Friday, July 6, 2012

Aish, Aish, Aish






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Aish , The Arrival


Aish, Aish, Aish . . . suatu penantian yang menguji kesabaran. Suatu hari yang terasa amat panjang. Suatu malam yang menduga kecekalan. Suatu peristiwa yang sebelum terurai dengan sempurna membebankan keupayaan minda . . . walaupun sekadar sebuah kisah kelahiran biasa.


Alhamdulillah . . . Aish Maliq Basrie telah selamat dilahirkan pada jam 8:23 malam Rabu 4 Julai 2012 bersamaan 14 Sya'aban 1433H. 


Pernyataan penulis dalam mukadimah di atas menggambarkan debaran perasaan kami sekeluarga bermula sejak pagi Rabu 4 Julai itu.  



Mazlyna Hanum Abdul Majid (ibu Aish) ditemani ke Hospital Ampang oleh Royhai'zam Basri (bapa Aish) pada jam 9:00 pagi. Mereka ke sana bersama bapa saudara Aish . . . Hazry Zaharith Abdul Majid.



Setelah berjumpa dan diperiksa doktor di Hospital Ampang . . . ibu Aish (Anum) disuruh pulang dahulu . . . kerana dikatakan belum hendak melahirkan . . . (baru buka 1cm?)



Anum tidak dibolehkan masuk ke wad di hospital tersebut. Entah mengapa sebabnya . . . wallahuaklam! 



Anum diarahkan oleh doktor itu supaya datang semula kemudian (apabila sudah buka 3cm?) Persoalannya bagaimana Anum hendak tahu . . . dah buka berapa-berapa cm pada waktu-waktu mana? Alahai . . . doktor, doktor! 




Maka tidaklah menghairankan apabila berlaku kes pesakit yang hendak bersalin . . . melahirkan bayi dalam kenderaan sahaja . . . apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas (traffic jam). Alahai . . . hospital, hospital!




Tunggu-tunggu. Tunggu punya tunggu di rumah . Anum mengalami kesakitan yang tidak menentu sepanjang waktu sejak jam 10:00 pagi itu!



Pada kira-kira jam 4:00 petang Anum berasa sakit yang amat sangat. Kami sekeluarga mengambil keputusan menghantar Anum ke pusat bersalin swasta yang berhampiran sekali. Bayar pun bayarlah!


Setelah diperiksa doktor di pusat bersalin tersebut . . . (Anum didapati telah buka 8 cm?) Alahai . . . mujur kami menghantarnya ke sini. Kalau tidak . . . alahai . . . manalah kami nak tahu . . . wahai doktor Ampang!


Tunggu-tunggu. Tunggu punya tunggu. Akhirnya pada jam 8:30 malam kami mendapat berita gembira Aish telah tiba sebentar tadi. Beratnya ketika lahir 3.95 kg. Panjangnya 51 cm. Kepala 36 cm.


Sungguh tenang suasananya ketika itu walaupun kami diberitahu Aish tidak boleh dikeluarkan daripada bilik Nursery untuk beberapa waktu. 























Kami sekadar dapat melihat ke arah Aish dari luar Nursery. Jadilah . . . buat sementara.















































































Anum juga tidak berada di biliknya (wad pesakit) apabila kami tiba di Pusat Perubatan Naluri kendalian Dr Kamariah pada jam 9:30 malam itu. Anum masih dirawat di bilik bersalin. 






















Kami hanya dapat bertemu Anum pada kira-kira jam 12:45 pagi Khamis 5 Julai esoknya setelah beliau dihantar ke situ.










Alhamdulillah akhirnya segala yang diharapkan telah terlaksana dengan sempurna jua. 


Untuk Aish Maliq Basrie (cucu ke-5 penulis) . . . ingatlah sentiasa . . . kelahiran oleh seseorang ibu itu tidak selalunya mudah. Ibu biasa bertarung nyawa untuk melahirkan cahaya matanya. Hargailah jasa ibumu sampai bila-bila.


Semoga Aish menjadi anak yang soleh dan berguna kepada ibubapa, keluarga, masyarakat, bangsa dan agama. Amin.


Tunggu siaran-siaran lain tentang Aish yang bakal menyusul. 




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Friday, June 22, 2012

Pandu Puteri Raja





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Terus Berkhidmat 


Tahniah, Tahniah dan Tahniah


Apa lagi yang harus penulis katakan . . . melainkan mengucapkan syabas setinggi-tingginya . . .  terhadap pencapaian Puteri Nur Najwa binti Megat Husni sebagai seorang Pandu Puteri . . . hasil daripada usahanya yang gigih dan pergerakannya yang aktif dalam Persatuan Pandu Puteri  Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


[ Jiran omputih penulis pun tidak ketinggalan ikut sibuk. "Kudos to Najwa and kudos to everyone who put the event together," katanya.]






Puteri Nur Najwa bt Megat Husni
Pandu Puteri Raja


Najwa kini bergelar Pandu Puteri Raja. Pemasyhurannya dilaksanakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah selaku Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Baginda berkenan mencemar duli menyampaikan anugerah kepada Penerima Anugerah Pandu Puteri Raja.





Acara Penganugerahan Pandu Puteri Raja




Suasana di dalam dewan . . . tempat majlis berlangsung





Biar gambar menceritakan segalanya . . .

















Lihatlah dunia . . . 




Case of . . . pretty ladies in rows . . .


















. . . and rows . . . 






. . . and rows . . .


















Let's tayang sikitlah . . . 





. . . ha . . . baru gempak . . .




Majlis diadakan pada pagi Selasa 29 Mei 2012 di Kinta River Front Hotel & Suite Ipoh. Penerima Anugerah Pandu Puteri Raja seramai 50 orang.















Penerima nombor 39 tu . . . 
siapa hah?




















Tiada kata secantik bahasa, Tiada gambar secantik lukisan . . . 






. . . hmm, hmm . . . aku tau lah . . .



















. . . inilah masanya . . . paling tepat . . . 






 . . . untuk kami curahkan perasaan . . . 



Bergambar meriah sepanjang hari . . . bersama rakan Pandu Puteri. Gembira betul mereka semua . . . Maklum dah jadi Pandu Puteri Raja!


















Berbaloi usaha kita kan . . . 




Ya lah . . . memang berbaloi . . . 

















Bukan senang nak naik pentas . . . hoi kawan . . . 





. . . dan tak mudah pula nak dapat sijil ni . . . 


















 . . . maka kita tayangkanlah . . . tinggi-tinggi . . . 






Ha,ha,ha . . . . he, he, he . . . 


















Kami berjanji . . . terus berbakti



Bersama para Pemimpin dan Pesuruhjaya Pandu Puteri selepas majlis.


























Sokongan Moral


Najwa bersama Dato' Yeoh Soo Keng
(Presiden Persatuan Pandu Puteri WPKL)








"Well done Najwa"

 . . . mungkin demikian kata-kata perangsang daripada 
 Puan Toh Wooi Wah
(Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Cawangan WPKL)
kepada Pandu Puteri Raja yang baru ini




















"I pun pernah . . . bergelar Pandu Puteri Raja . . . "


Dr Janice Lay Hui Nga (Pemimpin Pandu Puteri dari Sabah
yang juga seorang Pandu Puteri Raja pada zamannya)
gembira bergambar dengan Najwa








Seronoknya . . . Satu Tujuan, Satu Haluan

Dari kiri: 
Puan Fadelah Yassin (Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Zon Sentul),
 Dato' Yeoh Soo Keng, Najwa, Puan Toh Wooi Wah,
 Ms Tan Kate Lan (Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Cawangan WPKL)




















Cekal . . . Kita Teruskan Usaha . . . OK

Dari kiri:
Ms Tan Kate Lan, Puan Fadelah Yassin, Najwa,
Dato' Yeoh Soo Keng, Puan Toh Wooi Wah






Mereka semua . . . Harapan negara di masa hadapan . . . 



Sanak saudara tidak ketinggalan memberikan sokongan moral pada hari yang penuh bermakna itu. Foto berikut dirakamkan sejurus ketibaan di Ipoh dari KL.








Pemasyhuran tersebut berlangsung melalui acara penyampaian Sijil dan Lencana Pandu Puteri Raja dalam suatu majlis yang gilang gemilang.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Diraja Rosmah binti Mansor selaku Yang DiPertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.








Sijil dan Lencana yang dianugerahkan kepada Pandu Puteri Raja.







Amat Berharga

Lencana Pandu Puteri Raja
[paling atas di tengah-tengah berlambang mahkota]




Dif-dif Kehormat lain yang turut hadir termasuklah:

1. Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah,  Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkap Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Perak.













2. Yang Amat Berhormat Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan isteri, Yang Amat Berbahagia Datin Seri DiRaja Saripah bte Zulkifli.
 











3. Yang Berhormat Dato' Abdul Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dan isteri, Yang Berbahagia Datin Nor Hasmah binti Muhamad.












4. Yang Berbahagia Datin Seri Hajah Zalillah bte Mohd Taib, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia.












Puan Foong Poh Lin, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Cawangan Perak juga hadir memeriahkan majlis pada pagi hari itu.

Ibu bapa dan ahli-ahli keluarga Najwa turut memberikan sokongan moral dan mendoakan agar beliau berjaya mencapai tahap kemajuan yang lebih tinggi dalam pergerakan Pandu Puteri ini pada masa hadapan. 



 

Najwa dan ibunya Pn Fadelah Yassin

[Sokongan padu daripada seorang ibu yang juga aktif
 dalam Persatuan Pandu Puteri amat bererti . . .]






 Najwa juga ditemani bapanya
Megat Husni Megat Hashim



Santai . . . Santai . . . Santai





Najwa bersama ahli keluarga

[Belakang dari kiri - Penulis, Megat, Alimah, Lyana n Ajim
Depan dari kiri - Anisa, Najwa, Azlyn, Amad n Afzan ]




All in the Family




Family Matter






Macam-macam ada!







Angkat topi kepada Mak Long Gawa . . . All d best to you . . .





[Selaras dengan cogan kata (moto) Persatuan Pandu Puteri Malaysia . . .  saya . . . Puteri Nur Najwa binti Megat Husni . . . yang kini bergelar Pandu Puteri Raja . . .  berikrar akan Terus Berkhidmat kepada keluarga, agama, nusa dan bangsa saya dengan sebaik-baiknya.]









Diehard fans . . . and hardcore admirers . . . 










Begitulah kira-kiranya . . .




["All's well that ends well," sampuk si jiran omputih teman tu lagi . . . he, he.]






Bamuda
dsuarang.blogspot.com