Sunday, August 22, 2010

Atuk 'Sarjan'



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Alahai d Three Musketeers . . .


Aku amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana menganugerahkan kepada keluarga kami tiga orang ahli keluarga baru dalam tahun ini. Tiga anak comel. The Three Musketeers? Atau d Three Stooges? Mungkin juga macam tiga manusia pelbagai watak dalam cerita P. Ramlee . . . Tiga Abdul!

Tak kiralah . . . apapun anugerah-NYA, tentu ada hikmah (yang tidak terhingga baiknya) di sebalik penganugerahan ini. Aku senang dengan situasi sekarang. Sudah mula kedengaran 'hiruk pikuk' di rumahku kini. Sudah ada alunan 'merdu' tangisan dan sedu-sedan berkumandang di setiap ruang udara yang menyelubungi d'SUARANG. Aku terkenangkan waktu dahulu. Waktu aku baru 'beranak' belum 'bercucu'. Irama berseni menghibur hati . . . (kadangkala hmm, hmm, hmm . . . kadangkala he,he,he.)

Hari Jumaat 20 Ogos 2010. Aku baru sahaja balik daripada bersolat Jumaat di masjid kariahku. Baru masuk ke ruang tamu di rumahku . . . Cucu aku yang pertama tu, si Aii tersenyum memandang kepadaku. Aku pun senyumlah kepadanya. Dia terus hendak 'menjangkit' kepadaku.

Lantas aku dukung dia . . . dan untuk mengabadikan rasa ceria yang aku alami ketika itu . . . aku minta anakku mengambil gambar sedang mendukung si Aii. Maka terjadilah . . . 1 Friday Photo Shoot.


Shoot 1

Atuk & Ahmad Iman Iskandar (Aii) pun boleh pose depan kamera . . . le!

Acah je . . . Bukan nak jadi pro dalam bidang ni . . . Ramai plak nanti yang hilang mata pencarian!

Atuk Las Koperal


Tiba-tiba terdengar . . . suara-suara halus sendu yang berpunca daripada sumber lain. Aku lihat keliling. Dan, aku teringat. Aku sekarang dah Tok Sarjan!



Ayuh Amb & Uim . . .

. . . Let's go through this Friday Photo Shoot together...






Shoot 2



Azim Muqry Basrie (Amb) & Atuk. Azim nak juge glamour cam Along Ahmad . . . Tok!







Ok, kita test market dulu le Jim . . . kalau ada demand baru boleh beraksi ala-ala glamour!


Atuk Koperal

Next



Shoot 3


Ha, Umar Ilham Majid (Uim) pun tentu nak jadi glamour kan? Jom kita pi cari kat mana glamour tu nyorok!


Ini bukan dodoi si dodoi. Baru aje belajar pegang si Umar untuk aksi photo shoot ini. Biasanya teman tak 'kendong' anak kecil . . . sehinggalah anak tu dah berusia kira-kira sebulan dua! Si Umar ni baru berusia 7 hari . . . Ya Allah camna ni?

Atuk Sarjan

Takpe le . . . kita take five dulu . . .

TAKEFIVETAKEFIVETAKEFIVETAKEFIVETAKEFIVETAKEFIVE








dsuarang.blogspot.com

Saturday, August 21, 2010

Foto Retro




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Tercuit Rasa . . .


Gambar mampu mengembalikan seribu satu macam kenangan kepada seseorang. Tidak kiralah sama ada kenangan itu pahit atau manis. Kata orang lagi, gambar lebih baik daripada 'seribu' perkataan. Gambar juga boleh menjadi bahan bukti. Tidak kiralah sama ada bukti tentang sesuatu kebaikan atau keburukan. Pendeknya gambar merakamkan sesuatu yang boleh menjadi rujukan abadi. Biasanya foto retro . . . mencolek atau menggeletek hati.

Ada kenangan yang hendak diabadikan? Jika ahli-ahli PTS (daripada keluarga besar Tok Said, Tok Shariff dan Onyang Konah) ingin gambar-gambar lama mereka dipaparkan dalam laman blog ini . . . silalah kirimkan/sampaikan gambar-gambar itu kepada Penulis melalui e-mail atau serahan peribadi.

Harapan saya semoga ada ahli-ahli PTS yang sudi berkongsi 'peristiwa' lama melalui gambar-gambar retro mereka. Seeloknya dicatatkan juga sedikit 'kisah' berkaitan dengan gambar-gambar itu. Sekurang-kurangnya dapatlah ahli-ahli keluarga yang lain 'mengalami' atau 'mengetahui' cerita lama melalui paparan yang dibuat.

Terima kasih. Tujuan utama Penulis semata-mata untuk menjalin semangat 'mesra bersaudara' di kalangan ahli-ahli dalam keluarga besar kita. Lebih ceria lebih bermakna!

Buat permulaan, berikut ini adalah paparan gambar-gambar retro yang diterima awal. Insya-Allah kita tambah dari semasa ke semasa apabila mendapat sokongan semua.


Ikatan Tiga Keluarga

Dari Kiri: Shaari Abdullah (klrga Tok Said), Khusaini Shariff & Lokman Shariff (klrga Tok Shariff), Baharudin Osman (klrga Onyang Konah)

* Foto dengan ihsan Tuan Hj Baharudin Osman


Model Motosikal?

Lokman Shariff (kiri) dan Shaharin Ariffin posing di sebelah sebuah motosikal. Seingat aku motosikal itu berjenama AJS dan nombor platnya BB 9111. Pemiliknya Ayahandaku Baharom Shariff. Foto dirakam sekitar lewat tahun-tahun 1950-an.

* Foto dengan ihsan Tuan Hj Baharudin Osman


Ayahanda Baharom & Sanak Saudara

Berdiri dari kiri:
Abd Kamal Mohd Shariff (Pak Ngah),
Ramli Buyong (Tok 'Balong'), Md Nor (?)

Depan dari kiri:
Abd Hamid Sidek (Tok Chor), Baharom Mohd Shariff (Bapak),
Zakariah (Tok Enda).
Masa & Tempat:
Tahun 1956 di Bidor, Perak
Peristiwa / Sempena:
Perkahwinan Baharudin Osman (Tok Sulung Din)

[Panggilan menurut hubungan Penulis]
*Foto dengan ihsan Tuan Hj Baharudin Osman


Keluarga Tok Shariff

Foto kiri:
Opah Aisyah Long (di tengah) bersama keluarga Acek Tahir (Cikgu Shamsuddin Hamzah) dan Wan Chek Aminah Mohd Shariff (kiri) & keluarga Pak Chu Zainuddin dan Wan Chu (Ibu) Noraini Mohd Shariff (kanan). Foto kanan: Tok Shariff memimpin Kamaruddin Mohd Nadzar. (Foto dirakam di Kg Pandan Govt Qrs sekitar lewat tahun-tahun 1950-an)

*Foto dengan ihsan Tuan Hj Baharudin Osman






Santai Di Pantai

Foto Kiri (berdiri): Tok Mohd Shariff, Penulis, Asmah Baharom & Bonda Saliah Kasirim. Duduk dari kiri: Fatimah Baharom, Zaleha Baharom & Siti Hawa Nor Baharom. Foto Kanan: Penulis adik-beradik dengan anak Pakcik Hussin (Kg Pandan Qrs) di pantai Port Dickson sekitar lewat tahun-tahun 1950-an.

*Foto: AMB


Di Kg Melayu (Asal) Rawang


* Berdiri dari kiri: Mohd Doni (pkt abg sdr), Osman Mohd Said (pkt Pak Usu), Azimah Idris (pkt adik saudara), Azizah Ariffin (pkt kakak saudara), Mardziah Abd Malik (pkt kakak sdr), Roslina Osman (pkt adik sdr), Badrin Osman (pkt adik sdr), Mohd Lotfi (pkt abg sdr), Penulis, Mohd Idris (pkt Pak Uteh), Mohd Amin (pkt bapa sdr)

* Baris depan dari kiri: Zainal Abidin (pkt Pak Lang), Md Nor Idris (pkt adik sdr), Mansor Idris (pkt adik sdr), Razali Idris (pkt adik sdr), (?), (?), Amran Malik (pkt adik sdr), (?) , Shaari Abdullah (pkt abg sdr), (?), Mawi (pkt sdr), Mohd Azman Baharom (abang sulung Penulis)




*[Foto ini telah dirakamkan di Rawang. Jika Penulis tidak silap foto diambil sekitar lewat tahun-tahun 1960-an. Peristiwanya ialah perkahwinan Shahrani dengan Fatimah Razak. Apapun sebarang informasi lebih tepat daripada mereka yang lebih mengetahui adalah dialu-alukan.]


* Foto AMB


Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Dari kiri: Ismail Baharom, Acek Tahir (Cikgu Shamsuddin Hamzah), Pakcik Jamaluddin (jiran), Pak Anjang Lokman Shariff, Abang Kamaruddin Zainal Abidin (jiran) & Penulis. [di belakang: 'Debot']

*Foto: AMB



Suatu Waktu di Kuarters Kerajaan No. PWD 2139-2

Foto kiri: (Berdiri): Asmah Baharom & Ismail Baharom.Tengah: Zaleha Baharom & Penulis. Depan: Fatimah Baharom & Siti Hawa Nor Baharom. Foto Kanan: Belakang: Ismail Baharom, Penulis & Asmah Baharom (dukung Siti Hawa Nor Baharom).Tengah: Zaleha Baharom. Depan: Fatimah Baharom. Foto dirakam di Kg Pandan Govt Qrs, Jalan Nakhoda Yusof (Off Circular Road dulu ... sekarang Jalan Tun Razak) sekitar lewat tahun-tahun 1950-an.

*Foto: AMB


Opah Montel

Opah penulis sebelah emak (Zainab bt Mohd Taib). Opah penulis ini bernama Aisyah bt Mohd Said. Anak kedua Tok Mohd Said bin Hj Ismail (Rawang) hasil daripada perkahwinan pertamanya. Opah ini terkenal dengan panggilan 'Kak Montel' di kalangan adik beradiknya yang lain sebelah Rawang (hasil daripada perkahwinan kedua Tok Mohd Said). Anak-anak buahnya memanggilnya 'Mak Ngah'.

*Foto: AMB


Kenangan Orang Lama PTS

Baris depan dari kiri: Zainal Abidin Mohd Shariff (Pak Lang), Baharudin Osman (Tok Sulung Din), (?), (?)

Baris tengah dari kiri: (?), (?), (? pangku ?), (?), Osman Mohd Said (Pak Usu), Asmah Baharom (Kak Yang), Baharom Mohd Shariff (Bapak), (?), (?), (?), (?), Aziz Mohd Amin (Abang Aziz)

Baris belakang dari kiri: (?), (?), (?), Shaari Abdullah (Abang Shaari), (?), (?), (?)



* Foto dengan ihsan Tuan Hj Baharudin Osman











dsuarang.blogspot.com


Friday, August 20, 2010

Umar di d'SUARANG




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Pengunjung Dah Tiba . . .


Umar Ilham Majid sudah balik. Uim sudah tiba di d'SUARANG pada hari Ahad, 15 Ogos 2010. Nak berehat kat sini le buat beberapa lama . . . sebelum menetap di rumah ibu bapanya kemudian nanti. Aku dan isteriku Alimah, masing-masing sebagai datuk dan opahnya, tak kisah. Rasa selesa duduk lama, jika sebaliknya . . . duduk lagi lama . . . he, he. Begitu le juga yang kami rasa terhadap cucu-cucu yang lain tu. You like you stay . . . You don't . . . just don't go away!

Pada petang yang sama dengan hari ketibaan Umar Ilham Majid di sini, kira-kira jam 5 -- 6 ptg, cucu kami itu telah dikunjungi oleh Puan Shikin (auntie Nurliza tetapi panggil Kak Shikin?) Suka hati kome le!

Beliau merupakan ahli keluarga paling awal / yang pertama (dari keluarga sebelah Nurliza) yang datang mengunjungi Umar di d'SUARANG. Shikin datang bersama anak perempuannya. Aku difahamkan dia baru saja pulang daripada melawat anak lelakinya yang sedang menerima rawatan di IJN, Kuala Lumpur. Kita sama-sama doakan agar anaknya itu segera sembuh dan pulih seperti sedia kala.


Camna sekarang? . . . Ok aje. Tahniah le dapat baby boy ni. Orang Cina kata 'ong'.
Itu le nak double check kat laptop ni . . . kalau-kalau ada details tentang 'ong' ke tak 'ong' tu . . . he, he.

I pegi Naluri Medical Centre tu nak check-up aje . . . Tiba-tiba terus ditahan untuk bersalin . . . Oh begitu ke kisahnya . . .


Shikin datang ni nak jenguk dak Mamak CT tu le . . .


Everyone ... Happy & Smiling

Apapun, terima kasih le kerana sudi mengunjungi cucu kami si Uim ni. Ha Umar ucaplah terima kasih kepada "Granny" Teh Shikin tu . . . (maaf le tak tahu Umar nak panggil nenek ke, wan ke, tok ke , opah ke etc etc). Ha Umar, begitulah orang yang berbudi bahasa. Hendaknya Umar terus menjalani kehidupan yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan. Insya-Allah.

Pagi semalam pula (Khamis 19 Ogos 2010) Atuk Jamil dan Nenek Azizah dari Kajang datang berkunjung ke d'SUARANG untuk memeriahkan kehadiran orang baru ni (siapa lagi si Umar le!) Terima kasih juga diucapkan kepada kedua-dua Tuan Haji dan Puan Hajah ni.


Atuk Jamil memangku Azim Muqry Basrie & Nenek Azizah memangku Umar Ilham Majid


Atuk Jamil & Nenek Azizah melapangkan banyak waktu di d'SUARANG. Melawat cucu-cucu le katakan. Dua-dua Atuk dulu best member kat Asrama Putera KL. Cerita lama . . . panjang tu.


Dari kiri: Jamil (pangku Azim), Azizah (pangku Umar),
Maimunah, Alimah, Anum & Majid. Dalam bouncer: Aii


Uim: "Terima kasih Atuk Jamil dan Nenek Azizah kerana sudi mengunjungi saya. Terima kasih daun keladi . . . "

Aii & Amb: " Kami pun nak ucap 'Thank You' kepada G-Pa Jamil & G-Ma Azizah. Alah . . . cakap omputih sekali sekala, Atuk dan Nenek . . . Ok kan? he,he."









dsuarang.blogspot.com

Thursday, August 19, 2010

Nursery di d'SUARANG?




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Dylla d Principal?


Apakah benar kini wujud sebuah pusat penjagaan kanak-kanak (nursery) di d'SUARANG? Benarkah pula Lola Dylla sudah memegang jawatan Pengetua di situ? Wah ini berita panas terbaru. Macam kes perlantikan menjadi Principal dalam sebuah rancangan realiti popular TV tempatan!


Apa erti semuanya ini? Agak kurang jelas apa yang dimaksudkan? Tak mengapa . . . Lihat dan telitikan saja foto-foto yang tertera di bawah ini untuk anda buat kepastian sendiri.


"Relaks sikit ye Tomato Man."


"Biar Lola tengok dak Black Seed Boy
dan si Mamak Cape Town ni jap."



"Ok Tomato Man . . . Peluk bantal bulat ni."


"Sekarang bagi chance le pulak pada
dua 'pendatang baru' ni," pujuk Lola.



"Kesian dak BSB ni . . . Lama tunggu layanan.
Si Mamak CT ni pun . . . sabo je le."


"Ha, BSB ... Let me attend to you now."
Lola tercakap omputih le ... risau dengan hiruk pikuk di sekelilingnya!
Si Mamak CT kat hujung tu, diam aje. A very well-behaved boy le pulak.



Lola: "Jangan Nangis Lagi BSB ...
... I'm afraid I will cry too!"


Oh, bukannya telah wujud sebuah taska baru di d'SUARANG! Rupanya yang jadi 'macam gitu' ialah kerana sekarang kesemuanya sudah ada tiga 'pendatang dengan izin' (bukan Pati) dalam keluarga ini. Alah, si Tomato Man, si Black Seed Boy dan si Mamak CT tu le! Dah mula jadi ala-ala riuh dan kecoh sedikit kat sini! Dan, Lola Dylla pula datang menyerah diri ketika keadaan dan suasana 'heboh' berleluasa! Apa lagi kena bantu le . . .

Maka begitu le kisah ringkasnya . . . kisah kononnya dah ada nursery di d'SUARANG. Dan, Lola Dylla tu kononnya dah jadi Principal lak!

Apapun, terima kasih daun keladi diucapkan kepada Lola Dylla si Principal tak bergaji tu. Budi dan jasa anda tiada tandingan. Allah saja yang mampu membalasnya.

Balik-balik fikir . . . kalau betul-betul buat taska . . . camna? Ok juga kot . . . tak kaya, kayap . . . kata orang he, he.





STOP PRESS



d 3 Musketeers

Dari kiri:
Umar (Uim), Azim (Amb) & Ahmad (Aii)




Dari kiri: Azim ( BSB) & Umar (Mamak CT)


Along Aii memeluk Awa Amb



Tomato Man dgn Black Seed Boy










dsuarang.blogspot.com