Sunday, February 9, 2014

Kunjungan Kekeluargaan





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Mengubati Kerinduan 


Tengah hari semalam, Sabtu 8 Februari 2014 Alimah, Halim dan Shafini menemani aku ke 'Teratak Lindungan'. 


'Teratak Lindungan' itu nama rumah kediaman Pak Uda Nadzar dan Mak Uda Zaleha. 


Tujuan utama kami untuk bertemu pasangan suami isteri ini dan bertanyakan khabar. 

Sudah agak lama kami tidak bersua muka dengan mereka.

Pak Uda aku ini ialah Tuan Hj Mohd Nadzar bin Mohd Shariff dan Mak Uda pula bernama Puan Hjh Zaleha Mohd Jamil. 

Pak Uda Nadzar yang terkenal juga dengan panggilan Cikgu Nadzar di kalangan teman-temannya adalah bapa saudara penulis . . . adik kandung (ketiga) kepada ayahanda penulis sendiri . . . Allahyarham Tuan Hj Baharom bin Mohd Shariff.

Aku memang sudah lama tergerak hati untuk menemui ayahanda dan bonda saudaraku ini. 


Tetapi, oleh kerana mereka berada di Kelantan buat jangka waktu yang lama juga pada waktu-waktu kebelakangan ini . . . maka aku biarkan terpendam sahaja hasratku itu.

  





Halim dengan Pak Uda Nadzar . . . 






Lama dah saya nak ke mari Opah . . . 

Dari kiri:
Mak Uda Zaleha, Alimah, Halim 


Bagaikan dirancang-rancang . . . anakku Halim . . . ketika datang ke rumahku pada minggu yang lalu pernah menyatakan keinginannya bertemu dengan 'Tok Uda' dan 'Opah Uda'.


"Dah lama Halim tak jumpa Atuk dan Opah," kata Halim.


"Sejak bekerja semula di Malaysia tak berapa kali saja Halim dapat bertemu mereka," sambungnya.

" Terasa rindu pula," katanya lagi.


Sebenarnya aku pun berperasaan begitu. Aku pun rindu juga kepada Pak Uda dan Mak Uda aku itu.


Lantas aku menyarankan kepada Halim:

" Apa kata hujung minggu ni kita ke rumah Tok Uda?"


Halim setuju. Maka terjadilah kunjungan kekeluargaan ini. 






Apa Khabar Pak Uda dan Mak Uda?

Dari kiri:
Mak Uda Zaleha, Alimah, Halim, penulis, Pak Uda Nadzar


Alhamdulillah . . . banyak kepuasan yang dapat aku rasakan daripada kunjungan kami selama kira-kira dua jam ke 'Teratak Lindungan'.





Kami baru balik dari Kelantan . . . 

Dari kiri:
Shafini, penulis, Pak Uda Nadzar





Lama juga Pak Uda dan Mak Uda di Kelantan ya . . . 

Dari kiri:
Shafini, penulis, Pak Uda Nadzar





Ha ah . . . diambil Noli . . . berehatlah kami . . . 

Dari kiri:
Mak Uda Zaleha, Alimah, penulis, Pak Uda Nadzar





Pak Uda masih bawa kereta?

Dari kiri:
Mak Uda Zaleha, Alimah, Shafini, penulis, Pak Uda Nadzar


Kami dapat berkongsi cerita baru dan lama. Cerita kekeluargaan semuanya.





Alah kalau dekat-dekat je boleh le . . . 

Dari kiri: 
Mak Uda Zaleha, Alimah, penulis





Kalau jauh kena pakai drebar le pulak . . . hahaha

Dari kiri:
Mak Uda Zaleha, Alimah, Shafini


Sambil bersembang-sembang dengan Pak Uda Nadzar dan Mak Uda Zaleha, aku ditunjukkan beberapa album foto lama milik bapa saudaraku itu.






Penulis membelek-belek album milik Pak Uda Nadzar






Ha . . . baru teringat . . . gambar lama tu ada ke?


Ada beberapa keping gambar di dalam album-album itu menarik perhatianku. 

Pada pandanganku gambar-gambar yang berkenaan cukup 'istimewa'. 





Baru Bernikah 

Zaman muda Pak Uda Nadzar n Mak Uda Zaleha 
(Sikit punya handsome ke Pak Uda dan tak kurang cantiknya Mak Uda) 






Keluarga bahagia

Depan (dari kiri):
Mohd Nadzar Mohd Shariff, Zulkifli Mohd Nadzar,
 Fuziah Mohd Nadzar, Normala Mohd Nadzar, Zaleha Mohd Jamil

Belakang (dari kiri): 
Feridah Mohd Nadzar, Mohd Nazri Mohd Nadzar, Kamaruddin Mohd Nadzar





Mohd Nadzar dan isteri Zaleha Jamil





Setahun sebelum bersara

 Pak Uda Nadzar di kampus Universiti Malaya KL 






Bertemu Presiden Republik Indonesia

Pak Uda Nadzar berdiri no. 4 dari kiri barisan ke-3 dari depan . . .
 berpakaian suit gelap (bertanda bintang kuning)



Untuk mengembalikan nostalgia . . . (kepada kita semua yang sudah cukup dewasa) dan memupuk semangat menghargai keluarga dan keluarga besar (di kalangan generasi muda/terkini yang belum 'lahir' pada waktu itu)  . . . terhadap hakikat betapa eratnya hubungan dan pertalian silaturahim yang sudah terjalin di kalangan ahli-ahli keluarga kita sejak zaman itu, aku rasa terpanggil untuk memaparkan gambar-gambar berikut.





Dari kiri:
Zainal Abidin Shariff, Zaitun, Zaleha Jamil, Baharom Shariff, Saliah Kasirim






Dari kiri:
Khusaini Shariff, Mohd Nadzar Shariff, 
Zainal Abidin Shariff, X, Saliah Kasirim





Bonda Saliah n Mak Uda Zaleha bersama (x) . . . 






Dari kiri:
X, Mohd Nadzar Shariff, X, Baharom Shariff






Dari kiri:
Baharom Shariff, Zaleha Jamil, Saliah Kasirim, X, x, Normala Nadzar, x, X





Dari kiri:
Mohd Nadzar Shariff, Zaleha Jamil, Saliah Kasirim, x, X, X, Baharom Shariff , x






Dari kiri:
Zaleha Jamil, Mohd Nadzar Shariff, Baharom Shariff, Saliah Kasirim





Dari kiri:
Zaleha Jamil, Normala Nadzar, Baharom Shariff, Saliah Kasirim





Di hadapan pintu masuk utama Muzium Negara KL

Dari kiri:
Hasnawati, Normala Nadzar, Salina Shamsuddin (?), Aminah Shariff






Di rumah Abang Long Azman (Allahyarham) di Kelang


Berdiri dari kiri:
Mohd Nadzar Shariff (Pak Uda), Agus Salim (Abang Agus -Indonesia),
 Mohd Azman Baharom (Abang Long), Baharom Shariff (Bapak), Penulis.


Duduk dari kiri:
Zainab @ Zaleha (Mak Andak), Normala Nadzar,
 Hasnawati (Kak Hasna - Indonesia), Zaleha Jamil (Mak Uda),
Che Som @ Afidah (Kak Long), Aminah Mohd Shariff (Wan Cik).


Depan dari kiri:
Zuraida Khusaimi (?), Salina Shamsuddin (?), 
(membelakang kamera)
Nur Sharina Azman, Mohd Azurin Azman





Zaleha Jamil n Aminah Shariff






Perkahwinan Abd Wahab Nordin n Norlin Osman
(Green Park Rawang - 31 Mac 1978)


Berdiri dari kiri:
Mohd Nadzar Mohd Shariff (Pak Uda), Mohd Idris Mohd Said (Pak Uteh), Baharom Mohd Shariff (Bapak), Abd Wahab Nordin, Mohamad Arish Abdul Malik (Abang Arish), Norlin Osman, Baharuddin Osman (Tok Sulung), Ahmad Kamal Mohd Shariff (Pak Ngah), Khusaini Mohd Shariff (Pak Andak), Osman Mohd Said (Pak Usu).

Duduk dari kiri:

Zaleha Mohd Jamil (Mak Uda), Zaharah (Mak Uteh), Ramlah Abdul Manan (Mak Uda), Amnah Mohd Arif (Mak Usu), Che Enda, Che Wa, Ainun (Opah)




[*Semua panggilan dalam blog ini mengikut pangkat penulis dengan mereka yang difoto. Mohon maaf andainya terdapat kesilapan penulisan panggilan, nama/identiti seseorang di mana-mana. Sila beri tahu penulis jika kesilapan begini terjadi. Maklum . . . zaman gambar ini dirakamkan sudah begitu lama berlalu.] 







Bergambar Ramai di Kuantan

Dari kiri:
Saliah Kasirim (Emak), Baharom Shariff, 
Mohd Nadzar Shariff, Zaleha Jamil, Norain Osman (Kak Ain)







Di Kuantan, Pahang (rumah Shahrin n Norain)

Dari Kiri:
Saliah, Zaleha, Mohd Nadzar,
 Norain Osman, Shahrin Abd Ghani (Abang Shahrin)





Serombongan ke Kelantan 
. . . di rumah keluarga Muhammad (suami Normala Mohd Nadzar) . . . 







Di rumah (kuarters tentera?) Wan Idris / Aminah Osman di Kelantan

Dari kiri:
Baharom Shariff, Normala (Noli) Nadzar, 
Saliah Kasirim, X, Zaleha Jamil, X, Aminah Osman, Wan Idris




Selain daripada itu, kami juga bertanyakan khabar satu sama lain khususnya sepanjang tempoh kami tidak dapat bersua muka kerana kejauhan. 









Mohd Nadzar membaca kisah kekeluargaan 
yang tersiar dalam blog beberapa waktu dahulu 




Tepat jam 1:30 petang terdengarlah seruan azan dari masjid yang berdekatan.

Aku dan ahli-ahli keluargaku pun memohon diri untuk berangkat pulang.








Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P)


[Darjah kebesaran ini dikurniakan Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah 
kepada Tuan  Hj Mohd Nadzar bin Mohd Shariff pada 19 April 2009]



Tuan Hj Mohd Nadzar dan Puan Hjh Zaleha, kami semua akan terus mendoakan agar Allah SWT mengurniakan segala bentuk kebajikan dan kesejahteraan buat diri anda berdua.






Tuan Hj Mohd Nadzar n Puan Hjh Zaleha



Paling utama, Pak Uda dan Mak Uda . . . semoga sihat dan berbahagia selalu. 



Insya-Allah kita dapat bertemu lagi dalam suasana mesra dan  riang seperti pada hari ini. Amin.






. . . singgah sebentar di sini . . . 


WASSALAM



dan . . . al-Fatihah untuk semua mereka yang telah pergi mendahului kita . . . semoga roh mereka ditempatkan di semulia-mulia tempat di sisi Allah SWT. Amin.



[Penghargaan:

1. Setinggi-tinggi penghargaan untuk Pak Uda Nadzar kerana mengizinkan penulis menerbitkan semula gambar-gambar lama miliknya.

2.Terima kasih diucapkan kepada Noor Shafini atas sumbangan tenaga sebagai juru gambar dalam kunjungan ini.]





bamuda
dsuarang.blogspot.com

Friday, February 7, 2014

Bodoh Sombong






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Renungan Jumaat



Kita sering mendengar perkataan "bodoh" dilemparkan terhadap seseorang yang tidak melakukan sesuatu dengan betul atau yang membuat sesuatu pekerjaan tidak mengikut arahan yang diberikan. 


Kata "bodoh" juga kerap digunakan orang apabila memarahi seseorang atau ketika tidak berpuas hati dengan sikap seseorang itu.

Orang cenderung menghukum seseorang lain 'bodoh' hanya kerana orang yang dikira 'bodoh' itu tidak mengikut kata atau kehendaknya.

Ada individu dicap 'bodoh' semata-mata kerana tidak mahu terikut-ikut dengan pegangan seseorang, sesuatu kelompok atau organisasi yang dianggapnya songsang.

Ada pula individu yang memang betul-betul 'bodoh' tetapi tidak sedar bahawa dirinya  itu 'bodoh'. 

Individu seperti ini masih boleh dimaafkan walaupun dia terlepas pandang akan kekurangan dirinya sendiri!

Ini kerana perkataan "bodoh" membawa maksud "sukar mengerti atau mempelajari sesuatu". 

Ertinya lambat-laun si 'bodoh' ini akan dapat jua memahami apa yang diajarkan kepadanya itu.

Paling tidak menyenangkan ialah apabila berhadapan atau berurusan dengan individu yang menganggap dirinya pandai.

Individu jenis ini merasakan dirinya serba tahu dan bijak dalam segala hal.

Apabila ditegur akan kelemahannya dalam sesuatu bidang ilmu atau kekurangan daya fikirnya tentang pengendalian sesuatu perkara . . . dia tidak menerima teguran itu dengan berlapang dada.

Malah besar kemungkinan dia akan 'melenting'!

Mengapa jadi begini? Penulis bukan hendak 'memperbodohkan' sesiapa tentang soal 'bodoh' ini . . . tetapi 'kebodohan' amat terserlah pada diri individu seperti ini . . . yang tidak mahu menerima hakikat bahawa dirinya kurang cerdik.

[Tak boleh guna perkataan 'bodoh' terhadap individu seperti ini . . . kelak terjejas egonya.]

Individu kelas ini sebenarnya tergolong dalam golongan 'bodoh sombong' . . . bodohnya tak terajar, pandainya tak terikut!

Sikap individu yang egois ini menyebabkan dia sukar menerima pandangan orang lain apatah lagi mendengar atau menuruti nasihat yang diberikan kepadanya. 

Apapun, belum cacat orang yang dihukum 'bodoh' . . . lebih rosak mereka yang 'bodoh' tapi 'sombong' @ 'bodoh sombong'.


Penulis ingin mengingatkan diri sendiri sambil sekadar cuba mengingatkan para pembaca di luar sana . . .

"Jangan terlalu mudah kita menghukum orang lain 'bodoh' pada hal kita sendiri belum tentu cukup bijak!"


Biar aku akhiri siaran kali ini dengan nukilan: 


Bodoh


 Ada bodoh separuh 
Ada bodoh seluruh
Ada macam bodoh 
Ada bodoh sungguh! 

Buat bodoh?
Tak sungguh-sungguh 
Buat macam bodoh!

Bodoh-bodoh alang?
Bodoh tak matang
Bodoh alang-kepalang!

Bodoh bukan kepalang?
Bodoh pagi sampai petang
Bodoh tertiarap bodoh terlentang!

Bodoh sombong?
Bodoh tinggi hidung
Bodoh tak sedar untung
Bodoh dibenci seluruh kampung!

Bodoh gila-gila?
Bodoh tak beretika
Bodoh cari perhatian
Bodoh tak berketentuan!

Bodoh keturunan?
Bodoh budaya yang diwariskan
Bodoh ini perlu dikawal selia
Jika tidak . . . 
Bodohlah sampai bila-bila!




bamuda
dsuarang.blogspot.com

Tuesday, February 4, 2014

Ahmad Fareeq Hakim






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Majlis Akikah dan Kesyukuran



Penulis mendapat undangan daripada Lt Kolonel Hj Basri Omar PGB (Bersara) dan Kapten (U) Luqman Hakim serta isteri beliau Siti Nur Asilah Basri untuk hadir di Wisma Perwira Kota, Kuala Lumpur pada Ahad 2 Februari 2014 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1435H .








Kad Jemputan




Basri adalah datuk kepada Ahmad Fareeq Hakim . . . anak sulung pasangan ibu bapa muda Siti Nur Asilah Basri  dan Luqman Hakim.

Ahmad Fareeq Hakim merupakan cucu kedua Basri dan isteri Hjh Siti Zawiyah Abd Aziz. 

(Cucu pertama Basri dan Zawiyah seorang perempuan . . . anak sulung pasangan suami isteri Mohd Hanif dan Siti Nur Nazehah.)

Alhamdulillah . . . penulis dan ahli-ahli keluarga terdiri daripada isteri Alimah dan anak-anak Rashidi, Mazlyn, Lyana, Afzan serta cucu Ahmad Iman Iskandar dapat jua hadir dalam majlis ini. 







Menyertai Acara Marhaban


Pada mulanya program ini bertindan dengan batas waktu suatu majlis perkahwinan anak saudara penulis di Kulim, Kedah. 

Namun . . . kerana penulis ada anak-anak lain yang dapat mewakili diri ke majlis di Kulim itu . . . penulis terfikir lebih afdal memenuhi undangan di Kuala Lumpur sahaja. 

Majlis akikah dan kesyukuran ini dipenuhi bacaan selawat dan marhaban serta diserikan dengan persembahan qasidah Ya Hanana oleh kumpulan Maahad Tahfiz al-Quran al-Imam al-Syafie beralamat di Jalan Merpati, Taman Zoo View, Ampang, Selangor. 







[ Promosi khas buat mereka yang prihatin lagi dermawan ] 




Pada akhir acara . . . tahlil ringkas dan doa memohon keselamatan dan kebahagiaan bayi yang diraikan dan semua tetamu yang hadir serta ahli-ahli keluarga dan sanak saudara masing-masing . . . juga seluruh kaum muslimin dan muslimat dibacakan.

Mudah-mudahan Allah SWT mengabulkan segala permohonan doa kita dan merestui setiap tindakan kebaikan dan berkebajikan yang kita lakukan sepanjang hidup ini. Amin.






STOP PRESS

btw . . . si cilik Ahmad Fareeq Hakim kita ni nampaknya penyokong tegar . . . Chelsea FC. Sukarela ke atau terpaksa mengikut arus? Hehe . . . 












bamuda
dsuarang.blogspot.com


Friday, January 31, 2014

Pertunangan Nizam n Aziana






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Kalau Jodoh Tidak Ke Mana


Tadi . . . pada kira-kira jam 3:00 petang Jumaat 31Januari 2014 . . . penulis menyertai suatu rombongan dari Kampung Nakhoda Selayang ke Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

Hari ini hari Tahun Baru Cina. Penulis bukan menyertai rombongan merayakan Tahun Baru Cina. Penulis ada tugas khas yang hendak dilaksanakan di Bandar Baru Sentul. 

Tugas khas itu diberikan abang penulis, Tuan Hj Ismail Baharom dan isteri beliau Pn Hjh Zaleha Moid. 






Tuan Hj Ismail Baharom






Pn Hjh Zaleha Moid



Penulis diminta menjadi juru cakap bagi pihak rombongan bakal pengantin lelaki dalam suatu majlis merisik dan bertunang.








Pihak bakal pengantin perempuan
menunggu dengan penuh kesabaran

Dari kiri:
Tuan Hj Aziz, Tuan Hj Ahmad, Tuan Hj Nazri








Selamat datang . . . apalah hajat tuan ke mari . . .  

Dari kiri:
Penulis, Tuan Hj Adnan, Aziz






Pihak lelaki mengemukakan hajat . . . 

Dari kiri:
 Ismail, penulis, Adnan (Imam pihak perempuan)







Kami ada dua hajat sekali gus . . . 

Dari kiri:
Penulis, Adnan, Aziz







Nyatakanlah . . . kami ingin mendengarnya . . .

Dari kiri:
Ismail, Nazri, juru gambar (pihak perempuan)








 Pembuka kata . . . merisik 'kembang' di rumah ini . . . 

Penulis n Adnan


Majlis diadakan untuk bakal pasangan pengantin Khairol Nizam dengan Aziana Mohd Nazri bermula pada kira-kira jam 3:45 ptg.







Kiri : Aziana Mohd Nazri       Kanan: Khairol Nizam Ismail 


Alhamdulillah kata sepakat antara kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tercapai dengan 
agak segera . . . dalam suasana yang penuh mesra.







Kalau begitu kita lakukan acara 'merisik' dahulu . . . 

Dari kiri:
Penulis. Adnan, Aziz, Ahmad






Dah selesai nanti senang pula kita buat yang lain . . . 

Dari kiri:
Adnan, Aziz, Ahmad, Nazri





Dah diberi 'lampu hijau' ni . . . baguslah . . . boleh kemuka hajat lagi . . . 

Dari kiri:
Penulis, Adnan, Aziz






Kami mendengar ni . . . 

Dari kiri:
Aziz, Ahmad, Nazri





Saya nak buat satu permintaan lagi . . . 

Dari kiri:
Penulis, Adnan, Aziz




Upacara pertunangan berlaku setelah risikan diterima oleh pihak wanita . . . pada awal majlis.





Apalah pula agaknya kali ni . . . 

Dari kiri:
Aziz, Ahmad, Nazri








Kita tanyalah saja . . . pakcik . . . 

Dari kiri:
Aziz, Ahmad, Nazri, jurugambar 






Ya tuan . . . apa pula hajat kedua . . . kalau boleh kami tahu?

Dari kiri:
Aziz, Ahmad, Nazri






Tadi cincin merisik . . . sekarang cincin tanda pertunangan pula 
. . . bagaimana tuan . . . moga setuju . . . 

Dari kiri:
Penulis, Adnan, Aziz




Insya Allah . . . hajat yang baik . . . tak kanlah kami persia-siakan saja . . . 

Dari kiri:
Penulis, Adnan, Aziz

Dua bentuk cincin bagi kedua-dua acara disediakan oleh pihak Nizam untuk diberikan kepada pihak perempuan sebagai tanda merisik dan bertunang dengan Aziana.







Dua bentuk cincin yang dihantar kepada pihak perempuan.
 Sebentuk cincin merisik . . . sebentuk lagi cincin bertunang




Menjelang waktu asar pada hari itu termeterailah perjanjian mempersetujui Nizam menjadi tunangan kepada Aziana.








Kiri: Mohd Nazri (bapa Aziana)    Kanan: Aziz (bapa saudara Aziana)
  






Aziana di pelamin pertunangan






Aziana di pelamin menanti disarungkan cincin . . . 






. . . oleh bakal ibu mentuanya . . . Zaleha Moid






. . . duduk bergambar sebentar . . .





Cincin disarungkan Zaleha ke jari Aziana . . . 





. . . perlahan-lahan dengan penuh hati-hati . . . 






. . . sambil didoakan pasangan yang bertunang ini 
akan terus berbahagia selamanya






ha . . . dah pun selesai . . . 





Mencium tangan yang menyarungkan cincin . . . 






. . . tanda hormat terhadap bakal ibu mentua


Penulis dan ahli-ahli keluarga yang turut serta dalam rombongan upacara merisik dan meminang Aziana ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak tuan rumah yang telah dengan penuh mesra dan berbudi tinggi menerima kedatangan kami semua.





















Seluruh ahli kedua-dua keluarga mendoakan segala yang terbaik untuk pertalian yang baru terjalin di antara Nizam dan Aziana ini.






Aziana bersama bakal ibu dan bapa mentua 
. . . Ismail n Zaleha






Foto kenangan hari bahagia

Dari kiri:
Aziana, Zaleha, Ismail






Aziana n Zaleha





Pasangan yang baru bertunang

Nizam (kanan) n Aziana





Aziana n Nizam . . . 




diminta hadirin merakamkan . . . 





beberapa foto lagi . . . 





Aziana bersama Mak Uda Alimah






Aziana diapit Pak Uda dan Mak Uda






Kali ini . . . Aziana diapit Arah dan Acik Yah






Dengan keluarga Pak Kantan

Dari kiri:
Arah, Aziana, Acik Yah, Pak Kantan (Yazid Moid)






Nizam n Aziana bersama Pak Uda, Mak Uda dan Royha'izam






Dari kiri:
Adnan, penulis, Aziana, Ismail, Aziz







Kiri: Adnan n penulis     Kanan: Ismail n Aziz






Dari kiri:
Ismail, Adnan, Aziz, penulis







Kita  satu keluarga . . . 

Dari kiri:
Nazri, Ismail, Adnan, Aziz, penulis 



Mudah-mudahan Allah SWT seterusnya merestui hubungan kasih sayang antara dua insan ini . . sehingga ke akhir hayat mereka.







Sebelum berpisah . . . 





. . . saling bertukar hadiah . . . 





. . . menjadikan kemesraan semakin terserlah





Alhamdulillah . . . 




Alhamdulillah . . . 





ALHAMDULILLAH



Insya Allah . . . kita berjumpa lagi dalam majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan Nizam dan Aziana . . . setahun dari sekarang. Amin.





Assalamualaikum . . .  


   

. . . hingga kita semua dapat bertemu lagi dalam keadaan riang gembira . . . menjelang tahun hadapan.


[Penghargaan: 
Ucapan terima kasih penulis tujukan kepada Royha'izam Basri yang menyumbangkan foto-foto dalam keluaran ini.]
  





bamuda
dsuarang.blogspot.com