Thursday, August 5, 2010


Thursday, August 5, 2010


MAJLIS KELUARGA HJ SHAARANI/HJH MAIMON 1 OGOS 2010

{Catatan dsuarang: Siaran ini adalah terbitan semula daripada blog putra court 3c. Terima kasih Putra Court 3C}


Putrajaya 1 Ogos 2010 -Majlis Perkahwinan Anak Lelaki Tuan Haji Shaarani dan Puan Hajjah Maimon selamat di adakan pada hari Ahad 1 Ogos 2010 bertempat di Rain Shelter, Taman Botani, Putrajaya.

Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yang Amat Bebahagia Tun Dr Siti Hasmah Haji Mohd Ali telah hadir meraikan kedua-dua pengantin, Ahmed Sya Shaarani dan Yasmin Aisyah Azlan Shah.

Sila layari artikel berkaitan yang dipost oleh Saudara Abdul Majid Baharom 'Bamuda d'SUARANG' - Jodoh Pertemuan ditangan Tuhan 'Tiada Sangka Tiada Duga'

Keluarga Hj Shaarani mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua warga Blok 3C yang hadir serta bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Paling istimewa, semua tetamu yang hadir memberi pujian hidangan Cendol 3C.

Berita bergambar selanjutnya sila layari disini.
Ahmed Sya anak bongsu, Yasmin Aisyah anak sulung, bertemu dan sama belajar di Multimedia Universiti (MMU)
Warga 3C bersama Tun M dan Tun Siti serta pengantin


Tuan Hj Ahmad Ariffin memimpin doa majlis

Tun M dan Tun Siti diupacara merenjis
Warga 3C disudut juadah


Laju Ngabas Amb (? ) Jap




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Kunjungan Awal Di Hospital


Wah Amb (?) (Azim Muqry Basrie?) sudah mula ada peminat nampaknya. Sudah mula dikunjungi. Baguslah Azim. Jadi Starz 2 KCAMB pulak. Dulu big brother Aii started the trend. Jadi Starz 1 KCAMB. Trend-setter le . . . bak kata omputih lagi. Ya lah, nak cakap Jepang tak tahu . . . omputih aje le.


Starz 2 KCAMB


Biar kita rekod segala kunjungan yang berlaku dan yang dapat kita rakam di Hospital Ampang, Selangor Darul Ehsan selama Amb (?) berada di sana. Amb (?) macam 'beristirahat' satu hari dua malam (2 Ogos - 4 Ogos 2010) di situ.


Pengunjung?
Alah ini pelawat tetap ... inhouse personnel
kalau dalam bidang hiburan ala
resident artiste atau local sessionist

Pun Begitu
Masih pelawat dalaman le . . .
Lola Dylla, Opah Alimah & Mak Lang Shafini





Ini Atuk dan Pak Long Halmy . . . Amb (?) kenal le. Mana pengunjung / peminat saya dari luar ha?






Budak Loyar Buruk:
Atuk . . . ini
regulars. Semua ni Azim kenal. Ini local exposure... Azim dah tahap semi overseas (seberang laut) ... sampai Sarawak & Arab Saudi tu. Mana fans Azim kat sana tu? Apa pun, terima kasih le Moyang Maimunah, Tok Ngah Roslan, Nena Foziah, Pak Long Halmy, Mak Long Nurliza, Pak Ngah Rashidi, Mak Ngah Mazlyn, Pak Teh Hazry dan of course Abah Roy dan Emak Anum.

Atuk Sporting: Astaghfirullahalazim (3 x)



Regulars' Pose








Ha, ini baru betul . . . para peminat saya dari luar sana . . . To all of you Makcik Umi Hanim Ibrahim, Sharifah Hidayatul Syed Hussain, Azezah Jameelah (nama-nama pun dah sound international he, he) . . . Thanks for coming.



Yes! Baru Amb (?) rasa macam celebrity. Nampak tak 'reporters' ramai-ramai shoot sana shoot sini. Shoot I le tu. Terima kasih tuan-tuan & puan-puan kerana memeriahkan kehadiran saya (yang perasan sikit) ni. Penghargaan khas kepada Pakcik Azahar Ahmad aka Dr Octopoyo of 'Paul' World Cup fame (sorry Doc, I was made to believe so, and your dear colleague from CIDT, OUM insisted I highlight this . . .), Makcik Umi Hanim, Sharifah Hidayatul & Azezah Jameelah. Tak lupalah thank you pada Opah Alimah, Lola Dylla & Mak Lang Shafini yang nampak dalam gambar tumpang glamour saya, he he. Takpe lain kali boleh tumpang lagi!

Begitulah ceritanya si Azim apabila menerima kunjungan mereka yang melawatnya di Hospital Ampang selama satu hari itu. Pandai cari fokus glamour juga budak ni. Pesan Azim, "Mereka yang ingin berkunjung tetapi tidak berkesempatan lagi, silalah kunjungi saya di d'SUARANG nanti. Saya dah balik dah semalam (4 Ogos 2010). Bawa 'diri' dan 'kasih sayang' pun sudah memadai."


Geylang si paku Geylang, Geylang si rama-rama

Pulang marilah pulang, marilah pulang bersama-sama

Pakcik saya nak balik ke d'SUARANG . . . boleh hantar free tak . . .


Geylang si paku Geylang, Geylang dekat di hati

Opah Alimah & Along Aii pun ikut sama . . . nak sambut starz 2 KCAMB le katakan



Pulang marilah pulang, di d'SUARANG berjumpa nanti

Atuk Majid & Abah Roy pun nak tumpang glamour
separuh kepala ke setengah muka ke ... asal dapat enter frame


Sekejap lagi ya nak . . .


Ha . . . dah sampai pun





The Home-coming

Yes, It's Nice To Be Home


Insya-Allah nanti kita berjumpa jua di d'SUARANG.



STOP PRESS


Ini pula kisah si Aii (Starz 1 KCAMB) yang nak ikut tengok sepupunya si Amb (?) (Starz 2 KCAMB) di Hospital Ampang. Dah bagus punya siap sedia dari rumah lagi, pakai smart nampak handsome, tiba-tiba kat hospital tu . . . ada notis menyatakan hanya orang dewasa dibenarkan melawat. Alamak tanya kat pak guard & mak guard pun tak guna . . . jawabnya kanak-kanak memang TAK BOLEH naik! Apa lagi . . . nasib le . . . kesian si Aii kena tinggal kat bawah, he he:)


Dari rumah dah cukup smart dan handsome. Teruja nak tengok cousin baru. Jom atuk ... Let's go


Dalam perjalanan dipangku Opah . . . Seronoknya . . . Menjangkakan pertemuan hebat . . .

Tapi beginilah kesudahannya . . .
Aii terpaksa tinggal di Lobi Hospital Ampang

ditemani Lolanya . . .
'Suratan' bukan 'Kebetulan'



Kesian Aii
Aii dipangkuan Lola Dylla








dsuarang.blogspot.com


Wednesday, August 4, 2010

Kisah Si Anum




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Menunggu Itu Suatu Penyiksaan


Menjelang malam pada hari Isnin 2 Ogos 2010 Anum sakit macam sudah hendak bersalin 'jam-jam tu' juga (pada masa itu juga). Tanda nyata hendak bersalin belum nampak. Tetapi sejak awal pagi itu Anum mengadu perutnya sakit. Sakit seperti memulas hendak buang air besar dan yang semacam itu.


Mazlyna Hanum
berehat di Hospital Ampang

Peliknya pada sebelah pagi hari yang sama Anum masih berdaya mengikut aku dan Alimah menghantar suaminya Roy ke KL Central. Roy akan ke JB. Ada kes di sana. Kemudian kami ke Bangsar pula . . . nak cari karipap vegetarian dan apom manis. Anum teringin. Selepas itu Anum bercadang ke TTDI untuk beli cream sapu apa entah le. Sambil itu aku terdengar juga Anum mengadu dia sakit-sakit. Selang beberapa minit sakitnya berulang. Beberapa minit kemudian terjadi lagi. Wah ini tak boleh jadi. Baik balik saja ke rumah.


Sebelum peristiwa Anum 'sakit' pada malam hari itu, aku tidak pernah 'berkuat' untuk menyuruhnya pergi ke hospital bila sakit sikit-sikit. Ini kerana sebulan dulu pernah berlaku false alarm bila perutnya sakit begitu. Anum dihantar suami dan adik-adiknya ke hospital pada jam 11:00 malam ketika itu. Namun selepas 'dibega' doktor, yang terjadi ialah kes belum 'layak' bersalin. Anum pun balik ke rumah pada jam 3:30 pagi. "Alahai, penatnya," keluh si Anum.

Tetapi kali ini aku lihat Anum mengadu sakit lain macam sikit. Aku pun berbincang dengan ibu mertuaku dan isteriku tentang apa yang harus dilakukan dalam situasi ini. Maklum le . . . katakan aku tak pernah berpengalaman beranak! Jadi manalah aku tahu bagaimana atau apa tanda-tanda yang perlu diberi keutamaan atau harus dipatuhi. Tetapi istimewanya, bunga Siti Fatimah yang direndam awal sehari sebelum itu telah menampakkan tanda mula berkembang. Lantas kami (aku, Alimah, Shafini & Marlyana) bawalah si Anum ke hospital.


Bilik di Wad 4C Hospital Ampang
Anum di katil no. 20

Pada mulanya kami berempat menunggu (dalam MPV aku) di parking lot Hospital Ampang. (Halmy dan Nurliza datang kemudian sedikit dan menyertai kami sehingga jam 1:45 pagi.) Kami menunggu dari jam 9:30 malam pada hari Isnin 2 Ogos 2010 hingga jam 5:25 pagi Selasa 3 Ogos 2010. Lama tu. Memang suatu penyiksaan!

Sepanjang waktu menunggu itu Marlyana le yang jadi orang perantaraan kami dengan Anum. Ini kerana seorang saja yang dibenarkan menemani pesakit ke klinik di atas. Itu pun sampai di luar klinik saja. Masuk ke dalam tak boleh. Hanya suami pesakit sahaja yang dibenarkan. Susah juga begitu. Sementelahan, Roy sudah berada di JB bertugas rasmi ketika itu! Malangnya pula telefon bimbit tidak dapat berfungsi di kawasan hospital itu. Bad line atau no line!

Aku faham. Mungkin pihak pentadbiran hospital menitikberatkan soal keselamatan bayi yang dilahirkan di situ. Takut akan terjadi kes culik, kes bayi dilarikan dan banyak perbuatan jenayah lagi! Tetapi tak kan le sampai waris terdekat pun tak boleh menggantikan tempat sang suami! Tak kan le tak boleh seorang pun waris terdekat lain menemankan si pesakit ke dalam Dewan Bersalin. Sekurang-kurangnya untuk memberi semangat kepada pesakit yang akan keseorangan jika tiada suaminya bersama!

Tak adakah langkah lain untuk memastikan pesakit dan bayi selamat di situ . . . kadang-kadang tak diperiksa pun orang yang mengaku kononnya suami kepada pesakit yang hendak melahirkan itu. Kadang-kadang pada waktu-waktu tertentu tempat pesakit menunggu seorang diri di dalam tempat yang kononnya "terkawal" itu lengang sahaja. Apa-apa pun boleh terjadi. Kalau tidak bahaya dari luar . . . risiko bahaya dari dalam kawasan yang "terkawal" itu sendiri amatlah tinggi!

Andainya tulisan ini dapat dibaca oleh pihak yang berwajib hospital . . . timbang-timbangkanlah. Janganlah sampai menyukarkan pesakit atau keluarga mereka. Janganlah sampai tiada langsung flexibility mengikut kesesuaian keadaan atau situasi! Don't go by the book secara membuta tuli. That's bad admin.

Bagaimana pun, setelah kira-kira lapan jam kami menunggu tanpa makan atau tidur yang sempurna kami terasa penat dan membuat keputusan untuk balik sebentar. Nak jadi cerita, sebaik sahaja kami bergerak keluar kira-kira satu kilometer dari kawasan hospital telefon bimbit aku berbunyi. Oleh kerana aku sedang memandu, isteriku Alimah le yang jawab...

Wah, berita baik sungguh dari hujung sana. Dan, lebih menarik lagi, Anum sendiri yang menelefon. Anum dengan girangnya memberitahu bahawa dia telah selamat melahirkan. Anum telah melahirkan anak lelaki pada jam 5:37 pagi. Si "Azim" le tu kata aku dalam hati. Semua yang berada di dalam MPV amat lega dan gembira. Aku terus saja membelokkan kenderaan berpatah balik menuju hospital.


Telefon Siapa?
oh, bagi tahu member

Ketika itu jam menunjukkan pukul 5:45 pagi. Setelah meletakkan MPV aku di parking lot kami berempat berjalan menuju ke pintu utama Dewan Bersalin. Sebaik menjejakkan kaki di pintu masuk ke dewan tersebut kedengaran azan subuh (jam 5: 52 pagi) berkumandang di udara melalui arah surau di kawasan itu.


Ibu & Anak
Anum mendakap erat Azim

Aku bergegas ke arah pengawal perempuan (India) yang menjaga jalan masuk ke lif untuk ke dewan di atas. Aku hendak mengazankan cucuku si Azim. Marlyana menyatakan hasrat aku kepada si pengawal itu. Pengawal mengatakan orang lain tak boleh masuk kecuali suami. Hatiku berdebar. Aku terfikir janganlah b.d.h atau b.n.u.g sangat. Aku cuma nak azankan anak kecil itu! Bukan nak lakukan jenayah!


Suka Nampak?
mesti banyak masyuk tu

Mujur tiba-tiba si pengawal itu teringat menelefon ke atas ... kepada pihak berwajib. Dia menerangkan situasi sebenar dan hasrat aku itu. Mereka yang di atas membenarkan. Wah ada semangat 1 Malaysia fikirku!

Tiba di atas aku sekali lagi disoal bicara oleh seorang pengawal lagi (perempuan India juga) ... Konon aku tak boleh masuk ke Dewan Bersalin kerana aku bukan suami pesakit. Bengang juga aku dibuatnya. Tadi di bawah dah kata OK kat atas ni dah KO pula. Agaknya waris pesakit selalu TKO begini!

Tapi sebentar kemudian pengawal itu masuk ke dalam Dewan Bersalin. Seketika dia keluar dan berkata,"Pakcik boleh masuk sekarang. Azan dan keluar segera. Makcik (isteriku) dan adik (anak perempuanku) pun boleh masuk tengok baby sekejap dan lepas itu keluarlah."

Eh ... boleh pulak fikirku. Entahlah, semangat 1 Malaysia lagi agaknya. Aku pun melangkah masuk . . . (Sambil itu aku terdengar suara nyaring dan lantang tangisan bayi dari dalam Dewan Bersalin.) Setelah aku berada di dalam . . . ternyatalah suara itu suara si Azim cucuku!

Begitu kisah si Anum yang kini sudah bergelar ibu . . .


Tak Kisahlah
Asalkan dah selamat
Me & My Baby

Alhamdulillah aku dah dapat apa yang aku hajatkan (sedikit masa untuk mengazankan cucuku) . . . tetapi hanya setelah jenuh menahan sabar le weh! Astaghfirullahalazim. Renungkanlah wahai pihak hospital!











dsuarang.blogspot.com