Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Maka Diumumkan . . .
Isnin 2 Ogos 2010 bersamaan 22 Syaaban 1431. Anum (Mazlyna Hanum bt Abdul Majid) kami hantar ke Hospital Ampang, Selangor Darul Ehsan pada jam 9:15 malam atas permintaannya sendiri. Setelah menunggu agak lama juga, beberapa minit sebelum kedengaran azan subuh . . . maka dengan izin Allah . . . pada Selasa 3 Ogos 2010 bersamaan 23 Syaaban 1431 Anum selamat melahirkan seorang putera. Berat badan bayi ketika dilahirkan 3.24 kg. Ukuran panjangnya pula 50 cm. Nama rasminya belum didaftarkan tetapi kami memang memanggilnya "Azim" sejak dia dalam kandungan lagi. Itu nanti dibereskan kemudian. Syukur kepada Allah atas rahmat dan nikmat yang dikurniakan-NYA.
Yang nyata . . . Royhai'zam bin Basri dah jadi bapak sekarang dan Mazlyna Hanum bt Abdul Majid kini dah jadi emak. Aku pulak dah naik pangkat . . . dah koperal. Dah dua calit (v) kata orang. Kalau ada yang kurang faham . . . maaf le, tanya-tanya le kepada yang mengerti. Ah . . . last but not least . . . si Aii amacam, dah jadi abang le sekarang. Dah dapat adik sepupu pertama sebelah emak.
Congratulations! We wish both of you the best in whatever you've wished for
Apa-apa pun aku sempat mengazankan Azim cucuku yang kedua ini pada subuh yang mulia itu. Alhamdulillah. Jumpa lagi dalam ruang yang lebih detail kelak. Salam.
dsuarang.blogspot.com
2 comments:
Congratulations uncle majid.....the 2nd beloved grandson!! Bertuahnya jadi atuk dapat bersama semasa kelahiran cucu-cucu....semoga dipanjangkan umur utk bergembira & bersyukur atas kelahiran cucu2 yg akan dtg... AMB? Suratan @ kebetulan? hehehe..... Congrats to Roy & Anum too... we all kat CiDT OUM sgt gembira bila mdgr kelahiran Azim & Anum sihat slps melahirkan si comel tue...!! InsyaAllah kami akan dtg ke rumah utk menjenguk mereka...juga AII..!! X sempat rasanya nk ke hospital.... skali lagi tahniah & sampaikan salam saya kpd semua ahli keluarga yg sdg bahagia... we'll meet soon...lynn
Salam Lynn(Maria),
Thanks for your good thoughts and wishes.
AMB me and now AMB junior ...
Inilah dikatakan 'suratan'. (Dah takut lak nak gunakan 'kebetulan'.) Apa pun syukur sahaja kepada Tuhan kerana masih diberi kesempatan untuk melihat dan menikmati suasana dan peristiwa yang menceriakan.
Well Lynn you are most welcome to visit us at d'SUARANG . Jaga diri baik-baik.
Post a Comment