Saturday, September 18, 2010

Terus Dengan Tetamu Aidilfitri



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Terus Dengan Maaf Zahir Batin


Kami di d'SUARANG masih gembira menerima tetamu yang datang ke sini untuk sama-sama meraikan hari mulia Aidilfitri yang masuk hari kelapan hari ini, Sabtu 18 September 2010.

Pada hari ini sahabat-sahabat lama aku sejak zaman persekolahan dahulu datang berkunjung pada sebelah pagi. Hj Nordin bin Abdul Manaf dan isterinya Hjh Faridah bt Dato' Ismail dari Jalan Gombak tiba pada jam lebih kurang 11:50 pagi. Sebentar kemudian pada kira-kira jam 12:05 tengah hari Hj Jamil bin Saeran dan isterinya Hjh Azizah pula tiba bersama anak perempuan mereka Linda. Mereka ini dari Persiaran Sikamat Kajang.

Macam berjanji pula mereka ini datang berkunjung ke d'SUARANG. Sebenarnya tidak. Mereka tidak berjanji sesama sendiri ataupun dengan aku untuk datang. Mereka masing-masing memang hendak bertemu aku sekeluarga atas semangat meraikan Hari Raya Aidilfitri. Aku tahu mereka sebenarnya datang berkunjung atas semangat kesetiakawanan yang tulen. Maklum saja kami sudah seperti adik beradik ketika tinggal sebumbung di Asrama Putera Kuala Lumpur pada tahun-tahun 50-an dan 60-an dulu!

Alhamdulillah . . . dapat lagi kami semua berjumpa dari masa ke masa. Mudah-mudahan dapat lagi kami menikmati keistimewaan sebegini untuk suatu jangka waktu yang cukup lama. Insya-Allah.

Berikut diterakan rakaman beberapa foto yang diambil (photo shoot) sempena peristiwa tersebut di atas sebagai kenangan.


Berdiri dari kiri: Nordin, Penulis & Jamil
Duduk dari kiri: Faridah, Alimah & Azizah



Berdiri dari kiri: Nordin, Penuis,Jamil & Linda
Duduk dari kiri: Faridah, Alimah & Azizah



Berdiri dari kiri: Halim, Nordin,Penulis,
Jamil, Linda & Shafini

Duduk dari kiri: Faridah, Alimah & Azizah



Dari kiri: Nordin, Faridah, Linda, Maimunah,
Azizah, Jamil, Penulis & Alimah


Pada sebelah malam pula adik iparku Foziah Yassin dan birasku Roslan Muhidin dari AU4 pula tiba di d'SUARANG. Mereka datang berkunjung bersama anak-anak mereka Mohd Amir Razief, Amira dan Nadira. Kami sekeluarga dapat berbual-bual dan mengeratkan lagi tali silaturahim antara diri dalam pertemuan begini (walaupun kami sering juga bertemu pada hari-hari biasa . . . dalam peristiwa-peristiwa yang lain).






Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Friday, September 17, 2010

Tetamu Aidilfitri Lagi


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Maaf Zahir Batin Lagi

Tepat seperti telahan aku siang tadi . . . para tetamu terus datang mengunjungi d'SUARANG sempena Hari Raya Aidilfitri. Hari ini hari ketujuh dalam bulan Syawal. Alhamdulillah para tamu masih datang berkunjung.


Aku amat senang dengan kunjungan mereka. Aku amat mempercayai kata-kata," Setiap tetamu yang datang berkunjung ke rumah kita (dengan niat yang ikhlas dan baik) membawa masuk bersamanya segala kebaikan dan rahmat . . . dan apabila meninggalkan rumah kita pula . . . membawa keluar segala keburukan dan musibah."
Begitu pegangan aku dalam hal menerima tetamu. Orang lain suka hatilah . . . Again, this is a free country . . .

Para tetamu banyak yang datang,Berpeluk bersalam tampak mesra;
Jangan pula yang tidak diundang,

Masuk ke dalam buat angkara!




STOP PRESS


7 Hari Raya Khamis 16 September 2010




Foto kiri: Pn Izan & anak-anaknya. Foto kanan: Pn Hjh Hazlin Basrah "in pensive mood"



Keluarga Mej (B) Hj Aziz Yassin mengunjungi d'SUARANG hampir serentak dengan waktu keluarga Abdul Hadi Adam datang berkunjung. Sedikit waktu sahaja yang memisahkan ketibaan mereka di d'SUARANG. Keluarga Abdul Hadi dari Bangi tiba pada kira-kira jam 8:25 malam manakala keluarga Hj Aziz dari Kuang tiba pada kira-kira jam 8:45 malam. Namun kedua-dua keluarga ini dapat saling berkenalan dan sempat menikmati juadah hari raya bersama-sama.





Keluarga Abdul Hadi berbual mesra dengan Penulis & Hj Aziz



Pn Zira bersama Mak Ngah Alimah & Aii




Relaks sambil makan-makan le. Yang relaks tu Min & Mat. Yang makan-makan tu . . . semua orang le. Bagus begitu . . . baru ada semangat Raya .




Terima Kasih daripada kami di d'SUARANG













dsuarang.blogspot.com

Thursday, September 16, 2010

Cerita Lama Cerita Baru




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Resmi Kanak-kanak


Hari ini Khamis 16 September 2010. Hari ulang tahun terbentuknya negara Malaysia (1963). Hari yang amat bermakna kepada mereka yang benar-benar mencintai bumi bertuah ini.

Hari ini juga hari ketujuh dalam bulan Syawal. Penganut agama Islam masih dalam suasana merayakan Aidilfitri yang mulia. Aku berehat sahaja di rumah. Aku terfikir . . . jika ada tetamu datang . . . berikan sambutan dan layanan dengan sepatutnya.

Tadi, setelah selesai membaca berbagai-bagai berita suka duka, pilu ngilu, geli ngeri, sedih pedih, parah dan marah di dalam akhbar tempatan . . . aku terlena seketika di atas kerusi kayu di ruang hadapan rumahku. Agaknya kerana sudah banyak sangat memakan juadah musim raya atau . . . badan dah cepat terasa penat sekarang . . . (maklum si badan ni dah 'lama' juga berkhidmat).

Tiba-tiba aku dikejutkan daripada berkhayal pada waktu siang hari. Aku terdengar suara orang memberi salam di hadapan pintu pagar rumahku.

"Assalamualaikum. Kami datang nak raya . . ."

Aku masih pisat di perbaringan. Aku terdengar lagi ucapan salam diulangkan. Sudah masuk tiga kali salam diberi. Dan, sudah tiga kali juga kata penyambung salam iaitu . . . "Kami datang nak raya" . . . aku dengari.

Sah itu suara sekumpulan kanak-kanak (sekitar usia 6 hingga 10 tahun) yang pergi dari pintu ke pintu di kawasan taman perumahan untuk beraya. Entah dari mana mereka itu. Mereka bukan anak-anak dari kawasan ini.

Sebaik sahaja aku bangun untuk ke pintu hadapan rumah, kumpulan kanak-kanak itu sudah beredar pergi ke arah rumah sebelah. Aku perhatikan mereka kemudiannya ke rumah-rumah yang lain pula.

Aku terfikir, "Ah . . . mungkin mereka itu tahu. Mungkin ada ustaz atau guru atau ahli keluarga atau sesiapa yang telah memberitahu mereka. Kalau dah beri salam 3 kali di hadapan rumah orang . . . tak ada jawapan . . . bergeraklah. Tandanya mungkin penghuni rumah tidak mendengar ucapan salam itu . . . atau, si penghuni tidak sudi melayan kedatangan atau kehadiran tamu . . . apatah lagi tamu yang tidak diundang!"

Apa pun, bukan soal salam kanak-kanak itu terjawab atau tidak yang menjadi pokok perkara dalam situasi ini. Ada perkara lain yang harus diambil berat khasnya oleh para penjaga atau ibu bapa kanak-kanak itu. Soal keselamatan diri mereka!

Kanak-kanak sekarang memang berhati 'berani'. Tidak macam kanak-kanak zaman aku dulu. Hendak bercakap dengan orang tidak dikenali pun takut. Sementelahan . . . hendak pergi berkunjung ke rumah-rumah orang yang tidak dikenali secara bersendirian! Entahlah, tidak terangkat kaki ini rasanya!

Dalam situasi ini penulis tahu bahawa kanak-kanak tadi berharap untuk mendapat 'duit raya' daripada para penghuni rumah yang mereka kunjungi kelak. Memang sudah resmi kanak-kanak seperti mereka berhati telus. Mereka tidak sekali-kali berfikiran 'negatif' terhadap orang lain, walau pun orang itu tidak mereka kenali.

Bayangkan apa yang boleh terjadi kepada kanak-kanak itu sekiranya ada di antara penghuni rumah-rumah yang mereka kunjungi itu tidak stabil dari segi mental. Atau, jika ada pula penghuni itu yang bersifat penjenayah seksual dsb. Dengan mengumpan sedikit wang atau benda permainan yang menarik minat kanak-kanak segala kemungkinan boleh terjadi.

Kanak-kanak bukan macam orang dewasa yang mudah berprasangka terhadap orang lain. Mereka tidak pandai menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang . . . lebih-lebih lagi orang dewasa. Kepada mereka semua orang itu mesti baik.

Ya . . . memang kanak-kanak sekarang berhati 'berani' dan kelihatan 'maju' dari segi percampuran berbanding dengan kanak-kanak zaman dahulu. Tetapi, barang diingat masyarakat dahulu kuat 'mengajar' anak-anaknya supaya lebih berhati-hati dan teliti dalam segala tindak tanduk mereka. Berwaspada dalam segala urusan atau hubungan dengan orang lain.

Malangnya segala cara pengajaran dan pendidikan zaman dahulu sering dianggap 'kolot' sehinggalah setelah sesuatu perkara buruk berlaku. Sudah terhantuk baru tengadah. Apa gunanya.

Renung renungkan . . .

Wallahuaklam dan Wassalam.









dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads

Tuesday, September 14, 2010

Besanku Zainuddin & Zaleha




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Maaf Zahir Batin


Alhamdulillah . . . sempena meraikan kemuliaan Aidilfitri musim ini, d'SUARANG terus dikunjungi saudara mara dan sahabat handai. Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih ada mereka yang sudi menemui aku dengan tujuan mempereratkan tali silaturahim antara diri dan keluarga seluruhnya.


Seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini, aku tidak sekali-kali memaksa sesiapa pun mengunjungi aku pada waktu-waktu begini. Apatah lagi . . . mereka yang lebih berusia daripada aku! Atau . . . saudara mara yang tinggal jauh daripada aku! Atau pun . . . mereka yang lebih berkedudukan daripada aku! Pendeknya, mereka yang serba kanan berbanding dengan diriku!


Namun apabila mereka tetap datang hendak menemui aku atau berkunjung pada hari dan bulan yang mulia ini . . . aku bersyukur sajalah ke hadrat Ilahi. Aku bersyukur dengan seikhlas-ikhlas hati. Kurang tapak tangan nyiru ditadahkan . . . kata pepatah. Dan . . . kalau diikuti istilah moden buatan zaman 70 & 80-an . . . bunyinya lebih kurang begini: Kurang tapak tangan, Stadium Merdeka ditadahkan!


Nah, begitu sekali hebatnya perasaan seseorang yang terbuka hatinya dengan penuh keikhlasan apabila menyambut para tamu.


Maka begitulah kiranya perasaanku jua . . . Selagi ada yang sudi mengunjungi aku sekeluarga di d'SUARANG dengan semangat persaudaraan yang tulus, selagi itulah aku akan menerima baik kunjungan mereka itu . . . Insya-Allah.


Dan . . . Ya Allah, berkatilah hamba-hamba-Mu yang berusaha memanjangkan silaturahim antara sesama insan. Amin.



maafkan saja salah dan silap,
katakan kita manusia biasa,
tidak lekang daripada kekurangan;
andainya sekadar madah dan cakap,
hati nurani dibiarkan berbisa,
kelak hilang makna persaudaraan!




STOP PRESS




6 Hari Raya Rabu 15 Sept 2010




[Tuan Zainuddin Abdul Rahman (besan) & isterinya Pn Zaleha sempat juga berkunjung ke d'SUARANG pada Hari Raya Keenam untuk melihat cucunya Umar Ilham Majid. Alahai cucu atuk . . .]




Terima Kasih daripada kami di d'SUARANG.





[Ye le . . . saya bagi pihak keluarga AMB . . . menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang mengunjungi d'SUARANG . . . kan saya pun Amb . . . (Azim Muqry Basrie), he he.]












dsuarang.blogspot.com

Keluarga Herman & Besanku Noraini Adam


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Maaf Zahir Batin


Alhamdulillah . . . sempena meraikan kemuliaan Aidilfitri musim ini, d'SUARANG terus dikunjungi saudara mara dan sahabat handai. Aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih ada mereka yang sudi menemui aku dengan tujuan mempereratkan tali silaturahim antara diri dan keluarga seluruhnya.


Seperti yang pernah aku nyatakan sebelum ini, aku tidak sekali-kali memaksa sesiapa pun mengunjungi aku pada waktu-waktu begini. Apatah lagi . . . mereka yang lebih berusia daripada aku! Atau . . . saudara mara yang tinggal jauh daripada aku! Atau pun . . . mereka yang lebih berkedudukan daripada aku! Pendeknya, mereka yang serba kanan berbanding dengan diriku!


Namun apabila mereka tetap datang hendak menemui aku atau berkunjung pada hari dan bulan yang mulia ini . . . aku bersyukur sajalah ke hadrat Ilahi. Aku bersyukur dengan seikhlas-ikhlas hati. Kurang tapak tangan nyiru ditadahkan . . . kata pepatah. Dan . . . kalau diikuti istilah moden buatan zaman 70 & 80-an . . . bunyinya lebih kurang begini: Kurang tapak tangan, Stadium Merdeka ditadahkan!


Nah, begitu sekali hebatnya perasaan seseorang yang terbuka hatinya dengan penuh keikhlasan apabila menyambut para tamu.


Maka begitulah kiranya perasaanku jua . . . Selagi ada yang sudi mengunjungi aku sekeluarga di d'SUARANG dengan semangat persaudaraan yang tulus, selagi itulah aku akan menerima baik kunjungan mereka itu . . . Insya-Allah.


Dan . . . Ya Allah, berkatilah hamba-hamba-Mu yang berusaha memanjangkan silaturahim antara sesama insan. Amin.


maafkan saja salah dan silap,
katakan kita manusia biasa,
tidak lekang daripada kekurangan;
andainya sekadar madah dan cakap,
hati nurani dibiarkan berbisa,
kelak hilang makna persaudaraan!




STOP PRESS


5 Hari Raya Selasa 14 Sept 2010





[Herman (saudara angkat merangkap tukang jahit keluarga) & isteri serta anaknya berkunjung ke d'SUARANG pada malam Hari Raya Kelima. Seketika selepas itu tiba pula besanku Pn Noraini Adam untuk berhari raya bersama keluarga. Ani ditemani anaknya Redzuan.]



Terima Kasih daripada kami di d'SUARANG.




[Ye le . . . saya bagi pihak keluarga AMB . . . menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang mengunjungi d'SUARANG . . . kan saya pun Amb . . . (Azim Muqry Basrie), he he.]











dsuarang.blogspot.com


0 comments
Nuffnang Ads