Monday, November 2, 2015

Mestikah Semua 'A'?





Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Sebenarnya 'A' Untuk Siapa?

(ulangan cerita lama setiap kali musim peperiksaan tiba. . . )



Musim peperiksaan sekolah tiba lagi. Murid-murid 'bertungkus-lumus' dan 'bergelut' menggunakan akal sedaya upaya menghadapi peperiksaan.

Lebih tepat kalau dikatakan 'bertarung' memeras minda untuk mencapai keputusan terbaik (jika tidak pun yang terunggul) dalam peperiksaan mereka masing-masing. 

Pihak media cetak dan elektronik tempatan juga tidak putus-putus menyiarkan berita tentang perkara ini. 

Ternyata sudah menjadi 'terlalu utama' hal peperiksaan begini . . . lebih-lebih lagi hal nak skor sebanyak-banyak 'A' . . . kalau boleh semua sekali!

Saya teruja mencatatkan sedikit kenangan / pemerhatian tentang hal peperiksaan sekolah. Sedikit pandangan . . . situasi dahulu dan sekarang. 

Saya percaya para pembaca juga ada kenangan (dan pandangan) masing-masing dalam hal peperiksaan seperti ini . . . 

Catatan yang saya buat di sini bukan bertujuan menidakkan kepentingan peperiksaan sekolah. Cuma saya berharap dapat mencetuskan sedikit 'keterbukaan' minda tentang fenomena peperiksaan ini. Kesannya terhadap nilai hidup warga Malaysia sendiri.

Kesan yang boleh dijadikan iktibar (kalau mahu) kepada kita semua dalam usaha mengejar kejayaan yang sebenar dalam hidup ini !





Keratan Akhbar 
(Harian Metro Isnin 2 November 2015)



Dulu ibu bapa tidak peduli sangat atau tidak mengambil berat sama ada anak mereka mendapat pelajaran yang secukupnya di sekolah.

Ibu bapa hanya menghantar anak ke sekolah untuk belajar supaya bila dewasa nanti boleh dapat kerja dan boleh sara hidup sendiri.

Ibu bapa juga berharap anak mereka dapat membantu mereka meringankan 'beban' keluarga yang ditanggung (setelah mereka bekerja nanti.)

Apa yang mereka tahu atau ambil berat ialah anak itu mesti lulus periksa. Asal lulus cukup. Tak lulus kena hukum. Dapat hadiah 'roti panjang' (istilah orang dulu-dulu untuk sebatan dengan rotanlah tu!)

Tak pernah kecoh di mana-mana fasal dapat berapa banyak 'A' dalam apa-apa peperiksaan pun! Tahu-tahu anak itu dah habis sekolah. Jadi orang juga!

Ramai yang setelah dewasa dan berkeluarga tahu tanggung jawab menanggung dan membimbing ahli keluarga mereka.

Ramai orang besar-besar atau orang kenamaan sekarang adalah merupakan hasil didikan keluarga zaman dahulu.

Memang kita akui pendidikan dan pelajaran asas penting untuk memajukan para anggota sesebuah masyarakat.

Tetapi . . . tak semua mereka yang berjaya sekarang mendapat semua 'A' dalam setiap peperiksaan yang mereka duduki!

Tak semua pula mereka yang mendapat berpuluh-puluh 'A' dalam setiap peperiksaan yang mereka ambil . . . berjaya dalam hidup mereka!

Jadi bersederhanalah hendaknya dalam 'meraikan' kejayaan dalam setiap peperiksaan sebegini pada setiap kali tahun berlakunya.

Kadang-kadang terasa macam kita terlalu menghebohkan sesuatu 'pencapaian' awal yang belum pasti menjanjikan 'pencapaian' sebenar pada akhirnya!

Sekarang anak sekolah mesti pergi kelas tambahan. Mesti pergi tuisyen. Mesti menghafal dengan tepat apa yang dipelajari. Mesti mengulangkaji setiap pelajaran dengan tidak jemu-jemu. Mesti jadi murid terbaik (walaupun di luar kemampuan mereka!)

