Monday, April 12, 2010

Julung-Julung (1) [Aii ke Sungai Petani: Persiapan, Pertunangan]




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



AII
ke Sungai Petani

[Persiapan, Pertunangan & Pernikahan]


Mengapa Aii (Ahmad Iman Iskandar) ke Sungai Petani? Bila? Bagaimana?

Untuk menjawab soalan itu marilah kita telitikan foto-foto yang tertera di bawah ini:



Aii julung-julung menyertai rombongan urusan perkahwinan
di luar tempat bersama Ibu Mazlyn Hanim dan Abah Mohd Rashidi.
Foto dirakam di Kuala Ketil, Kedah pada Jumaat 12 Mac 2010



Oh ... Aii menyertai rombongan menghantar bakal pengantin lelaki (Pak Lang Halim) ke Kuala Ketil, Kedah. Aii mengikut Ibu dan Bapanya ke sana. Mereka menaiki sebuah kereta yang juga ditumpangi Moyang Maimunah ke Sungai Petani (SP) pada pagi hari Rabu 10 Mac 2010. Sebuah kenderaan lagi membawa Penulis berempat orang termasuk isteri Alimah, bakal pengantin lelaki (bpl) Halim Zaharyn bin Abdul Majid dan adik perempuan bpl Marlyana Haniz. Kami bertolak dari KL pada jam 10.00 pg dan tiba di SP pada jam 4.45 ptg setelah beberapa kali berhenti rihat di sepanjang perjalanan.

Pada sebelah pagi keesokan harinya (Khamis 11 Mac 2010), rombongan kami bertambah bilangannya dengan kehadiran Royha'izam (ipar bpl), Mazlyna Hanum (adik bpl), Hazry Zaharith (adik bpl), dan Afzan Shafinaz (adik saudara bpl). Dari petang menjelang malam pula rombongan kami semakin ramai dengan tibanya Roslan (bapa saudara bpl), Foziah (ibu saudara bpl), Nadira (sepupu bpl), Halmy Zahari (abang bpl) dan Nurliza (ipar bpl). Kemudian tiba pula Megat Husni (bapa saudara bpl), Fadelah (ibu saudara bpl), Puteri Nur Najwa (sepupu bpl) dan Puteri Ain Anisa (sepupu bpl).

Lewat malamnya Basri Omar (bapa saudara bpl) pula tiba bersama Afnan (adik saudara bpl) dgn Firefly. Perlu disebut Zawiyah (isteri Basri) telah berada di SP awal-awal lagi pada hari Selasa 9 Mac 2010. Zawiyah dari KL bersama Asraf (adik saudara bpl) dan Shafik (adik saudara bpl). Pada subuhnya Siti Nazeha dan Mohd Fitri (kedua-duanya adik saudara bpl) tiba.

Pagi Jumaat 12 Mac 2010 (hari dijadualkan pertunangan dan pernikahan Halim), Aziz (bapa saudara bpl), isterinya Hazlin Basrah dan anaknya Hazeman (sepupu bpl) memberi khabar mereka telah tiba di SP. Mereka bagaimanapun tidak bercadang tinggal di rumah persinggahan tempat kami bermastautin sementara kerana telah menempah bilik di Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani.


Kami bertuah diberikan tempat persinggahan dan penginapan di Taman Orkid, Sungai Petani. Kami lebih bertuah kerana sepanjang tempoh berada di sana kami disediakan sebuah banglo yang selesa dan dibekalkan pula makanan hampir setiap hari. Mudahlah bagi kami menguruskan segala kerja yang perlu untuk majlis perkahwinan Halim di Kuala Ketil yang terletak kira-kira 20 km dari SP. Alhamdulillah.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang telah membantu sepanjang kami berada di SP khasnya:

1 Adinda Hj Ishak dan Adinda Hjh Azimah Aziz kerana membenarkan penggunaan rumah mereka sebagai tempat "persinggahan/penginapan" rombongan kami sepanjang tempoh majlis.


2 Adinda Hj Rosli dan Adinda Hjh Azizah Aziz kerana berusaha memastikan keselesaan rombongan kami sepanjang masa berada di rumah "persinggahan/penginapan" (siap dengan penghantaran makanan dan minuman dan sarapan pagi 'special' di rumah Sungai Jagung pada hari sebelum pulang ke KL.)

3 Adinda Hj Basri Omar kerana menjadi Ketua Rombongan yang bijak memudahkan bicara majlis dan Adinda Hjh Zawiyah yang cekap menguruskan segala kerja hias menghias hantaran dsb.

4 Adinda Megat Husni Megat Hashim kerana menjadi Juru Acara yang petah berbicara serta disenangi dan Adinda Fadelah Yassin yang sentiasa cergas sebagai ''nadi' penggerak.

5 Adinda Hj Aziz Yassin dan Adinda Hjh Hazlin Basrah kerana sanggup meluangkan masa dan tenaga melakukan perjalanan jauh sebagai tanda sokongan.

6 Adinda Hj Fauzi Omar kerana melapangkan waktu memberi sokongan terhadap hasrat rombongan.

7 Adinda Amir Yusoff dan Adinda Asni Awang kerana sanggup "menyeberangi" laut demi menyemarakkan majlis rombongan.

8 Bonda Maimunah Mahat kerana sentiasa berada di kalangan kami pada saat-saat kami memerlukan.


Allah saja yang membalas budi baik kalian.



Galeri Foto

Rabu 10 Mac dan Khamis 11 Mac 2010
Persiapan menjelang majlis pertunangan & pernikahan HZ&N


Alyn & Lyana tunjuk 'skill' gubah bunga melor yang baru dibeli dari 'HQ' manakala Zawiyah pula bersimpuh dan 'bersengkang mata' nak siapkan juga gubahan daun sirih untuk majlis esok

Ricih Nek Maimunah ricih ... sampai halus (hancur pun tak apa) daun pandan tu . . . cucu punya pasal! . . . nak buat bunga rampai le . . . yang Alyn tu . . . apa hal lak . . . mata masuk habuk ke atau dah pening hias hantaran belum siap-siap?

Hai . . . tenaga bpl Halim pun kena kerah juga? Tak pe le Halim tolong-tolong je kak ngah Alyn tu . . . biar dia tidak ngantuk bekerja sorang ... anggur 'seedless' tu nampak menyelerakan.


































Jumaat 12 Mac 2010
Majlis Pertunangan HZ & N di Taman Permai, Kuala Ketil, Kedah

Ketua Rombongan Lt Kol (B) Basri Omar selamba 'melobi' Jurcakap pihak bpp biar mudah perjalanan majlis. Kat hujung sana tu Basri bersama penulis, Megat Husni (Jurucakap kita) dan Aziz Yasin .




Dua 'mood' yang berbeza>> Kiri: ahli-ahli rombongan bpl Royhai'zam, Shafik, Halmy, Roslan & Afnan mengikuti dengan tekun perjalanan majlis pertunangan. Kanan: kumpulan yang menanti di Taman Permai, Kuala Ketil, Kedah sekadar menganggapnya sebagai kebiasaan adat? Entahlah ... suka hati koma le ...


"What's next?" "Kita tunggu aje" Mungkin itu dialog antara menantu Hazlyn dengan mertua Maimunah. Di kanan lak . . . dah penat ke? . . . dah memandang ke segala arah nampaknya . . . Shafik, Halmy & Afnan.


Ke kanan . . . pandang! Semua patuh pada arahan perbarisan. Megat Husni, Major (B) Aziz Yassin), Hazeman & Halmy ketika mendengar taklimat(?) pinang-meminang HZ & N. Foto kanan pula menunjukkan Afzan memandang ke Barat, Foziah ke Selatan & Zawiyah ke Timur. Hai ... dak Fozi tu bukan main senyum lagi ... nanti jap lagi kita tengok apa jadi lak!




Anum & Najwa . . . mengutuk le tu. Jaga-jaga Mak Lang Hazlyn 'dapat mendengar' dalam separuh 'frame' ooi. 'Kak Long' Nana tersenyum . . . nampak macam faham aje dengan bicara dua orang bersepupu itu.





Bakal besan penulis . . . berbaju hitam . . . En Abdul Hamid yang sekali imbas bertokoh 'guru silat'. Rashidi, menantu penulis, siap buat PR dengan baiknya. Farhan (anak buah penulis) pula asyik memarahi si videocam ... Habis bateri lak masa ni! Tadi dah nak kena tukar disk! Macam-macam! Foto Kanan menunjukkan Royhai'zam (seorang lagi menantu penulis) dan ahli jemaah di situ duduk satu saf . . . baru lepas solat sunat ke?





Masih bersidang dalam majlis pertunangan. Penulis sibuk menghulur 'alat' komunikasi canggih kepada iparnya Roslan (yang tak 'enter frame' kali ini). Ha di kanan tu . . . Basri nampak dah macam nak letih manakala Megat Husni (Jurucakap) baru aje mula nak syok bercakap . . . bagi 'line' le . . .










"Mari kita jenguk bpp Norshafini dalam bilik tu . . . Cantik ke tak?", kata ahli rombongan bpl Alyn, Fadelah & Afzan. Wah masuk aje dalam bilik . . . ha ternyata cantiknya bpp . . . siap dengan bunga pegangnya sekali. Alhamdulillah.




Barulah kelihatan imej Ashraff (jurukamera pro kedua-dua pihak bpl &. bpp). Jadilah dapat jua dirakam melalui kamera semi-pro jurufoto lain. Tumpang sekaki dalam "frame" foto tu ialah Anum, Najwa, ibu bpl Pn Rohani (terlindung), Hazlyn, Alyn dan Yana. Foto 'kasih' antara bpp Norshafini dengan Nenda Maimunah selepas upacara sarung cincin pertunangan.





Jurukamera video Farhan tersenyum senang . . . hari aku akan menjelang . . . sabo je Far. Nenda Maimunah pun "happy" nampaknya memegang jari cucu menantunya bpp Norshafini yang telah tersarung cincin pertunangan tadi.






Najwa duduk bersebelahan bonda bpp Pn Rohani. Juga kelihatan dalam foto itu ialah Yana. Masing-masing dengan cara tersendiri. Foto kanan: Alyn . . . apa sibuk-sibuk tunjuk perisian canggih (dalam hp yang tak begitu canggih!) kepada Mak Chu Dylla tu . . . "and by d way" . . . harap-harap "aunt" u tu . . . faham fungsinya . . . he, he





Salam kasih lagi. Nenda Maimunah dan bpp Norshafini. Apa-apa aje le. Tengok foto sebelah . . . Anum & Najwa tu "must be up to something fishy". Nasib baik Mak Lang Hazlyn, Nenek Maimunah dan Bonda bpp Pn Rohani tak berapa perasan apa yang si Anum dan Najwa tu sedang "contemplate" . . .





Jumaat 12 Mac 2010
Majlis Pernikahan HZ & N di Kampung Jawa Batu 2, Kuala Ketil, Kedah
(Rumah Imam yang menikahkan)

Setiba di rumah Imam (Jurunikah) ahli-ahli rombongan bersedia untuk majlis pernikahan. Kelihatan dalam foto kiri Basri, Megat Husni, bpl Halim, Royhai'zam dan jurucakap bpp. Foto kanan pula mengabadikan kenangan sama menunjukkan Penulis, Halim, Royhai'zam & jurucakap bpp.





Rombongan bpp Norshafini juga bersedia untuk majlis pernikahan. Kelihatan dalam foto kiri sanak saudara bersama bpp Norshafini. Foto kanan menunjukkan bpp Norshafini dikelilingi saudara maranya.




Bpl Halim dan Penulis serta Royhai'zam & jurucakap bpp memerhatikan apa yang dicatatkan En Abdul Hamid (bapa bpp Norshafini) dalam borang pernikahan sebelum majlis pernikahan bermula (foto kanan) sambil diperhatikan terus oleh jurucakap bpp.





"Lama lagi ke?", tanya Hazeman dalam hati. "Aku besok camna agaknya". Aziz tenang di sebelah. Rashidi sibuk "shoot" senario di belakang. Foto kanan: Basri, Penulis, Halim & jurucakap bpp juga tenang menunggu.





Mak Limah pandang apa tu . . . Nenek Maimunah terlindung, Mak Long Zawiyah pandang apa lak, Bibiq G asyik belek beg? Hazeman masuk separuh frame (bahagian belakang) aje . . .tapi masih boleh dikenali . . . hebat tu! Foto kanan merakamkan dari posisi kiri jurucakap bpp, Tok Imam, En Abdul Hamid (bapa bpp), Ijat (adik bpp) & Norshafini (bpp).






Waktu 'mendebarkan' bagi bpl Halim. Biasa le ... kena hadap Tok Imam, para saksi dan paling utama bakal bapa mertua . . . Relaks aje Lim . . .




Tunggu dan dengar saje le ... segala bicara dengan Jurunikah (Tok Imam). Relaks lagi . . .





Dah tiba masanya . . . bpl Halim dinikahkan olek bakal bapa mertua En Abdul Hamid dengan bersaksikan Tok Imam dan wakil pihak berkuasa pejabat agama. Foto sebelah . . . bpp menanti denga penuh debaran juga . . .tetapi menampakkan wajah yang selamba ...




Ha . . . sekali akad dah ok. Alhamdulillah. Berapa kali 'rehearsal' Lim? . . . dia orang yang tanya! Foto kanan menunjukkan Pak Ngah Roslan 'cool' aje tunjuk sign 'bagus'. Mak Long Zawiyah ok aje. Tapi yang sorang lagi nampak gelisah berkipas . . . rasanya kejap lagi dapat kita saksikan adegan yang biasa terdapat dalam filem Hindustan.



Masih di rumah jurunikah. Mak Limah, Nenek Maimunah, Mak Long Zawiyah & Bibiq G memerhatikan dengan teliti bpl menandatangani surat "perjanjian berumah tangga" . . .





Mengaminkan doa dalam majlis pernikahan.


Amin . . . Amin. . . Amin ... Ya Allah




Hazeman, Aziz & Shafik turut mengaminkan doa yang dibacakan Jurunikah. Ijat (adik pl) dan Norshafini (pl) juga turut serta.



"Alhamdulillah semua yang wajib dah beres",
kata Halim, Pengantin Lelaki pl (gelaran rasmi sekarang)




Salam keliling yang dilakukan pp Norshafini terhadap semua ahli keluarga dan para tetamu yang hadir. Pak Ngah Roslan menunjukkan tanda bagus . . . tapi siapa gerangan di sebalik kipas tu?


Oh . . . ini orangnya . . . Ha tu le tadi kan main senyum lagi . . . tapi tak pe . . . biar seimbang dengan hujan yang mencurah turun kat luar rumah imam ketika ini. Foziah terharu menyaksikan anaknya si Halim tu selamat diijabkabul oleh imam (peristiwa berlaku di rumah imam yang tidak berdaya ke rumah pp Norshafini di Taman Permai kerana kakinya yang uzur.) Relaks le G . . . anak orang lain pun berkahwin juga!




Jumaat 12 Mac 2010, Taman Permai, Kuala Ketil, Kedah
Sesi bergambar selepas majlis pernikahan di Kampung Jawa Batu 2, Kuala Ketil

Bergambar ramai di rumah pengantin perempuan di Kuala Ketil selepas majlis pernikahan di rumah Tok Imam di Kampung Jawa, Batu Dua, Kuala Ketil. Foto kiri: Yana, Hazlyn,Foziah, Nadira, Anum (mendukung Aii), Dylla, Nurliza, Anisa, Alyn, Najwa. Foto kanan: Foziah, Halim (pengantin lelaki), Dylla, Nadira, Yana, Anum (mendukung Aii), Nurliza, Anisa.




Foto kiri: Nurliza, Alimah, Foziah, Maimunah, Halim, Afnan, Najwa, Dylla, Yana, Hazeman, Nadira, Anisa, Anum (mendukung Aii), Alyn, Rashidi & Farhan. Foto kanan: Penulis, Nurliza, Alimah, Foziah, Maimunah (terlindung), Najwa, Halim (terlindung), Anum (mendukung Aii), Nadira, Yana, Hazeman (terlindung), Dylla & Alyn.




Alhamdulillah . . . Halim Zaharyn bin Abdul Majid & Norshafini bt Abdul Hamid sudah sah sebagai suami isteri. Pandai-pandailah anakanda berdua mengukir jalan hidup yang penuh bahagia. Semuanya terletak di bahu anakanda berdua dengan izin muktamad daripada-NYA.



