Wednesday, July 16, 2014

Bertarawih Sahaja?






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Pandangan Seorang Bukan Ustaz


Setiap kali berpuasa pada bulan Ramadan kita tidak pernah dilepaskan atau terlepas daripada kewajipan bersolat fardu lima waktu sehari semalam. 

Kenanganku menelusuri zaman aku kanak-kanak. Ingatanku kembali kepada ajaran dan nasihat Ustaz kampungku dulu.

Ketika itu aku tidak begitu mengerti tentang apa yang patut dipentingkan atau mana yang harus lebih diutamakan.  

Aku belum dapat memahami sedalam-dalamnya ajaran dan nasihat Ustaz kampungku pada waktu itu . . . setiap kali dia membicarakan betapa pentingnya perkara paling asas dalam mempelajari sesuatu difahami terlebih dahulu . . . lebih-lebih lagi berkaitan hal-hal menyangkut hukum hakam keagamaan. 


Hal berpuasa pada bulan Ramadan dan kemestian bersolat fardu dalam menjalankan ibadat puasa itu (malah bersolat fardu wajib sepanjang hayat!) sering ditekankan Ustaz kampungku kepada kami.  


Hingga kini suara Ustaz yang bernada lembut tetapi tegas itu seolah-olah masih kedengaran menerangkan:



Rukun Islam lima perkara. Pertama mengucap dua kalimah shahadat. Kedua sembahyang lima waktu sehari semalam. Ketiga puasa pada bulan Ramadan. Keempat mengeluarkan zakat dan fitrah. Kelima naik haji ke Baitullah.


Ajaran dan nasihat yang bertubi-tubi diasak ke telingaku menjadikan aku amat hafal dengan susunan Rukun Islam . . . malah aku mampu 'mengajuk' intonasi (selamba dan berlagu) Ustaz kampungku ketika mengajar. 


Aku masih dapat membayangkan perwatakan Ustaz kampungku yang berhemah tinggi itu. Tidak menengking. Tidak marah-marah . . . jauh sekali bersikap bengis. 


Ustaz kampungku tidak gemar menghina atau memerli orang. Tidak suka menghukum hamba Allah yang lain. Tidak memperlekehkan sesiapa pun. Beliau mengajar kerana Allah SWT.


Tidak berjeda masa berlalu. Sudah melampaui banyak batas waktu. 

Tebal kesedaran dalam diri bahawa bersolat lima waktu sehari semalam harus lebih penting kedudukannya berbanding berpuasa pada bulan Ramadan (tanpa menafikan bahawa kedua-dua rukun ini diwajibkan ke atas semua umat Islam.)


Ringkasnya . . . kepada aku yang bukan ustaz ini . . . bersembahyang lima waktu sehari semalam (yang disifatkan sebagai tiang agama itu) jelas berada di tangga teratas berbanding berpuasa pada bulan Ramadan.


Namun senario 'ganjil' yang sering kita temui pada bulan Ramadan hari ini ialah hampir semua orang kuat berpuasa. Kuat bersembahyang Tarawih (sunah muakkadah). Namun tidak ramai yang kuat mendirikan solat fardu lima waktu sehari semalam. 


Hampir semua orang bermati-matian menjaga dan mempertahankan puasa mereka. Tetapi tidak ramai pula mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakan solat fardu lima waktu sehari salam ketika berpuasa Ramadan. 

Keadaan ini semakin ketara menjelang Hari Raya Aidilfitri. Pada ketika itu ramai yang akan terlalu sibuk dengan persediaan untuk menyambut kedatangan 1 Syawal hinggakan terlalai untuk bersembahyang. 


Pandangan yang ingin penulis ajukan melalui ruang siaran kali ini ialah . . .  elakkanlah sekadar berkejar-kejaran melakukan solat bermusim seperti ini!

. . .  dan . . . 


Janganlah biarkan tanggung jawab menunaikan solat fardu menjadi semacam amalan yang kian hilang karekter 'wajib' dalam tuntuan agama kita. 


Mengapa sampai jadi begini ? Entahlah . . . mungkin terlepas pandang, tak punya kesempatan waktu atau semata-mata kerana tidak pandai bersyukur! 


Sekadar ingatan bersama. Wallahuaklam.




bamuda
dsuarang.blogspot.com

Tuesday, July 15, 2014

Worthy of Note






Assalamualaikum n Greetings 



A Happening Remembered  


Photographs speak wider than words! Herein some selected moments recorded at Dewan Perkasa in the vicinity of the Ministry of Defence (Mindef) one Friday afternoon of May 9 2014.  








d stage




My involvement here was just as an ordinarily invited layman to witness the launching of a very historically significant title Reminiscences of Insurrection written by Lt Colonel Mohd Azzam bin Hanif Ghows (Rtd).







With author Lt Col Mohd Azzam bin Haniff Ghows (Rtd)



Malaysia's renowned statesman . . . former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohammad . . . officiated at the launch. A job he did with such simplicity but with much articulated excellence.







Tun Dr Mahathir Mohammad on stage with Lt Col Mohd Azzam (Rtd)



His presence as always caused much excitement among the audience who were overwhelm with admiration for his off-the-cuff speech and matter-of-fact comments. 

I shall always think of the appropriateness to have attended the event . . . and consider it a privilege to have met many celebrated figures at the occasion. 
   






With 'stage director of event' Lt Col Rahman






With Mr Sager Ahmad (ex NST Defence Reporter)








With Dato' Mohd Yasin Yusof (ex Supt of Poliice)
 and
 Tan Sri Yuen Yuet Leng (ex Dep Com of Police)








With Maj Gen Dato' Megat Mahmud (Rtd)








With (L to R)
 Maj Gen Dato' Megat Mahmud (Rtd); Gen Tan Sri Yaacob Mohd Zain
 (ex Chief of the Armed Forces); Lt Col Basri Omar PGB (Rtd)









With Tan Sri Gen Hashim bin Mohd Ali (ex Chief of the Armed Forces)








With Tun Mohammed Haniff Omar (ex Inspector General of Police)




The icing on the cake was the moment when yours sincerely had the opportunity to come face-to-face with the Right Honourable Tun Dr Mahathir Mohammad . . . shook his hands, managed an utterance of some respectable words . . . and getting an immediate 'diplomatic' response from him!







With Tun Dr Mahathir Mohammad

Writer: 
Just want to tell you this . . . Tun 
Tun:
Ha apa dia?
Writer:
 I've waited over many long years to shake your hands . . . 
Tun:
(in a highly diplomatic manner) 
I waited that long too . .. you tak mai pun . . .  




All said and done . . . what a colourful happening that afternoon's outing proved to be!

Alhamdulillah.





bamuda
dsuarang.blogspot.com

Monday, July 14, 2014

Alah Bisa Tegal Biasa






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Beraktiviti Serampang Dua Mata 


Alhamdulillah . . . pada hari Sabtu 12 Julai 2014 bersamaan 14 Ramadan 1435H . . . telah dapat diadakan suatu majlis perjumpaan keluarga di d'SUARANG.


Majlis berlangsung dari waktu Maghrib hinggalah hampir waktu tengah malam. 












Majlis diisi dengan acara solat berjemaah Maghrib dan Isyak serta solat sunat Tarawih. 





































































































































Bacaan tahlil dan doa dilakukan pada penghujung majlis . . . dipimpin Tuan Hj Suhaimi Baharuddin yang juga mengimamkan ibadat bersolat pada malam ini. 





































Sebenarnya aktiviti begini telah menjadi amalan tahunan keluarga Tok Shariff / Tok Said / Onyang Konah (keluarga besar PTS) pada setiap bulan Ramadan.

















Sudah menjadi kelaziman pada hari Sabtu setiap minggu dalam bulan Ramadan ahli-ahli PTS akan bergilir-gilir menjadi hos majlis tersebut di atas. Amalan ini dilakukan secara sukarela. 

Kini sudah hampir 15 tahun ahli-ahli PTS melaksanakan amalan serampang dua mata (beribadat dan bersilaturahim) ini. 



















Alhamdulillah hingga sekarang aktiviti yang murni ini masih dapat diteruskan ahli-ahli pelapis dalam PTS walaupun ramai ahli senior (pengasas dan penggalak aktiviti sepanjang tahun-tahun terdahulu) telah kembali rahmatullah. 








































Penulis berharap pada masa-masa hadapan ramai lagi ahli akan tampil memberikan sokongan yang cukup bersepadu terhadap aktiviti-akiviti PTS sedemikian rupa . . . demi memperkukuh semangat kesepakatan dan kemuafakatan sesama kita. 







































Mudah-mudahan Allah SWT terus memberkati usaha kita dan mengizinkan perlaksanaan amalan murni ini berlaku untuk suatu jangka waktu yang cukup lama lagi.




















































Terima kasih dan penghargaan khas penulis tujukan kepada semua ahli keluarga dan sanak saudara yang telah sudi hadir di d' SUARANG menjayakan majlis perjumpaan keluarga dalam bulan Ramadan yang mulia ini. 

Alhamdulillah. 




*Catatan:
Terima kasih kpd Halim Majid juru gambar majlis.





bamuda 
dsuarang.blogspot.com