Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Hanya Bunga Untuk Pahlawan
Aku bukan seorang anggota tentera. Jadi pastilah aku bukan seorang pesara tentera. Memang aku tidak pernah melalui sebarang bentuk latihan atau tugasan sebagai anggota tentera. Sesungguhnya aku langsung tidak pernah mengalami jalan hidup seorang anggota tentera. Dalam bahasa mudah aku tidak pernah menjadi askar!
Namun demikian aku tetap dekat dengan hal tentera dan ketenteraan. Aku ada ramai ahli keluarga yang pernah menjadi anggota tentera. Mereka kebanyakannya sudah bersara sekarang. Aku sering mendapat pengetahuan tentang perkara-perkara yang bersangkutan dengan "kerja dan kehidupan" seseorang anggota tentera daripada mereka. Banyak "ilmu kesoldaduan" aku timba secara informal sepanjang pergaulan aku dengan mereka.
Aku sentiasa mengikuti perkembangan dan kemajuan pasukan tentera negara kita yang berdaulat ini. Aku bangga dengan pencapaian Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Aku bangga dengan prestasi para anggotanya.
Dalam pada itu, aku sering juga terfikirkan "nasib" yang bakal menanti mereka setelah bersara kelak. Setimpalkah "balasan" yang mereka dapat setelah mencurahkan begitu banyak jasa kepada negara? Cukup terbelakah mereka nanti? Bukan hendak jadi busybody. Sekadar ingin melihat dan menduga!
Dalam pada itu, aku sering juga terfikirkan "nasib" yang bakal menanti mereka setelah bersara kelak. Setimpalkah "balasan" yang mereka dapat setelah mencurahkan begitu banyak jasa kepada negara? Cukup terbelakah mereka nanti? Bukan hendak jadi busybody. Sekadar ingin melihat dan menduga!
Dulu pada tahun-tahun 70-an aku pernah menulis beberapa puisi tentang "nasib" askar kita selepas bersara atau setelah tidak berkhidmat lagi. Aku turunkan salah sebuah daripadanya seperti berikut:
Pada zaman itu aku rasa memang begitulah keadaannya. Ramai pesara tentera yang tidak terbela nasib mereka. Banyak aduan atau complaint yang kedengaran. Itulah inilah. Macam-macam. Pada waktu yang sama, aku sering pula mendengar pihak berwajib ATM dan Kerajaan sendiri menyatakan bahawa nasib bekas tentera sudah semakin diambil berat. Pesara tentera tetap dibela!
Apakah benar begitu? Mungkin, mungkin sajalah. Mungkin benar demikian kerana aku lihat beberapa orang ahli keluarga dan sanak saudaraku yang sudah bersara daripada ATM kini hidup selesa. Mereka seperti tidak menghadapi sebarang masalah untuk terus hidup dalam masyarakat "preman". Tiada apa-apa complaint! Itu gambarannya pada tahun-tahun 1970-an hingga tahun-tahun 1990-an . . . Orang lain aku tak tahulah.
Tiba-tiba pada tahun 2007 aku terbaca sebuah Rencana Pengarang dalam akhbar Utusan Malaysia (Rabu 1 Ogos 2007). RP itu berjudul "Jasa Wira-Wira Negara Kian Dilupakan". Aku turunkan juga di sini untuk tatapan bersama:
Selepas itu pula, pada tahun 2009, aku terlihat sekeping gambar dan secebis coretan tentang sambutan Hari Pahlawan. Cerita tentang kutipan sumbangan, derma atau sedekah? Gambar dan coretan itu mungkin sesuatu yang tidak berlaku adil kepada ATM atau pihak Kerajaan. Tetapi itulah yang terpapar dalam akhbar Utusan Malaysia, Khamis 30 Julai 2009 seperti berikut:
Entahlah . . . aku semakin bingung. Sekarang tahun 2010. Hari Pahlawan akan disambut lagi pada hari Sabtu 31 Julai 2010 ini. Persoalannya sekarang . . . masih serupakah keadaannya kini berbanding zaman-zaman pernah berlakunya "kegelapan" yang dahulu itu?
Maka siapakah berbicara berbekalkan fakta . . . siapa gerangan yang menista . . . dan siapa pula yang berdusta! Wallahuaklam.
dsuarang.blogspot.com
No comments:
Post a Comment