Tuesday, July 6, 2010

Sudah Terang Lagi Bersuluh




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera


Fikir Fikirkan 


. . . Atau, (bak kata omputih lagi) . . . as the saying goes, "It goes without saying."


Apa yang nak aku nyatakan di sini ialah hakikat ini tidak perlu dipersoalkan lagi. Dah jelas. Dah wujud sejak azali. (Tetapi, janganlah jadi seperti mereka yang menyangka bahawa alam ini wujud sejak azali tanpa pencipta-NYA!) Begitulah kebenarannya dan begitulah kedudukannya sampai bila-bila. Tak payah dikupas, tak perlu dibahas.

Aku cuma hendak ingatkan diriku dan juga semua di luar sana (tidak kira mereka yang dah kaya-kaya, golongan yang dah berjaya, kelompok yang berkuasa atau 'geng' yang sentiasa mengundang bahaya!) bahawa kita adalah insan kerdil. Kita akan terus kerdil di sisi-NYA sampai bila-bila pun.


Namun, biarlah kerdil asalkan tidak jahil. Aku selalu teringat kata-kata (yang sejak kecil pernah aku dengari) mereka yang tua-tua serta para pengasuh dan pendidik yang bijaksana. Bunyinya lebih kurang begini, "Dah lah tak berapa pandai, degilnya macam keldai! Dah lah tak berapa bijak hidupnya penuh lagak! Orang begini memang tidak berapa cerdik, fikiran tak terbuka akal pula cetek."



Semoga kita tidak sedemikian. Maka fikir-fikirkan!



Petikan daripada koleksi puisi lamaku

*{klik pada puisi untuk imej lebih besar}














dsuarang.blogspot.com

No comments: