Wednesday, July 2, 2014

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Segalanya Bermula Di Sini



Di tapak ini . . . di bumi Banda Hilir, Melaka yang bertuah ini . . . telah berlaku suatu peristiwa yang amat bersejarah dan bermakna bagi 'tanah tumpah darahku'. 
























Pada awal Januari 1956, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Ketua Menteri, Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) telah mengetuai delegasi ahli parti Perikatan ke England untuk berunding dengan pihak penjajah Inggeris tentang tuntutan kemerdekaan bagi Malaya. 

Setelah berjaya mendapat persetujuan pihak Inggeris untuk memerdekakan Malaya pada 31 Ogos 1957, delegasi Malaya itu pun kembali ke tanah air membuat pengisytiharan pada 20 Februari 1956.


Pengisytiharan dibuat di padang Banda Hilir, Melaka berhadapan pesisiran laut Selat Melaka. 







Melaka dipilih sebagai tempat membuat pengisytiharan kemerdekaan yang bersejarah itu atas sebab-sebab simbolik. 

Di sinilah pencerobohan asing mula berlaku sebelum Semenanjung Malaya dijajah keseluruhannya. 


Melaka ditawan Portugis pada tahun 1511 dan kemudian diambil alih oleh Belanda pada 1641. Kemudian pada tahun 1824 Melaka diserahkan pula kepada pihak British.


Demikian secara ringkas tentang mengapa tempat ini dijadikan tapak Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan negara ini. 


Jom kita tinjau sebentar pameran bahan sejarah pra kemerdekaan Malaya yang terdapat di dalam bangunan memorial ini.































































































































































Mudah-mudahan dapat jua kita memahami dan menghargai erti dan faedah kemerdekaan yang diusahakan para pemimpin kita yang terdahulu.









Hujan 'emas' di perantauan tidak akan pernah sama harganya berbanding hujan 'air tulen' di tanah tumpah darahku sendiri!


Ya Allah, peliharalah negaraku Malaysia agar terus-terusan aman dan makmur . . . Alhamdulillah.




bamuda
dsuarang.blogspot.com

Tuesday, July 1, 2014

Jom Ke Melaka






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Melaka oh Melaka


Kata orang . . . kunjungan para pelawat ke Malaysia belum dikira 'sah' jika mereka tidak ke Melaka!

Melaka bandaraya bersejarah di selatan Semenanjung Malaysia. 

Banyak peristiwa bersejarah zaman berzaman yang bersangkutan dengan keadaan sosial, politik dan ekonomi Malaysia masa kini pernah terjadi di bumi Melaka.

Antara zaman bersejarah yang dilalui negeri Melaka ialah era penjajahan Belanda, Portugis dan Inggeris .

Suatu peristiwa besar yang paling ketara kesannya terhadap haluan kehidupan di Malaysia ialah perisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu / Malaya (nama lama Malaysia) daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1957. 




















Maka pada pagi Sabtu 24 Mei 2014 penulis, Alimah, Lyana dan Afzan pun berangkat membawa para tetamu kami ke Melaka.

Jom . . . Nanee, Intan, Ayi, Icha, Faris dan Alief . . . kita ke bandaraya bersejarah ini!



















Intan dan Nanee sudah pernah ke Melaka . . . tetapi seperti biasa bagi para pelancong yang mengikuti 'tour group' . . . waktu tetap tidak mencukupi bagi mereka berjalan-jalan di sana dengan seselesanya. 

Namun begitu kami dapat juga membawa para tetamu dari Medan dan Sabang ini ke beberapa tempat menarik di bandaraya Melaka . . . termasuk Banda Hilir. 








































'Spot' lain yang sempat dikunjungi tertera dalam siaran lain blog ini.  

Kami berada di bandaraya Melaka seharian dan hanya bergerak pulang ke Kuala Lumpur pada petang hari yang sama.









































Semoga para tetamu kami seronok jua berkunjung ke Melaka . . . bandaraya yang bersejarah . . . walaupun dihambat gesaan batas waktu. 

Lain kali kita aturkan lawatan yang lebih selesa . . . insha Allah.

  


bamuda
dsuarang.blogspot.com