Thursday, February 21, 2013

Suatu Ketentuan Ilahi




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Bersilaturahim di Lapangan Terbang


Saigon menjelang malam Ahad 17 Februari 2013 bersamaan 6 Rabiul Akhir 1434H . . .

Suasana di lapangan terbang antarabangsa bandaraya itu yang diberi nama Tan Son Nhat International Terminal biasa sahaja.

Sejak tiba di airport ini pada jam 6 petang tadi . . . aku perhatikan memang sudah ramai orang di situ.

Mereka, seperti aku dan kawan-kawanku Jamil, Abu Bakarudin dan Nadim sedang menunggu pesawat Air Asia untuk membawa kami pulang ke Malaysia. Penerbangan ke Kuala Lumpur dijadualkan berlepas pada jam 9:15 malam.

Setibanya kami berempat di ruang kaunter check-in penumpang . . . aku ternampak ada kerusi kosong di antara beberapa buah kerusi yang dikhaskan untuk para pengunjung dan penumpang yang singgah di ruang itu.

Aku terus menuju ke kerusi kosong di sebelah seorang lelaki . . . segak dan berpakaian kemas . . . yang pada hematku berusia kira-kira antara lewat 50-an dan awal 60-an. 

Aku lantas memberikan salam . . . menegurnya. Lelaki itu membalas salamku . . . dan aku pun duduk di kerusi bersebelahannya. 




Kawan Baru
Penulis duduk bersebelahan Tuan Hj Idris Che Harun




Dari kiri: 
Hj Abu Bakarudin, Hj Sani, Penulis, Hj Idris Che Harun


Lelaki itu yang kemudiannya aku ketahui bernama Idris bin Che Harun . . . tinggal di Bandar Seri Damansara. Beliau berasal dari Kelantan. Beliau sudah bersara daripada kerjayanya di sebuah bank tempatan yang terkenal.





Tuan Haji Idris Che Harun



Beliau bersama-sama keluarganya melancong ke Saigon buat kali pertama . . . tetapi sebelum ini telah pernah pergi ke Hanoi . . . ibu negara Vietnam yang terletak nun jauh ke utara . . . berhampiran sempadan dengan negeri China.







Keratan Peta: 
Saigon (Ho Chi Minh City) di sini
bahagian selatan Vietnam 






Keratan Peta:
Ha Noi di sini
bahagian utara Vietnam






Peta Fizikal:
keseluruhan Vietnam 


Sembang punya sembang . . . berbagai kisah saling kami ceriterakan. Kisah-kisah harian biasa. Tiada topik politik. Tiada umpat-mengumpat atau keji-mengeji.

Cerita kami lebih bersifat kekeluargaan. Hal kerjaya sebelum pencen. Hal anak-anak masing-masing. Kisah-kisah berasaskan pegangan dan kepercayaan agama . . . dan berbagai lagi cerita yang boleh dijadikan motivasi atau diambil iktibar daripadanya oleh kami berdua.






Dari kiri:
Menantu perempuan dan anak lelaki Hj Idris, Hj Sani 



Alhamdulillah . . . kemesraan daripada pertemuan yang singkat ini cepat dapat aku rasakan. Sahabat yang baru aku kenali ini peramah dan mudah diajak berbicara . . . dan dari tutur katanya selama berbicara itu . . . aku percaya beliau seorang jujur yang berperwatakan sederhana dan tulus. 

Para pembaca yang budiman . . . aku menulis kisah ini bukan dengan tujuan memberi sanjungan yang tidak bertempat terhadap seseorang yang baru aku kenali.

Aku menulis ini untuk memaparkan sebuah kisah menarik yang diceritakan beliau kepada aku. Kisah Idris bin Che Harun menunaikan ibadah Haji pada tahun 2009.

Aku terkenangkan zaman aku kanak-kanak dulu. Ustaz yang mengajar aku di sekolah agama rakyat (Masjid Alam Shah, Kuala Lumpur) sering menyebut tentang orang Islam mesti menunaikan Rukun Islam ke-5 . . . apabila sudah benar-benar mampu dari segala segi keperluan menunaikan rukun tersebut.

Selalu aku terfikir . . . kalaulah seseorang itu belum berkemampuan dari segi kewangan . . . bagaimana? 

Cara mana dia hendak melaksanakan tuntutan Rukun Islam ke-5 itu? Tentu sahaja dia mesti terlebih dahulu mencukupkan tabungan wang simpanannya untuk tujuan tersebut!

Menurut cerita Idris Che Harun . . . beliau belum punya cukup wang untuk menunaikan fardu haji pada waktu itu. Maklumlah banyak hal diri dan keluarga yang perlu dibereskan terlebih dahulu. 

Keutamaan perlu beliau berikan kepada urusan kebajikan keluarganya yang masih muda . . . sekitar tahun-tahun awal alaf 2000.

Namun demikian . . . Idris Che Harun tetap bersabar sambil berdoa kepada Allah swt agar mengabulkan hasratnya yang terpendam sejak lama untuk ke Tanah Suci.

Beliau meneruskan kerja-kerja amal dan kerja-kerja kebajikan terhadap masyarakat yang biasa dilakukannya secara sukarela melalui masjid di kariahnya.

Idris Che Harun sering dipanggil dengan panggilan nama 'Haji' oleh para jemaah dan ahli-ahli kariah masjid tempat beliau tinggal walaupun ketika itu beliau belum lagi berstatus sedemikian. 

Berkat sabar dan tekun beramal ibadat . . . kuasa dan ketentuan Allah swt lantas memainkan peranan dan menjadikan impian serta hasrat Idris Che Harun itu suatu kenyataan.

'Kun' kata Allah swt . . . maka berlakulah ia dalam sekelip mata sahaja.

Suatu hari seorang berstatus Datuk bertanya kepada beliau," Idris . . . awak belum haji lagi ke?"

"Belum," jawab Idris singkat.

"Mengapa orang sini panggil haji?" Tanya Datuk itu lagi.

"Entahlah . . . ".

Kemudian Datuk yang juga ahli kariah masjid Bandar Seri Damansara itu terus membuat suatu tawaran kepada Idris. Tawaran yang memeranjatkan . . . tetapi  menggembirakan beliau. Tawaran yang tidak mungkin ditolak oleh mereka yang cukup beriman dan siuman!

Datuk yang budiman itu ingin menghantar Idris suami isteri ke Tanah Suci untuk menunaikan fardu haji. Idris tentunya menyambut tawaran Datuk itu dengan penuh kesyukuran terhadap Allah swt.

Maka segala keperluan kewangan dan urusan pemergian Idris suami isteri ke Tanah Suci pun diuruskan oleh Datuk itu . . . dan berjayalah Idris Che Harun mencapai cita-citanya menunaikan fardu haji lebih awal daripada masa yang dijangkakan. Alhamdulillah.





Keluarga Bahagia

Dari kiri:
 Anak perempuan, isteri, Hj Idris Che Harun, anak perempuan



Tuan Haji Idris Che Harun menyatakan beliau amat bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada Datuk yang berkenaan.

Tuan Haji Idris Che Harun juga menyatakan bahawa ini benar-benar suatu ketentuan Allah swt. Ketentuan-NYA yang disalurkan melalui Datuk budiman itu.

Akhirnya . . . setelah aku 'desak' berkali-kali . . . aku ketahui Datuk itu bernama Zaharul Anuar.

Dan . . . sesungguhnya menjadi suatu kebetulan pula . . . aku pernah mendengar nama Datuk ini disebut oleh  Halmy Zahari (anak sulung lelaki aku) sebagai seorang kawan yang simple, humble dan low-profiled.

[Small world . . . kata omputih . . . he, he.]

Dan . . . begitulah juga pandangan dan pendapat Tuan Haji Idris Che Harun terhadap insan yang bergelar Datuk ini. Secara ikhlas beliau merumuskan begini:

"Datuk ini baik hati dan sentiasa merendah diri sungguh. Bayangkan dia begitu mudah mesra dan ramah-tamah terhadap sesiapa sahaja yang datang ke masjid kariah saya. Malah . . . Datuk ini sanggup bersalaman dengan kanak-kanak sekali pun . . . " 

Mudah-mudahan Allah swt memurahkan rezeki dan memudahkan lagi segala urusan dan kerja baik mereka yang budiman dan berhati ikhlas selama di dunia ini . . . dan . . .  seterusnya memberkati dan merahmati kehidupan merka di akhirat jua buat selama-lamanya kelak.

Amin . . .  Ya Rabbulalamin!



Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Wednesday, February 13, 2013

Kunjungan Putra Aceh


SELASA, 18 DESEMBER 2012

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera




Penghuni d'SUARANG mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan sanak saudara dari Banda Aceh yang sudi datang berkunjung ke sini pada bulan November 2012. Sebagai penghargaan dsuarang.blogspot.com menerbitkan semula artikel (bertarikh  Selasa 18 Disember 2012) tentang kunjungan itu yang ditulis oleh Hijrah Saputra Junus.

Kepada Putra . . . atuk mohon izin menerbit semula artikel anda yang punya ertinya yang tersendiri di hati kami.





Malaysia, Menyusuri dengan Hati



Sudah berapa kali ke Malaysia selalu ada saja cerita yang menarik untuk diceritakan. Tapi keberangkatanku kali ini bukan hanya untuk berwisata tetapi ikut mengantarkan orang tua untuk check up kesehatan dan sekalian mengunjungi Atuk dan keluarga lain yang ada di Kuala Lumpur dan sekitarnya. Menjadi pengalaman tersendiri ketika mengunjungi atuk disana. 

Hijrah, Bapak dan Mamak disambut Opah Alimah di KLIA
Di Bandara Kuala Lumpur International Airport (KLIA) kami sekeluarga disambut dengan hangat oleh seorang perempuan, yang aku tahu selanjutnya, beliau adalah Opah (Sebutan untuk nenek), Opah Alimah. Opah datang bersama Atuk (sebutan untuk kakek) Abdul Majid Baharom. Sambutan yang sangat hangat oleh atuk dan opah, walaupun sempat diwarnai dengan macetnya kursi di bagian belakang mobil yang membuat aku dan adikku harus duduk di lantai mobil selama perjalanan keluar bandara ditambah lagi hujan yang super dahsyat, berkah. ^_^

Perjalanan selanjutnya kami lanjutkan ke rumah Atuk Sani, salah seorang sahabat Atuk Majid. Beliau juga sempat datang ke Banda Aceh dan Sabang, hanya saja saat itu aku sedang melakukan perjalanan Sail Morotai. Kami pun disambut dengan hangat oleh keluarga Atuk Sani. Ada cerita yang menarik tentang persahabatan di antara Atuk Majid dan Atuk Sani, dulunya mereka 3 sahabat yang tinggal 1 asrama tetapi bersekolah di 3 sekolah yang berbeda, dan persahabatan mereka pun awet dan mesra hingga sekarang. Sebagai bukti persahabatan mereka ada foto dan puisi karya Atuk Majid yang dibingkai di rumah Atuk Sani, sungguh luar biasa.
3 Sekawan, tiada lawan
Oh ya, sebelum ceritanya jauh kemana-mana, aku jelasin sekilas tentang Atuk Majid. Atuk Majid memiliki Nama lengkap Abdul Majid Baharom, beliau adalah saudara sepupu dari oma (nenekku) yang sudah lama menjadi kewarganegaraan Malaysia. Yang aku tau dan sering dengar, ada kesamaan yang dimiliki antara aku dan Atuk Majid, kami berdua suka menulis sesuatu di blog. Ga kebayang kan punya seorang atuk yang juga seorang blogger? How cool are we? hehe.

Mau tau info selengkapnya tentang Atuk Majid, jangan sungkan-sungkan untuk berkunjung kesini, http://dsuarang.blogspot.com

“Likes to live simple....... and will stay simple”

Ada banyak hal yang bisa kupelajari dari Atuk Majid, mulai dari filsafat hidup, bisnis bahkan sampai berkomunikasi. Seringkali selama di D’Suarang (sebutan untuk rumah Atuk Majid) kami menghabiskan malam hingga pagi hari untuk bercerita, aku tau atuk capek, tapi ada kebahagiaan yang terpancar di wajah beliau ketika menceritakan sesuatu yang beliau kerjakan semasa hidup beliau, beliau berkata, “selalu berusaha menjadi orang yang terdepan dan terbaik, agar nantinya dapat bercerita kepada anak cucu kita,” sambil membuka Scraptbook yang telah dibuat beliau sebagai salah satu bukti sejarah, sangat menarik. 

D'Suarang, bukan rumah Gadang, sekedar tempat menumpang
Mamak dan Bapak di D'Suarang bersama Atuk dan Opah
Yang cukup menarik dari keluarga Atuk, semua rumah di keluarga atuk punya nama dan cerita masing-masing. Seperti rumah atuk yang berada di Keramat Ampang-Ulu Kelang (AU), namanya D’Suarang. Kata atuk, Suarang itu berasal dari bahasa Minangkabau yang artinya harta yang diperoleh oleh suami istri selama masa perkahwinan (Kamus Dewan Edisi keempat halaman 1528). 
Sesuai dengan namanya, hal itu juga yang kurasakan selama berada di rumah atuk. Atuk tidak pernah membeda-bedakan orang, Walaupun notabenenya kami adalah cucu dari sepupunya (Oma kami), tapi beliau menganggap kami seperti layaknya cucu beliau langsung, ya setidaknya itu yang kurasakan, ada rasa nyaman dan seperti punya seorang kakek yang dulu pernah kurasakan ketika masih kecil (ketika Opa masih hidup). :’). Ada lagi rumah Onyang (Sebutan untuk buyut) H. Lokman di Taman Seri Segambut diberi nama Bagas Bahagia, yang artinya kurang lebih Rumah Bahagia, menarik ya?
Rumah Onyang Lokman
Bicara tentang Atuk Majid tidak bisa terlepas dengan Opah Alimah. Melihat Atuk dan Opah ini seperti melihat pasangan yang selalu menjadi impian orang-orang, bahagia sampai kakek nenek. Walaupun memiliki karakter yang berbeda-beda, Atuk yang aktif, tegas dan selalu bersemangat, Opah yang penyabar dan lemah lembut, sepertinya saling melengkapi, inilah contoh perbedaan yang memberikan keindahan tersendiri. Kata Opah, “bila sesuatu apapun yang terjadi pertengkaran ataupun pertikaian, sebisa mungkin diselesaikan hanya berdua saja, jangan sampai diketahui oleh orang lain,bahkan oleh anak sendiri,”. Sungguh contoh yang luar biasa untuk diteladani.
Our beloved Atuk Majid dan Opah Alimah
Yaah, harus beresin kerjaan lagi, postingannya kita lanjut nanti ya... (Bersambung)

4 komentar:

weather station mengatakan...
hiii ceritanya seru gan
timbangan digital mengatakan...
mantap gan ceritanya
Hijrah Saputra (Heiji) mengatakan...
Terimaksih yaa...tunggu lanjutannya
Hijrah Saputra (Heiji) mengatakan...
Makasih yaa....main 2 ke sabang

Tuesday, February 12, 2013

Dulu dan Sekarang (4)






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Sembang . . . sembanglah tentang ‘adat’ dan ‘pantang larang’ orang Malaysia yang berbeza-beza dulu dan sekarang.    




Dulu: 


Orang kita betul-betul belajar memandu . . . motosikal, kereta, van, lori, atau treler dsb.

Pengajar individu dari sekolah memandu tegas mengajar cara memandu yang betul dan selamat. Undang-undang dan peraturan jalan raya dan lalulintas yang mesti dipatuhi. Pemandu-pemandu lain yang perlu dihormati apabila sama-sama menggunakan jalan raya.

Pendeknya banyak perkara diajar walaupun nampak remeh supaya pemandu kenderaan nanti tahu apa yang diperlukan daripada mereka.

Bukan setakat ambil kunci kereta dan terus memecut secara tergesa-gesa atau terburu-buru!

Bayangkan pada waktu dulu cara memberi signal atau isyarat ketika memandu pun ditunjuk ajar oleh pengajar dengan terperinci.

Contohnya dulu tiada signal automatik. Kena pakai signal tangan. 

Kena buka tingkap. Kena hulurkan tangan keluar dan tunjukkan isyarat hendak membelok ke kanan atau ke kiri atau isyarat untuk memperlahankan kelajuan kenderaan atau isyarat untu berhenti, dll. 

Orang dulu-dulu tetap menuruti nasihat pemandu dari sekolah memandu itu . . . dan yang paling penting . . . mempraktikkan apa yang telah diajarkan. 



