Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Memotong Kek
Memotong Kek
Sudah menjadi semacam suatu trend dalam majlis perkahwinan sekarang akan terselit acara memotong kek oleh pasangan pengantin. Ini tidak berlaku di kalangan masyarakat bandar sahaja tetapi juga di luar bandar malah di daerah-daerah yang jauh dari tempat-tempat sedemikian. Berbagai kaum di Malaysia seolah-olah menjadikannya suatu amalan . . . dan acara Memotong Kek ini tidak terkecuali berlaku juga . . . di dalam majlis perkahwinan HZ & N. Waktunya kira-kira jam 3:30 ptg. Tempatnya di dataran d'SUARANG (kawasan jalan kat depan rumah teman ... le!)
Teman cuma tepikiau ("terfikir" ... dalam loghat bahasa kampung halaman Teman) mengapa tak potong pulut kuning ke ... wajik ke ... bingka ke ... potong wayar ke ... suka hati le nak potong apa pun!
Oh ... mesti potong kek juga juga ke? Ha ... ikut aje le, kehendak majlis kome ... Kita paparkan foto kenangan dalam Pentas 7 ni.

. . . yang bermula pasti berakhir . . .
Begitulah jua kisahnya dengan acara memotong kek dalam majlis perkahwinan HZ & N pada petang itu. Selesai kek dipotong . . . adalah diagih-agihkan kepada para tetamu, khasnya kepada kaum keluarga dan sanak saudara yang hadir. Terima kasih le . . . tapi gambonye tak ada nak dipaparkan . . . Takpe le ye!
Tamat Pentas 7
Ada Lagi Babak Seterusnya
Wanna Folow? Come On . . .
Wanna Folow? Come On . . .
dsuarang.blogspot.com
Posted by Bamuda d' SUARANG at 9:30 AM
Labels: Halim's Wedding
Subscribe to: Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Links to this post
Create a Link