Wednesday, June 1, 2016

Bukit Harapan







Assalamualaikum
n
Selamat Sejahtera







Sumbangan Jackie Chan




Apabila Banda Aceh dilanda musibah . . . akibat Tsunami yang melanda pada 26 Disember 2004 . . . banyaklah kemusnahan dan kerugian yang berlaku. Kemusnahan harta benda dan kerugian jiwa dan nyawa.

Apalah yang dapat kita katakan selain daripada memohon perlindungan daripada Tuhan . . . Allah swt yang maha pengasih lagi maha penyayang . . . dan tentunya daripada manusia juga . . . manusia yang prihatin terhadap masalah dan kesusahan orang lain.


Alhamdulillah . . . rupa-rupanya masih ada manusia prihatin sedemikian di bumi Allah swt ini. 

Masih ada mereka yang sanggup bersusah payah untuk menyenangkan orang lain yang dihimpit kesusahan yang amat sangat apabila ditimpa sesuatu bencana.

Dalam bahasa mudah . . . masih ada manusia yang 'berhati perut' . . . walaupun dunia moden kini sudah kehilangan banyak kualiti kemanusiaan di dalamnya.









Gerbang Persahabatan








Bangunan memperbaharui semangat . . .







Semangat persahabatan sejagat . . .







Persefahaman yang berkat . . .







Seperti catatan . . .








. . . di batu peringatan



Petang itu kami dibawa Pak Hj Zamhur berputar-putar dengan keretanya di suatu kawasan berbukit berhadapan pantai luas saujana mata memandang. Indah sekali pemandangan dari bukit itu . . . lantas ke Pulau Weh (Sabang) di seberang sana.

Terdapat banyak rumah bersaiz sederhana di atas lot-lot berasingan . . . terbina di situ. Pada anggaran penulis . . . kos pembinaannya menjangkau ratusan ribu kalau pun tidak jutaan ringgit Malaysia.


Penulis kemudiannya diberitahu Pak Zamhur bahawa projek itu merupakan antara banyak bantuan daripada berbagai Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) negara asing untuk meringankan beban yang ditanggung mangsa-mangsa Tsunami di Banda Aceh.








Tumbuhan Baru







Bangunan pun baru . . .







Harus dijaga rapi . . .







Kerana ini hak sendiri . . .







Hasil rasa simpati . . .







Mereka yang memberi . . .







Dengan seikhlas hati







Bersyukur kepada Tuhan . . .







Kerana masih mengizinkan . . .







Kita melihat mata hari dan bulan



Projek bantuan di bukit ini bertujuan menempatkan semula mereka yang selamat daripada musibah Tsunami yang terjadi. Mereka yang kehilangan harta benda dan tempat tinggal.


Kebanyakan mereka yang diberi bantuan perumahan ini dahulunya tinggal berhampiran pesisiran pantai . . . walaupun ramai juga yang datang dari daerah-daerah lain.

Ramai yang memohon rumah kediaman di sini terdiri daripada mangsa-mangsa Tsunami yang terselamat . . . dan tidak kurang pula bilangan mereka yang menjadi waris (atau mendakwa waris?) kepada magsa-mangsa yang terkorban.








Di Jl. Teuku Umar . . . bukit harapan







Berlaku pembangunan . . . dalam bentuk pembinaan . . .







Sebuah perkampungan . . .








Tanda persahabatan dan keprihatinan antara insan








Nun . . . Sabang di seberang . . .








Perhatikan lautan terbentang di kejauhnan . . . lautan yang indah . . .







Lautan yang juga membawa padah . . .








Putar-putar di kawasan bukit JC







Kawasan perumahan harapan . . .




Penulis tertarik dengan susun letak rumah-rumah yang terbina di atas bukit itu. Aman dan nyaman sekali kelihatannya. 

Suasana hening di sekeliling pada petang itu pula menambah kehalusan deria estetik dalam jiwa sesiapa sahaja yang berada di situ dan memandang ke arah lautan biru di kejauhan.

Pak Zamhur juga memaklumkan bahawa bantuan ini merupakan sumbangan daripada rakyat China untuk rakyat Indonesia . . . melalui kerajaan China kepada pemerintah Indonesia.


Alhamdulillah . . . kita turut berterima kasih kepada mereka yang baik hati ini . . . dan tentunya bersyukur juga kepada Allah swt kerana telah membuka hati mereka itu untuk membantu sesama insan . . . khususnya pada waktu kecemasan dan kesempitan!








Pemandangan arah Selat Sabang . . . cukup gemilang









Hijau dan biru bersekali . . .







Seolah-olah tiada bencana yang terjadi . . .








Di daerah ini . . . di wilayah sini . . .



Perlu dinyatakan di sini bahawa projek petempatan semula mangsa-mangsa Tsunami ini ditunjangi aktor tersohor dari Hong Kong . . . Jackie Chan. Terima kasih JC.


Mudah-mudahan Tuhan mengizinkan banyak lagi kelahiran manusia seperti Jackie Chan ini . . . demi kebajikan dan kesejahteraan manusia sejagat.








Dari arah mana sekali pun . . .







Saujana mata memandang









Pembangunan semula . . . secara mudah tetapi indah








Tanda persahabatan Indonesia - China


Sebelum berangkat pulang ke kota . . . Pak Zamhur secara bersahaja dan jujur menyatakan kepada kami bahawa . . . beliau sering ke sini . . . pada petang-petang begini . . . untuk melepaskan lelah.


"Entah mengapa . . ." katanya, ". . . saya senang di sini ."


Penulis meyarankan agar beliau terus berbuat demikian . . . seandainya dengan berbuat demikian beliau akan lebih tenang . . . dapat menghapuskan trauma atau meringankan stress dalam diri . . . situasi yang pasti dialami seseorang yang tiba-tiba merasai 'kehilangan' yang amat sangat.


Ada seperkara negatif yang mengganggu minda penulis ketika dalam perjalanan pulang ke kota. Penulis dapat memerhatikan ada rumah-rumah yang ditinggalkan kosong begitu sahaja . . . tidak berpenghuni . . . di bukit Jackie Chan tadi.


Bukan itu sahaja . . . ada rumah berpenghuni pula . . . 'jelek' rupa kawasan kelilingnya. Tidak terurus atau tidak disenggarakan dengan baik.

Penulis terfikir . . . kalau seseorang itu tidak berdaya atau tidak mampu mendiami atau mengendalikan kesejahteraan kemudahan yang diberikan kepadanya oleh pihak berkuasa . . . elok kiranya dipulangkan sahaja hak milik kepada pihak berwajib . . . supaya dapat pula diserahkan kepada orang yang lebih memerlukan.

Janganlah bersikap 'tamak' mengambil sesuatu kemudahan yang diri sendiri tidak manfaatkan . . . hingga menjejaskan hak orang lain . . . orang yang lebih layak atau berhak terhadapnya.


Kasihan si Jackie Chan itu. Andaikan . . . beliau berkesempatan melihat keadaan sebenar yang kini terjadi kepada 'budi' yang ditaburkannya itu . . . tentu JC kecewa sekali!



Bamuda
dsuarang.blogspot.com

Di Sini Masih Ada Kehidupan








Assalamualaikum 
Selamat Sejahtera


Pasangan Tabah dan Berserah



Setelah menjemput kami pulang dari Sabang di jeti Ulee Lheue . . . Pak Zamhur (Hj Zamhur yang menjadi sahabat baik Pak Sani ketika di Mekah pada tahun 2009) langsung membawa kami menuju ke rumahnya.








Bapak Hj Zamhur


Beliau berhasrat memperkenalkan kami semua kepada ahli-ahli keluarganya di rumah. Kami akur.







Nyonya Hjh Sri Aria Satiani
(Isteri Pak Zamhur)








Sdr. Deza Kasyfi
(Anak ke-2 Pak Zamhur n Nyonya Sri Aria Satiani)



Ketika di dalam perjalanan . . . kami sempat jua berhenti sebentar di Masjid Baiturrahim untuk bersolat sunat . . . dan menyaksikan sendiri . . . satu-satunya masjid yang kekal berdiri teguh . . . yakni tidak musnah dalam bencana Tsunami yang dahsyat sekali pada tahun 2004 . . . yang telah memupuskan ratusan ribu kehidupan dan menghapuskan segala harta benda di sekitar lokasi masjid tersebut. Allahuakbar!


































Setelah meneruskan lagi perjalanan berkereta . . . lebih kurang setengah jam kemudian . . . kami tiba di perkarangan rumah Pak Zamhur.


























Kami lalu masuk ke rumah beliau . . . dan dengan penuh hormat dan sopan . . . dipersilakan duduk oleh isterinya . . . Nyonya Hjh Sri Aria Satiani.







Silakan masuk . . .








Baru berkenalan . . .







Nak bicara apa?









Bila dari KL?







Baru kelmarin . . .







Oh gitu . . . rasalah halwa buah pala ni . . .







Cepat mesra . . . saling bercerita . . .







Seperti teman akrab lakunya . . .







Dari kiri:
Nyonya Sri Aria Satiani, Pak Zamhur,
Pak Sani, Ibu Azizah, Ibu Alimah



Sebentar kemudian kedua-dua Pak Zamhur dan Nyonya Sri Aria Satiani memanggil anak lelaki mereka . . . Deza Kasyfi . . . keluar ke ruang tamu untuk menyambut kehadiran kami semua dan seterusnya berkenalan dengan kami.

Anak yang sedang meningkat remaja itu . . . tidak banyak kerenah ('tidak macam-macam' . . . kalau dalam vocab Indonesia) lantas dengan senang keluar bersalaman dengan kami . . . kemudian bercakap-cakap sambil mesra bertanya khabar.

Penulis tersentuh dengan sikap berhemah sedemikian . . . terutamanya kerana yang terlibat itu seseorang yang masih muda.

"Wah . . . tentunya up bringing anak ini baik sekali . . . kerana sekarang tidak mudah kita dapati golongan remaja yang sedia akur kepada kata-kata atau 'arahan' ibu bapa mereka . . . apatah lagi untuk berkenalan dengan orang tua-tua," fikir penulis .

Ramai yang sudah tidak lagi mengambil berat . . . malah banyak yang telah lupa akan pentingnya nilai berbudi bahasa itu diserapkan dalam diri mereka supaya akhirnya nanti 'bisa' (memetik istilah Indonesia lagi) menjadi suatu kebiasaan.






Atas:
 Deza Kasyfi dengan Pak Sani

Bawah: 
Deza Kasyfi, Nyonya Sri Aria Satiani, Pak Sani







Sebaik duduk . . . penulis memerhatikan hiasan, reka letak dan susun atur dalaman sekeliling ruang tamu rumah Pak Zamhur.










Dari kiri:
Deza Kasyfi, Nyonya Sri Aria Satiani,
 Azizah, Alimah, Penulis



Bagaikan ada sesuatu yang menggamit perhatian ini . . . mata penulis segera terpaku kepada tiga objek di situ:

Pertama . . . sekeping potret keluarga yang berbingkai rapi . . . tergantung pada dinding ruang tamu tersebut.











Kedua . . . tiga keping gambar anak remaja . . . juga berbingkai rapi . . . yang tergantung pada dinding di bahagian anak tangga menuju ke lantai atas.









Ketiga . . . sebuah chandelier yang tergantung dengan megahnya dari siling tertinggi di tengah-tengah dewan ruang tamu.










Perbualan yang pada awalnya berlegar sekitar pertemuan dan perkenalan dua sahabat ini . . . Pak Zamhur dan Pak Sani . . . di Mekah pada tahun 2009 itu . . . kemudiannya bertukar menjadi perbualan tentang musibah Tsunami yang melanda Banda Aceh pada 2004 lalu.

Ini terjadi apabila penulis bertanya akan kesan buruk (the aftermath) ke atas Banda Aceh selepas berlalu bencana Tsunami itu.


Pak Zamhur lantas sahaja mengeluarkan beberapa keping gambar daripada dalam simpanannya dan menunjukkannya kepada Pak Sani.










Penulis terkejut apabila kemudiannya menatap foto sebuah rumah berdiri 'tunggal' dikelilingi runtuhan dan timbunan kemusnahan batu, kayu, besi, fibre, plastik serta sampah sarap tumbuh-tumbuhan dan bermacam-macam sisa benda lain lagi.








Foto atas dan bawah:
Sisa rumah Pak Zamhur setelah dilanda Tsunami 2004








Suatu Keajaiban?



Masih berdiri di tengah-tengah runtuhan sekelilingnya. Semacam ada sesuatu keajaiban yang terjadi . . . "Persis yang berlaku kepada Masjid Baiturrahim," kata hati kecil penulis.


Allahuakbar!


Pak Zamhur terus menyatakan dengan agak tenang, "Beginilah keadaan rumah saya . . . setelah dilanda Tsunami itu."


Beliau menambah, "Namun saya tetap tidak mahu berpindah dari sini . . . Saya baiki segala kerosakan yang terjadi pada rumah saya ini . . ."


"Saya berusaha sehingga dapat memasang dan menyalakan lampu di sepanjang jalan arah keluar ke jalan besar . . . bukan untuk menunjuk-nunjuk . . . cuma dengan niat yang ikhlas . . . ingin menyatakan kepada masyarakat sekitar dan mereka yang berkunjung ke mari bahawa . . .



DI SINI MASIH ADA KEHIDUPAN







Rumah Pak Zamhur sekarang



"Begitu bersemangat sekali Pak Zamhur ini," fikirku. Aku langsung dimaklumkan bahawa Pak Zamhur adalah nadi utama dalam membolehkan terbinanya semula sebuah masjid di kariah tempat tinggal beliau.





































































Kemudian aku semakin teruja bertanya . . . untuk mengetahui jawapan terhadap persoalan . . . 'apa', 'mengapa', 'bagaimana', 'bila' . . . dan bermacam-macam lagi berhubung tragedi Tsunami yang memilukan itu.


Semakin aku bertanya . . . semakin banyak aku dapat menyelami kesedihan, kesengsaraan dan kekecewaan yang dialami mangsa-mangsa Tsunami yang 'terselamat' . . . sama ada disebabkan mereka tidak berada di Tempat Kejadian Peristiwa (TKP) pada ketikanya atau mereka memang sudah ditakdirkan untuk panjang umur oleh Allah swt . . . tidak seperti ahli-ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, kawan dan taulan lain yang pergi buat selama-lamanya . . . di bawa bersama arus peristiwa . . . "air laut naik" . . . itu!


Pak Zamhur . . . walaupun baru sahaja mengenali kami bertiga [selain daripada Pak Sani] . . . tetap bersikap amat ramah dan mesra terhadap kami. Tinggi budi bahasanya.


Sesungguhnya isteri beliau . . . Nyonya Sri Aria Satiani . . . juga demikian. Beliau seperti telah mengenali kami semua berpuluh tahun lamanya.


Nyonya Sri Aria Satiani berhemah tinggi . . . mudah berbicara dan berterus terang.

Memerhatikan kemesraan pasangan ini ditambah dengan sikap mereka yang terbuka . . . penulis baru berani mengemukakan soalan tentang kehilangan yang mereka alami akibat bencana Tsunami yang melanda.


Mereka secara jujur menyatakan bahawa mereka memang berasa amat kehilangan insan-insan yang mereka cintai . . . namun mereka tetap ikhlas dan reda. Semuanya kehendak dan kuasa Allah swt . . . tegas mereka.


Pak Zamhur dan Nyonya Sri Aria Satiani sebenarnya kehilangan hampir seluruh ahli keluarga yang mereka sayangi dalam kejadian Tsunami pada pagi 26 Disember 2004 di Banda Aceh.


Apa yang lebih menyedihkan ialah Pak Zamhur, isterinya Nyonya Sri Aria Satiani dan anak mereka Deza Kasyfi baru sehari berada di Mekah ketika kejadian itu berlaku.



Mereka baru sahaja dihantar ke airport untuk ke Mekah oleh ahli-ahli keluarga dan sanak saudara mereka sehari sebelum tragedi itu.



Bayangkan bagaimana perasaan seseorang jika seluruh ahli keluarga dan sanak saudaranya (lebih 40 orang jumlahnya) yang kembali bermalam di rumahnya setelah menghantarnya baru sekejap ke sesuatu destinasi . . . tiba-tiba hilang daripada muka dunia ini . . . lenyap daripada pandangan mata buat selama-lamanya.

Namun . . . Pak Zamhur dan Nyonya Sri Aria Satiani . . . tabah dan berserah.

