Monday, April 26, 2010

HZ & N Pentas 3: Tetamu Dah Datang



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Selamat Datang Semua




Alhamdulillah

Antara yang awal . . .




Keluarga dari Seberang



Tiga orang anak saudara bersama dua orang cucu saudara Penulis tiba dari Tanah Seberang untuk meraikan majlis perkahwinan Halim Zaharyn dan Norshafini. Anak saudaraku Meni dari Sabang manakala Nani dan Intan dari Medan. Dua orang cucu saudaraku Agil (anak Meni) dan Icha (anak Nani) masing-masingnya dari Banda Aceh dan Medan. Mereka yang merupakan tetamu istimewaku tiba sehari lebih awal daripada waktu majlis dijadualkan berlangsung iaitu pada hari Jumaat 19 Mac 2010.

Terima kasih kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis ini. Selamat datang dan semoga anda semua "betah" sepanjang berada di sini . . . (cubaan memakai istilah bahasa Indonesia dengan harapan bersesuaian maksudnya).



Selamat Datang ke d'SUARANG

Berdiri dari kiri: Agil, Penulis, Icha
Duduk dari kiri: Meni, Nani, Intan



Sarapanlah dahulu ... Jangan malu atau segan ...
Nani, Agil, Icha, Meni dan Intan di d'SUARANG
pada pagi sebelum kenduri majlis perkahwinan
HZ & N tengah harinya



Ini Baru Kendurinya!
Meni, Nani, Icha, Intan & Agil silalah makan
Kalau enak anda bilang groovy,
Kalau tak enak kami bilang sorry




Kawan-kawan Lama

Kemudian tiba pula kawan karibku Datuk Wong Mook Leong bersama Datin isterinya. Waktu itu kira-kira jam 11.00 pagi sebaik sahaja selesai acara pemasyhuran nama, berzanji, marhaban dan potong jambul Aii cucuku. Kehadiran Datuk Wong amat kami hargai. Kami sekeluarga telah mengenali Datuk Wong sejak lama. Penulis telah mengenalinya sebagai rakan seurusan profesional ... kira-kira 40 tahun. Datuk WML mantan seorang Peguam, Ahli Politik dan kini Usahawan terkenal.



Datuk WML dan Datin disambut oleh Mejar (B) Hj Aziz Yassin (Adik Ipar Penulis) ketika tiba di d'SUARANG


Foto kiri dari kiri: Datin Wong, Datuk WML, Hj Zolkeplay (Adik Ipar Penulis), Mejar (B) Hj Aziz. Foto kanan dari kiri: Hjh Hazlyn Basrah (Biras Penulis) & Hjh Norhati (Biras Penulis)


Foto kiri: Datuk WML berbual mesra dengan Lt Kol (B) Hj Basri Omar serta Aziz, Zol dan Roslan. Foto kanan: Datin Wong memperkatakan sesuatu kepada penyambut. Datuk WML kelihatan di hujung.


Datin Wong memerhati sepenuh hati kapada Ahmad Iman Iskandar.
Datuk WML pula berkata, "Now you've overtaken me ... Anyway Congrats ...
Do take good care of this your first grandchild."

" It's God's Will ... Datuk," jawab Penulis sambil Alimah Yasin (isteri) tersenyum saja ...



"Handsome Boy ... This One ..."
Dari kiri: Datin Wong, Datuk WML, Penulis , Alimah




Aii ... relaxed under scrutiny ...


Datuk WML dan Datin sempat masuk ke d'SUARANG untuk melihat Aii buat pertama kalinya. Beliau menyatakan rasa gembira yang amat sangat secara tulus dan telus. Datin jua menyatakan demikian . . . tetapi menambah bahawa kini mereka berdua yang masih belum bercucu! . . . Tak apalah Datuk & Datin . . . ada rezeki nanti adalah tu.

Selepas itu Datuk WML & Datin dipersilakan menjamu selera di meja tempat makanan sudah sedia terhidang. Silakan Datuk & Datin.