Mesti skor semua 'A'. Mesti bercita-cita tinggi. Mesti jadi doktor, peguam, jurutera atau akauntan ... dan banyak 'mesti-mesti' lain lagi.

Kalau anak malas belajar, ibu bapa yang menggantikan tempat mereka itu !

Ibu bapa merancangkan segala aktiviti pembelajaran anak supaya mereka tiada alasan untuk menolak 'penyiksaan' atau 'penderaan' mengasah minda hingga tajam.

Ibu bapa yang tetapkan sasaran yang anak mesti capai (skor paling hebat atau dahsyat ditetapkan oleh ibu bapa moden sekarang ke atas 'ayam sabung' masing-masing.)

Apa tak 'ayam sabungnya'? Berlawan-lawan nak lebih baik daripada anak-anak sekolah yang lain.

Kadang-kadang kerja untuk aktiviti ko-kurikulum pun ibu bapa yang buatkan ... kadang-kadang tok nenek pun jadi mangsa untuk buat kerja cucu!

Kalau dapat 10 hingga 20 'A', maka kembang kempislah hidung ibu bapa menahan bangga! Kalau kurang berjaya cuba lagi bermati-matian lain kali. 

Jangan terkejut, ada ibu bapa yang sanggup 'bertunggu bertangga' kalau pun tidak 'berumah' di sekolah demi kemajuan anak mereka. 

Tak buat gitu nanti tak berjaya pula. Pada mereka ini, kalau nak berjaya dalam hidup seseorang murid mesti skor 10 atau 20 'A' atau lebih . . . straight 'As'!

Kesimpulannya murid sekarang mesti berhempas pulas 'skor' untuk ibu bapa. Untuk kepuasan ibu bapa mereka, tidak syak lagi. 

Nanti senanglah si ibu bapa itu nak beri tahu orang ... anak mereka bijak ... bolehlah pula buat perbandingan dengan orang lain yang anaknya tak berapa 'skor'.

Nanti bolehlah tanya,


"Anak U macam mana ... dapat berapa A?"

" Anak I ... ... ... tak sangkalah ... dapat semua A ... I ingat habis kuat, dua tiga A saja".


Atau, nanti boleh keluarkan kata-kata simpati atau beri semangat konon kepada orang yang anaknya kurang mendapat berpuluh A ... 


"Kesian anak si polan itu ... tak tahu macam mana dia tak dapat A ... Dia taklah tak pandai sangat , tau...".


"Tak apalah U, cuba lagi pada masa depan... nasib baik anak U dapat B (atau C ...)"


" Anak si polan tu lagi teruk ... entah apalah nak jadi nanti..."


Ironinya, mereka yang heboh hendakkan anak mereka maju dalam pelajaran di sekolah (akademik) tidak pula berusaha memastikan anak-anak mereka itu terdidik dalam hal ehwal kerohanian atau kegamaan ... tidak dilatih anak-anak itu berbudi bahasa atau berhemah tinggi.

Tidak dilarang anak-anak itu terpengaruh dengan budaya samseng atau budaya kuning. Tidak dibimbing mereka menolak ajaran songsang.

Tidak dielakkan mereka daripada pemahaman mendapatkan sesuatu dengan jalan kekerasan ...

Pendeknya, ada banyak kes dalam mana anak-anak yang mendapat berpuluh-puluh 'A' itu tidak diasuh supaya boleh dan pandai menggunakan kecerdikan atau kebijaksanaan mereka dengan cara yang betul untuk menjadi pemimpin masa depan yang benar-benar boleh dipanggil bakal pewaris negara Malaysia.

Janganlah semakin bijak semakin tidak menghormati orang lain pula. Janganlah kerana sudah terlalu bijak tidak pula sayang kepada agama, bangsa dan negara sendiri. 

Belajarlah menjadi tukang skor berpuluh-puluh 'A' juga dalam banyak lagi bidang untuk kesempurnaan hidup di dunia ini ... yang akhirnya ... membawa ke akhirat jua!

Fikiran, pandangan, pertimbangan, sikap dan tindakan mesti turut bertaraf 'A'!

Sekadar sama-sama beringat. Terima kasih.







bamuda
dsuarang.blogspot.com




Thursday, October 29, 2015

Buruk Sahajakah Facebook?









Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera





Facebook oh Facebook
(pertama kali disiarkan Monday 18 November 2013)


Ahad November 17 2013 bersamaan 13 Muharram 1435H


Penulis dan isteri berada di Kg Sesapan Batu Rembau, Beranang, Selangor . . . 



Kami ke situ kerana memenuhi undangan Tuan Faizal Hassan dan Puan Norlayly Mat Noor. Mereka pasangan suami isteri yang masih tergolong muda.



Mereka berhajat mengadakan kenduri kesyukuran berpindah ke rumah baru (sambil menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20 . . . penulis diberi tahu kemudian). 

Maka ucapan selamat juga untuk Tuan Faizal dan Puan Norlayly daripada kami sekeluarga.


Pasangan ini adalah ibu dan bapa saudara (Mak Chu n Pak Chu) kepada Mohd Rashidi Ali (menantu penulis).











Pasangan Empunya Rumah

Tuan Faizal Hassan dan Puan Norlayly Mat Noor




Istimewanya . . . Norlayly dan Faizal menjemput kami melalui facebook(fb) sahaja. 


Mudah dan cepat . . . tapi paling ketara . . . ikhlas!




Conversation started Tuesday





Assalammualaikum tuan dgn sukacitanya saya ingin menjrmput tuan seisi keluarga ke majlis kenduri kesyukuran masuk rmh,pada 17hb ahad ini..majlis bacaan yassin ytahlil akn diadskn sblm zohor (12tghri)..dikg sesapan batu rembau,beranang sel.moga kehadiran tuan seisi keluarga betambah serilh majlis kami..






Waalaikumsalam Pn Norlayly Mat Noor . . . Terima kasih sudi menjemput kami sekeluarga ke majlis puan pada Ahad 17 Nov ini. In Shaa Allah . . . andai tiada aral dan paling penting . . . diizinkan jua olehNYA . . . dptlah kami cuba sama-sama memeriahkan majlis puan kelak.






Semua seisi rmh dijemput ye tuan...rmh saya bkn rmh kak long kt broga....kg sesapan batu rembau....





Maka dengan berbesar hati dan atas semangat ingin mewujudkan tali persaudaraan yang lebih erat . . . kami* tiba di rumah Faizal dan Norlayly pada kira-kira jam 11:30 pagi.



*(Penulis, isteri, ibu mertua dan seorang cucu sebenarnya dipandu sampai ke situ oleh Mazlyn, anak penulis, yang juga isteri kepada Mohd Rashidi. Rashidi sedang menjalani peperiksaan di UM ketika itu dan akan menyusul ke situ kemudian kelak.)

Setiba di perkarangan rumah baru Norlayly dan Faizal . . . penulis lantas masuk ke ruang tamu rumah yang berkenaan kerana ingin turut sama dalam acara membaca surah Yassin yang sudah pun bermula. 

Selesai bacaan surah Yassin . . . bacaan tahlil dan doa selamat pula dilakukan. 

Alhamdulillah . . . segala acara terlaksana dengan baik.

Kami kemudiannya dipersilakan menjamu selera (makan tengah hari) oleh tuan rumah di bawah lindungan khemah yang terdiri di hadapan rumah itu. 







Berbual Santai 

Penulis 
dengan Tuan Hj Zohari sesudah makan tengah hari 








Menjamu Selera



Dari kiri:
Hjh Alimah, 
Mazlyn (pangku Ahmad), Hjh Maimunah 









Kenalan Baru

Tuan Hj Ibrahim dan para jemputan lain








Trio Lama

Dari kiri:
Tuan Hj Zohari, Tuan Hj Ibrahim, Penulis




Akhirnya . . . pada kira-kira jam 2:30 petang penulis 'terpaksa' memohon diri untuk pulang . . . kerana ada lagi acara lain yang menanti dipenuhi penulis di KL.

Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah yang telah sudi mengundang kami ke majlis yang penuh keceriaan dan keikhlasan bersilaturahim ini.

Panjang umur ada rezeki . . . in shaa Allah kita berjumpa lagi.






Pasangan Berbahagia


Tuan Faizal dan Puan Norlayly









Kenangan Mesra


Dari kiri:
Puan Norlayly, Tuan Faizal, Penulis







Inti cerita siaran blog penulis kali ini jelas memfokus kepada usaha insan saling mengeratkan silaturahim.


Akan tetapi . . . ada sesuatu perkara lain yang ingin penulis paparkan juga di sini. Polemik penggunaan facebook!


Ramai yang menghukum facebook sebagai sesuatu yang mendatangkan banyak buruk daripada baiknya.


Ada yang berpendapat kemudahan facebook kurang sesuai untuk orang tua kerana menurut mereka golongan remaja sahaja yang gemar menggunakannya bagi tujuan mencari couple masing-masing dan seterusnya memadu asmara!


Ada pula yang berpendapat bahawa penggunaan facebook merupakan aktiviti yang mensia-siakan waktu tanpa mendatangkan sedikit manfaat pun . . . melekakan dan mengkhayalkan pengguna di alam maya!


Dan . . . banyaklah lagi yang diperkatakan oleh mereka yang "bijak-bijak sendirian berhad."


Ironinya ada di antara individu-individu begini yang tidak pernah menggunakan facebook atau tidak tahu atau tidak mahu tahu bagaimana menggunakan kemudahan facebook yang tersedia . . . dengan cara berdisiplin dan memanfaatkan!







Ikatan Persaudaraan


Dari kiri:
Tuan Hj Zohari, Puan Norlayly,
 Tuan Faizal, penulis




Alangkah ceteknya pandangan dan pemikiran end user yang sedemikian tentang teknologi moden ini!


Sebaliknya facebook kalau digunakan dengan bijak dan berhemah dapat mendatangkan banyak faedah kepada setiap lapisan anggota masyarakat atau ahli sesebuah komuniti.

Contohnya, dalam usaha mencegah jenayah, meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan negara, bangsa dan agama, menimbulkan keprihatinan terhadap usaha memperbaiki taraf hidup, kesihatan dan ekonomi rakyat, seterusnya meningkatkan status kemajuan warga Malaysia di mata masyarakat antara bangsa . . . dll.


Elakkan penggunaan songsang facebook yang mendokong kerja-kerja maksiat dan yang bersubahat dengan penyebaran kelucahan, fitnah, gosip liar dan khabar angin yang tidak berasas.


Jauhkan diri daripada beraktiviti facebook andai semata-mata bertujuan untuk menimbulkan prasangka atau mewujudkan kebencian terhadap pihak lain.


Janganlah jadikan facebook alat yang memudahkan segala kerja berniat jahat atau kerja mengaibkan mana-mana individu atau perkumpulan.


Gunakanlah facebook dengan cara betul dan sebaik mungkin. Facebook pasti dapat memudahkan urusan harian seseorang . . . dan telah terbukti membantu dalam usaha yang memerlukan kederasan tindakan.








Kita Bersaudara


Dari kiri:
Tuan Razali, Tuan Rahim, Penulis, 
Tuan Mat Zain, Tuan Faizal, Tuan Hj Zohari









Keceriaan Jadi Kenangan


Dari kiri:

Tuan Mohd Rashidi, Tuan Razali, Tuan Rahim,
 Penulis, Tuan Mat Zain, Tuan Faizal, Tuan Hj Zohari





Dan, seperti dalam situasi santai yang penulis alami di atas . . . perhubungan melalui aktiviti "berteman di fb" mampu mengeratkan tali silaturahim hanya dengan memberi respons yang positif terhadap catatan (dalam kes ini, 'undangan') yang di buat . . . walau pun perantaraannya hanya melalui teknologi moden yang bergelar . . . . facebook!




Sekian . . . wallahuaklam.













Alhamdulillah







bamuda
dsuarang.blogspot.com



Wednesday, October 21, 2015

Atuk Sarjan (Edisi Baru)






Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Ceritera Three Musketeers 2010
{drpd siaran blog Sunday,August 22, 2010}



Aku amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana menganugerahkan tambahan 3 orang ahli keluarga baru kepada keluarga kami (keluaraga AMB) dalam tahun ini. 


Tiga anak comel. The Three Musketeers? Atau d Three Stooges? Mungkin juga macam tiga manusia pelbagai watak dalam cerita P. Ramlee . . . Tiga Abdul!

Tak kiralah apa jua anugerah-NYA. Tentu ada hikmah (yang tidak terhingga baiknya) di sebalik penganugerahan ini. 

Aku senang dengan situasi sekarang. Sudah mula kedengaran 'hiruk pikuk' di rumahku kini. 

Sudah ada alunan 'merdu' tangisan dan sedu-sedan berkumandang di setiap ruang udara yang menyelubungi d'SUARANG.

Aku terkenangkan waktu dahulu. Waktu aku baru 'beranak' belum 'bercucu'. Irama berseni menghibur hati . . . (kadangkala hmm, hmm, hmm . . . kadangkala he,he,he.)

Hari Jumaat 20 Ogos 2010. Aku baru sahaja balik daripada bersolat Jumaat di masjid kariahku. 

Baru masuk ke ruang tamu di rumahku . . . Cucu aku yang pertama tu, si Aii tersenyum memandang kepadaku. Aku pun senyumlah kepadanya. Dia terus hendak 'menjangkit' kepadaku.

Lantas aku dukung dia . . . dan untuk mengabadikan rasa ceria yang aku alami ketika itu . . . aku minta anakku mengambil gambar aku sedang mendukung si Aii. Maka terjadilah . . .  "Friday Photo Shoot". 


Shoot 1





Atuk & Ahmad Iman Iskandar (Aii)
pun boleh pose depan kamera . . . le!







Atuk L/Koperal



Acah je . . . Bukan nak jadi pro dalam bidang ni . . . Ramai pula nanti yang hilang mata pencarian!

Tiba-tiba terdengar . . . suara-suara halus sendu yang berpunca daripada sumber lain. Aku lihat keliling. Dan, aku teringat. Aku sekarang dah Tok Sarjan!


Shoot 2




Ayuh Amb & Uim . . . 
Let's go through this Friday Photo Shoot together.









Azim Muqry Basrie (Amb) & Atuk.
 Azim nak juge glamour cam Along Ahmad . . . Tok!




Atuk Koperal



Ok, kita test market dulu Jim . . . kalau ada demand baru boleh beraksi ala-ala glamour



Shoot 3









Ha, Umar Ilham Majid (Uim) pun tentu nak jadi glamour kan? Jom kita pi cari kat mana glamour tu nyorok!









Ini bukan dodoi si dodoi. Baru aje belajar pegang si Umar untuk photo shoot ini.

Biasanya teman tak berani 'kendong' anak kecil . . . sehinggalah anak tu dah berusia kira-kira sebulan dua! Si Umar ni baru berusia 7 hari . . . Ya Allah camna ni? 







Atuk Sarjan 

 (kita take five dulu . . . Alhamdulillah)







bamuda
dsuarang.blogspot.com


Silaturahim Terpelihara







Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Kunjungan Muhibah Persaudaraan




Sabtu 17 Oktober 2015 bersamaan 4 Muharam 1437H . . . d'SUARANG dikunjungi adik sepupuku Fadhilah Mokhtar sekeluarga. 

Fadhila datang bersama suaminya Zahari Ujang serta tiga anak, Nadia Farhana, Amir Fahmi, Nurain Faiqah dan seorang menantu, Siti Hajar.




























Siti Hajar* baru pertama kali menjejakkan kakinya ke d'SUARANG sejak beliau mendirikan rumah tangga bersama Amir Fahmi kira-kira setahun yang lalu. 


Selamat datang kami di d'SUARANG ucapkan kepada Siti Hajar . . . Semoga anda selesa dengan layanan seadanya yg dapat kami berikan . . . sebagaimana selesanya anda memasuki kelompok kekeluargaan Amir Fahmi.  




*Terbaru

{Tahniah diucapkan kpd Siti Hajar n Amir Fahmi yang masing-masingnya kini bergelar ibu dan ayah. Mereka dianugerahi Allah swt anak sulung . . . seorang putera pada Selasa 20.10.2015 malam. Alhamdulillah.} 








































Terima kasih diucapkan kepada setiap ahli keluarga sepupuku yang sudi mengunjungi kami dengan niat bertanya khabar dan mengeratkan tali silaturahim.

Semoga perhubungan persaudaraan kita ini berpanjangan hingga ke akhir waktu.




ALHAMDULILLAH






Bamuda
dsuarang.blogspot.com




{Elok juga rasanya aku muatkan semula . . . bersekali . . . kisah kunjungan mereka ke sini pada hari raya pertama Aidilfitri 2012.}






Kunjungan Kekeluargaan di Aidilfitri
(Fadhila Sepupuku Nasab Ibu)



Pada hari pertama Hari Raya Aidilfitri September 2012 bersamaan 1 Syawal 1433H d' SUARANG dikunjungi keluarga sepupuku Fadhila (Cik Dee) Mokhtar dari Seremban.


Fadhila adik sepupu aku nasab ibuku Zainab binti Mohd Taib*. Beliau ditemani suaminya Zahari Ujang dan empat orang anaknya . . . Amir Fahmi, Nadia Farhana, Firdaus dan Nurain Faiqah.


*[Ibuku Zainab bt Mohd Taib adalah kakak kepada Pak Ngah aku Mokhtar bin Mohd Taib dan Pak Cu aku Abdul Rahman bin Mohd Taib . Mereka ini tiga adik beradik seibu dan sebapa. Ketiga-tiganya sudah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah kita sedekahkan buat kesejahteraan mereka di sana . . . Amin].






























Kami sempat bersembang-sembang sambil menikmati juadah hari raya sepanjang pertemuan itu. 

Agak lama juga kami berbuat demikian. Maklumlah bukan selalu dapat bertemu dan bersantai begini rupa . . . walaupun jarak tempat kediaman kami masing-masing tidaklah teramat jauh!

















Setelah segala rasa dapat diluahkan dan segala bicara selesai diutarakan . . . Fadhilah sekeluarga memohon diri untuk pulang ke Seremban. 

Mereka meniggalkan d' SUARANG dengan kemesraan yang terkesan di hati kami sekeluarga.


Mudah-mudahan kita dapat bersua lagi dalam keadaan penuh riang dan dengan kesihatan yang baik pada masa muka. Insya-Allah.









Fadhila Mokhtar kini . . . Bagaimana pula dahulunya?




Tiba-tiba aku terkenangkan zaman silam . . . ketika Fadhilah yang berkunjung ke rumahku ini . . . tinggal bersama keluarganya (keluarga Pak Ngah aku Tuan Hj Mokhtar Mohd Taib) di kuarters Lady Templer Hospital, Cheras. 

Foto-foto berikut yang dirakamkan pada Ahad, 20 Disember 1964 . . . dipaparkan semula sebagai sesuatu yang penuh nostalgia.  





"Very nostalgic indeed!" 
. . . kata jiran Omputih aku . . . hmm






Belakang: 
Penulis, Siti Hawa Nor, Fauzia, Mazlan
Depan: 
Rosnan, Fadhila, Farida








Belakang: 
Siti Hawa Nor, Fauzia, Fatimah
Depan: 
Fadhila, Farida








Belakang:
 Mohd Azman, Penulis
Tengah: 
Fatimah, Fauzia, Safian, Mazlan
Depan: 
Farida, Siti Hawa Nor, Fadhila, Rosnan







Bamuda
dsuarang.blogspot.com