Saturday, December 17, 2011

Khutbah Arafah ... Mabit Muzdalifah



 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Semalam di Arafah



"Haji itu Arafah". "Wukuf itu Haji". Begitu yang lumrah dan banyak diperkatakan para ilmuan agama dan alim ulama Islam apabila berkisah tentang kerja haji. Maka para Jemaah Haji KT 70 (Geng Bas 06 khususnya) pun dimestikan berada di khemah-khemah di Arafah pada 9 Zulhijah 1432H (Sabtu Nov 2011) untuk wukuf di Arafah. Sementelahan wukuf salah satu daripada rukun haji.

Sejurus tiba dari Makkah. Kiri: YM Hj Raja Aman Shah; Hj Wan Abu Bakar
Kanan: Hj Wan Abu Bakar; penulis



Kiri: YM Hj Raja Aman Shah; penulis   Kanan: penulis; Datuk Hj Khalid


Berehat di luar perkhemahan di Arafah
Kiri: Hj Hedzir   Kanan: Hj Wan Abu Bakar; penulis



Kami bersyukur dapat berwukuf di Arafah dengan kehendak Allah SWT. Kami bersyukur dapat beribadah sepanjang waktu berada di Arafah baik di dalam khemah mahupun di luar. Beberapa ceramah agama atau tazkirah keagamaan dapat kami ikuti di surau yang tersedia di pekarangan perkhemahan tempat kami menumpang sehari di Arafah.

Di hadapan surau . . . pekarangan khemah-khemah di Arafah


Kiri: YM Hj Raja Aman Shah sibuk mengambil gambar Kanan: Hjh Alimah sibuk bergambar?



Paling menyentuh perasaan, para jemaah haji dapat mendengar khutbah pagi hari wukuf, selepas subuh di surau Arafah, yang amat menyegarkan naluri lagi menginsafkan diri sesiapa sahaja yang mendengarnya. Istimewanya, khutbah disampaikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. (Teman masih ingat . . . hampir suma para jemaah haji mengalirkan ayor mata
bila mendengo khutbah tu. Jiran teman si omputih Islam tu lak berkata," Hope it's not crocodile tears . . . Bro!" Teman pun harap bior jangan gitu le.)



Depan dari kiri: Datin Hjh Zabedah; Dato' Hj Muhammad Hatta
Belakang dari kiri: Hjh Juliah; Hj Salleh; Hjh Alimah; penulis


Kami seterusnya berkesempatan berdoa kepada Allah SWT dan memohon segala kebaikan serta kebahagiaan untuk ahli-ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Alhamdulillah segalanya dapat dilaksanakan berkat tunjuk ajar para ustaz dan ustazah yang mahir dalam selok belok kerja haji dan hukum keagamaan. 


Geng se KT 70, sebilik di Makkah, dan sebas 06 berdoa di pekarangan khemah



Hjh Juliah dan Hjh Alimah mendoakan segala yg terbaik
untuk ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai . . .


Menjelang malam selepas bersolat Maghrib dan Isyak, kami diarahkan bersiap sedia untuk menaiki bas ke Muzdalifah. Para jemaah haji akan mabit di Muzdalifah. Kutip anak-anak batu di sana untuk melontar di 3 jamrah di Mina sepanjang 3 hari tasyrik berikutnya.



Menunggu bas ke Muzdalifah : Kiri - Hjh Alimah; Datin Hjh Zabedah
Kanan - Hjh Juliah; Hjh Alimah


Apabila bas tiba maka para jemaah haji pun mengucapkan selamat tinggal kepada Arafah. Kenangan indah di Arafah kami bawa bersama. Harapan kami . . . segala apa yang didengari dalam ceramah dan tazkirah siang tadi dapat menjadi pedoman dan seterusnya pegangan kami dalam menempuh hidup di masa muka. Insya Allah.



Mabit di Muzdalifah

Kiri: Hjh Alimah dan Hjh Juliah Kanan: Dato' Hj Muhammad Hatta mengutip batu



Berehat di atas bukit batu
dari kiri: Hjh Alimah; Hjh Juliah; Hj Muhammad; Hj Salleh

Hjh Alimah dan para jemaah haji mabit di Muzdalifah


Pemandangan dari atas bukit di Muzdalifah. Jauh ke sana kelihatan jam besar Makkah


Para penghuni hotel seribu bintang . . . Dah subuh Hjh Alimah!


Suasana fajar di Muzdalifah
Hjh Alimah dan Hjh Saripah



Anak batu sudah dipungut,
Tugasan menunggu tiga hari berturut;
Ke Mina kini destinasi tujuan,
Melontar jamrah melempar syaitan!


Mina . . . kami datang . . .


dsuarang.blogspot.com

Friday, December 16, 2011

Kenangan Terindah








Alhamdulillah,



Bumi Allah . . . Makkah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Madinah telah memberikan kepada kami pengalaman terindah sepanjang hayat . . .

MAKKAH


Teman sebilik 0345 di Royal Eiman, Makkah
dari kiri: Hj Salleh, Dato' Hj Muhammad Hatta, penulis, YM Hj Raja Aman Shah


Kiri: Hj Salleh (Kota Kinabalu). Kanan: Dato' Hj Muhammad Hatta (Kuala Lumpur)


Kiri: Penulis (Kuala Lumpur). Kanan: YM Haji Raja Aman Shah (Selangor)




Penulis dan Hj Salleh


penulis dan isteri Hjh Alimah 








Kiri: Dato' Hj Hatta dan isteri Datin Zabedah.  Kanan: Dato' Hj Hatta dan penulis


Kiri: Hj Salleh, YM Hj Raja Aman Shah Kanan: Hj Salleh dan isteri Hjh Juliah

 

Ya Allah,
Peliharalah hubungan yang baik dan mesra antara kami. Kekalkanlah kesetiakawanan kami seperti sepanjang ketika yang kami lalui di bumi suci ini. Berkatilah segala usaha yang telah kami lakukan . . .


Ya Rabbulalamin,
Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang . . . kurniakanlah haji yang mabrur kerpada kami. Amin.




Teman sebilik 0344 di Royal Eiman, Makkah
Kiri: Hjh Alimah Kanan: Hjh Zainah


Teman sebilik 0344 di Royal Eiman, Makkah
Kiri: Hjh Alimah Kanan: Hjh Juliah

Teman sebilik 0344 di Royal Eiman, Makkah
 Kiri: Hjh Alimah  Kanan: Datin Hjh Zabedah

Kiri: Hjh Juliah (Kota Kinabalu)   Kanan: Datin Hjh Zabedah (Kuala Lumpur)


Kiri: Hjh Alimah (Kuala Lumpur)   Kanan: Hjh Zainah (Selangor) 



ARAFAH


Teman sekhemah di Arafah
Dari kiri ikut putaran jam:
Hj Borhan (Bob); Dato' Hj Muhammad Hatta;
Hj Sulaiman;  Hj Hasry; Hj Hashim; Hj Muhammad


Teman sekhemah - baris kiri dari depan:
Hj Borhan (Bob); penulis;  Dato Muhammad Hatta
baris kanan dari depan: Hj Muhammad;  Hj Hashim;  Hj Hasry

Teman sekhemah dari kiri ikut putaran jam:
Hj Mohd Rodzi; Hj Borhan (Bob); penulis;
Dato' Hj Muhammad Hatta; Hj Hashim; Hj Muhammad

Kiri: YM Hj Raja Aman Shah   Kanan: penulis dan Dato' Hj Muhammad Hatta



MINA


Teman sekhemah Maktab 100 di Mina
Dari kiri: Dato' Hj Muhammad Hatta; penulis;
Datuk Dr Hj Abdul Kadir; Hj Abdul Halim; Dr Nik Azlan

 


Dari kiri: Dr Hj Nik Azlan; Hj Mohd; Hj Hashim;
Hj Sulaiman; YM Hj Raja Aman Shah;
Dato' Hj Muhammad Hatta


Hj Mohd Rodzi (kiri), Hj Abdul Halim

Dari kiri: Lt Kol (B) Hj Anuar; Dr Nik Azlan; Hj Mohd;
Hj Hashim; Hj Muhammad; YM Hj Raja Aman Shah;
Dato' Hj Muhammad Hatta


Dari kiri: Hj Mohd; Hj Sulaiman; Hj Hashim; penulis;
YM Hj Raja Aman Shah; Dato' Hj Muhammad Hatta

Dari Kiri: penulis; Hj Mohd Rodzi;
Datuk Hj Khalid; Hj Abdul Halim

Hj Borhan (Bob) dan Datuk Dr Abdul Kadir


Duduk (dari kiri): Lt Kol (B) Hj Anuar; Hj Mohd;
Datuk Hj Khalid; YM Hj Raja Aman Shah;
Hj Salleh; Dato' Hj Muhammad Hatta; Hj Abdul Halim
Berdiri (dari kiri): Hj Hasry; Hj Muhammad; Hj Hashim


Dari kiri: Lt Kol (B) Hj Anuar; Hj Mohd; penulis;
Hj Muhammad; Hj Hasry; Hj Hashim;
YM Hj Raja Aman Shah; Hj Salleh;
Dato' Hj Muhammad Hatta; Hj Abdul Halim



Dari kiri: Lt Kol (B) Hj Anuar; Datuk Hj Khalid;
Hj Mohd; Hj Muhammad; penulis; YM Hj Raja Aman Shah;
Hj Salleh; Hj Muhammad; Hj Abdul Halim




MADINAH






Hjh Alimah di hadapan biliknya
di Movenpick Hotel, Madinah



Dari kiri: Hjh Alimah, Hjh Hapsah,
Hjh Nor Ziera, Hj Mohd Hishamudin



Teman sebilik (lelaki 03030; perempuan 03034)
di Movenpick Hotel, Madinah
Depan dari kiri: Hjh Nor Ziera; Hjh Hapsah
Belakang dari kiri: Hj Kamarudin; Hj Abdul Halim;
Hjh Noral Saniah; penulis; Hjh Alimah



Depan (dari kiri): Hj Mohamad Hishamudin;
Hjh Nor Ziera; Hjh Hapsah
Belakang (dari kiri): Hj Kamarudin; Hj Abdul Halim;
Hjh Noral Saniah; Hjh Alimah



Dari kiri: Hj Abdul Halim; Hj Kamarudin; Hjh Hapsah;
Hjh Nor Ziera; Hjh Alimah; penulis


Dari kiri: Hj Abdul Halim; Hj Kamarudin; Hjh Hapsah;
Hj Mohd Hishamudin; Hjh Nor Ziera; Hjh Alimah





Kalau tidak memakan ikan,
       Mengail jangan sehari-hari;

Kalau tidak diizinkan Tuhan,
       
Mustahil kita sampai ke mari.


Bersabar kita tempuh dugaan,
     Terasa penat relakan sahaja; 
Berdoa kita kepada Tuhan,
          Semoga berkat segala usaha.





. . . bersambung