"Silalah, Datuk ..."

"Harap makanan ni sesuai dengan citarasa Datuk dan Datin."


Selepas menjamu selera, Datuk WML dan Datin terpaksa bergerak pergi dengan agak segera dari d'SUARANG untuk memenuhi satu undangan rasmi yang penting. OK le Datuk dan Datin. Terima kasih atas kehadiran Datuk & Datin. Hingga kita jumpa lagi .

Antara tetamu yang juga tergolong dalam kategori yang hadir agak awal dalam majlis perkahwinan HZ & N ini termasuklah mereka yang berikut. Terima kasih diucapkan kepada semua.


Sanak Saudara

Rashidi bersama Abdul Hadi (Pak Chu) dan sepupunya



dan Kaum Keluarga


Dari kiri: Noor Rashid, Md Noor, Hj Lokman, Hajaludin,
Yasmin, Nor Arzlin, Aminah & Hjh Maryam


. . .dan setelah itu . . .
berterusanlah kedatangan tetamu demi tetamu



Kawan karib ketika di Asrama Putera KL
(zaman persekolahan dulu)
Tuan Hj Sani (Jamil) Saeran dan Isteri Pn Hjh Azizah
serta keluarga


Ini pun kawan lama ketika di Asrama Putera KL pada tahun-tahun lewat 50-an & awal 60-an.

"Bila Kawan Lama Seasrama Sekolah Bertemu ..."
Tuan Hj Harun Saeran bertanyakan sesuatu kepada si Penulis.

Tak kan le kat sini pun nak tanya pasal nasi lemak dan sambal sotong dulu tu ...
Bikin malu kat orang je ... Nanti pecah rahsia ... he he



Talipon ke Pak Hj Jamil ?
Ya pulak ... Dulu kat hostel belum ada HP lagi he he
Pak Hj baju Melayu biru tu ... steady je tersenyum he he


Tuan Hj Jamaluddin Abdullah.
Terima kasihlah datang.
He was our (Hostelites MBH,KL) version of Bond ... Mr Bond ...
dah bersara sekarang ... banyak kojo lain lai ...
Kat belakang tu ... Tuan Hj Nordin (Elvis ... dulu le) Manaf,
juga Ex-Hostelite MBH,KL


MBH, KL family reborn.
Kamarudin, Aziz, Harun, Ramli with respective spouses.


Tiga sekawan ...
Tuan Hj Kamarudin, Tuan Hj Aziz & Tuan Hj Harun
dulu trio makan nasi sekawah!


Apa tak makan-makan lagi ni?
Pn Hjh Madznah tu dah sampai berkipas ha!
Kalau ye pun jumpa member lama ...
jangan le sampai lupa makan ooi ..
Pak Hj Aziz & Pak Hj Harun
bangun le ... lead d way...


Camni baru betul!
Jumpa member memang baguslah, tapi jangan sampai tak makan lak.
Azizah, Jamil, Penulis, Madznah & Harun bergambar kenangan


Apapun, kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua bro ex-hostelites MBH, KL & famili yang sudi datang memeriahkan majlis perkawinan anakanda HZ & N. . . and to Bro Ramli Rabi ... thanks for the photos.


Para tetamu terus dialu-alukan

Jiran terbaik Penulis
(ini baru satu ... ada lagi ramai jiran terbaik di Taman ini ...)
Penulis bersama keluarga Hussairy ... Salina (isteri) dan Natasha (anak)


Bersama geng lama
Sdr Ahamad Jidin & Isteri



Penulis melayan ahli keluarga
Pak Ngah Abdul Rahman, Mak Long Azizah,
Pak Su (adik Pak Ngah)


Penulis dengan keluarga Jamil Saeran

Makanlah ... jangan asyik pose aje ...

Mana makanannya? Tak nampak pun.
Cik Murni leka menerangkan sesuatu.
Apa le agaknya ye ...



Macam tak bermaya aje. Cuaca panas sangat kot.
Sorry le tak sempat pasang aircond ... Acah aje
Adinda-adinda Azah, Mahanum,
Rohani dan anakanda
yang lainnya.


Terima Kasih Orang Penang
Kiri: Pn Hjh Safar (Azizah) Bee
Kanan: Pn Hjh Latifah Bee


Penulis bersama Nani
(anak saudara dari Medan)



Grandad Kasi
with grandson Firaz



Bersama Tok Sulung Din
(Baharuddin Osman)


Anum ... ajak le dema ni makan
Pn Umi Hanim ... berilah Cik Anis tu minum ke makan ke ...


Jangan pose sesaje . . . nanti tak dan para tetamu tu makan & minum ... Belapo aje kang!
Encik Tajul tu OK . . . makan aje le , usah peduli apa dema kata


Ketika majlis sedang rancak dengan kemeriahan para tetamu yang datang ... tiba pula kawan lamaku (sejak tahun-tahun 1960-an di Perak) Datuk Ramli Abbas serta isteri Datin Bibi Nazli. Mereka tiba lebih kurang pada jam 1.00 ptg. Datuk Ramli pernah menjadi pemimpin beberapa syarikat antarabangsa terkenal di dalam dan luar negara serta GLC yang ternama di Malaysia di mana beliau bersara sebagai CEO. Terima kasih Datuk dan Datin kerana hadir.


Ada lagi kawan baikku yang sudah lama juga tak bertemu datang meraikan majlis perkahwinan Halim Zaharyn dan Norshafini ini. Datuk Mansor (mantan VC sebuah Universiti terkenal di Selatan Tanah Air, juga salah seorang Penulis ternama di negara ini) datang bersama isterinya Datin Amelia (rakan sejawatku di sebuah Penerbit Antarabangsa dulu). Ribuan terima kasih aku sekeluarga ucapkan kepada mereka.




Penulis, Halmy Zahary (Anak Penulis) & Datuk Ramli Abbas


"Hai Li ... jaga baik nampak perut ni ... Main takraw lagi ke?" "Aku sekarang aktif EPL la Jid. Membantu juga kempiskan perut" (Contoh perbualan dua kawan lama.) Kiri Halmy tersenyum. Kanan Datin Bibi Nazli pula geli hati.



Penulis gembira menemankan kawan-kawan lama makan.
Datuk Ramli, Datin Bibi Nazli, Datin Amelia, Datuk Mansor.


Sukar nak ada kesempatan bertemu macam ni walaupun duduk di KL.
Kat kampung dulu lain le cerita weh.
Omputih kata, "That's the price you have to pay for urban living." Omsawomatang pula kata, " Apo Nak Dikato!"


Alimah bersama Datin Bibi Nazli dan Datin Amelia
Alimah pun jumpa balik kawan lamanya Datin Bibi Nazli

yang sama bersekolah di Swiss Cottage, Singapore dulu.
Datin Amelia pula rakan sejawat Penulis
di Oxford University Press dulu.



Makan le Datuk Mansor ... Sementara boleh ni.
Usah pedulikan mereka yang nak jaga badan tu.
Nulih lagi ke Datuk? Jangan le renti. Rugi khalayak ...
tak dapat menikmati kepakaran Datuk ooi!



Kawan lama ... dah kenal masa bujang
Tuan Hj Sattar hadir bersama isterinya Pn Hjh Kamariah
juga kawan lama Penulis ... Rakan sejawat
di Jemaah Nadzir Sekolah Malaysia


Ini lah dia yang teman katakan di atas ...
Jumpa member lama ni amat menyeronokkan
Penulis bersama Hjh Kamariah & Hj Sattar


Ha ni adik saudara ... Kol (B) Hj Mokhtar
(Bekas Kem Komandan , Mindef KL)
Apa khabar Tar? Sihat? Alhamdulillah
Begitu cara setiap kali kami berjumpa.


