Tuesday, March 20, 2012

AMB dan WaQtu




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Sepintas Lalu Praktis Harian


Aku manusia biasa. Manusia biasa hidup sederhana. Biasa sahaja melata di dunia! Waktu Q-ku bersama keluarga. Duduk semeja menjamu selera . . .  sambil mendengar cerita harian . . . tersebar pada waktu makan. Ada juga ehwal semasa. Kami semua berkongsi cerita. Kadangkala ada kesempatan . . . mendengar gosip atau umpatan. Cerita scoop penuh kehebatan. Terlepas pandang dibuai kehangatan. Ampunilah kami wahai TUHAN!

Aku manusia biasa. Manusia biasa dalam masyarakat. Biasa sahaja sepanjang hayat! Waktu Q-ku bersama famili. Duduk santai menonton TV . . . sambil menikmati rancangan malam . . . keluar komen yang 'makan dalam'. Rancangan hiburan paling popular ditontoni. Tak berapa best agaknya 'motivasi pagi'. Tapi tak apa asal kami dapat berkumpul semua . . . satu keluarga sepakat. Mengawasi dan menghindari. Kepincangan hidup moden hari ini.

Aku manusia biasa. Manusia biasa ingin berbakti. Biasa sahaja asalkan bererti! Waktu Q-ku beramai-ramai. Memang sesuatu yang sangat bernilai. Main game segala macam. Terup, domino, congkak, catur dan dam. Bertekak sampai penat. Tak apa, silaturahim keluarga bertambah erat.

Aku manusia biasa. Manusia biasa mencari damai. Biasa mencintai segala yang permai! Satu lagi waktu yang berkualiti . . . apabila bercuti bersama famili. Melancong sambil bergembira . . .  ke berbagai destinasi . . . cuti-cuti Malaysia.

Aku manusia biasa. Manusia biasa dipuja dan dicaci. Biasa jatuh dan bangun lagi!  Aku manusia biasa. Manusia biasa makhluk ALLAH. Biasa kepada-NYA aku berserah!

Waktu Q-ku bersama anak isteri. Detik yang paling aku hargai ketika kami dapat berjemaah. Beramal ibadat kepada ALLAH. Bagiku ini waktu teristimewa. Selepas solat kami berdoa. Mohon perjalanan hidup terpelihara. Agar kami tidak dalam kerugian melalui waktu yang disia-siakan. Berkatilah keluarga kami  wahai TUHAN! 

Aku manusia biasa. Manusia biasa mempunyai citarasa. Biasa mengharapkan segala yang mulia! Demikian antara waktu Q-ku. Kalian nanti bagaimana? Mesti juga ada. Mesti juga diusaha!!



Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Tuesday, March 13, 2012

Case of 2 Ps




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


How Time Flies


A surprise party was thrown at d’SUARANG on Saturday 25, 2012 to celebrate two birthday occasions at one go. One for Puteri Nur Najwa and the other for Puteri Ain Anisa.
 








Above: Photos taken during the surprise (and impromptu) birthday party held for the 2Ps



Born on 28 February 1995, Puteri Nur Najwa (fondly called Awa within family circles) is sweet seventeen this year. Puteri Ain Anisa ( Adik to us at home) is now 14 years of age, born on 26 February 1998.



Aii and Amb sharing the limelight . . . Awa's and Adik's cake cutting ceremony . . . he, he



While reciting the doa selamat (prayer for well-being and safety) in respect of the 2 Puteri, I could well remember 1995 . . .  the year Awa was brought to our home by both her parents Megat Husni and Fadelah (my wife’s sister) to be taken care of by my wife Alimah. 

That was immediately after Fadelah’s confinement. Fadelah was then working at one premier newspaper establishment. 



 













On with the occasion


Then came 1998. After Fadelah’s confinement again, Adik was also brought in the same manner to my wife to be looked after while her parents were at work. Everything went smoothly and everyone was happy.

Now . . . without much ado . . . and without any reasonable amount of hesitation . . .  time goes ticking by.  Awa has in a wink turned 17. Adik is on to 14.
 

Puteri Nur Najwa (left) and Puteri Ain Anisa


The babies, toddlers of yesterday . . . then the little girls . . . who were sent to us and whom we had taken care of with much care and love over the years . . . have now grown into teenagers and soon will be  young adolescents . . .  and then on to be matured adults.



 Poetry dedicated to 2P written in the year 2005.
Notice how 'young' the 2Ps were then.


How time flies . . . and well . . . that proved how powerful The Almighty is. Things (people included) grow obsolete in so short a time. But . . . before becoming obsolete . . .  let’s live wisely and let’s be useful to the world!

Waiting for the cake cutting moment . . . feeling like wanting to eat already . . . 


Both Awa and Adik will have to move on in life. Greater heights will have to be scaled.  Performances of brilliance will have to be registered. Self reliability and integrity will have to be proven. Only then your true worth to the family and society will come to the fore. 




Writer and wife with the 2Ps and 4 cucus . . . Aii, Amb, Uim and Dsa . . . in celebratory mood


Congrats for whatever both of you have achieved to date.  

Many congratulatory expressions will come your way when you correctly place trust in your ability . . .  and endeavour to achieve the best . . . and the best from both of you is yet to come!




dsuarang.blogspot.com

Sunday, March 11, 2012

Travelog Melaka: Bertemu Hj Salleh Ibrahim





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Sahabat Haji Kerabat Manusiawi


Jam 11:30 pagi Jumaat 9 Mac 2012. Aku dan Alimah tiba di bandar bersejarah Melaka setelah bertolak dengan kereta dari rumah kami di KL pada jam 10:00 pagi itu.

Kami berdua berasa amat gembira. Kami amat teruja untuk bertemu sahabat sebilik dan sekhemah kami masing-masing ketika berada di Tanah Suci dahulu.

Kami tidak sabar-sabar untuk menemui Tuan Hj Salleh Ibrahim dan Puan Hjh Juliah Partono. Pasangan suami isteri ini datang ke Melaka dari Kota Kinabalu untuk bersama-sama dengan ahli keluarga mereka yang lain menguruskan perkahwinan anak lelaki mereka Mohd Fairuz (aka Johan) dengan gadis Kuala Sungai Baru di negeri bersejarah ini. [Majlis perkahwinan Mohd Fairuz berlangsung pada Sabtu dan Ahad esok harinya.]




Tuan Hj Salleh Ibrahim dan Pn Hjh Juliah Partono



Alhamdulillah kami semua diizinkan Allah SWT bertemu dalam keadaan masih segar, sihat dan ceria. Ketika bertemu kami tidak segan-segan menampakkan kegembiraan dan semangat kesetiakawanan yang amat sangat antara kami.


Sesungguhnya . . . kenanganku serta-merta kembali kepada waktu-waktu kami sama-sama berada di segenap daerah di Tanah Suci . . .


Kami berkenalan amat rapat dan mengetahui latar belakang kehidupan masing-masing dengan begitu dekat. Ringkasnya . . . kami boleh diibaratkan sebagai adik beradik sepanjang masa yang kami lalui itu.

Daripada pergaulan kami di sana aku berani membuat andaian berikut tentang diri Hj Salleh dan isterinya Hjh Juliah. Mereka aku perhatikan sebagai pasangan suami isteri yang bahagia dan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

[Semestinya mereka juga pasangan yang romantik . . . jangan marah Tuan Haji . . . aku bikin sibuk begini . . . dan maafkan andai aku tersilap . . . Tetapi aku sering terdengar panggilan manja di antara kalian berdua. Hmm, baguslah begitu ya tak.]

Hakikatnya Hj Salleh dan isteri beliau Hjh Juliah merupakan pasangan yang berperibadi dan berhemah tinggi. Hj Salleh seorang yang tegas pendiriannya. Amat rajin beribadat 

[ setiap dini hari dah bangun dan bergerak ke masjid untuk beribadat hinggalah selepas subuh].

Di bilik . . . aku dan dua lagi sahabatku menggelar Hj Salleh . . . The Handy Man. Ini kerana Hj Salleh boleh dikatakan ada membawa bersamanya segala macam peralatan dan keperluan harian . . . termasuk hanger ampaian dan seterika! Beliau juga macam dispensary atau pharmacy . . . segala macam ubat boleh diminta daripadanya. Selain itu beliau juga amat menggemari tagline . . . It's Now or Never!
 

Seperkara yang aku amati . . . ada sehelai kain juga dibawanya bersama! Apabila . . . mungkin beliau terlihat aku agak kehairanan . . . Hj Salleh menerangkan begini:

"Saya bawa kain ini ke mana-mana saya pergi. Dah banyak tempat dia pergi bersama saya. Apa kata orang tu bah . . . macam bantal busuk budak-budak lah . . . ha, ha."




Kain Misteri?
. . . "bantal busuk" kisahnya . . .


Ha, begitu rupanya. Hj Salleh juga memang pandai berjenaka. Sebelum tidur kami berempat sebilik sering bercakap-cakap dan bercerita. Macam-macam cerita dan bahan jenaka akan terkeluar pada waktu-waktu begini . . . dan Hj Salleh salah seorang pelaku utamanya. Tak kering gusi kami dibuatnya!

Kejadian paling kelakar yang aku ingat . . . Suatu hari selepas subuh . . . Aku bertiga sahabat sebilikku yang lain sedang bercakap-cakap di dalam bilik. Hj Salleh tertidur kerana keletihan selepas balik dari bersembahyang subuh di Masjidilharam.

Tiba-tiba Hj Salleh bangun tergesa-gesa. Beliau berjalan terus hendak menuju ke sesuatu tempat . . . entah ke mana. Kami menoleh kepadanya. Kami pelik juga apa yang hendak dilakukan Hj Salleh.

Sebentar kemudian beliau (dalam nada kecewa) berkata," I say . . . saya sudah missed ni. Ya Allah bagaimana boleh begini bah! Ya Allah, Ya Allah . . ."

Kami kehairanan lalu bertanya kepadanya," Apa yang you sudah missed ni bos?"


Hj Salleh: "Saya terlepas sudah . . . solat subuh ni! Ya Allah."

Kami bertiga yang mendengar kata-kata beliau ketawa serentak. Kami terangkan kepada Hj Salleh bahawa tadi 'kita' semua telah sama-sama menunaikan solat subuh. Ha . . . begitulah Hj Salleh. Dalam tidur pun minda beliau terus berfikir dan berfikir.

Hj Salleh lantas tersentak dan mengucap terus-terusan.

Hjh Juliah pula seorang yang pendiam tetapi mesra. Isteri Hj Salleh ini tidak banyak cakap tetapi kelihatan seorang yang penyayang . . . penuh dengan emosi kemanusiaan. Hjh Juliah banyak membantu untuk keselesaan isteriku ketika di Tanah Suci. Terima kasih Puan Hajah.

Di Melaka . . . pada hari kami bertemu itu . . . segala kenangan mesra tersebut terimbau kembali. Kami bercerita sahaja sambil bergelak ketawa sepanjang perjalanan untuk makan tengah hari di Restoran Jejantas Ayer Keroh.




Papan Tanda Kontroversi?
 

[Haji Salleh sempat menanyakan kepada penulis tentang ejaan 'Ampat' pada papan tanda di Lebuhraya PLUS yang kami lalui. "Mengapa tidak diperbetulkan ejaan itu?" Mungkin demikian dalam fikirannya. Aku sempat menerangkan kepada beliau bahawa . . . "Begitulah nama tempat itu disebut . . . Simpang Ampat (bukan 'Empat'). Mengapa demikian . . . wallahuaklam.]




Laluan Masuk ke Restoran Jejantas Ayer Keroh
Bagaimana pula dengan ejaan 'AYER' tu . . .
Boleh diterima pakaikah . . . Tuan Haji Salleh?


Sambil makan tengah hari itu aku sempat berkenalan lebih rapat dengan Mohd Fairuz . . . anak lelaki pasangan ini . . . yang bakal bernikah dan menjadi pengantin baru pada keesokan harinya nanti (Sabtu 10 Mac dan Ahad 11 Mac).



Sorong papan . . . tarik papan . . . 

Buah keranji . . . dalam perahu . . . 



Tolong makan . . . jangan tak makan . . .




Sahabat lama . . . baru bertemu .


Serai garam secukup rasa . . .

Kita nikmati asam pedas . . . 



Terlerai muram tertutup duka . . . Rasa di hati mendalam ikhlas.


Aku sempat menyibuk . . . alahai, beri sedikit nasihat orang tua-tualah konon . . . dan ucapkan selamat . . . sambil memberi kata-kata semangat untuk Johan kita ni mengharungi dan membina hidup berumah tangga kelak. Untuk Mohd Fairuz . . . tatapi dan fahamilah sajak pakcik . . . yang tak sepertinya ini:


 Membina Masjid



bukan mudah nak bina masjid . . .

arkitek
mesti ada kemahiran
seni lukisan
juru ukur bahan
mesti ada ilmu
tahu bahan perlu
 jurutera
mesti ada kepakaran
tapak dan tanah jangan sembarangan
biar kukuh biar teguh.

bukan mudah nak bina masjid

kubah mesti tegap
menara biar tinggi
pembesar suara biar lantang
mimbar biar terang
baris saf biar lurus
khatib sudah cukup hafal?
segala bacaan doa
bilal jaga waktu
alunan azan biar merdu
imam biar berpengetahuan
makmum biar soleh, sabar dan siuman
tanah biar pegangan bebas
geran biar sendiri punya
jangan tumpang tanah orang
elak masalah kendalian kemudian

Paling penting niat biar betul
Pelaksanaan ibadah jangan simpang siur!

 

Sajak asal yang tertulis . . .  lama sudah . . .
mudah-mudahan dapat jua menyampaikan sesuatu
kepada mereka yang baru mendirikan rumah tangga . . . 


Rakam foto dulu . . . kenang-kenangan kemudian . . . tiada bandingan . . .


Di Restoran Jejantas, Ayer Keroh, Melaka. Jalan-jalan (bukan cari makan) . . . lepas makan . . .


. . . posing dengan Fairuz . . .
@ Johan segala juara . . .


Setelah selesai pertemuan yang ringkas tetapi amat menyeronokkan ini kami suami isteri pun memohon diri untuk berangkat pulang ke KL. Tepat jam 3:15 petang kami berpisah. Hj Salleh, Hjh Juliah dan Mohd Fairuz . . . ke tempat penginapan mereka manakala kami menuju arah utara menelusuri PLUS ke destinasi lain bagi memenuhi itinerary peribadi kami seterusnya.


Di parkir Aeon Jusco, Melaka Sentral . . . penulis dan isteri menemani para sahabat dari KK . . .


Suratan atau kebetulan? Kereta jenis sama . . . warna sama. Baju warna sama . . . gaya sama . . .


Kawan-kawan le katakan . . .


Nampak macam F1 racer
. . . kawan penulis tu


Sepanjang perjalanan pulang . . . aku dan Alimah bercerita lagi tentang pengalaman gembira kami tadi. Kami bersyukur kepada Allah SWT kerana membolehkan pertemuan itu dilaksanakan dengan lancar.

Kami berdoa semoga dapat bertemu lagi dengan sahabat-sahabat kami ini dan yang lain-lain juga dalam keadaan yang benar-benar ikhlas dan penuh keceriaan . . . filled with utmost sincerity and an established sense of joy.

Terima kasih Tuan Hj Salleh dan Puan Hjh Juliah. Insya-Allah kita berjumpa lagi.











dsuarang.blogspot.com