Bayangkan lagi betapa luluhnya perasaan dan hancurnya harapan pasangan suami isteri ini apabila mendapat khabar bahawa dua orang puteri kesayangan mereka turut terkorban di dalam peristiwa yang baru sahaja berlaku selepas sehari mereka tidak berada di tanah air!

Dua orang puteri yang meninggalkan buat selama-lamanya ibu dan bapa mereka . . . Pak Zamhur dan Nyonya Sri Aria Satiani . . . ibu dan bapa yang amat mereka kasihi . . . dan ibu dan bapa yang amat mengasihi mereka . . . pergi menghadap Ilahi dalam usia yang terlalu muda.

Nova Satiani . . . anak sulung keluarga ini baru berusia 19 tahun ketika kejadian. Beliau sedang kuliah untuk menjadi seorang doktor perubatan.

Zafirah Amalina . . . anak ketiga keluarga Pak Zamhur dan Nyonya Sri Aria Satiani pula baru berusia 9 tahun pada waktu Tsunami melanda. Seorang anak kecil yang masih di bangku persekolahan rendah.

Semua yang terjadi memang amat memilukan. Apatah lagi tempat perkuburan sebenar mereka itu pun tidak diketahui dengan jelas . . . di mana?

Apakan daya . . . kita cuma hamba yang lemah. Allah swt sudah mentakdirkan begitu. Allah swt lebih menyayangi mereka . . . dan maha mengetahui apa yang sebaik-baiknya berlaku.

Namun . . . Pak Zamhur suami isteri tetap tabah dan berserah menghadapi malapetaka tersebut.

Penulis amat terharu apabila mendengar jawapan daripada mulut mereka sendiri yang masing-masingnya bernada jujur . . . "Kami ikhlas menerima segala dugaan ini."






Pak Hj Zamhur (berasal dari Banda Aceh)
dan Nyonya Hjh Sri Aria Satiani
( berasal dari Aceh Selatan) . . .




Pasangan Tabah dan Berserah


Al-Fatihah dan bacaan doa kami utarakan . . . agar roh kesemua yang terkorban dalam bencana Tsunami itu di lindungi Allah swt.

Khusus buat Almarhumah Nova Satiani dan Almarhumah Zafirah Amalina pula . . . kami doakan semoga roh kedua-dua adik beradik itu ditempatkan bersama roh-roh mereka yang mendapat keistimewaan tertinggi di sisi Allah swt. Amin.

Pasangan suami isteri yang tabah dan berserah ini masih mempunyai seorang cahaya mata . . . seorang putera bernama . . . Deza Kasyfi . . . yang pastinya menjadi pemangkin untuk mereka meneruskan kehidupan dengan penuh bersemangat dan berhalatuju.

Insya-Allah . . . penulis yakin Pak Zamhur dan Nyonya Sri Aria Satiani mampu berbuat demikian.

Apa pun, kami amat bersimpati atas tragedi yang menimpa Bapak dan Nyonya sekeluarga. Kami tetap yakin ada hikmah-NYA di sebalik apa saja yang telah berlaku. Amin.


[Catatan: 3 objek yang menggamit perhatian penulis seperti ternyata di awal rencana]







Potret Keluarga



Dari kiri depan:
Pak Zamhur, Zafirah Amalina, Nyonya Sri Aria Satiani

Belakang:
Nova Satiani, Deza Kasyfi







Tinggal Tunggal

Asalnya tiga beradik
kini Deza Kasyfi berseorangan







Chandelier yang masih mampu menerangi . . .



Chandelier asal yang masih mahu bernyala semula selepas pernah hapus ditenggelami air laut Tsunami yang melanda dan menenggelamkan rumah ini hingga ke paras siling. Allahuakbar!

[Penulis mohon kpd Pak Zamhur menyalakan chandelier ini untuk difoto. TQ]



Andainya ada sesuatu yang kurang tepat ataupun tidak disenangi tentang rencana ini . . . penulis mendahulukan dengan ribuan permohonan maaf . . . kepada keluarga Pak Zamhur khususnya dan sesiapa sahaja yang berkaitan secara langsung mahupun tidak langsung dengan tragedi ini.

Wassalam . . . semoga Allah swt mencucuri rahmat-NYA ke atas kita semua. Amin.

 Terima kasih kerana mengikuti blog ini.




Bamuda
dsuarang.blogspot.com