Kol (B) Hj Mokhtar datang bersama isterinya Pn Umi.
Terima kasih dari kami sekeluarga.



Terima Kasih


Jiran terbaik ni dari Rumah No. 8 Jalan AU 3/29
Kanan ke kiri: Penulis, Cikgu Pn Hjh Fatimah, Cik Illa Human, Anum & Clay.
Ha Clay tu bukan dari Rumah No. 8 ya ... Beliau kawan Mazlyn dari Taman lain.
Namun beliau juga kawan yang terbaik ...



Buat apa nak balik cepat-cepat?




Tengok Clay tu ... Relaks aje.
Macam tu le cool


Atas: Clay bersama Pn Alimah
Bawah: Clay bersama Pn Fadelah



A Matter of Coincidence?
My wife's 2nd cousin (Bang Man) and mine (younger cousin Razief Malik) arriving coincidently at the same time... good 'chemistry' they say between the two families ... my wife's and mine ...



"Apa khabar Datuk?"
begitu tanya Tuan Hj Kamaruddin kepada Mej Jeneral (B) Datuk Hj Abdul Rahman Khamis.

"Boleh berjalan ni kira baguslah "Encik" Hj Kamaruddin," jawab Bang Man.
Sebenarnya Tuan Hj Kamaruddin dipanggil "Encik" oleh Datuk Abdul Rahman tadi kerana Hj Kamaruddin bekas tentera berpangkat Pegawai Waran. Mereka sudah saling mengenali melalui Persatuan Bekas Perajurit Malaysia.
It's a small Small world, man!



Dari kiri: Pak Ngah Man (Abdul Rahman juga), Tuan Hj Kamaruddin, Mej Jen (B) Datuk Abdul Rahman Khamis & Penulis.



"Cakap, cakap juga ni Bang Man ... Jom kita semua cari ada makanan kat dalam khemah tu ... karang dah makan kita sambung lagi cerita kita. Ayoh Bang ..." Aku mempersilakan para tetamu menjamu selera dalam majlis ini.



d famous "Bang Nong"
mendukung cucu . . .tak kan anak lak he he
My wife's 1st cousin ... Mohd Shariff Ujang.
Tq 4 coming Bro




Besanku ... Tuan Zainuddin



Tak kan dah nak balik?



Bawalah kawan-kawan ni makan
Anum bersama Azahar (kiri) dan Falkis (kanan)




Anum ... Jaga baik Boss tu


Dari kiri: Royhai'zam, Datuk, Datin Halimaton Hanin (Boss Anum le) & Anum
(Disclaimer: Titles and/or names wrongly placed or spelled out are not intentional. Anum did not supply full/detailed particulars.) Acah je sikit ... Anum. Camna?



Ini pun Anum kena handle lah
Layan le kawan-kawan ni ...
Shafiza (memangku baby Rais), Umi Mirnani



Terima kasih datang Lan ...



"Abah mana Halil?"
"Dia sibuk dengan hal keluarga kat . . .
Mak aje yang dapat datang ni Pakcik."
"OK le . . . Terima kasih ya Halil dan Cik Zai (Zaleha)"



"Thanks Cik Zai ..."
"My pleasure Cik Alimah ..."
"Catch up with U soon"
"OK, bye"

Suka hati kome le . . .




Aku pulak jumpa jiran Taman terbaik No 1
Ni ha kawan aku le ... Tuan Hj Yusoff Parjo ...
Dah lama bersara jadi YB



Terima kasih Sof
Kami sekeluarga menghargai kehadiran Tuan



Kehadiran Pn Hjh pun amat kami hargai



Eh , sukanya bila geng berjumpa
Main tepok amai-amai ... Jangan mare



Selamat datang. Jemputlah makan.



Jangan le segan . . .bukan rumah orang lain




Makan ye ... buat macam rumah sendiri



Naik badan nampaknya Shim? Bagus le tu . . . Tanda makmur.
Tuan Hj Hashim Md Isa (Adik Ipar Penulis) hadir memeriahkan majlis.
Terima kasih kami sekeluarga ucapkan.



Penghargaan
Selamat datang Wak Hj Sulur dan Hjh Tumisah.
Terima kasih . Datang juga dari jauh pun . . .



Belum lewat lagi. "Silalah masuk dan jamu selera dulu.
Lepas tu baru boleh kita sembang sikit.
Anaknya yang di belakang tu sekali."



"Wah Imam Muda ni . . .
makin matang nampaknya! Hebat tu ...
Tapi sekarang kena masuk makanlah. Ok?"



Keluarga Tuan Hj Sulur & Pn Hjh Tumisah
Keluarga angkat
Pengantin Lelaki Halim Zaharyn bin Abdul Majid
sejak zaman pengajian Halim di Kolej Persediaan MARA, Banting.
Mereka tinggal di Kg Labohan Dagang, Banting.
Semoga silaturahim ini berpanjangan. Amin.



Terima kasih


Terima kasih, Terima kasih


Noorreen dan Hairi ...dipersilakan masuk.
Abah Malek datang lewat sikit?
Tak pe le . . .
Kita merancang, Tuhan yang menentukan.



Sepupuku Datang
Zaharah (sepupu Alimah) dah tiba.
"Mari masuk makan dulu Arah."



"Semua OK Arah?" . . . "OK lah Ngah"
Dua sepupu berbicara . . .



Urang Awak
Ini dia Adinda Herman. Expert Tailor Antarabangsa.

Jom masuk Man. Kito jamu salero, selagi yo masih ado ...



"Ok lah bang ... baju pun dah siap semuanya ..."

Hazry mengiringi Capt (Flight) Syamsul Bahari
yang baru sampai. Jom makan Bang Syam.
Eh masuk habuk lak mata E ni ha!




Penghargaan kami
kepada Mak Uteh, Adinda Mansor & Isteri . . .
[serta Isteri Abang Shaari]



Terima kasih Tuan Hamid kerana hadir.
Jiran terbaik di Taman kami ini juga.




Alahai ... Terima Kasih


Alahai ... Same-Same



Adinda Lt Kol (B) Hj Basri Omar berbual mesra
dengan Tuan Hj Muhammad
sambil diperhatikan Pn Hjh Zubaidah dan keluarga



Kawan Sekali, Saudara sekali
Abang Adnan Mutalib
dah memang tunggu sejak tadi bang ...
... masuk le makan




Adinda Zawiyah ... "orang kuat kami"
mengalu-alukan kedatangan "orang rumah" Bang Nan.
Silalah masuk kak Maizun ... Ini pun rumah saya gak



Thanks Everyone


We Appreciate Your Company



Begitu yang dapat dirakamkan kehadiran para tetamu yang kami muliakan. Ramai lagi yang tidak terakam kehadiran mereka pada hari tersebut kerana suasana yang agak sibuk pada waktu-waktu tertentu. Apa pun keadaannya kami mengucapkan ribuan terima kasih kapada semua anggota keluarga, kaum kerabat, sanak saudara, rakan dan taulan yang telah sudi datang memeriahkan majlis perkahwinan anakanda kami Halim Zaharyn dengan Norshafini. Budi tuan dan puan dikenang selalu.

Kami sekeluarga ingin mengambil ruang di sini untuk memohon kemaafan andai ada kesilapan dan kekurangan yang berlaku dalam usaha kami mengendalikan majlis ini.


Yang baik daripada-NYA yang buruk daripada kami..



Para tetamu
menunggu kemunculan
pasangan pengantin



Yes! Here we are . . . waiting



Ha ... itu bukan Halim Zaharyn?


ya itu HZ ... tapi Norshafini mana?




. . . ini dia HZ & N . . .
"Tunggu kemunculan mereka dalam Pentas 4
yang akan terbit seketika lagi nanti
Tunggu . . ."





dsuarang.blogspot.com

0 comments:

Nuffnang Ads

No comments: