Monday, July 23, 2012

Al Izmir Sepupuku


TUESDAY, 3 JULY 2012




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Sepupuku Sambut Menantu








Persandingan di laman rumah . . . 





Kad undangan ke majlis . . . dan . . . kumpulan kompang yang mengiringi majlis . . . 






Kiri: Alimah bersama cucunya Ahmad Iman Iskandar  Kanan: Pasangan pengantin , Haziq dan Noor Syafinar



Pada hari Sabtu 9 Jun 2012 bersamaan 19 Rejab 1433 H aku, isteriku Alimah, anakku Mazlyn Hanim, menantuku Mohd Rashidi dan cucuku Ahmad Iman Iskandar pergi ke Felda Sg Tengi Selatan untuk meraikan suatu majlis perkahwinan . . . Haziq bin Al Izmir dengan Noor Syafinar bt Abdul Hamid.  

Kami tiba di rumah No. 95 Jalan Manggis kira-kira pada jam 1:00 ptg dan disambut pasangan tuan rumah berkenaan. 

Al Izmir dan isteri beliau Noor Hayati mengalu-alukan kedatangan kami. Kami sudah lama tidak bersua muka. Maklum masing-masing punya kesibukan sendiri-sendiri. 

Namun ikatan kekeluargaan yang rapat tetap menjadi faktor yang mempertemukan kami dari masa ke masa. Alhamdulillah.






Dua Bersaudara
Abang Uda dan Izmir





Jamuan makan tengah hari







Makan Beradab Pengantin
Salah satu acara majlis yang berlangsung di pekarangan rumah Izmir 




Mesra Sekeluarga





Haziq dan Noor Syafinar





Kumpulan Serunai dan Gendang
Sekolah Menengah Wakil Negeri







Ahmad Iman Iskandar seronok menonton persembahan kumpulan serunai dan gendang . . . tambahan pula  didukung Abah Shidi . . . ish, ish, ish.






 Abah Shidi dah penat . . . sampai terduduk
 . . .  ish, ish, ish . . . 




Masih tak mahu bergerak pergi . . . 
walaupun di pimpin Atuk  . . . ish, ish, ish . . . 





Penulis dan Zahari (suami Fadilah) 



Izmir adik sepupuku . . . sebelah ibuku (nasab ibu) Zainab binti Mohd Taib. Ibuku kakak kepada Mokhtar bin Mohd Taib . . . bapa Izmir iaitu Pak Ngahku. 

Ibuku Zainab punya seorang lagi adik lelaki Abdul Rahman bin Mohd Taib. Pak Cu aku.

Al-Fatehah kita sama-sama sedekahkan kepada mereka ketiga-tiga beradik ini yang sudah tiada lagi. Mudah-mudahan mereka bahagia di sana dalam penjagaan Allah swt yang maha pengsih lagi maha penyayang. Amin.

Pada hari yang mulia dan penuh makna di rumah sepupuku Izmir . . . selain daripada dapat menyaksikan persandingan anak saudaraku Haziq dengan isterinya Noor Syafinar  dalam suatu majlis perkahwinan yang sungguh menceriakan . . . aku dapat bertemu adik-adik sepupuku yang lain . . .  Fauzia dan keluarganya serta Fadilah dan keluarganya juga. 





Bersanding di dalam rumah . . . 







Kaum keluarga turut gembira . . . 




Mendoakan kebahagiaan kalian berdua . . . .

















Pasangan pengantin yang seia sekata . . . . 



Demikan besarnya hikmah yang tersirat di sebalik majlis pada hari itu. Aku hanya bersyukur kerana kami masih sempat bertemu lagi . . . walaupun setelah bertahun-tahun berlalu.  

Aku sebenarnya sudah kira-kira 20 tahun tidak bertemu Fauzia dan keluarga. Mudah-mudahan selepas ini kami akan dapat berjumpa lebih kerap lagi. Insyaallah. 









Berkenalan lebih dekat . . . bersalam-salaman . . .  semoga pertalian keluarga lebih erat.











Dari kiri :
 Penulis, Alimah (isteri Penulis), Farhana (anak Fadilah), 
Fadilah (adik sepupu Penulis), Fauzia (adik sepupu Penulis),
 xx, xx (anak Fauzia pangku xx)


Setelah saling bertanyakan dan mendapat khabar . . . dan agak lama juga kami berbual-bual . . . aku pun memohon diri untuk pulang.







Seketika sebelum berpisah. Kami saling mengucapkan selamat . . . hingga bertemu lagi.







Semoga kita bertemu lagi Izmir . . . dan Abang Uda mengucapkan selamat menerima menantu dan mudah-mudahan segera bercucu . . . hmm.






Al Izmir bin Mokhtar




Terima kasih kerana mengundang kami ke majlis Izmir. Abang Uda sekeluarga amat menghargai ingatan Izmir terhadap kami. Wassalam.





Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Sunday, July 22, 2012

ELMI Hotel Surabaya


SATURDAY, 14 JULY 2012





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Indah Khabar Dari Rupa?


Sepanjang minggu percutian kami dari 8 - 11 julai 2012 di Surabaya, Indonesia . . . kami menginap di Elmi Hotel. 





Peta Lokasi Hotel ELMI




































Sunyoto gembira memberikan khidmatnya


Hotel ini berlokasi di Jalan Panglima Sudirman, Surabaya Pusat, Indonesia. Dalam laman sesawangnya (hotel website) dinyatakan . . . 

Both for business visits and tours, ELMI Hotel strategically located at the heart of a bustling city . . . " 








Segala urusan penginapan dan tempahan bilik hotel terlebih awal ( booking of hotel and room reservations in advanced ) telah dilakukan dari Malaysia oleh sahabatku  Tuan Hj Sanin aka Jamil. 

Jamil telah menempah dua buah bilik untuk dua pasangan (two couples) . . . dengan katil kembar (double bed set-up) bagi setiap bilik. 

Jamil dengan jelas memohon agar bilik-bilik itu berdekatan atau setidak-tidaknya berada  di aras lantai yang sama (next to each other or at least be on the same floor). 

Tempahannya telah diterima dan disahkan oleh kaunter resepsi hotel tersebut. 

Setibanya kami berempat . . .  iaitu Hj Sanin, Hjh Azizah, Hjh Alimah dan penulis sendiri . . . di ELMI Hotel  pada kira-kira jam 3:00 petang Ahad 8 Julai itu . . . Hj Sanin terus ke kaunter resepsi untuk mendapatkan dua buah bilik yang telah ditempah itu.




Malangnya staf di kaunter resepsi menyatakan hanya sebuah bilik dengan katil berkembar (double bed set-up) yang dapat disediakan. Bilik yang sebuah lagi mempunyai katil yang berasingan (separate beds set-up). 

Apabila ditanya mengapa begitu jadinya walaupun tempahan awal telah dibuat dan disahkan . . . staf di kaunter resepsi tidak dapat memberikan sebab yang jelas atau meyakinkan.

Staf berkenaan sekadar menyarankan supaya salah satu pasangan daripada kami berempat (one of the couples) mengambil bilik berkatil kembar di aras lantai yang berbeza (double bed set-up room on a different floor).

Untuk menghuraikan kebuntuan ini kami membuat keputusan mengambil saja bilik-bilik di aras lantai yang sama walaupun salah sebuah bilik itu hanya menyediakan katil-katil berasingan.
  
Itu kejutan pertama yang kami lalui.

Kejutan kedua pula berlaku apabila kami ke Coffee Shop hotel untuk tujuan sarapan. Kami diperuntukkan 3 hari sarapan di situ.

Pada pagi pertama 9 Julai 2012 kami turun sarapan pada jam 7:45 pagi waktu setempat. Kami tidaklah mengambil pusing sangat tentang kurangnya kepelbagaian (variety) makanan di Coffee Shop itu. 





Apa yang sedikit mengecewakan kami ialah layanan (service) yang tak seberapa diberikan oleh staf yang bertugas di Coffee Shop itu.
  
Jauh sekali senyuman diberikan . . .  air minuman sejuk (air kosong) pun tidak dituang ke gelas yang tersedia di atas meja sehinggalah lama selepas kami memintanya.

Malah kami mengambil minuman teh atau kopi sendirian pada pagi pertama . . . kerana permintaan kami lambat sekali ditunaikan waiter yang bertugas.  

Pada pagi kedua . . . kelemahan layanan (service) yang kami alami itu berulang lagi. 

Ini ditambah pula kelalaian (dan kelambatan) staf mengangkat pinggan mangkuk yang telah digunakan daripada meja tempat kami sedang bersarapan.

Sahabatku Hj Sanin . . .  mantan hotelier berpengalaman di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur . . . amat tidak puas hati dengan layanan sedemikian. 

Beliau hampir sahaja meletakkan pinggan mangkuk yang telah digunakan itu . . . (yang mula bertimbun di atas meja tempat sarapan)
. . . ke atas lantai.

Memetik kata-kata Hj Sanin, "Ini sepatutnya tidak berlaku kerana staf-staf yang bertugas di kala itu (tidak diketahui nama mereka . . . tiada name tag?) bukannya sedang sibuk melaksanakan urusan lain."

Kami yang lain juga turut merasakan tidak diberi layanan yang setimpal dengan apa yang tercatat dalam website  www.elmi hotel.co.id selanjutnya:

". . . offers you a kind of experience, the warm welcome and unique service . . . the ELMI service. A kind of service that makes you remember to stay again.

Hj Sanin lantas memanggil waiter pada hari kedua itu . . . dan menegurnya supaya tidak mengulangi atau mengamalkan sikap yang hanya akan merugikan pihak hotel kelak.

Hj Sanin juga menemui Bapak Purwanto, R & B Manager, ELMI Hotel untuk menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap insiden yang kurang menyenangkan itu. 

[Sambil itu penulis terfikir . . . kalau inilah kehebatan service yang dijanjikan pihak hotel dalam promosi di laman sesawangnya (hotel's website)  . . . maka  realitinya . . . itu hanya "Indah khabar dari rupa".]

Alhamdulillah . . . pada hari ketiga kami di situ . . . 11 Julai 2012 . . . keadaannya berbeza sekali. Mesra dan pantas segala tindakan yang dilakukan para waiter di Coffee Shop hotel. Begitu seharusnya dong. Terima kasih.






Penghargaan yang tidak terhingga kami tujukan kepada Bapak Purwanto yang telah berusaha hingga dapat mengamankan keadaan dalam kadar waktu yang singkat.





Bapak Purwanto F&B Manager sudi ke meja tempat 
kami bersarapan . . .



Mendengar keresahan pelanggan dan
 berdiplomasi menerima teguran . . . 






Bijak menyelesaikan masalah dengan segera . . .



Memulihkan keyakinan dan
memupuk rasa ceria . . . 


Di sini ingin kami menyatakan . . . kami bukanlah pelanggan yang terlalu cerewet . . . 









































. . . kami sekadar mengharapkan sedikit senyuman dan kemesraan  daripada staf di tempat kami menginap . . . agar bertambah ceria dan selesa jadinya percutian kami. 


A little smile goes a long way 





Ps:

Bukan semua staf di ELMI Hotel bersikap tidak bagus. Ada yang amat membantu dan bersedia memahami dan menyelesaikan masalah pelanggan. Penulis ingin merakamkan penghargaan khas kepada chef pembuat scrambled egg di Coffee Shop, staf housekeepingbell-boy atau penjaga pintu di lobby hotel dan penjaga/sekuriti parkir hotel. Terima kasih sekaliannya. 








Bamuda
dsuarang.blogspot.com