Tuesday, July 1, 2014

Jom Ke Melaka






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Melaka oh Melaka


Kata orang . . . kunjungan para pelawat ke Malaysia belum dikira 'sah' jika mereka tidak ke Melaka!

Melaka bandaraya bersejarah di selatan Semenanjung Malaysia. 

Banyak peristiwa bersejarah zaman berzaman yang bersangkutan dengan keadaan sosial, politik dan ekonomi Malaysia masa kini pernah terjadi di bumi Melaka.

Antara zaman bersejarah yang dilalui negeri Melaka ialah era penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris .

Suatu peristiwa besar yang paling ketara kesannya terhadap haluan kehidupan di Malaysia ialah perisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu / Malaya (nama lama Malaysia) daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1957. 




















Maka pada pagi Sabtu 24 Mei 2014 penulis, Alimah, Lyana dan Afzan pun berangkat membawa para tetamu kami ke Melaka.

Jom . . . Nanee, Intan, Ayi, Icha, Faris dan Alief . . . kita ke bandaraya bersejarah ini!



















Intan dan Nanee sudah pernah ke Melaka . . . tetapi seperti biasa bagi para pelancong yang mengikuti 'tour group' . . . waktu tetap tidak mencukupi bagi mereka berjalan-jalan di sana dengan seselesanya. 

Namun begitu kami dapat juga membawa para tetamu dari Medan dan Sabang ini ke beberapa tempat menarik di bandaraya Melaka . . . termasuk Banda Hilir. 








































'Spot' lain yang sempat dikunjungi tertera dalam siaran lain blog ini.  

Kami berada di bandaraya Melaka seharian dan hanya bergerak pulang ke Kuala Lumpur pada petang hari yang sama.









































Semoga para tetamu kami seronok jua berkunjung ke Melaka . . . bandaraya yang bersejarah . . . walaupun dihambat gesaan batas waktu. 

Lain kali kita aturkan lawatan yang lebih selesa . . . insha Allah.

  


bamuda
dsuarang.blogspot.com


Monday, June 30, 2014

Tetamu Seberang Baru Tiba






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Selamat Datang




Jumaat 23 Mei 2014 penulis bersama Halmy dan Shafini ke KLIA 2 untuk menyambut kedatangan 6 orang tetamu . . . 3 keponakan dan 3 cucu.



Lima mereka dari Medan, Sumatera Utara manakala seorang dari Sabang (Pulau Weh) Aceh. 

Nanee dan Intan (keponakan penulis) serta Icha, Faris dan Alief (cucu penulis) dari Medan tiba di KLIA 2 tepat pada jam 3:30 ptg seperti dijadualkan. 

Ayi dari Sabang yang juga keponakan penulis tiba lewat kira-kira 45 minit kemudian daripada jadual asal. 

Apa pun, Alhamdulillah semua mereka selamat tiba.

Penulis membawa mereka ke d'SUARANG terlebih dahulu sebelum meneruskan program / acara kunjungan mereka ke Malaysia dari 23 Mei hingga 29 Mei 2014. 






















Para tetamu kami ini disediakan akomodasi di rumah Halim dan Shafini selama mereka bercuti di sini.










































Mudah-mudahan kesemua mereka senang dengan program / acara yang telah diatur ahli-ahli keluarga penulis untuk mereka.































































Terima kasih atas kesudian kalian berkunjung ke d'SUARANG.





bamuda
dsuarang.blogspot.com


Songket KL






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Maaf Kalau Capek


Jumaat 8:30 mlm. 23 Mei 2014. Para tetamu kami baru sahaja tiba dari KLIA 2 petang tadi. Tentunya mereka masih 'capek'. Namun begitu mereka tetap 'sporting' dan bersemangat apabila ditanya sama ada mereka sanggup dibawa keluar makan malam dalam masa sesegera itu.

Kami ke Songket KL. Buat apa ke tempat tenunan kain pula? Bukankah 'songket' itu sejenis kain tenun bersulam benang emas atau benang perak yang amat terkenal di Malaysia?

Ya benar . . . 'songket' fabrik berwarna warni yang popular dan istimewa buatannya. Kain 'songket' berasal dan banyak terdapat ditenun di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia . . . lebih tepat lagi Terengganu dan Kelantan.

Kain 'songket' Malaysia dipakai dalam majlis-majlis atau perayaan-perayaan khas dan tertentu sahaja. Tidak dipakai setiap hari! Begitu info ringkas tentang kain 'songket' Malaysia.

Malam itu kami bukan ke tempat tenun 'songket'. Kami ke sebuah restoran di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Restoran Songket yang terkenal di kalangan pengunjung bandaraya ini.







Restoran ini istimewa kerana menghidangkan makanan-makanan Malaysia yang enak sambil mempersembahkan kesenian tradisional Malaysia dalam bentuk nyanyian dan tarian yang  pasti menarik perhatian dan minat para pengunjungnya.


Ramai pelawat dari luar negara berkunjung ke mari untuk makan tengah hari atau makan malam. 

Persembahan kesenian biasanya diadakan pada sebelah malam . . . menambahkan romantis suasana di Restoran Songket. 




















Maka pada fikiran penulis . . . para tetamu kita dari Indonesia ini harus juga dibawa ke mari . . . agar tidak ketinggalan dengan para pelancong antara bangsa yang lainnya!

























Walaupun Intan dan rombongan belum sempat benar-benar beristirahat dan pastinya masih 'kecapekan' ketika itu . . . 






















. . . penulis sekeluarga berharap mereka semua tetap terhibur sambil menjamu selera seenaknya di Restoran Songket KL.
































In simple terms . . .  hopefully all of you have had an enjoyable time at the Songket Restaurant.  

At the least . . . just sit back, relax and enjoy the 'ambient setting of d evening' that incorporate a presentation of contemporary wood furniture and minimalist decoration. 




















































Terima kasih penulis dan keluarga ucapkan kepada para tetamu kita Nanee, Intan, Ayi, Icha, Faris dan Alief kerana sudi melapangkan waktu turut serta dalam acara sekeluarga malam ini.









Berikut kita abadikan kenangan berkumpul di sini melalui foto-foto di sekitar Restoran Songket  KL. 














































Mudah-mudahan kita dipertemukan lagi pada masa hadapan dalam ikatan silaturahim yang semakin erat dan terus penuh berisi kemesraan. Salam.













Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah pada acara malam ini . . . Halmy n Liza.















bamuda 
dsuarang.blogspot.com