Royhai'zam, Anum (mendukung Aii) & Hazry. Foto sebelah: Yana (memeluk Anisa), Afzan, Foziah, Dylla (mendukung Aii), Hazry Zaharith (memeluk Megat Husni) & Nadira.





Empat foto di atas menunjukkan saat Halim Zaharyn (pl) melakukan adat memakaikan kalung dan gelang pada leher dan tangan Norshafini (pp) sebagai hadiah hantaran kepada isterinya itu selepas pernikahan mereka. "Steady" lah.


Halim Zaharyn bin Abdul Majid
dan isterinya
Norshafini bt Abdul Hamid




Norshafini pula menyarungkan cincin
pada jari suaminya Halim
sebagai hadiah selepas upacara pernikahan mereka.
Semoga bahagia kekal abadi.



Ha . . . dah selesai adat istiadat awalan sebuah perkahwinan. Sekarang diadakan pula majlis bersanding kecil-kecilan untuk meraikan ahli rombongan pl. Ambil gambarlah sikit sementara menunggu persandingan yang lebih besar (hari langsung pada esok hari.) Maka ibu bapa kedua-dua pihak pl & pp pun bergambarlah. Pn. Rohani, En. Abdul Hamid, Halim, Norshafini, Penulis & Alimah.





Halim & Norshafini
di atas pelamin (dais) selepas mereka bernikah

Dulu, Sekarang dan Selamanya . . . Amin





Selepas upacara bersanding . . . ambil gambar lagi. Agak-agak le sikit ooi . . . pasangan pengantin tu dah penat . . . ingat le esok ada lagi acara buat mereka . . . hari langsung perkahwinan beb . . . Foto kiri: Yana, Anum, Halim, Horshafini, Royhai'zam, Hazry, Alyn. Foto kanan: Yana, Anum (dah terlindung kerana lama sangat dalam "frame"), Halim (dah buka songkok), Norshafini, Hazry & Royhai'zam (hampir terlindung juga.)



Finale: Ada lagi sesi bergambar. Kali ini di bilik pengantin.Tunjuk satu je cukup le. Foto lain nanti tengok kat tempat lain, ok. Pengantin lelaki tu pun dah naik panas . . . Bye dulu . . . Saya yang benar,



Aii







Ah . . . begitulah kisahnya saya ... Aii ... julung kali ke Sungai Petani ... untuk meraikan majlis Pak Lang (Halim) saya le ... "A little tiring but interesting" ... ok le . . . demi Pak Lang dan Mak Lang... Selamat bertunang dan melangsungkan pernikahan. Esok kita pi Kuala Ketil lagi . . . kenduri langsung perkahwinan lak. Jom ramai-ramai . . .














dsuarang.blogspot.com

4 comments:

Rb@ssociat3S said...

assalamualaikum abah,
dlm banyak-banyak part gambar kahwin kat atas ni, Roy suka part "Foto Kanan menunjukkan Royhai'zam (seorang lagi menantu penulis) dan ahli jemaah di situ duduk satu saf . . . baru lepas solat sunat ke?"
Sebenarnya bukan lepas solat sunat tapi baru nak "menurun ilmu" dan "naik isim" dari 'guru silat. Bukan senang nak dapat "sparring" ngan ahli jemaah SP. :)

Bamuda said...

Alaikumsalam Roy,

Berwaspadalah kalau nak "sparring" tu . . . Setahu abah setiap guru silat(gs) tak akan turunkan semua 'buah' ilmu silatnya kepada si penuntut ilmu ... tak taulah kalau gs atau para jemaah SP berlainan pembawaan mereka . . . jangan songsang sudah. Apapun,kalau Roy dah ada peluang "sparring" tu . . . maknanya anda adalah antara manusia yang 'terpilih' ... "d Chozzen 1" kata orang . . . Syabas menantuku . . .

Unknown said...

aik...menantu abah nak tuntut ilmu persilatan sampai kat SP ke....kat AU3 pun ada pesilat lincah lah...

Bamuda said...

. . . dia takut pesilat lincah berpakaian serba kuning! Habis semua 'lubang jendela' dan 'kaunter terbuka' di d'SUARANG dilompati si pesilat lincah itu apabila menurun. Siapa yang berani ooi!Baik aje menuntut di SP. Selamat sikit . . .