya ... baru sahaja bermula . . .

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa



Pantun/seloka inilah yang sering aku ingat setiap kali aku bersua dengan Ghazali Kamaruddin. Samalah perasaanku apabila kami serombongan 6 orang sampai ke rumah Ghazali pada jam 11.18 minit pagi itu. Setelah aku dan 'bro' Harun dan Jamil serta isteri kami masing-masing yakni Alimah, Madznah dan Azizah bersalam-salaman dengan Ghazali dan isterinya Faizah, kami pun duduk dan bertanya khabar.


*{Klik pada gambar untuk imej lebih besar}
[Kiri ke kanan: Faizah, Alimah, Cikgu Zaharah, Azizah dan Madznah]


Aku perhatikan ketika bersalam-salaman tadi Harun yang paling nampak terharu. Emosinya terganggu ketika dia memeluk Ghazali. Maklum inilah kali pertama Harun dapat bertemu Ghazali selama sudah lebih daripada 40 tahun berpisah sejak zaman makan 'nasi sekawah' dulu. Dan, pertemuan ini pula berlaku ketika kawan yang dahulunya segar bugar kini uzur terlantar.

Aku dan Jamil sudah melawat Ghazali pada ketika beliau mula uzur sebulan dua yang lepas. Namun begitu aku dan Jamil berserta keluarga tetap tersentuh rasa apabila melihat kawan kami yang masih uzur itu.



*{Klik pada gambar untuk imej lebih besar}
[Ghazali menjalani latihan 'berdiri' di Hospital Selayang. Isnin 4 Januari 2010]

Walau bagaimana pun, di sudut hatiku tersimpan satu keyakinan. Aku yakin Ghazali akan pulih seperti sediakala. Ini kerana keuzuran yang dialaminya ada menampakkan tanda dan perubahan ke arah pemulihan itu. Ghazali telah dapat menggerakkan tangan dan kakinya sedikit demi sedikit walaupun dengan sedikit bantuan manusia dan tongkatnya. Tingkatkan ketabahan hatimu Ghazali. Anda pasti boleh! Doa kami sentiasa untukmu.



Ha ... beralih pula kepada suasana yang riang dalam kunjungan kami ke rumah Ghazali. Pada hari itu, Selasa 5 Januari 2010, genaplah usia Ghazali 64 tahun. Dirgahayu Ghazali. Kek sambutan ulangtahun kelahiran Ghaz dibawa oleh Jamil & Co. 'Tose' juga dibawa oleh Jamil sebagai signifikan pengaruh sebahagian hidup kami ketika di Asrama Putera dahulu. Harun pula membawa rambutan hasil tanaman sendiri dari rumahnya. Aku adalah beri sesuatu cenderahati 'Pak Arab' ... yang seadanya le ...


*{Klik pada gambar untuk imej lebih besar}
[Kiri ke kanan: Jamil, Harun, Ghazali dan Penulis]

Kami semua bersembang-sembang berbagai-bagai perkara. Cerita lama pun banyak keluar. Sambil bersembang itu kami makan kek dan minum teh yang dihidang Faizah. Ibu Ghazali, Cikgu Zaharah, juga ada bersama.(Makcik Zaharah masih kelihatan sihat, kemas dan cantik dalam usianya yang sudah mencapai hampir 85 tahun, Alhamdulillah.) Kami sempat mendendangkan lagu sambutan ulangtahun kelahiran versi 'omputih' tu untuk Ghazali. Doa selamat pun sempat kami bacakan untuk beliau. Ghazali jelas beremosi sedikit ketika semua ini berlaku. Apapun kami teruskan suasana riang itu hingga ke jam 2.00 petang.



Selepas solat kami bermohon diri untuk pulang. Tetapi, sebelum itu Ghazali memberitahu kami beliau pernah bersua dengan seorang lagi kawan lama seasrama kami di salah sebuah surau di daerah kediaman mereka di Gombak. Kawan kami itu ialah Ramli bin Mohd Rabi yang tinggal di Taman Melewar. (Cerita selanjutnya tentang kawan ini akan cuba aku 'highlight' dalam blog terkemudian kelak.) Ghazali meminta kami mengunjungi Ramli untuk menyambung silaturahim yang telah lama terputus. Atas usaha Ghazali juga aku dapat menghubungi Ramli melalui telefon. Dan, kami serombongan dapat juga ke rumah Ramli pada petang yang sama.

Berbalik kepada cerita tadi . . . kami serombongan bermohon diri untuk pulang. Sebelum pulang Jamil dan Harun menyumbang sedikit 'pitih' kepada Ghazali. Aku tidak berbuat demikian. Aku beri kasih sayang je! Harun, Jamil dan aku bersama isteri kami masing-masing (Madznah, Azizah dan Alimah) kemudiannya sempat makan di kedai makan Selera Bonda, Jalan Gombak (direkomen oleh Ghazali ketika di rumahnya tadi.) Memang lazat makanan nasi Padang yang terhidang di situ! Terima kasih Ghazali kerana mengesyorkan tempat itu. Terima kasih juga kepada Madznah dan Azizah yang menguruskan menu kami dengan bijaknya ... dan kami paling berterima kasih (daun keladi) kepada 'bro' Harun yang membelanja kami semua. Buat-buatlah selalu 'bro'!

Sesudah itu (lepas kami semua mengunjungi Ramli Mohd Rabi dan isterinya Zahidah Ismail) aku dan isteriku 'dihantar Naza Ria' pulang ke rumahku (sebenarnya aku sendiri le yang memandu MPV dak Jamil tu pulang ke d'SUARANG. Itu pasal aku gunapakai istilah 'dihantar Naza Ria'). Kawan-kawanku yang berempat itu kemudiannya pulang ke kediaman mereka masing-masing di Kajang selepas bersolat asar di rumahku.

Seperti yang aku nyatakan di awal blog ini, hari ini merupakan suatu hari yang sungguh bermakna bagi diriku ... dan sesungguhnya, aku percaya bagi Harun, Jamil, Madznah, Azizah dan Alimah juga begitu.



Aku lebih-lebih lagi berharap Ghazali gembira dengan kunjungan kami semua. Jikalau Ghazali rasa sedemikian, maka tertunailah sebahagian daripada hasrat kami hendak membantu memberikan semangat kepada Ghazali supaya terus berjuang hingga sihat walafiat semula. Dan, kami memohon ke hadrat Illahi semoga dikabulkan jua segala doa kami ini.

And to cap it all, (I shall finish in English since the Malay version is now seemingly long) ...,

"What Are Friends For" isn't it Ghazali? And..., last but not least, " A Friend In Need Is A Friend Indeed!"
And you are more than a friend, Ghaz ... You
ain't heavy ...








dsuarang.blogspot.com

Monday, January 4, 2010

Lagu Rasmi Imigresen Malaysia


Monday, January 4, 2010





Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Sumbangan Kecil

Kira-kira sebulan dua yang lalu aku tergerak ha
ti untuk melayari laman web Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Ada maklumat penting yang ingin aku cari. Aku nak tahu sesuatu tentang JIM. Cari punya cari aku telah membuka halaman Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat JIM. Aku terlihat pada tanda 'lagu rasmi' (anthem) JIM. Bila aku tekan pada 'punat' tanda lagu itu keluarlah senikata lagu rasmi Jabatan Imigresen Malaysia. Tiada langsung catatan nama pencipta lagu atau nama penulis liriknya. Namun demikian aku terus meneliti senikata yang terpapar di situ. Rasa macam biasa sangat dengan lirik lagu itu. Sejurus kemudian aku sedari akulah yang telah menulis lirik lagu tersebut pada tahun 1980! Lagu itu masih ada dalam simpananku. Dalam buku skrap kerja seniku.



*{ Klik untuk imej lebih besar}

[Allahyarham Encik Hamid Baharudin dan Loh Wai Lan
memerhatikan Penulis bermain piano dalam sesi muzik
Kelab Muzik JNS,Kementerian Pelajaran Malaysia
sekitar tahun-tahun 1980-an]


Aku tidak berlengah lagi. Mesti cari siapa yang boleh aku hubungi untuk menjelaskan duduk perkara yang sebenar. Nak beritahu orang JIM siapa pencipta dan siapa penulis lirik lagu rasmi mereka. Aku bukan nak tuntut royalti. Aku cuma nak hasil karya kami d
iberikan sedikit akuan. Mungkin selama ini pihak pengurusan JIM sekarang tidak pernah mengetahui kami berdua yang terlibat dalam pembikinan lagu rasmi mereka. Maklum saja perkara itu telah berlalu begitu lama. Dan, rakan sejawat aku yang mencipta lagu itu pun sudah tiada.


*[Klik untuk imej lebih besar]

Aku terus melayari laman web yang memaparkan senarai terbaru nama para pegawai Jabatan Imigresen. Aku terlihat akan nama dan alamat email seorang Pegawai Imigresen Tinggi di Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat (Unit Hubungan Luar). Pegawai itu bernama Lily Liew. Maka pada 18 Disember 2009 aku pun menghantar suatu email kepadanya dengan salinan kepada Ketua Pengarah Imigresen. Aku sertakan surat penghargaan yang aku terima daripada JIM sekitar tahun 1980 dahulu sebagai bukti.
*[Klik pada surat untuk imej lebih besar]


Aku menerima panggilan telefon daripada Sdri Lily Liew tiga empat hari selepas aku menghantar email kepadanya. Beliau menjelaskan bahawa (selepas berbincang sesama pegawai yang berwajib) telah dipersetujui nama kami berdua dicatatkan masing-masingnya sebagai pencipta dan penulis lirik yang terlibat dalam pembikinan lagu rasmi JIM. Aku bersyukur sekurang-kurangnya sumbangan kecil aku dan rakan sejawatku Allahyarham Abdul Hamid Baharudin diambil ingatan.Terima kasihlah Sdri Lily Liew dan terima kasih juga kepada Jabatan Imigresen Malaysia.

Namun, alangkah baiknya kalau ada surat bertulis daripada golongan baru pihak pengurusan JIM dihantar kepada aku . . . menyatakan dengan ringkas akuan yang bersesuaian dengan gaya masa sekarang . . . (walaupun surat yang lama dahulu tentunya masih relevan !). Dapat juga aku simpan sebagai kenang-kenangan yang diperbarui.

Sambil itu ingatanku kembali pada kawan lamaku yang 'sempoi' dalam episod blog terdahulu "What's Your Contribution?". Bila dia bertanya apa sumbanganku kepada masyarakat . . . dan aku jawab tak ada apa-apa . . . kawanku itu lantas mengatakan aku warga yang baik . . . semata-mata kerana aku tak timbulkan apa-apa masalah kepada mana-mana pihak pun. Menurutnya dengan tidak menimbulkan apa-apa masalah itu aku sudah cukup menyumbangkan sesuatu yang baik kepada negara!

dan, ... ... ... agaknya kalau ketika itu dia tahu aku dan rakanku sama-sama berusaha sehingga wujudnya lagu rasmi JIM (walaupun kecil sangat sumbangan kami itu) apalah pula agaknya tindakan kawan lamaku yang 'sempoi' itu nanti. Aku yakin dia tidak akan teragak-agak memberikan aku penghargaan dalam bentuk yang sangat 'sempoi' juga tetapi berkesan!

Maka jika ada anggota pihak berwajib JIM terbaca akan tulisan dalam blog aku ini . . . haraplah mereka akan berfikir seperti kawan lamaku yang 'sempoi' itu juga.




Blog @: Bamuda d'SUARANG

0 comments:

Nuffnang Ads

0 comments:


Post a Comment




Sunday, January 3, 2010

Hendak Seribu Daya


Sunday, January 3, 2010



Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Akhirnya 'Tak Nak' Jua



Seperti yang aku janjikan kelmarin ... ini lanjutan cerita bagaimana aku berhenti merokok. Tidak ada sebarang petua yang aku ikut. Tiada apa-apa pantang yang aku turut. Aku cuma berpegang kepada ketabahan hati dan keazaman diri. Aku percaya dengan ungkapan "Hendak Seribu Daya". . .

Dulu pada suatu ketika dalam tahun-tahun 80-an aku pernah berhenti merokok. Aku cuba mengunyah bunga cengkeh dan memakan gula-gula dsb. kononnya sebagai ganti. Tak menjadi. Lepas empat bulan berhenti, aku merokok kembali. Malah makin menjadi-jadi. Tak mujarab. Aku merokok semakin kerap!

Aku terfikir akan suatu resmi biasa manusia. Barang yang mudah dapat mereka tak suka. Barang yang sudah terlalu banyak jadi tidak berharga. Sesuatu yang berlebihan boleh memualkan. Aku terfikir lagi apa salahnya aku cuba 'membosankan' diriku dengan melihat terlalu banyak rokok di merata-rata kelilingku. Baik aku praktikkan teori mudah sendiri-sendiri ini.

Aku pun membeli berkatun-katun rokok. Aku biarkan tersimpan di sana sini. Lantaklah terletak di mana pun. Aku biarkan saja kotak-kotak rokok yang belum dibuka, yang penuh, yang separuh penuh,yang hampir kosong dan yang sudah kosong tersepah di merata-rata. Di rumahku, di pejabatku, di dalam keretaku. Pendeknya di mana-mana tempat kebiasaanku. . . Aku akan terlihat rokok, rokok dan rokok!

Rokok yang telah aku hisap seluruh atau separuh akan aku biarkan bertaburan di tempat-tempat kebiasaanku yang tersebut tadi. Aku tak benarkan sesiapa mengemas tempat-tempat itu. Aku tak mahu puntung-puntung rokok itu dibuang.

Paling drastik . . . apabila aku teringin sangat hendak merokok aku letakkan saja sebatang rokok di bibirku. Aku biarkan rokok itu berada di bibir selama waktu yang aku mahu. Aku tidak menyalakannya! Biasanya tembakau rokok itu akan basah dan rokok menjadi lembut atau patah kerana disalut air liur secara berterusan. Bau tembakau yang bersalut air liur . . . tahu-tahu sajalah . . . memang tidak menyenangkan!

Aku ingat aku selalu berbuat demikian ketika memandu kereta dari rumah ke pejabat pada setiap hari bekerja. Jarak perjalanannya tidak jauh. Hanya kira-kira 50 kilometer. Tetapi, laluan merentas jalan yang sentiasa sesak dengan 'jam' dan seribu satu macam kerenah pengguna jalan raya memang mencabar kesabaran. Dan, ketika itulah pula aku sentiasa ketagihkan rokok! Aku akan melakukan perkara yang serupa berturut-turut hari, minggu dan bulan. Sepit rokok yang tidak dinyalakan api pada celah jari atau bibir.

Aku juga masih ingat akan ada mempunyai sebatang rokok yang tidak dinyalakan tersepit sama ada di celah jariku ataupun di celah bibir hampir setiap waktu aku berihat atau bekerja. Pada waktu-waktu begitu ramai ahli keluarga dan kawan-kawanku agak kehairanan melihat telatah aku. Mereka selalu menegur kenapa aku tidak menyalakan api pada rokok yang macam hendak aku hisap itu! Mereka mungkin ingat aku terlupa berbuat demikian . . . Pada hal mereka inilah juga yang kuat mendesak aku supaya berhenti merokok. Agaknya mereka sudah bosan menasihati aku. Lantas pegang saja pada ungkapan Inggeris,"You can't beat them join them". Mujur mereka itu tidak ekstrem sampai terikut jadi perokok pula!

Sesungguhnya (pasti dengan izin-NYA jua), lama-lama usaha aku itu berkesan. Aku jemu melihat rokok. Aku hilang rasa ketagih terhadap rokok. Kepada asap rokok pun aku sudah tidak sudi. Aku jadi benci. Aku tidak teragak-agak. Aku dah 'Tak Nak' (curi ilham iklan nasihat KK le sikit).

Sekian ceritanya. Pengalaman aku tentang usaha berhenti merokok. Ini cara aku sendiri. Aku lakukan semampu aku. Kalau nak cuba ... ... ... cubalah. Atau, kalau ada cara lain yang lebih sesuai ... ... ... lakukanlah. PEROKOK BOLEH Insya Allah!










Blog @: Bamuda d' SUARANG

0 comments:

Nuffnang Ads

0 comments:


Post a Comment







Tuesday, December 29, 2009

Tiada Kata Secantik Bahasa




Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


"Adakah ..."


Ini kisah anak kecil yang baru mula belajar bercakap. Perhatikan mereka cuba menuturkan sesuatu dengan gaya atau cara tersendiri. Tutur kata mereka biasanya melucukan. Kata yang terucap memang tidak cukup jelas. Mungkin pelat. Mungkin tergagap-gagap. Tidak mengapa. Mereka tetap mencuba!


Kecuali seorang, anak-anak aku yang lain, cepat dapat bercakap. Mereka sudah boleh bertutur dengan teratur pada usia yang awal. Mereka rata-ratanya mula bercakap dalam lingkungan usia 10 bulan hingga satu tahun. Tetapi anak lelaki aku yang seorang ni lain sedikit. Dia tidak boleh berkata-kata sehingga mencapai umur 1 tahun 4 bulan lebih kurang.


*[ Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)

[Kiri ke kanan: Mazlyn Hanim, Penulis, Alimah memangku Halim Zaharyn, Halmy Zahari]

Kami sekeluarga risau dengan perkembangan 'vokalnya' yang tidak 'mantap'. Dia hanya boleh menunjuk dengan tangannya kepada sesuatu yang dikehendakinya. Apabila dilayan bercakap dia akan berdiam diri. Dia akan memandang sahaja kepada muka sesiapa yang bercakap itu. Isteriku yang paling risau. Pernah dia menyarankan supaya anak ini dibawa berjumpa doktor pakar. Minta diperiksa kerongkongnya atau kotak atau peti suaranya. Isteriku risaukan anak kami itu kot-kot 'bisu' ... aku pun sebenarnya risau ... tapi buat-buat relaks aje.


*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)

[Kiri ke kanan: Halmy Zahari, Mazlyn Hanim, Penulis, Halim Zaharyn]


Hendak jadi cerita, suatu petang pada tahun 1980/81, Basri Omar datang ke rumahku. Basri adalah adinda saudaraku. Dia ketika itu seorang pegawai tentera berpangkat mejar. Basri dan isterinya Zawiyah Abdul Aziz (masa itu mereka belum punyai cahaya mata) memang tinggal setaman dengan kami di Selayang pada waktu itu. Mereka berdualah yang rajin datang 'menjenguk' kami sekeluarga. Tetapi pada hari itu Basri berkunjung ke rumahku bersendirian sahaja.


*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 8 Oktober 1988. Foto ini dirakamkan 8 tahun selepas peristiwa dalam blog. Sekadar memperkenalkan keluarga Basri dan Zawyah)

[Kiri ke kanan: Basri Omar memangku Siti Nur Asilah bt Basri, Zawyah Abdul Aziz memangku Muhammad Fitri bin Basri]
[Berdiri: Siti Nur Nazihah bt Basri]


Ketika Basri sampai di pintu pagar masuk ke rumahku, anak yang diceritakan ini sedang bermain-main. Dia berlari-lari di kawasan lapang depan ruang tamu. Kalau tak silap aku dia sedang melakukan sesuatu 'kenakalan' yang menarik perhatian Basri. Lantas Basri bersuara, "
Adakah ... ..."

Aku dan isteriku nampak anak itu terus terhenti daripada 'beraktiviti'. Dia memandang tepat kepada Basri yang masih berdiri di hadapan pintu pagar sebelum masuk. Basri berkata lagi dengan suara yang kuat, "
Adakah ... ..."

Rupa-rupanya anak itu memerhati sahaja apa yang diperkatakan Basri. Mungkin dia terkejut. Atau mungkin dia asyik membaca gerak bibir Basri. Percaya atau tidak apa yang terjadi selepas itu . . . aku serahkan kepada para pembaca sendiri memikirkan.



*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)

[Kiri ke kanan: Halmy Zahari, Mazlyn Hanim, Alimah, Halim Zaharyn]

Pada keesokan paginya, sedang anak aku semalam itu bermain-main, tiba-tiba tercetus perkataan 'ADAKAH' daripada mulutnya. Selepas peristiwa itu dia terus petah bercakap. Terlalu petah pula hinggakan mendapat gelaran 'datuk' daripada kedua-dua orang datuknya iaitu Baharom Shariff dan Yasin Ahmad!

*[Klik pada foto untuk imej lebih besar]
(Foto dirakam pada 21 September 1980 di Taman Selayang, Selangor)

[Berdiri di belakang: Penulis]
[Depan kiri ke kanan: Mazlyn Hanim, Alimah memangku Halim Zaharyn, Halmy Zahari]

Anak inilah juga yang terlibat dalam cerita blog aku (Permintaan Yang Tulus) ... yang memesan menu goreng ayam jantan di sebuah restoran! Anak itulah Halim Zaharyn bin Abdul Majid . . .

Maka selepas peristiwa sebutan "Adakah ..." itu aku tak perlulah mematuhi saranan isteriku seperti di atas tadi. Tak perlu bawa anakku itu berjumpa doktor pakar untuk mencari di mana tersorok peti suaranya ... peti suara yang selama setahun suku dikhuatiri hilang itu!


Apapun, aku insafi betapa besarnya kuasa Ilahi.



Blog @: Bamuda d' SUARANG

Sunday, December 27, 2009

Budaya Bahasa Daerah


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia


Serasi Serasikan

Ini secebis cerita tentang isteriku ketika baru-baru berkahwin denganku. Dia orang Pulau Sebang, Melaka. Namun bahasa yang digunakan di daerah kampungnya tetap bahasa daerah Negeri Sembilan. Ini kerana Pulau Sebang terletak bersempadan dengan pekan Tampin, Negeri Sembilan. Bukan
bahasa sahaja yang dipengaruhi slanga Negeri Sembilan. Adat dan budaya masyarakat Pulau Sebang juga banyak terpengaruh dengan adat dan budaya Negeri Sembilan yang terkenal dengan amalan Adat Perpatih.

Ceritaku ini bukan hendak mempersendakan sesiapa atau mana-mana pihak. Aku cuma terkenangkan beberapa peristiwa 'lucu' yang menimpa diri isteriku Alimah Yasin. Ketika itu tahun awal-awal 70-an. Isteriku mengikut aku balik ke kampungku di Tapah, Perak buat julung-julung kalinya selepas kami berkahwin. Rumah kampungku itu harta Atuk Sharif dan Opah Aishah aku. Ketika itu ibu bapa dan adik-adik aku tinggal di situ. Bapaku menjaga dan memperbaiki rumah itu supaya terpelihara dan tegap berdiri.


Menyentuh tentang budaya bahasa . . . Bahasa daerah di kampungku amat berbeza dengan bahasa daerah di Pulau Sebang. Slanga Perak daerah kampungku walaupun tak setebal daerah-daerah tertentu di Perak ... masih boleh mengelirukan.

Suatu hari kami berdua dan seisi keluargaku di rumah Tapah sedang bersarapan. Ada banyak makanan yang berbagai jenis terhidang. Tiba-tiba bapaku Baharom Shariff menyuruh isteriku begini:
"Tolong Mah ambikkan roti dalam tin tu. Teringin pulak bapak nak cecah dengan kopi ni."
Alimah terpinga-pinga. Dia memandang aku. Dia seolah-olah mahukan kepastian. Dia memerlukan pertolongan aku. Dia tidak memahami dengan jelas apa yang diperkatakan bapaku.

Aku tersenyum lalu berkata,"Mah, bapak mintak tolong ambikkan biskut dalam tin itu."

Isteriku pun bangun lalu mengambil biskut itu. Kemudian baru aku tahu daripada Alimah bahawa pada mulanya dia amat keliru dengan suruhan bapaku itu. Dia rupanya terfikir adakah memang orang Perak menyimpan 'roti' dalam tin. Patutlah dia melihat sekeliling pada waktu itu dan tercari-cari. Agaknya dia mencari tin besar yang menempatkan 'roti' itu!

Selain daripada istilah 'roti' yang biasa digunapakai dikampungku untuk memaksudkan 'biskut' ada beberapa lagi 'istilah' yang boleh mengelirukan pendengar yang kurang biasa. Contohnya perkataan 'cekelat' yang bermaksud 'gula-gula', 'sia' bermaksud 'mangkuk tingkat', 'sangai' bermaksud 'tudung saji', 'pantalun' bermaksud 'seluar panjang', 'mereket' bermaksud 'pasar', 'tengin' bermaksud 'bodoh', 'teroyak' bermaksud 'menangis' dll.

Sambung balik cerita keliru isteriku. Suatu waktu isteriku pergi ke 'mereket' menemani ibuku membeli ikan dan sayur-sayuran. Sedang mereka berdua membelek-belek barang yang hendak dibeli, datang seorang kerabat keluargaku ke arah mereka. Dia menyapa ibuku lalu bertanya, "Yong, ini ke tunang Majid?"

Ibuku menjawab mengiakan soalan itu. Isteriku keliru lagi! Kemudian dalam perjalanan pulang ke rumah isterku bertanya kepada ibuku, "Mak, kenapa orang tu tadi tanya saya ni tunang Uda (panggilan terhadap diriku dalam keluarga). Kan kami dah berkahwin. Dia tak tahu ke?"

Ibuku selamba menerangkan kepada Alimah isteriku, " Orang kat sini sebut 'suami' tu 'tunang'." Isteriku tunduk diam. Ha . . . Satu lagi istilah daerah kampungku dipelajarinya!


Pendeknya banyak peristiwa begini yang berlaku. Tetapi yang paling melucukan (mengerikan?) isteriku telah berlaku ketika dia sedang mandi di bilik air rumah kampungku. Ketika itu bilik air itu betul-betul di bahagian tepi luar rumah. Bapaku hendak ke kolam yang terletak jauh di belakang dari kawasan rumah. Bapaku menuju ke bilik air rumah terlebih dahulu. Mendapati pintu bilik air terkunci bapaku bersuara,"Siapa dalam bilik air ni?"

Isteriku menjawab," Mah pak."

Bapaku berkata lagi," Ha tolong bagi bapak cebok."

Suasana senyap sepi seketika. Isteriku tidak berkata-kata. Lama juga bapaku menunggu di luar bilik air. Kemudian agaknya baru bapaku teringat. Menantu barunya ini bukan orang Perak. Mesti ada kekeliruan pemahaman 'istilah' ni.

Lalu bapaku pun bersuara lagi, "Ha Mah ... bagi bapak gayung tu."

Kami di Perak mengistilahkan 'gayung' (pencedok air) itu sebagai 'cebok'. Bukannya bapaku tadi hendak 'mencebokkan' menantunya!


tiada kata seindah bahasa,
tiada gambar secantik lukisan ...





Blog: dsuarang.blogspot.com