Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Jom Pergi Rumah Tok Uda Lagi
Hari Sabtu 19 Jun 2010, Ahmad Iman Iskandar pergi lagi ke Melaka. Ini kali kedua Aii dibawa emak dan abahnya ke Pulau Sebang, Alor Gajah*. Aii sempat berkunjung ke rumah Tok Uda (Zolkeplay Madiasin) di sana. Rumah Tok Uda si Aii itu sebuah banglo tersergam yang terletak di atas sebidang tanah seluas kira-kira satu ekar persegi. Di banglo Tok Uda itulah Aii sekeluarga bermalam pada hari itu. Kebetulannya tempat tinggal Tok Uda dan keluarganya itu berhampiran dengan A'Famosa Water World, Melaka.
Di Pulau Sebang, Alor Gajah
Wah ini dah langgar janji nampak ... berpaut kuat lak
Alahai sekali sekala Tok Uda ... bukan orang lain he,he
Alahai sekali sekala Tok Uda ... bukan orang lain he,he
Aii kelihatan amat teruja apabila bertemu dengan Tok Udanya. Mana tidaknya. Aii memang sudah biasa malah mesra dengan Tok Uda. Tok Uda memang rajin mendukung dan melayan Aii bermain-main "naik kapal terbang" siap dengan mengajuk bunyi kapal terbang itu sekali. Di Kuala Lumpur pun Zol sering melayan Aii sedemikian apabila Zol singgah di rumah sini.
Di d'SUARANG, Kuala Lumpur
(Si Aii konon tak pandang ... Nak tarik perhatian Tok Uda le tu!)
Oh, Tok Uda ... Apa khabar ?
Baik, tapi dah malam ni tak boleh main kapal terbang tau...
OK Tok Uda ...
Baik, tapi dah malam ni tak boleh main kapal terbang tau...
OK Tok Uda ...
Lain kali Tok Uda datang lagi main kapal terbang ya ...
OK le ... (Berbisik: Issyyhh ... Budak ini asyik-asyik
kapal terbang ... nak jadi juruterbang KT Nyamuk ke?
Suka hati le Ahmad)
OK le ... (Berbisik: Issyyhh ... Budak ini asyik-asyik
kapal terbang ... nak jadi juruterbang KT Nyamuk ke?
Suka hati le Ahmad)
Walaupun sekarang Zol kurang sihat sepenuhnya untuk melakukan aktiviti yang begitu memerlukan tenaga, namun pada pemerhatian kami, beliau sering bertambah kuat keadaannya setiap kali bertemu Aii. Aii seolah-olah turut mendoakan semoga kehadirannya dan pertemuan mereka sebegini dapat memberikan sedikit kelegaan kepada Tok Udanya. Kami juga berdoa agar keadaan yang begini dapat bertindak sebagai penawar yang membawa kepada kesembuhan Zolkeplay Madiasin (Tok Uda) secara total. Insya-Allah.
Ya Allah kabulkanlah doa kami ini. Amin.
*Catatan:
Kali pertama Aii ke rumah Tok Uda (Zolkeplay Madiasin) di Pulau Sebang ialah pada hari Ahad 6 Jun 2010.
Kali Pertama di Pulau Sebang,
Alor Gajah
Alor Gajah
Salam . . . , hai Tok Uda . . .
... saya nak check sikit ... boleh? Dah shave janggut? Oh, patutlah smart macam dulu-dulu ...
Empat foto di atas memaparkan aksi-aksi "buat suka hatilah" seorang cucu dengan datuknya ... Lain dulu , lain sekarang ... kalau dulu dengan anak ... macam mana? ... sayang atau garang?
STOP PRESS
Eee . . . ramainya fans. . . seronok . Inilah yang aku cari-cari, popularity . . . glamour . . . rasa ngetop . . . weh!
Oh, nak minta tandatangan . . . autograph ke? cheque ke?. . . Alahai asyik nak kena sign je . . . dah macam Tok Uda kerja menejer bank dulu-dulu lak . . . hei tak kuasa lah . . . Tangan ni dah letih . . . cramp le . . .
Apalah ni . . . hidangan makanan nampak sedap . . . tapi apa boleh buat . . . aku belum boleh makan le!
Kisahnya . . . Aii bertemu ramai lak sanak saudara di rumah Tok Uda pada hari itu . . . Best le!
END
No comments:
Post a Comment