Sekarang: 


Orang kita dah tak pandang sebelah mata pun tentang pentingnya beretika apabila memandu di jalan raya. 

Contohnya apabila memandu pusing keliling di bulatan  (round about) ramai yang sudah tak ambil kisah siapa lalu dahulu siapa lalu kemudian. Redah sahaja!

Ramai pemandu seolah-olah tidak pernah belajar bahawa sepatutnya orang yang memandu kenderaan di sebelah kanan mereka yang harus diberikan laluan dahulu.

Selalu juga terdapat kejadian perlanggaran kenderaan berlaku di susur keluar (jalan kecil ke jalan utama).

Ini kerana pemandu yang memandu kenderaan dari jalan kecil ke jalan utama itu tidak mahu berhenti (atau malu nak beralah . . . takut tak nampak ‘macho’ pula).

Mereka itu tidak mahu (malas sangat?) memastikan terlebih dahulu bahawa jalan utama itu sudah benar-benar selamat untuk dimasuki.

Maka nanti akan berlakulah pergaduhan dll yang biasanya merugikan kedua-kedua pihak akhirnya!

Berbalik kepada perbuatan memberi signal tadi. Kalau dulu orang malas berbuat demikian patut jugalah . . . nak kena keluar tangan dan berbagai macam lagi. Mungkin meyusahkan sedikit.

Sekarang semua dah automatik . . . pun susah juga nak beri signalkah?

Petik sahaja suis yang berkenaan . . . biarlah lampu signal itu ‘berluplapluplip’ (maaf DBP ini istilah buatan sendiri).

Apa takut habis bateri atau takut mentol signal itu terbakar kalau berbuat demikian? 

Kalau para pemandu kenderaan masih berdegil dalam hal ini atau enggan memberi signal mengikut keperluan ketika memandu . . . rasanya pembuat kenderaan pun tidak perlu bersusah payah lagi menyediakan kemudahan peralatan signal

Kalau tanpa peralatan signal ini . . . harga kenderaan dapatkah dikurangkan sedikit?  Ha, ha, ha . . . he, he, he.

Kesimpulannya . . . berilah signal menunjukkan arah yang hendak dituju. Kasihanlah pada pemandu lain yang dari hadapan atau yang mengikuti di belakang . . . takut-takut tak tercium mulut nanti tercium punggung ! 



Sebenarnya ada banyak lagi ‘adat’ dan 'pantang larang' ganjil yang diamalkan orang sekarang. Nanti kita bincangkan lagi apabila berkesempatan pada waktu yang lain. 

Sementara itu sudi-sudilah berkongsi perkara-perkara begini dengan saya.

Perkara-perkara begini walaupun nampak remeh tetap mendatangkan pengaruh yang mendalam terhadap budaya dan gaya hidup masyarakat kita sehari-hari.

Budaya dan gaya hidup yang kita terima sebagai moden dan sedang berkembang maju dengan pesatnya sekarang!

Soalnya . . . benarkah kita sudah benar-benar maju sekarang? Kalau kita menganggap diri kita begitu . . . apakah amalan nilai-nilai kehidupan yang tidak menyenangkan seperti dikisahkan di atas merupakan sebahagian daripada harga yang perlu kita bayar dalam mengejar kemajuan? 

Jawapannya . . . terserah kepada apa sebenarnya yang anda mahukan! 




Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Monday, February 11, 2013

Dulu dan Sekarang (3)



    

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Kita sambung lagi sembang-sembang tentang ‘adat’ dan ‘pantang larang’ orang Malaysia dulu dan sekarang.


Dulu: 

Orang kita mengamalkan cara hidup mudah. Biasa sahaja. Mereka bersekolah, belajar atau bekerja pada siang hari dan beriadah atau bersukan pada sebelah petang (jarang-jarang sangat mencecah malam) .

Mereka patuh dengan kehendak hidup yang lumrah di alam ini!

Mereka bijak menggunakan waktu. Mereka tetap punya masa untuk beramal ibadat dan menjalani hidup bermasyarakat. 

Kalau lain daripada cara hidup yang begitu, orang dulu-dulu akan dicap sebagai manusia berperangai ganjil atau pelik. Lebih teruk mereka dikatakan menjalani hidup ‘songsang. 



Sekarang: 

Orang kita dah tak peduli waktu. Siang asyik buat macam-macam sampai dah tak ada masa. Waktu yang tinggal hanya pada sebelah malam . . . atau biasanya melewati dinihari (kadang-kadang menjelang subuh atau selepasnya!)

Jadi aktiviti bersukan kenalah dilakukan pada waktu yang dulunya orang di muka dunia ini sedang nyenyak tidur.

Tetapi tidak pula timbul sebutan atau teguran terhadap gaya hidup yang dahulunya dikatakan ‘songsang’.

Malah bermain futsal kini sudah merupakan suatu trend bagi orang sekarang. 

Tak apalah asal jangan ‘songsang’ lain . . . asalkan jangan sampai tidak mampu bangun untuk bersolat subuh . . . atau siangnya asyik berterusan tidur hingga susah nak bangun untuk lain-lain ibadat.

Bangun-bangunlah sementara boleh!



Orang dulu-dulu main congkak bawah rumah dan main dam haji dalam rumah . . .  itu pun hanya pada waktu lapang .

Waktu berjaga tetap berjaga dan waktu tidur pula mesti tidur . . . bukan vice versa.





Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Sunday, February 10, 2013

Dulu dan Sekarang (2)



  


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Kita sembang lagi tentang ‘adat’ dan ‘pantang larang’ orang Malaysia dulu dan sekarang.    


Dulu: 


Orang kita tidak berani naik satu basikal dua orang (sama ada menumpang di palang hadapan atau duduk di atas carrier belakang).

Mereka tidak boleh berbuat demikian kerana ada semacam ‘kebiasaan' peraturan lalulintas yang tidak membenarkan perbuatan itu. 

Polis akan mengejar lantas menahan mereka yang melakukan ‘kesalahan’ itu. Apabila ‘tertangkap’ . . . nasib tidak baik . . . orang dulu-dulu yang melanggar ‘peraturan’ itu boleh dibawa ke balai polis dan dikenakan tahanan atau denda. 


Sekarang: 


Polis nampaknya memang tidak berapa kisah jika ada orang kita yang naik basikal dua orang (apatah lagi sekarang sudah amat kurang basikal digunakan oleh orang kita!) 

Tetapi . . . malangnya orang kita kini beralih pula kepada perbuatan bebas menaiki motosikal dengan muatan lebih daripada dua orang (tiga atau empat orang pun ada!) 

Mereka tidak pula dikejar atau ditahan oleh polis seperti yang dilakukan kepada orang yang ‘bercarry’ naik basikal dulu-dulu. 

Mengapa ya? 

Mungkin motosikal sekarang dah terlalu banyak macam basikal pada masa dulu. Siapa pun boleh tunggang . . . tanpa lesen dan tanpa menghiraukan soal had umur layak   atau pemahaman undang-undang atau peraturan jalan raya dan lalulintas. 

Atau, agaknya polis nak kejar pun dah tak larat. Motosikal kan lebih bergerak cepat! 

Mungkin juga polis dah terlalu banyak kerja lain yang hendak diuruskan! 

Orang kita pula agak-agaklah sedikit . . . janganlah menunggang motosikal nak disamakan pula dengan menaiki basikal . . . termasuklah tak payah pakai topi keledar. 

Kepala dah keras? Atau . . . dah keras kepala? 



Apo kato ekau Jang? Suko atilah?

Teman nulih ni pun suke-suke aje . . . 

Cakap pun tak guna . . . tentu dah berbuih mulut mak bapak masing-masing menasihat . . . atau mak bapak tu yang memerlukan nasihat . . . apabila ada pula di antara mereka yang dengan selamba membawa lebih dua atau tiga orang penumpang di atas motosikal masing-masing.

Atau . . . lebih hebat lagi . . . ada ibu bapa yang meletakkan anak kecil mereka di atas riba sambil mereka memandu kereta. 

Kadangkala tangan anak itu berpaut kepada stering kereta itu seolah-olah beraksi memandu juga.

Mungkin saja anak itu hendak dilatih menjadi co-driver rally racing dari bayi lagi . . . ya lah kata orang nak melentur buluh biar dari rebungnya atau nak pupuk skill biar dari zaman bayi . . . hmm. 



Bamuda
dsuarang.blogspot.com