Thursday, May 20, 2010

AMB oh AMB


Thursday, May 20, 2010



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Aku Manusia Biasa



Ketika aku masih bekerja dahulu para pegawai bawahan dan bos-bos atasan semuanya mengenali aku dengan singkatan nama AMB. Baik di dalam mesyuarat atau pada waktu kerja biasa mereka amat setia memanggil aku dengan singkatan nama itu.

Kadang-kadang aku sendiri pun secara "senang" menerima panggilan itu tanpa mempersoalkan mengapa mereka tidak "boleh" atau kurang "gemar" menggunakan nama aku yang sebenar . . . Abdul Majid Baharom (memang singkatannya AMB . . .) Setiap kali mereka menyebut namaku mesti singkatan nama itu yang kedengaran. Ada yang sampai memanggil aku Encik AMB. Suka hatilah!





Encik 'AMB'
mengacarakan suatu majlis


Pada suatu hari, selepas suatu mesyuarat mingguan, salah seorang daripada kawanku di dalam Jawatankuasa Pengurusan telah bertanya kapada aku.

" Jid, engkau sedar tak . . . singkatan nama engkau yang mereka gunakan apabila memanggil engkau tu apa maksudnya?"



Biarlah Begitu

Aku dengan selamba menjawab, " Alah . . . itulah nama bank tu . . . yang senang mereka ingat. Nak kata maksudnya 'Aku Masih Bujang' . . . anak dah enam!"


Kawanku ketawa. Kemudian dia berkata dengan nada serius," Biarkan mereka terus memanggil engkau dengan singkatan itu."

"Ya lah . . . sampai ada staf . . . especially yang baru . . . tak tahu nama sebenar aku!"

"Tak apalah Jid . . . asalkan mereka tetap mengiktiraf engkau sebagai 'Ahli Majlis Bandaran' . . ."

"Ah sudahlah . . ." fikirku.



Dunia Ku


Namun di dalam fikiranku bermain-main berbagai maksud singkatan AMB itu. Fikir punya fikir .
. . aku teringat kembali kapada kata-kata bapaku dulu ketika menasihati kami adik beradik pada waktu makan bersama . . .

Katanya," Kita ni manusia biasa . . . hiduplah dengan cara biasa. Jangan lupa asal usul kita walau apa pun yang kita kejarkan dalam hidup ini!"



Aku Manusia Biasa
Abdul Majid Baharom


Tiba-tiba aku berkata kepada diriku," Ya lah, betul kata bapak dulu . . . aku manusia biasa . . . kenalah hidup cara biasa . . . aku manusia biasa . . . aku manusia biasa."


Dan, dengan serta merta aku sedari bahawa . . . singkatan AMB itu amat sesuai dipenuhkan supaya bermaksud "Aku Manusia Biasa".

Maka aku pun mendapat inspirasi untuk mencoretkan sesuatu yang tentang aku sebagai manusia biasa . . . AMB.



Kesederhanaandalam mengharungi aliran hidup






















dsuarang.blogspot.com
Nuffnang Ads

No comments: