Monday, February 15, 2010
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Permintaan yang tulus
Satu hari pada tahun 1990 kami sekeluarga pergi ke sebuah restoran yang agak terkenal di bandaraya KL. Restoran yang dikenali dengan nama Shiraz itu terletak di Medan Tuanku berhampiran panggung wayang Odeon (sekarang Odeon Cinema dah tak wujud lagi). Ramai orang pergi ke situ untuk menikmati hidangan 'cuisine' India Utara. Ketika itu anak-anak saya masih kecil, 2 hingga 8 tahun. Setelah kami lapan orang duduk di meja, datanglah ‘waiter’ untuk mengambil ‘order’ makanan dan minuman. Kami terus memesan minuman terlebih dahulu. Kemudian ‘waiter’ itu mengambil ‘order’ makanan pula.
Waiter: Makan apa encik?
Saya: Bagi saya nasi beriyani dan lauk daging.
Isteri: Saya pun nak yang sama.
Waiter: Ha, adik-adik ni nak apa?
Anak 1: Nak ayam goreng, dada.
Anak 2: Nak ayam goreng jugak, tapi paha.
Anak 4: Apa-apa pun boleh, badan ke, kepak ke (asalkan ayam).
Anak 5 dan Anak 6 tak banyak songel (ragam atau cerewet). Pesan makanan dan minuman lazat sahaja ok … jadi. Tiba-tiba anak kami yang ke-3 (berusia 5 atau 6 tahun ketika itu) bersuara.
Anak 3: Bang saya belum minta lagi.
Waiter: Ha, adik nak makan apa?
Anak 3: Ada makan apa bang?
‘Waiter’ itu pun dengan sabarnya mengulang balik menu yang ada … kemudian dia berkata …
Waiter: Abang, kakak dan adik-adik tadi dah minta macam-macam ayam … paha ayam goreng, kepak ayam goreng, dada ayam goreng dan lain-lain. Sekarang adik ni nak ayam apa atau yang mana?
‘Waiter’ meminta kepastian anak ke-3 kami. Setelah seketika, terdengarlah jawapan daripada anak ke-3 kami itu.
Anak 3: Ayam jantan ada tak bang!
Semua yang terdengar jawapan tadi terus ketawa termasuk si ‘waiter’ yang malang itu!

(Kata-kata yang benar-benar ikhlas dan terucap secara jujur dan spontan tanpa sebarang niat jahat tidak akan menyebabkan penuturnya dimarahi orang. Sebaliknya kata-kata itu disenangi dan akan menjadi kenangan yang indah sepanjang zaman. Kini kami sekeluarga sering menjadikan episod ini sebagai bahan gurauan dan usikan yang berpanjangan. Anak berkenaan yang menimbulkan suasana ini tidak berniat jahat . . . cuma hendak menunjukkan dia 'terror' sikit tentang pelbagai jenis menu 'ayam' agaknya. Entahlah.)
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Subscribe to: Post Comments (Atom)
2 comments: